- 30Share sekarang!
- Facebook0
- Twitter0
- LinkedIn13
- Email17
Musim Ramadan dah datang lagi. Selain rebut pahala, kita juga tengah sibuk ‘rebut’ stok kurma terbaik dan harga ayam paling murah. Tapi tu lah, cabaran paling besar bukan setakat tahan lapar je, tapi nak tahan diri daripada overspend sampai poket rabak!
Tapi tak perlu bajet serabut, sebab Lotus’s Malaysia tengah ada promosi “Senyuman Ekstra Bernilai” dari 26 Februari sampai 8 April 2026. Dan promo dia memang bukan biasa-biasa tau…

Jangan terlepas diskaun sampai 50% kat Lotus’s
Sepanjang musim Ramadan dan Raya ni, Lotus’s bagi diskaun untuk lebih 4,500 barangan yang memang kita selalu beli, termasuklah…
Barang dapur & segar
Ada diskaun sampai 50% untuk barangan segar dan barang pantri. Bukan tu je, diorang siap bagi diskaun hingga 30% untuk makanan sejuk beku dan minuman.
Kalau korang jenis yang masak juadah Raya untuk sekampung pulak, jangan terlepas tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk makanan laut terpilih, ayam, kambing dan daging lembu Australia. Nak berjimat sambil masak meriah? Memang boleh sangat.
Yang tengah jaga makan pun tak ketinggalan. Buah-buahan macam tembikai, pisang dan nanas pun ada promo. Nak buat moreh sihat-sihat sikit pun senang.
Baju Raya kat Lotus’s bermula dari RM39 je!
Untuk korang yang cari baju Raya harga mesra rakyat untuk matching tiga generasi sekali, Lotus’s ada jualan pakaian Raya RAHMAH dengan harga serendah RM39 je untuk baju kanak-kanak, dan serendah RM49 untuk dewasa.
Barang rumah dan alat elektrik pun murah sangat!
Dah nak Raya ni, mesti kena persiapkan mental untuk masak dan basuh pinggan kan? Apa kata korang naikkan semangat masak tu dengan barang-barang dapur baru? Harga pun tengah murah, ada yang diskaun sampai hampir RM400!
Produk pembersihan pun tawaran beli 1 percuma 1. Jadi boleh lah terus restock sabun, pencuci lantai dan segala mak nenek persiapan rumah.
Pilihan kurma dari RM5.99
Ramadan dan Raya tanpa kurma memang tak lengkap.
Lotus’s sediakan 23 jenis pilihan kurma termasuk Medjool, Ajwa, Safawi dan Rotab yang diimport dari UAE, Palestin, Iran, Arab Saudi dan Tunisia. Harga pula bermula dari RM5.99 hingga RM77.99.
Nak beli untuk makan sendiri, nak buat doorgift surau, atau nak jadikan buah tangan untuk mertua, memang banyak pilihan ikut bajet masing-masing.
Boleh guna SARA untuk 2,500 barang kat Lotus’s
Berita baik untuk sesiapa yang nak gunakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ada lebih 2,500 barangan keperluan asas yang korang boleh tebus, daripada makanan sejuk beku sampai lah segala jenis sabun. Tak payah ulang-alik tempat lain, semua boleh settle dalam satu trip.
Lepas berbelanja, boleh cuba menang baucar tunai, percutian atau kereta EV!
Lepas dah beli persiapan Raya kat Lotus’s, pastikan korang claim hadiah-hadiah menarik yang Lotus’s sediakan tau.
Selain dapat berjimat semasa beli-belah, korang juga berpeluang menang hadiah bernilai lebih RM650,000 bila berbelanja RM128 dan ke atas. Antara hadiah utama termasuk sebuah Proton e.MAS 5, pakej percutian eksklusif ke Dubai untuk dua orang, dan jongkong emas 999 seberat 10g!
Selain hadiah utama, korang juga boleh tebus e-baucar RM10 dengan belanja minima RM128, atau balang kaca kuih Raya dengan belanja minima RM300, dan juga set periuk eksklusif dengan belanja minima RM500! Gempak weh!
Kalau korang kunjungi Lotus’s yang ada booth permainan pula, jangan lupa sertai aktiviti yang Lotus’s sediakan macam buat sampul Raya DIY, main campak-campak ketupat, dan tangkap bola dan wind chamber.
Sambil beli, sambil berkongsi juga
Lotus’s bukan je nak tolong korang berjimat sempena musim perayaan ni, tapi diorang juga nak salurkan rezeki dekat golongan yang memerlukan. Baru la semua orang boleh sambut meriah sekali, kan?
“Senyuman Ekstra Bernilai bukan sekadar harga menarik, tetapi tentang membantu keluarga meraikan Ramadan dan Raya dengan bermaruah, menjadikan belanja harian lebih ringan dan bermakna, serta berkongsi keberkatan dengan mereka yang memerlukan,”
Azliza Azmel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat, Lotus’s Malaysia
Tahun ni, Lotus’s bekerjasama dengan Food Aid Foundation dan juga jenama macam Nestlé, Mondelez International, F&N dan Coca-Cola sempena Shop for Good Challenge diorang. Dari situ, diorang berjaya kumpulkan 1,300kg barangan keperluan asas macam beras, minyak masak, mi segera dan makanan dalam tin bagi keluarga yang memerlukan.
Melalui barang-barang yang dikumpulkan ni, Lotus’s nak pastikan golongan yang memerlukan akan dapat pilihan makanan yang sedap dan berkhasiat sepanjang Ramadan ni.
Jadi sepanjang Ramadan dan Raya ni, kalau korang nak berjimat sambil berkongsi rezeki sekali, bolehlah singgah Lotus’s. Bukan je boleh dapat promosi menarik untuk persiapan rumah, tapi kempen macam ni juga bantu salurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.
- 30Share sekarang!
- Facebook0
- Twitter0
- LinkedIn13
- Email17