BERISTINJAK disebabkan oleh masalah gangguan air? Ini caranya

Bagi yang tak tinggal di kawasan Lembah Klang, mungkin korang tak tahu yang geng-geng yang tinggal kat kawasan ni akan mengalami masalah gangguan air yang panjang. Mereka akan kembali ke zaman dulu-dulu (tadah air hujan) selama empat hari. Punyalah teruk gangguan air yang berlaku tu sampai tahap ia digelarkan – gangguan air yang paling buruk dalam sejarah Lembah Klang.

Benda ni berlaku susulan kerja penambahbaikan sistem paip dan kabel elektrik kat Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) yang memerlukan loji ditutup sementara waktu. Pengerusi SPAN, Charles Santiago kata sistem paip dan kabel elektrik 32 kiloWatt memerlukan penambahbaikan untuk elakkan letupan sistem dan gangguan tidak terancang pada masa hadapan.

Orang pi makan, baldi jalankan tugas. Imej dari MalaysiaKini

Dalam banyak-banyak soalan, ada satu yang paling penting. Macam mana agaknya nak sucikan diri lepas buang air besar bila air takde? Yelah, kalau dah hari ketiga dan takde hujan – takkan nak sucikan diri dengan air mineralkan? Sayang tuuu! Oleh itu, kita boleh…

Istinjak, istilah yang selalu didengar tapi ramai yang tak tahu

Istinjak ni merujuk kepada penyucian seseorang daripada najis lepas buang air besar atau air kecil dengan cara menyucikan tempat najis tu keluar dengan menggunakan air ataupun lain-lain benda yang dibolehkan. Benda yang perlu diistinjakkan adalah kawasan qubul dan dubur disebabkan najis keluar dari situ. Bahasa mudahnya; kalau ada apa-apa benda yang keluar daripada lubang kat depan dan belakang, kena istinjak. Kalau tiba-tiba keluar emas, kenalah lakukan istinjak. Sebab hukum lakukan istinjak ni wajib.

Apabila salah seorang di antara kamu pergi ke tempat buang hajat besar, maka bersihkanlah dengan menggunakan tiga batu karena sesungguhnya dengan tiga batu itu boleh membersihkannya” – Hadith Riwayat Ahmad VI/108, Nasa’i nombor 44, dan Abu Dawud nombor 40.

So, persoalannya sekarang – kalau air takde nak buat macam mana? Benda ni nak dibuat bukan setakat sebab ia diwajibkan oleh hukum Islam, tapi benda common sense kot. Kalau korang tak ‘cebok’ lepas melakukan pelaburan kat mana-mana tandas, dah sah-sah kita akan jadi sarang lalat – dan berbau! Sebelum korang nak menggelabah, sebenarnya ada benda lain yang boleh digunakan.

Reaksi kawan korang bila korang keluar tandas, tapi tak cebok. Imej dari Giphy

Istinjak ni boleh dilakukan dengan beberapa cara dengan benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, dan kertas.  Kalau korang nak tahu, alat istinjak ni mestilah suci dan bersih. Apa yang penting lagi, benda yang nak digunakan untuk beristinjak mestilah sesuatu yang beku dan keras. Satu benda lagi yang penting – korang tak boleh sucikan diri guna najis jugak. Kot-kot ada taik yang dah keras, korang dah tak boleh sucikan diri dengan benda tu.

Cara lakukan istinjak kena capai matlamat untuk hilangkan najis, hilangkan bau najis dan hilangkan rasa (keberadaan fizikal) najis, sebijik macam ayat PAFA sekolah rendah. Benda yang wajib dan mesti dilakukan time korang beristinjak ialah pastikan sifat-sifat najis yang boleh dilihat dari warnanya, baunya dan rasa fizikalnya akan hilang dengan sempurna. Kalau ada bau yang tak dapat dihilangkan lepas korang lakukan istinjak maka benda tu masuk di dalam perkara-perkara yang dimaafkan.

Hahh, selain air, korang nak pilih yang mana satu? Imej dari sayamooni Blog

Secara ringkasnya, kitorang boleh kata syarat-syarat istinjak ni adalah;

  • Bahan yang digunakan untuk beristinjak sesuatu yang suci, bukan najis dan bukan bahan yang dihormati. Contohnya, tak boleh istinjak guna Al-quran.
  • Bahan yang kering.
  • Bahan yang kesat.
  • Bahan yang digunakan tidak kurang daripada tiga seperti tiga biji batu.
  • Najis yang keluar belum kering.
  • Najis yang keluar tidak melewati kawasan laluannya. Maksudnya, korang tak berak berteraburlah.

Jagalah kebersihan diri pada waktu air takde

Bukan selalu sebenarnya air takde, dia lebih kurang macam hari raya jugaklah. Setahun sekali atau dua kali. Cuma kali ni masalah air ni sampai empat hari, jadi azabnya lebih sikit. Apa yang penting – kitorang harap bagi kengkawan kitorang yang bakal hadapi masalah ni, gunakan strategi yang betul untuk atasi masalah. Benda paling penting – koraang kena pastikan kebersihan badan, terutamanya bau.

Bila kawan korang bau macam sampah. Imej dari Giphy

Bak kata orang yang kitorang tak tahu siapa – biar muka hodoh, jangan badan yang berbau. Tapi kitorang tak pernah nampak sesiapa pun sebagai hodoh, sebab kita semua ciptaan tuhan. Kitorang nak ucapkan selamat berjuang untuk orang-orang yang takde air, dan kongsikanlah artikel ni kat kawan-kawan korang yang tengah pening nak cebok guna apa.

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka