5 perbezaan naik flight kat Malaysia zaman 70-an dulu berbanding sekarang

Sejak beberapa tahun yang lepas, trend travel secara backpacking tiba-tiba jadi hot gila di kalangan rakyat Malaysia. Search je kat Google dan korang akan jumpa artikel-artikel macam “Bagaimana Kami Travel Ke Jepun Dengan Hanya RM2000” atau “Lelaki Ini Melancong Ke Korea Hanya Dengan RM2100“.

Bagi kaki travel dan kaki backpackers, inilah website paling biasa dorang refresh tiap kali ada promosi.

Malah cuba singgah kat kedai buku dan jeling sikit kat bahagian travel. Korang akan perasan yang bahagian ni bukan setakat ada buku mahal macam Travel Planet tu je, tapi ada jugak hasil tulisan rakyat Malaysia sendiri, berkongsi cerita masing-masing.

Bila kami selak buku-buku ni semua, kami perasan yang ramai yang mula travel semenjak tahun 2000. Mungkin la sebab sejak tahun tu harga tiket kapal terbang lebih murah daripada sebelumnya, nak lagi dengan adanya airline macam AirAsia. Jadi lagi ramai rakyat tempatan mampu kumpul duit dan pergi travel.

Tapi korang pernah tak terfikir, macam mana pulak orang travel sebelum tu? Kalau tiket kapal terbang mahal sangat, pengalaman naik kapal terbang pun lain jugak ke? Jadi SOSCILI dan partner kami kat AirAsia pun buat research tentang betapa bezanya cara orang naik flight zaman dulu-dulu, terutamanya sekitar tahun 70-an. Dan antaranya ialah…

1. Penuh dengan asap rokok dalam kapal terbang

Bukan setakat rokok je, ada gak yang hisap dan paip dan cerut. Gambar dari traveller.com.au

Time 70-an dulu, korang tak payah nak menyorok dalam toilet kalau nak hisap rokok, sebab merokok memang dibenarkan dalam kapal terbang. Tapi walaupun korang seorang smoker, jangan ingat benda ni seindah yang disangka. Ye la, cuba bayangkan kena duduk terperap dalam satu tempat yang tertutup selama berjam-jam dan terperangkap dengan asap. Maunya tak kena clorox baju dan rambut bila balik rumah nanti.

Gambar dari knowyourmeme.com

Pengalaman ini dikongsi oleh seorang penumpang sewaktu dia naik kapal terbang dari KL ke London pada tahun 1999:

“Saya terkejut sebab perbuatan merokok dalam kapal terbang sebenarnya dah diharamkan di Australia sejak tahun 1990, tapi nampaknya tidak di Malaysia. Seluruh kabin berkabus dengan asap dan susah nak bernafas. Baju saya busuk dengan bau asap dan bila saya sampai saya tak dapat keluar dengan pantas.” – dipetik dari forum Whirlpool.

Bukan second-hand smoker je yang bengang, malah smoker sendiri menyesal sebab duduk dalam kawasan merokok:

“Saya kerap travel dari KL ke Perth waktu pertengahan 90-an dan MAS adalah satu-satunya airline yang ada kawasan merokok (di bahagian belakang). Oleh kerana saya seorang perokok waktu tu, saya pilih bahagian merokok. Pilihan paling teruk yang saya buat! Semua perokok dari kawasan lain datang berkumpul di bahagian saya dan mula menyedut tak henti-henti. Paru-paru saya masih lagi cuba sembuh sampai sekarang.” – dipetik dari forum Whirlpool.

Larangan merokok ni akhirnya dilaksanakan di Australia pada tahun 1987, di US pada tahun 1990, dan Malaysia pun turut serta tak lama kemudian.

Dalam kapal terbang, korang boleh jumpa lambang “Larangan merokok” yang dinyalakan setiap masa, sebelah lambang seatbelt. Malah sebenarnya sampai sekarang pun ada ashtray dipasang di dalam setiap toilet, tapi benda ni untuk tujuan keselamatan je ye. Jangan nak memandai-mandai pulak petik lighter, karang tak pasal-pasal kena tendang keluar waktu flight tengah terbang.

Gambar dari Wikipedia.

2. Alkohol disediakan secara ‘percuma’ kepada penumpang

Kalau orang merokok dalam flight pun dah buat korang lemas, apatah lagi bau alkohol, boleh meloya ye tak. Tapi hakikatnya, kebanyakan flight zaman dulu memang penuh dengan minuman keras. Sesetengah airline bukan je setakat bagi free-flow, malah ada airline luar negara yang benarkan penumpang bawak balik terus satu botol!

