- 1.8KShare sekarang!
- Email57
- Facebook1.7K
- Share
Ada ramai antara kita yang menyampah dengan ejen-ejen insurans atas beberapa sebab termasuk: menjual tanpa tahu tempat dan masanya atau pun kerana dianggap suka memaksa orang beli produk-produk diorang. Tapi kalau kita fikirkan disebaliknya pulak, macam mana ada orang yang masih sanggup bekerja sebagai ejen insurans kalau diorang ni asyik kena kecam je?
Jadi… kitorang pun berjumpa la dengan kawan-kawan kita dekat AIA untuk tau lebih tentang rasa nya bekerja sebagai ejen insurans! Kebetulan pun, AIA sedang mencari ejen-ejen baru untuk menyertai diorang sebagai perancang hayat yang membantu melindungi orang ramai daripada ketidaktentuan hidup. Kalau korang nak tau betapa tingginya pendapatan yang boleh dicapai oleh perancang hayat AIA, cuba tengok carta ni:
Sebenarnya RM600k tu BUKAN pendapatan perancang hayat AIA tapi cuma jumlah kasar jualan yang dianggarkan oleh AIA. Tapi kalau korang kira komisen 25% daripada jumlah RM600k yang diberi tu, ia bermaksud pendapatan ejen insurans boleh mencapai agak-agak RM150k setahun!
Untuk graduan baru yang menerima gaji permulaan RM2,200, diorang mungkin kena bekerja BERTAHUN-TAHUN sebelum mendapat gaji setinggi tu. Tapi masa kitorang interviu beberapa perancang hayat AIA tentang kerja diorang, kitorang terkejut bila dapat tau yang…
1. Ada yang mencecah jualan setengah JUTA RINGGIT dalam masa ENAM BULAN!
Mesti ada ramai antara kita yang pikir “aduh, susah la kerja jual-jual ni” atau pun “eh, malu lah nak kena cakap dengan orang tak kenal“. Tapi untuk sorang perancang hayat AIA yang kita jumpa, benda ni bukan setakat tak mencabar je, tapi juga menyeronokkan.
Untuk pengetahuan korang, terdapat suatu pengiktirafan kecemerlangan dalam industri insurans hayat dan perkhidmatan kewangan bernama Million Dollar Round Table (MDRT) yang dianugerahkan kepada ejen-ejen terbaekkk di seluruh DUNIA. Di peringkat antarabangsa, Kumpulan AIA merupakan syarikat yang mempunyai ahli MDRT yang paling RAMAI di seluruh dunia, dan kat Malaysia pula, salah satu cara untuk menjadi ahli adalah dengan mengutip hampir setengah JUTA ringgit daripada jualan insurans dalam masa setahun.
Bagi peminat tegar permainan kad Magic: The Gathering dan bekas pengurus IT, Zaiham Fazly Zakaria, cabaran MDRT ini mudah sahaja dicapai… walaupun dia hanya sudah menjual pelan takaful selama tak sampai ENAM BULAN! Dia mula bekerja sebagai perancang hayat AIA pada awal tahun ni selepas dicadangkan oleh kawannya, Hafiz, daripada kumpulan permainan kadnya yang juga bekerja dalam bidang ini.
Seperti yang Zaiham terangkan kepada kami:
“Kalau awak berjaya kutip jumlah premium sebanyak RM436,200 daripada client-client awak dalam masa setahun, awak akan dianugerahkan pengiktirafan MDRT untuk tahun tu.
Saya berjaya mengutip DUA KALI GANDA jumlah tu – iaitu RM1.05 juta – dalam masa hanya lima bulan.” – Zaiham, dalam temu bual bersama SOSCILI.
Kini, Zaiham berasa yakin bahawa dia akan berjaya diiktiraf “Court of the Table“, iaitu, mencapai MDRT sebanyak TIGA KALI sebelum hujung tahun ni. Namun baginya, pencapaian ni adalah hanya langkah pertama dalam matlamat seterusnya untuk masa depan yang akan datang, iaitu, pengiktirafan “Top of the Table“, yang hanya diberi kepada ejen yang telah mencapai MDRT ENAM KALI dalam masa setahun! Dahsyat betul…
Jadi untuk diorang yang nak berjaya sebagai ejen insurans ni seperti mana Zaiham pun telah setakat ni, memang ada beberapa pengorbanan yang perlu dibuat seperti…
2. Takda sapa nak kawan lepas tahu korang jual insurans ?
“Kawan-kawan yang tau awak bekerja sebagai ejen insurans takkan nak berlepak dengan awak lagi dah, walau untuk sepuluh minit pun!” – Raasikh Rahman, dalam interviu bersama SOSCILI.
Selepas meninggalkan kerjanya di bank untuk menjadi perancang hayat bersama AIA, Raasikh memberitahu kami kebanyakan pelanggan pertama yang membeli insurans daripadanya adalah kawan-kawan dan kenalannya sendiri. Namun, ada juga ramai yang segera berhenti melepak dengannya selepas mendapat tahu pekerjaan barunya tu.
