- 2.7KShare sekarang!
- Email52
- Facebook2.7K
- Share
Zaman sekarang ni, nak travel senang je. Tak kaya-raya pun takpe, sebab ramai yang buat bajet travel, iaitu secara backpacking terutamanya kat Asia Tenggara.
Walaupun Asia Tenggara takdelah popular macam Korea Selatan yang berduyun-duyun peminat K-Pop nak pergi sekarang, tapi Asia Tenggara masih banyak destinasi yang memukau mata tapi ramai tak tahu. Contohnya Gunung Ijen di Surabaya yang ada lava warna biru, Hanoi di Vietnam yang ada musim sejuk (betul, tak tipu!), dan juga Luang Prabang di Laos yang sangat tenang, takde siapa akan kacau korang waktu travel.
Tapi biasanya kalau korang nak pergi satu tempat, tiket round-trip (pergi-balik) je dah nak dekat RM500 kan? Tapi macam mana kalau kitorang bagitau yang dengan harga RM499 je, korang bukan saja boleh pergi satu, tapi empat lima buah negara di Asia Tenggara sekaligus!
Macam mana tu? Kawan kitorang kat AirAsia ada sejenis pass yang best, iaitu AirAsia Asean Pass. Apa yang menariknya pasal pass ni?
Korang boleh pergi lebih daripada 80 buah destinasi seluruh Asia Tenggara!
Bila korang dapatkan AirAsia Asean Pass ni, secara automatik korang diberi 10 kredit yang korang boleh redeem. Kalau korang nak fly dari Kuala Lumpur ke beberapa destinasi dalam negara, AirAsia cuma tolak satu kredit je. Tu pun bergantung kepada jam penerbangan, sebab kalau nak ke beberapa destinasi ke Sabah dan Sarawak, AirAsia akan tolak 3 kredit untuk penerbangan 2 jam dan lebih.
Ni baru penerbangan dari KL je, tak masuk ke negara-negara lain lagi. Disebabkan setiap destinasi memerlukan kredit yang berlainan, korang boleh check dekat sini untuk tahu berapa kredit ke destinasi pilihan korang. Sebabnya, ada lebih daripada 80 destinasi Asia untuk dipilih! Dengan cara ni, korang boleh rancang perjalanan korang, dan gunakan kredit yang ada sebaik mungkin!
Bila korang dah beli AirAsia Asean Pass ni, tempoh sah pass ni adalah selama setahun. Tapi bila korang dah start guna, korang kena habiskan 10 kredit korang tadi dalam masa 30 hari. Nak booking tiket penerbangan pula, korang mesti book sekurang-kurangnya 14 hari sebelum nak terbang ke destinasi yang korang pilih. Masa ni la korang boleh gunakan pass korang kaw-kaw untuk travel!
Tak cukup nak travel sebulan? Takde masalah, korang boleh ambik Asean Pass+, iaitu untuk 60 hari!
Dahla korang jimat banyak bila beli AirAsia Asean Pass ni, kalau korang beli AirAsia Asean Pass+ pulak, korang dapat dua kali ganda lebih kredit dengan masa 60 hari untuk dihabiskan, korang boleh jimat sampai 12%! Berbaloi habis!
Walaupun harga tiket berubah, tapi kredit tetap sama!
Satu lagi benda paling best pasal pass ni adalah kredit korang ni takkan terjejas langsung dengan harga penerbangan yang ada naik turunnya. Katakanlah tiba-tiba tiket ke Thailand jadi mahal sikit, bajet korang takkan terjejas (asalkan korang book 14 hari sebelum tarikh korang nak terbang). Padahal, kita semua tahu yang harga tiket ni boleh jadi makin mahal kalau lambat booking.
Tapi tunggu, kitorang belum habis! Bila korang redeem tiket penerbangan korang, korang boleh kumpulkan mata untuk AirAsia BIG Points.
Korang tak payah tunggu mana-mana promosi penerbangan lain!
Dengan adanya AirAsia Asean Pass ni, korang dah tak perlu nak tunggu airlines buat promotion baru nak pergi travel dan tak perlu dah nak baling laptop bila tak berjaya dapatkan seat murah. Lagi best, korang siap boleh backpacking terus selama sebulan kalau korang nak!
Kalau korang nak redeem. Step dia mudah je.
- Korang login je masuk AirAsia BIG Member,
- Pilih pas korang
- Pilih je mana-mana tempat dalam Asia Tenggara yang korang nak pergi, tapi make sure 14 hari sebelum nak fly
- Cuma bayar cukai airport je
Walaupun korang bayar cukai airport sama macam tiket penerbangan biasa, tapi harga yang korang dapat dengan gunakan AirAsia Asean Pass ni lagi murah tau! Belum cuba, belum tahu.
Ini contoh trip yang korang boleh pergi untuk guna Asean Pass ni habis-habis!
