Najib puji Wan Azizah kerana AIM? Apa kebenda AIM tu?

Suasana Pembentangan Bajet 2018 kat Dewan Rakyat mula gamat apabila Najib Razak dalam ucapannya memuji ketabahan Wan Azizah. Chop! Najib puji Wan Azizah?

“Kita sesungguhnya berasa simpati dan kagum dengan ketabahan seorang insan bernama Wan Azizah atau lebih dikenali dengan nama Kak Wan.

Dalam menempuh liku-liku hidup beliau yang begitu mencabar, namun berkat kesabaran, Kak Wan terus cekal berjuang…nampaknya, Kak Wan ada bersama-sama kita pada hari ini.” -Najib Razak. Dipetik dari Berita Harian.

Tapi…. kenapa Najib nak puji Wan Azizah pulak? *feeling confius*

Wanita yang berjaya dalam bidang ternakan dan pemprosesan ayam

“Justeru, marilah kita sama-sama memberi tepukan kepada kak Wan Azizah Wan Salleh yang berada di atas sana, contoh sahabat AIM yang telah berjaya menjadi jutawan di bidang ternakan dan pemprosesan ayam, dengan modal permulaan hanya sebanyak RM500 daripada AIM” – Najib Razak. Dipetik dari Berita Harian.

Screenshot dari Tweeter Khalid Samad

Lah rupa-rupanya Kak Wan yang Najib dok puji tu bukanlah Wan Azizah isteri Anwar tu? Pandai jugak PM kita buat gimik nak mengenakan Ketua Pembangkang ye.

Korang perasan tak Najib ada sebut yang Wan Azizah ni dapat modal dari AIM? Tapi apa kebendanya AIM tu??

Institusi yang membantu golongan miskin untuk berniaga

Kalau korang nak tahu, AIM ni ialah singkatan bagi Amanah Ikhtiar Malaysia yang merupakan sebuah badan Amanah Persendirian Berdaftar dengan Kementerian Kehakiman Malaysia. Ia ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), kerajaan negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

Tujuan utama badan amanah ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan serta secara langsung dapat mengurangkan kadar kemiskinan kat Malaysia di kawasan luar bandar untuk menambahkan pendapatan sampingan.

Pengusaha kerepek, ikan bilis dan membuat kraftangan. Imej dari AIM

Cara AIM memberi bantuan adalah dengan menawarkan skim pembiayaan mikro kredit berpenyeliaan rapi kepada usahawan Melayu dan juga golongan miskin yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS).

Mikro Kredit adalah penawaran pinjaman yang sangat kecil. Malah AIM merupakan institusi pertama kat Malaysia yang menawarkan kemudahan micro kredit ni. Tak lama lepas tu diikuiti pula dengan Yayasan Usaha Maju (YUM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Membantu mereka yang berpendapatan rendah. Imej dari grameen

Perbezaan pinjaman mikro kredit dan pinjaman peribadi

Pinjaman Mikro kat Malaysia menggunakan kadar faedah rata dalam pengiraan faedah pinjaman. Kaedah ini adalah lebih mudah dikira berbanding dengan kaedah baki berkurangan (susut nilai) :

Untuk buat perbezaan kiraan pinjaman, korang boleh klik kat sini.

Gambaran jelas perbezaan kaedah baki berkurangan dan kadar faedah rata.Imej dari loanstreet.

Pinjaman Mikro mempunyai beberapa persamaan dengan pinjaman peribadi. Antaranya ialah tak perlu ada sebarang cagaran dan penjamin ketika memohon pinjaman, kelulusan segera, dan kedua-dua pinjaman ini adalah menggunakan kadar faedah rata. Namun, terdapat juga beberapa perbezaan utama bagi kedua-dua pinjaman ini:

Imej dari loanstreet.