Tapi bukan setakat hubungan kawan-kawan je yang perlu dikorbankan. Menurut satu bekas perancang hayat AIA yang kitorang interviu:
“Korang perlu bersedia untuk kemungkinan yang korang tak berjaya selama tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.” – M, bekas perancang hayat AIA, dalam interviu bersama SOSCILI.
Kata M, ramai ejen insurans perlu mengorban kestabilan kerja tetap dari segi pendapatan. Kalau ikut pekerjaan yang lain, pekerja akan biasanya menerima gaji bulanan walaupun syarikat tu membawa keuntungan atau tidak. Bagi ejen insurans pula, pendapatan bulanan adalah berdasarkan komisen atas polisi insurans yang dapat dijual, jadi kalau sorang ejen tu tak dapat jual walaupun satu pelan insurans dalam satu bulan, dia pun takkan dapat la apa-apa pada bulan tu.
Selain tu, semua perancang hayat AIA yang kita bersembang dengan juga berkongsi kesusahan menjual kepada orang yang tak dikenali buat kali pertama, iaitu “panggilan sejuk” (cold calling) vs menjual kepada orang yang diorang dah ada hubungan dengan (warm market). Kengkadang, ejen-ejen ni akan dapat nombor fon daripada kawan, boss, atau syarikat diorang untuk dihubungi dan tugas diorang adalah untuk meyakinkan pemilik nombor fon tu untuk berjumpa dengannya.
Kata Raasikh:
“Saya memang tak suka buat cold call, tapi saya buat lah juga. Sebab saya tahu melalui call tu, saya boleh berjumpa dengan pelanggan tu. Dan melalui perjumpaan tu, saya boleh jual insurans kepadanya.” – Raasikh, bercerita tentang pengalamannya dengan cold calling.
Seperti semua benda, cold calling ni adalah skill yang boleh dimahir. Dan bagi ejen-ejen insurans yang berjaya menguasai kemahiran tu…
3. Terdapat pelbagai jenis ganjaran dan insentif yang lumayan ?
Seperti yang kita sebut awal-awal tadi, anggaran pendapatan perancang hayat AIA boleh mencecah puluh ribu dalam masa yang singkat (kalau korang jenis kiasu lah) dan bagi diorang yang ingin membina kerjaya diorang dalam bidang ni, ia juga boleh melambung lebih TINGGI.
Selain dari tu, semua perancang hayat AIA yang kitorang jumpa mengaku bahawa pekerjaan ini mampu memberi diorang fleksibiliti waktu kerja yang tidak boleh didapati dari kerja berjadual tetap yang lain. Seperti yang Zaiham memberitahu kita, dia akan biasa menghadiri kelas latihan untuk perancang hayat baru dari pukul 9 hingga 10:30 pagi dan akan kemudian bebas menghabiskan harinya mengikut kehendak diri dia sendiri.
Kita bercakap dengan seorang perancang hayat veteran AIA dan bekas pengurus dana di sebuah bank pelaburan, Kelly, yang memberitahu kami:
“Kalau ada aktiviti secara tiba-tibanya berlaku di sekolah anak saya pada hari kerja, saya boleh pergi je. Kalau dekat syarikat besar, saya tak akan dapat buat tu.” – Kelly Ho, pengurus unit ACE Power Group, bercerita tentang keseimbangan kehidupan dan kerja sebagai perancang hayat AIA.
Tapi benda paling mengejutkan bagi Zaiham setelah bekerja sebagai perancang hayat AIA adalah berapa banyak ganjaran dan insentif yang disediakan oleh AIA bagi perancang hayat yang berjaya mencapai target-target bulanan dan suku tahunan.
“AIA telah memberi saya lebih daripada apa yang saya bayangkan. Tambahan atas elaun dan komisen yang diberi, diorang akan mengadakan pertandingan setiap bulan di mana kita boleh dapat bonus hanya dengan membuat kerja kami.
Malah bukan sahaja bonus tambahan, tetapi juga dapat insentif percutian ke luar negara. Setakat ni saya dah mengutip percutian di enam destinasi – Chiang Mai, Dubai, Jogjakarta, Rome, Hokkaido dan Sydney.” – Zaiham, bercerita tentang ganjaran yang dia telah dapat sebagai perancang hayat AIA.
Kalau korang berfikir, “mesti la diorang ni semua boleh dapat ganjaran-ganjaran dan insentif ni. Diorang semua gempak“, tak jugak. Kata Kelly, AIA memberi ganjaran kepada perancang hayatnya secara berperingkat, jadi semua orang akan pasti mendapat ganjaran pada tahap masing-masing.
Tapi, kalau korang masih risau jugak…
4. Kebanyakan ejen insurans takda pun pengalaman menjual sebelum ni!
Biasanya dalam banyak bidang pekerjaan, korang mesti kena ada kelayakan atau pengalaman dalam bidang tersebut sebelum menyertainya. Takkan lepas belajar penulisan kreatif tetiba nak jadi jurutera petroleum. Tapi masa kita berjumpa dengan perancang-perancang hayat AIA untuk tau lebih pasal kerja diorang, kitorang terkejut bila dapat tau kebanyakan diorang takde pon pengalaman dalam bidang insurans atau jualan sebelum menyertai AIA.
