Salah faham dalam sejarah kejatuhan Melaka kepada Portugis

Malaysia sudah dijajah oleh kuasa luar bermula 24 Ogos 1511 di mana Portugis telah menakluk tanah Melaka hingga 31 Ogos 1957 yang merupakan tarikh kemerdekaan kita (bebas daripada penjajah). Sudah pastinya kita sebagai rakyat Malaysia wajar menghargai segala jasa yang diberikan oleh pahlawan kita yang telah berkorban demi negara tercinta.

Dalam kronologi penjajahan Malaysia ni, tidak dinafikan pelbagai khilaf atau isu tokok-tambah berlaku membuatkan timbulnya perbezaan pendapat dari pelbagai pihak. Ia juga telah merosakkan cerita-cerita sejarah kita kerana unsur penambahan yang tak wujud atau salah faham.

Habis rosak sejarah dengan tokok tambah. Video dari Life According To Jimmy.

Nak kami bagi satu? Okay, korang ingat lagi tak pasal zaman kejatuhan Kerajaan Melaka kepada Portugis. Pernah dengar tak orang cakap Melaka kalah sebab mereka hanya guna senjata tradisional sahaja?

Ternyata kenyataan itu SALAH! Kerana…

Kerajaan Melaka juga menggunakan senapang & meriam semasa perang

Ye benar, Kerajaan Melaka juga ada senjata api seperti senapang dan meriam. Kedua-dua senjata itu telah digunakan semasa peperangan menentang Portugis. Korang semua nak bukti? Mari kita lihat beberapa Catatan-catatan Portugis.

“Di kawasan pantai, yang disyaki sebagai kedudukan pertahanan yang lemah, Sultan meletakkan pegawai-pegawai yang lain sebagai orang yang bertanggungjawab berserta dengan meriam-meriam yang diperlukan. Putera-putera, iaitu anaknya dan menantunya masng-masing diberikan tanggunawab untuk memimpin pasukan tentera yang bersedia untuk pergi ke kawasan di mana di situ terdapat bahaya yang paling besar. Satu lagi pasukan tentera, bersama-sama dengan gajah-gajah kerajaan. akan tinggal bersama dengan Sultan sebagai perlindungan ke atas din Sultan. – Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries & Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands, dipetik dari buku Teknologi Kesultanan Melaka.

Yang kedua:

“Sebilangan besar musuh-musuh telah terbunuh yang mana adalah mustahil untuk dihitung jumiah mangsa korban. Ramai daripada orang orang kita cedera dan lebih danpada lapan puluh orang telah dibunuh. Di dalam kota, mereka menemui lebih daripada tiga ribu pucuk meriam besar dan kecil, yang dibuat daripada besi dan tembaga, salah satu dan pada meriam-menam tersebut terdapat meriam yang sangat berat yang diberikan oleh Raja Calicut bersama-sama dengan menam-meriam yang lain kepada Sultan Melaka.” – Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy King Dom Manuel of Glorious Memory, dipetik dari buku Teknologi Kesultanan Melaka.

Catatan-catatan di atas merupakan bukti yang Kesultanan Melaka ada meriam. Kalau yang senapang pula:

“Baginda bukan sahaja melakukan tindakan ini tetapi juga membawa keluar banyak kapal penjajah dan bawah jambatan dengan senapang-senapang dan baginda menembak secara rawak. Pada waktu itu. mereka muncul dari setiap arah, semua yang ditandakan sebagai pos-pos bersenjata pun menembak, manakala yang lain pula datang dengan membawa maklumat dari kota itu kepada gabenor bahawa tidak lama lagi beberapa jong-jong bersenjata akan tiba di pelabuhan untuk mempertahankan Sultan. Ini dilakukan untuk meyakinkan gabenor supaya meninggalkal Meaka. – Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The Exploration 8 Conquest of The Indies By The Portuguese, dipetik dari buku Teknologi Kesultanan Melaka.

Ada satu lagi…

“Sebaik sahaja senapang-senapang mula menembak, musuh berundur ke jalan-jalan lain di kota. Ini tidak menghalang musuh untuk menyerang Portugis dan jalan-jalan yang mereka telah berundur itu dan yang mana belum lagi diledakkan. Dengan bersembunyi di atas teres rumah-rumah mereka, mereka telah menembak dengan senapang senapang mereka dan menyebabkan beberapa nyawa terkorban.” – Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese, dipetik dari buku Teknologi Kesultanan Melaka.