Gambar daripada MalaysiaWings.

Sesetengah airline guna taktik menyediakan alkohol percuma ni bukan je bertujuan untuk menaikkan harga tiket (terutamanya bagi yang travel guna duit kompeni), tapi jugak sebab waktu tu, naik flight memang boring terutamanya bagi perjalanan jauh. Ye la, time tu mana ada iPad lagi. Jadi ramai penumpang yang habiskan masa dengan merokok ataupun minum.

Tapi kalau nak difikirkan, macam tak adil pulak bagi sesiapa yang tak minum alkohol, sebab dorang kena bayar harga tiket yang sama jugak ye tak?

Tak nak bro, terima kasih je lah. Gambar dari TV Tropes.

Berbeza dengan kebanyakan airline sekarang (terutamanya yang jenis tambang murah), korang akan diberi pilihan samada korang nak order makanan dan minuman atau tak. Contohnya dengan AirAsia, tambah RM10 je pun korang boleh boleh tempah samada korang nak Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Briyani Ayam Massala dan macam-macam lagi menu yang dorang bagi, boleh tengok kat sini. #promotesikit

3. Duduk dalam kapal terbang sangatlah bosan

Ada sesetengah airline yang siap bagi poskad kepada penumpang supaya dorang boleh tulis dan hantarkan kepada orang yang tersayang. Boleh jugak la habiskan 5 ke 6 minit sementara menunggu sampai ke destinasi.

“Waktu zaman 50-an dulu, kamu akan diberi poskad sewaktu menaiki kapal terbang, yang mungkin ada gambar kapal terbang atau gambar makanan yang akan dihidangkan.” – dipetik dari Fast Co Design.

Masih lagi bosan? Takpe, ada airline yang siap upah pemain piano, pemain gitar, dan pelukis untuk hiburkan hati korang yang lara.

Gambar dari Huffington Post.

Nasib baik la zaman gajet sekarang ni kita tak risau sangat kalau tak tau nak buat apa dalam flight. Of course korang kena off-kan smartphone dan tablet korang semua waktu berlepas dan mendarat, tapi waktu di udara, nak menghadap skrin phone korang sampai juling pun takpe. Kalau korang naik AirAsia, korang boleh siap connect ke portal ROKKI untuk tengok video dan dengar lagu secara percuma. Bukan tu je, korang siap boleh guna Whatsapp, Facebook dan hantar emel dalam kapal terbang lagi, tapi kenalah bayar sikit. Klik sini untuk maklumat lanjut pasal ROKKI. #promotelagi

Tak pun bawak je la buku teks ke, tidur ke, ajak jiran sebelah korang bersembang ke – boleh jugak menjalin hubungan silaturrahim.

4. Jadual penerbangan diedarkan macam brochure

Satu benda yang korang jarang jumpa pada airline sekarang adalah jadual penerbangan (timetable). Kami bukan cakap pasal timetable yang ada kat website ataupun yang ditayangkan atas papan elektronik kat airport, tapi timetable yang mereka print, alah macam brochure atau pamplet yang korang selalu dapat kat klinik tu.

Timetable bagi Malaysia-Singapore Airways. Gambar dari timetableimage.com
Timetable bagi AirAsia dan AirAsia X. Gambar dari timetableimage.com

Selain daripada jadual penerbangan, timetable ni jugak diisikan dengan harga tambang, peta perjalanan, menu makanan, in-flight entertainment, dan banyak lagi. Malah kalau korang tengok kat jadual bawah kat bawah ni, dia siap bagitau berapa jauh jarak antara bandar dengan airport! Mungkin la sebab zaman tu destinasi pun tak sebanyak dan sekerap sekarang, so benda-benda ni semua memang muat dalam satu booklet.

Klik untuk besarkan. Gambar daripada timetableimage.com.

Oleh kerana timetable dalam bentuk brochure ni dah dihentikan oleh kebanyakan airlines, sekarang ni ramai yang jadi pengumpul timetable lama untuk dijadikan koleksi.

5. Harga tiket sangat mahal, bukan untuk rakyat jelata

Inilah perbezaan yang paling ketara sekali antara penerbangan zaman dulu dan sekarang. Waktu dulu, pengalaman naik flight adalah satu benda yang orang bangsawan je dapat rasa. Semua airline time tu akan target orang kaya dengan menawarkan layanan mewah tahap Pak Arab. Sebab tu la kat dalam flight siap boleh ada bufet, penuh dengan alkohol, siap letak bunga sekali dalam kabin korang. Nak mintak stewardess tolong tepukkan bantal? Cakap je.