Kata seorang perancang hayat AIA dan bekas suri rumah yang kitorang interviu,
“Saya ada satu kawan bekas ejen insurans yang pernah cuba jual pelan simpanan kepada saya. Pelan ni memerlukan bayaran premium tiga tahun, tetapi sebagai suri rumah, saya tiada pendapatan sendiri. Jadi dia pun cadangkan saya cuba jadi ejen.” – Amanda Lee, perancang hayat AIA selama 5 tahun.
Menurut Amanda, setelah menjadi suri rumah selama sepuluh tahun, kebanyakan kawan-kawannya adalah ibu bapa kepada kawan-kawan anaknya. Jadi, mengambil cabaran menjual insurans telah memberinya peluang untuk menunjukkan dirinya keberanian diri sendiri. Setelah menjadi perancang hayat AIA, Amanda telah berjaya membina hubungan dengan pelanggannya seperti yang diceritakan…
“Saya menghubungi cikgu tuisyen anak saya untuk menjual insurans dan dia berkata, wanita patut membantu wanita, jadi saya akan membeli dari kamu.” – Amanda, bercerita tentang pelanggan pertamanya.
Pengalaman ini juga diceritakan oleh Alnie Tiew, seorang bekas jurusolek salun rambut di mana dia bekerja selama LIMA TAHUN! Katanya, pelanggan pertamanya adalah bapanya sendiri. Senang la kalau ada keluarga yang memberi sokongan seperti mana keluarga Alnie memberinya. Dan kepada orang lain yang mungkin berminat mencuba karier sebagai perancang hayat AIA, inilah caranya.
Pertama sekali, korang mesti la kena ada sikap dan pemikiran yang sesuai untuk kerjaya ni. Kata Raasikh dan Amanda, korang mesti ada niat ingin membantu pelanggan korang menyelasaikan apa-apa masalah yang diorang menghadapi, walaupun kesakitan atau kemalangan. Seperti yang dinasihatkan oleh M pula, kalau korang jenis suka berjumpa dan bercakap dengan orang ramai, ini mungkin kerjaya yang sesuai untuk kamu.
Biasanya untuk menjadi ejen insurans, korang akan perlu melalui:
- Ujian Karier: Di sini, korang akan diuji untuk lihat sama ada kerjaya ni memang sesuai untuk korang. Pastu, korang akan dinasihatkan supaya membincang dengan ibu bapa, keluarga atau suami/isteri korang sebelum membuat keputusan.
- Peperiksaan Pelesenan: Kerana perancang hayat AIA akan biasanya menjual segala jenis insurans, diorang akan memerlukan dua jenis lesen. Kata Kelly, bakal penjual insurans akan mengambil dua peperiksaan insurans dan satu peperiksaan takaful, serta mengambil kursus takaful yang disediakan oleh Bank Negara.
- Temuduga bersama AIA: Peringkat akhir sebelum korang jadi perancang hayat AIA adalah satu interviu oleh satu panel dengan 3 atau 5 pengurus AIA.
Dan khalas! Korang sekarang dah jadi perancang hayat!
Kerjaya ini bukan sahaja lumayan, tetapi juga memuaskan
Walaupun setiap perancang hayat AIA yang kitorang interviu bersetuju yang pekerjaan ini amat lumayan dari segi gaji dan insentif, diorang juga berkata bahawa ia turut merupakan suatu peluang baik untuk meningkatkan diri dari segi emosi dan rohani.
“Kerjaya sebagai Perancang Hayat AIA bukan hanya memberi saya potensi pendapatan yang tidak terhad, malah yang lebih penting, ia turut memberi kepuasan kepada saya dari segi emosi mengetahui bahawa saya dapat membantu seseorang dalam masa keperluan mereka.” – Kelly, bercerita tentang kerjanya sebagai perancang hayat AIA.
Ini termasuk membantu pelanggan Kelly menuntut pampasan insurans selepas ditimpa kemalangan atau menggalakkan diorang menjalani gaya hidup yang lebih sihat melalui AIA Vitality, program kesihatan yang memberikan ganjaran atas pilihan sihat. Jadi, sama ada korang tengah cari peluang pekerjaan baru yang berpendapatan lebih atau ingin bekerja dalam suatu bidang di mana korang boleh membantu orang lain, kerjaya ini mungkin adalah satu idea yang bagus untuk kamu.
Jadi, kalau korang berminat, tengok je la apa kawan-kawan kita kat AIA boleh tawarkan korang dalam kerjaya insurans dan takaful! Kalau nak tau butir-butir lebih lanjut lagi, sila tekan di sini dan kalau korang nak daftar sebagai perancang hayat AIA, korang boleh tekan kat sini. ??
- 1.8KShare sekarang!
- Email57
- Facebook1.7K
- Share