Meriam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ni unik tau. Terdapat dua jenis meriam iaitu Lela dan Rentaka, ini merupakan ciri-cirinya:

  • Meriam Lela dan Rentaka merupakan senjata yang dicipta oleh orang Melayu.
  • Saiz meriam Lela dan Rentaka bergantung kepada motif kegunaan sama ada untuk dipasang pada bahagian atas benteng kota, belebas kapal, perahu atau di atas gajah perang.
  • Selain menjadi senjata, ia juga boleh dijadikan sebagai hantaran dalam perkahwinan.
  • Digelar oleh penjajah barat sebagai ‘a clumsy weapon‘ kerana nak guna meriam ni kena ada dua atau tiga orang, lepastu boleh guna banyak kali.
Ini kalau yang kecil. Imej dari Kurik Kundi.

Kalau tengok gambar kat atas, ini yang versi kecil, kalau besar yang ni:

Style doh depan ada kepala naga. Imej dari UtusanTV.

Oh ye, adu satu lagi senjata iaitu senapang, kalau korang nak tahu namanya Istinggar. Inilah ciri-cirinya:

  • Berasal daripada teknologi Portugis iaitu — Espingarda sejenis senjata kuno berlaras panjang serta berhulu pendek.
  • Senjata api ringan dan boleh dibawa ke mana saja.
  • Menggunakan mekanisme pencucuh sumbu yang terdiri daripada tiga bahagian utama seperti burung bedil, lubang penggalak dan tuil.
Korang nak tengok Istinggar ni, boleh pergi ke muzium. Imej dari Tuan Tulis 1 km.

Sebenarnya ada beberapa faktor kejatuhan Melaka

Kejatuhan Melaka bukanlah kerana mereka hanya menggunakan senjata keris dan tombak sahaja tetapi terdapat empat faktor. Korang sebenarnya dah pernah belajar semasa sekolah menengah dulu. Kami malas nak explain… byee.

Yela-yela, kami cerita, jangan marah. Video dari Metrowealth Pictures.

Baiklah, kami akan terangkan satu per satu empat faktor kejatuhan Melaka.

  • Kelemahan kempimpinan

Selepas kematian Tun Perak, tempatnya diganti oleh Tun Mutahir. Tapi satu je masalahnya ialah Tun Perak ni pilih kasih dalam pentadbiran.

Beliau telah difitnah cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka,Sultan Mahmud Syah. Akibat amat murka dengan tanpa usul periksa Sultan Mahmud Syah telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya.

Setelah itu, Sultan Mahmud Syah melantik Raja Ahmad Syah yang lemah dan tak cekap untuk menjadi Sultan Melaka. Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Tun Pepatih merupakan orang yang uzur.

Bukan tu je, budaya rasuah dan fitnah-memfitnah telah berleluasa. Kadar cukai yang tinggi pula menyebabkan perdagangan beralih tempat seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei untuk berniaga kerana cukainya yang lebih rendah.

  • Tiada perpaduan dalam rakyat Melaka

Pelantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka telah menimbulkan semula persaingan antara orang Melayu dengan golongan India Muslim.

Ia berpunca dari sikap pilih kasih Tun Mutahir dalam menjalankan tugasnya. Tun Mutahir yang mementingkan kaum India Muslim telah menimbulkan huru-hara dalam kalangan rakyat.

Keadaan ini menyebabkan semangat bekerjasama tidak wujud. Perpecahan ini telah menyumbang kepada kelemahan Kerajaan Melaka dan juga kegiatan perdagangannya.

  • Kelemahan senjata dan askar Melaka

Semasa berperang dengan Portugis, tentera Melaka menggunakan senjata tradisional seperti keris,panah,sumpit beracun, dan perisai tombak. Walaupun tentera Melaka mempunyai senapang dan meriam, senjata yang digunakan oleh tentera Portugis adalah lebih baik.

Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti angkatan perang Portugis. Selain itu, askar Portugis lebih terlatih berbanding askar Melaka dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa,India.

Jadi, inilah antara faktor-faktornya. Eh jap, korang rasa apa lagi unsur tokok tambah dalam sejarah yang korang pernah tahu?