Selain tu, antara kelebihan pinjaman mikro kredit ialah:

  • Syarat kelayakan yang longgar (Cth: pemohonan untuk Maybank Mikro hanya memerlukan lesen perniagaan yang sah dan tidak menetapkan sebarang syarat pendapatan terhadap peminjam)
  • Secara amnya, cagaran dan penjamin adalah tidak diperlukan.
  • Kelulusan pinjaman pada masa yang singkat dan pengeluaran pinjaman adalah antara 1 hingga 10 hari bekerja.
  • Dokumentasi yang minimum: Kad Pengenalan, bukti pendapatan (Cth: slip bayaran dan penyata bank), bil utiliti dan borang pendaftaran perniagaan / lesen / permit.

Ni pulak merupakan beberapa kelemahan daripada pinjaman mikro kredit:

  • Saiz pinjaman yang kecil
  • Tempoh pinjaman yang pendek
  • Menggunakan kadar faedah rata
  • Kadar faedah biasanya lebih tinggi berbanding dengan pakej pinjaman yang lain

Tapi bagi pinjaman AIM ni, dia lain sikit daripada pinjaman bank dimana….

Pinjaman AIM berasaskan kumpulan

Walau bagaimanapun, kat AIM, dorang menggunakan liabiliti kumpulan sebagai pengganti jaminan. Dimana setiap ahli kumpulan menjadi penjamin untuk setiap ahli yang lain.

Sebagai contoh:
Dalam satu kumpulan ada 5 orang. Jika waktu pembayaran tu, salah sorang dalam kumpulan tu tak dapat bayar, mereka yang lagi 4 orang tu (penjamin) kena bayarkan untuk sorang ahli tu.

Konsep ”kumpulan”ni telah menjadi blok binaan bagi program AIM dan dorang ni akan menjadi satu ”pusat” seperti di Rajah 1.

Imej dari ukm

Kiranya, disetiap tempat atau pun pusat, kena ada 6 kumpulan. Setiap kumpulan pulak kena ada 5 orang ahli. Dah cukup semua ni barulah dorang boleh buat pinjaman AIM.

Dapat idea daripada sebuah bank di Bangladesh

Kalau korang nak tahu, konsep AIM ni diilhamkan daripada sebuah bank dari Bangladesh iaitu Bank Grameen.

Situasi kemiskinan kat Bangladesh begitu serius terutamanya bagi kalangan penduduk yang tak mempunyai tanah. Memandangkan dorang ni tak bergantung hidup ke atas sektor pertanian, maka sebarang program yang disasarkan terhadap pembangunan pertanian jugak tak mensasari dorang.

Imej dari giulionapolitan

Oleh itu kriteria “pemilikan tanah” telah menyebabkan golongan yang tak bertanah dan lain-lain golongan miskin telah terpinggir daripada menikmati kemudahan tersebut. Atas kesedaran ni, Profesor Muhammad Yunus telah mengasaskan konsep Bank Grameen dengan pemberian modal bersaiz kecil bagi membolehkan golongan termiskin menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat menjana pendapatan.

Imej dari Yunussb.com

Memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah

Kronologi penubuhan AIM mengambil masa bertahun-tahun lamanya dengan melalui Projek bank Grameen sehinggalah ia dapat berdiri sebagai satu badan amanah seperti yang ada pada hari ini dengan menjalankan usaha-usaha menarik keluar masyarakat luar bandar daripada masalah kemiskinan yang sering membelenggu kehidupan dorang.

Malah, skim kredit mikro AIM adalah merupakan replikasi Bank Grameen yang terawal kat dunia. Walaupun AIM ialah badan bukan kerajaan, tapi ia telah mendapat sokongan kerajaan.

Imej dari Usahawan Bistari

Untuk membantu AIM menjalankan aktiviti-aktivitinya, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta, menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang boleh memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.

Jadi bagi korang yang berminat nak buat pinjaman melalui AIM ni, korang boleh klik kat sini atau korang jugak boleh hubungi Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia di talian 03-6274 8810.

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)