Bila korang ada AirAsia Asean Pass ni juga, korang boleh rancang penerbangan korang ke seluruh rangkaian Asean di mana terdapat 10 negara, iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, Myanmar, Kemboja, Singapura, dan Laos. Daripada 10 negara ni pulak, ada 150 laluan, dan lebih daripada 80 destinasi untuk dipilih. Memang rambang mata jadinya!
Bukan tu je! Dekat Asean ni saja, ada sekurang-kurangnya 37 Tapak Warisan Dunia UNESCO, jadi korang boleh la nak feel benda-benda baru yang korang tak pernah rasai sebelum ni. Contohnya macam Taman Negara Sungai Subterranean Puerto-Princesa kat Filipina!
Jadi kalau korang tengah plan nak pergi mana, kitorang ada beberapa cadangan simple yang korang boleh cuba. Dengan tempoh selama 30 hari, korang boleh travel ke beberapa tempat pilihan korang.
Option 1: Laos + Thailand + Singapore + Malaysia
Contoh yang kitorang ada adalah kalau korang terbang dari Kuala Lumpur ke Luang Prabang, cuma 3 kredit je yang diperlukan. Apa yang menarik kat sana? Kitorang pernah tulis pasal Luang Prabang kat sini. Daripada Luang Prabang korang boleh terbang pula ke Bangkok yang ada macam-macam dengan hanya 1 kredit.
Daripada Bangkok pula, korang boleh terbang ke Singapore dengan 3 kredit pula, mana la tahu ada sedara kat sana kan? Daripada Singapore pulak, korang boleh fly ke Penang, iaitu salah satu syurga makanan kat Malaysia ni dengan 1 kredit. Dah puas bercuti? Korang boleh balik KL semula dengan 1 kredit.
Option 2: Indonesia + Singapore + Malaysia
Rasanya ramai yang jatuh cinta dengan Yogyakarta lepas filem Ada Apa Dengan Cinta 2 buat reunion tu kan? Dengan menggunakan AirAsia Asean Pass ni, korang boleh gunakan 3 kredit untuk terbang ke sana. Tak ingat lokasi-lokasi menarik tu? Ada kat sini.
Daripada Yogyakarta pula, korang boleh terbang ke Singapore dengan 3 kredit lagi. Daripada Singapore pula, korang boleh terus ke Kuching dengan 1 kredit, kemudian ke Johor Bahru dengan 1 kredit, dan ke Kuala Lumpur lagi dengan 1 kredit!
Option 3: Vietnam + Thailand + Cambodia + Malaysia
Kalau korang jenis suka travel kat tempat tak ramai pergi pun, banyak je pilihan korang
Option 4: Myanmar + Thailand + Singapore + Indonesia + Malaysia
Betul tak kitorang cakap yang korang juga boleh pergi 5 negara, dengan harga RM499? Tu tak masuk lagi kalau korang pandai cari jalan darat, lagi la banyak negara atau destinasi yang korang boleh lawati.
Satu je syarat Asean Pass ni. Korang tak boleh tebus penerbangan untuk laluan yang sama. Contohnya, kalau korang pilih untuk terbang dari Kuala Lumpur ke Luang Prabang, korang masih boleh balik dari Luang Prabang ke Kuala Lumpur. Cumanya, korang tak boleh nak ke tempat yang sama dengan laluan yang sama. Takkan nak fly route sama kot? Tak adventure la.
Maksimakan penggunaan korang!
Malah kalau korang guna jalan darat pun, korang sebenarnya boleh pergi lagi banyak destinasi, sampai lebih 5 negara! Contohnya kalau korang pergi Siem Reap, korang boleh pergi Bangkok sama ada dengan bas atau keretapi. Kat situ, korang dah jimat kredit untuk terbang ke negara lain! Belum lagi destinasi-destinasi tempatan yang korang boleh singgah, kalau pandai plan boleh pergi sampai 10 tempat!
Jadi, macam mana? Boleh dah tu apply cuti kat boss korang! Now everyone can fly!
Jadi, betul tak kitorang kata yang korang boleh terbang ke pelbagai destinasi dengan harga RM499 je? Berbaloi sangat! Kalau tak cukup pun korang boleh tambah dengan AirAsia Asean Pass+ yang lagi la jimat!
Kalau route yang kitorang bagi tu tak mencabar, korang boleh rancang sendiri sesuai dengan cita rasa korang! Ye la, lain orang lain cita rasa tempat percutian.
Seperti pepatah Inggeris yang di Melayukan, asyik kerja je, tapi tak main akan membuatkan Jack seorang budak yang membosankan. Jadi apa lagi? Booking la korang punya AirAsia Asean Pass kat sini, dan rancanglah percutian korang sebaiknya, ok!
- 2.7KShare sekarang!
- Email52
- Facebook2.7K
- Share