Tangga pusing-pusing.

Tapi ini juga bermakna harga tiket kapal terbang adalah sangat tinggi! Menurut Gizmodo, kat Amerika sendiri, harga tiket flight pada tahun 70-an adalah 40% lebih mahal daripada sekarang. Macam mana pulak dengan Malaysia? Kami ada jumpa satu poster ni kat Forum MalaysianWings yang letakkan sekali harga tiket:

£155 untuk flight daripada London ke KL, mahal ke tak tu? Ok katakanlah iklan ni keluar pada tahun 1970, duit £155 dulu adalah bersamaan dengan £2,344.73 duit hari ni (adjust mengikut inflasi), iaitu sebanyak RM12,840.42! Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, harga tiket dari London ke KL adalah lebih kurang RM1,312 je.

Pergh… hampir sepuluh kali ganda lagi mahal! Itu belum ambil kira yang gaji rakyat Malaysia time tu pun adalah lebih kecik.

Mengikut sebuah video yang dibuat oleh Wendover Productions, kos penerbangan memang sangat tinggi atas pelbagai sebab termasuklah minyak, gaji pekerja, sewa airport, cukai, kos kapal terbang, maintenance, dan tak terkira lagilah kos-kos yang lain. Patutlah kebanyakan airline zaman 70-an ni semua cuma ada pakej premium untuk orang elit je, sebab cara tu je yang dapat membolehkan dorang menampung kos.

Walaupun setelah pakej ekonomi diperkenalkan kepada orang ramai, tiket-tiket daripada pakej premium lah yang menampung sebahagian besar jumlah tambang dalam setiap kapal terbang jenis tradisional (iaitu bukan kapal terbang jenis tambang murah).

Orang kat kelas ekonomi (warna biru) dapat tambang murah sebab pakej-pakej premium bahagian lain dapat menampung harga tiket mereka. Gambar dari YouTube Wendover Production.

“Jadi sejarah pembangunan kelas-kelas penerbangan bukanlah kisah bagaimana airline perkenalkan macam-macam pakej mewah, tapi macam mana dia cuba kurangkan kos supaya lebih ramai orang mampu terbang.” – dipetik dari YouTube Wendover Productions.

Sebab tu lah sekarang ni makin banyak airline tambang murah yang diperkenalkan. Airline jenis ni cuba jimatkan pelbagai kos dengan membuang ciri-ciri premium yang ada pada airline biasa. Contohnya dengan satu airline kat Eropah ni, kerusi pun tak boleh nak adjust! Dengan satu airline lain kat Amerika, tempat duduk tak ditentukan pun bila beli tiket. Siapa cepat dialah yang dapat pilih, macam naik bas sekolah je pulak. Uih itu extreme sangat pulak.

So macam mana kalau korang nak tiket murah DAN juga servis yang berkualiti? Hah apa lagi… mestilah dengan… cuba teka sikit… AirAsia! Seriously, ada sebab kenapa kenapa AirAsia dapat anugerah World’s Leading Inflight Service tahun 2016, sebab walaupun tiket yang korang beli adalah murah, tapi servis dalam flight adalah lebih baik daripada airline premium yang lain. #promotetapibenar

Dorang juga menang Airline Tambang Murah Terbaik Dunia, 8 tahun berturut-turut!

Dulu orang kaya je dapat naik flight, tapi sekarang ni makin ramai boleh travel

Seperti yang kami cerita kat atas, nak uruskan airline ni memang mahal tahap melampau, sebab tu la airline dulu-dulu bagi pelbagai khidmat premium untuk menaikkan harga tambang secara. Tapi kita yang rakyat marhein ni memang tak mampu la, malah bila nak pergi Mekah pun terpaksa guna jalan laut dan duduk atas kapal selama berbulan-bulan!

Syukurlah sekarang ni kita ada airline tambang murah macam AirAsia yang berusaha untuk menurunkan kos penerbangan supaya lagi ramai orang boleh travel. Malah budaya backpacking gaya murah ni sangat sesuai bagi kita yang nak travel untuk menimba pengalaman baru, tengok budaya dan gaya hidup orang, dan juga membuka pandangan kita terhadap dunia.

“Mengembara—ia membuatkan lidah kamu terkedu tanpa kata, dan kemudiannya menjadikan kamu seorang penyampai cerita.” – Ibn Batutta, dipetik dari The Travels of Ibn Battutah

Jadi apa lagi, korang dah plan ke belum nak travel ke mana lepas ni?