Mat sabu kata imam UMNO dulu diragui, betul ke?

Sabtu lepas, Pakatan Harapan mengadakan Jelajah Perpaduan Madani di Pulau Pinang (pada 15 Julai 2023). Dalam banyak-banyak ucapan, kami perasan ada satu ucapan dari Menteri Pertanian dan Kerjaminan Makanan. Sila lihat video ucapannya di bawah:

@mohdshafiqyusoff Jelajah Perpaduan Madani #matsabu #kerajaanperpaduan #malaysiamadani ♬ bunyi asal – MOHD SH🔺FIQ

Dah tengok video di atas? Kami tertarik dengan ucapan Mat Sabu bahagian ini:

“…sana, akidah Imam UMNO kita ragui…”

Mat Sabu

Tahu tak dulu pernah berlakunya pertelingkahan antara PAS dan UMNO mengenai…

Orang Islam dilarang bekerjasama dengan orang bukan Islam

Dulu-dulu, memang orang kata UMNO dengan PAS boleh dikaitkan dengan perumpamaan “bagai anjing dan kucing”. Sebab dulu, mereka memang ada pertelingkahan mengenai isu kafir-mengkafir atau takfir antara satu sama lain.

Dikatakan isu takfir ini dah lama wujud sejak 1954 lagi di mana pemimpin Islam tidak boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam.

“Di antara tokoh terawal yang membawa isu takfir ialah Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (dikatakan wakil PAS di Makkah) pada tahun 1954. Beliau membawa isu haram melantik pimpinan bukan Islam sebagai pemimpin orang Islam dalam kitabnya, Islam: Ugama dan Kedaulatan.”

Dipetik dari jurnal tulisan Ahmad Zaki Abd Latiff.

Seperti yang kita tahu, sistem kerajaan kita mengamalkan perkongsian kuasa, jadi kenyataan Syeikh Abdul Qadir ini memang mengundang perbahalahan, walaupun ada beberapa pemimpin lain yang tak bersetuju seperti Tuan Guru Hj Abdul Rahman Merbok dan Hj Ghazali Yasin yang mengatakan perkongsian kuasa adalah harus hukumnya.

Selain itu, Tuan Guru Nik Aziz pernah menyatakan hukum harus jika orang Islam bekerjasam dengan orang bukan Islam dalam pentadbiran pada tahun 1974.

Imej daripada idealismalaysia.blogspot

Dulu-dulu imam dari orang UMNO solatnya tak sah?

Kemuncak isu takfir berlaku pada tahun 1961 apabila buku bertajuk “Beberapa Mutiara yang Bagus Lagi Indah” oleh Syeikh Abdul Qadir al-Mandili diterbitkan. Dalam buku ini menegaskan orang Islam diharam berkongsi kuasa dalam sesebuah pentadbiran kerajaan.

Lebih teruk lagi, dua tahun selepas buku tersebut diterbitkan munculnya kontroversi guru agama dari Terengganu (orang PAS), memfatwakan haram jika menubuhkan pakatan politik bersama orang bukan Islam.

Isu ini menjadi makin tersebar luas ke Terengganu, Kedah dan Perak. Namun, Jawatankuasa Tetap Agama bagi Majlis Raja-raja Melayu pada masa itu mengeluarkan fatwa melarang umat Islam mengkafir sesama sendiri.

Oleh itu bermula fatwa-fatwa pelik seperti:

  • Haram makan daging lembu sembelihan orang UMNO.
  • Hukum berkahwin dengan orang UMNO tidak sah.
  • Tidak boleh sembahyangkan jenazah orang UMNO.
  • Solat tidak sah jika berimamkan dengan orang UMNO.
Imej daripada malaymujahid.blogspot.

Bukan semua pemimpin PAS setuju dengan Syeikh Abdul Qadir

Isu takfir sering dikaitkan dengan PAS walaupun bukan semua pemimpin yang bersetuju dengan pendapat Syeikh Abdul Qadir dan pemimpin terdahulu tidak pernah membangkitkan pun isu ini seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy, Prof Zulkifli Muhammad, Dato’ Asri Muda, Tuan Guru Yusuf Rawa dan Datuk Fadzil Noor.

Imej daripada Penaminang.

Tambahan pula, mengikut fatwa ulama’ mengenai menerima pendapat, pandangan atau buah fikiran daripada orang bukan Islam hukumnya harus asalkan ia:

  • Menerima pandangan, idea, buah fikiran atau pendapat dalam hal-hal yang tidak berkait dengan agama dan tidak pula bercanggah dengan syariat juga ajaran Islam.
  • Menerima pandangan bukan bagi tujuan yang tidak baik seperti idea untuk menjatuhkan atau meruntuhkan agama Islam.
  • Menerima pandangan dalam hal-hal keduniaan bukan dalam hal Akhirat. (tiga perkara ini diambil daripada laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).

Boleh juga baca mengenai isu takfir PAS & UMNO versi lain hanya di Soscili