Ke mana rakyat belanjakan Sumbangan Tunai Rahmah? Kami tanya diorang.

Siapa yang tiap-tiap tahun tak pernah dengar ucapan belanjawan sila angkat tangan!

Eh geng! Ehehe Gif dari Giphy.

Walaupun kita mungkin kesempitan masa nak dengar ucapan secara live, lepas ucapan bawa-bawalah cari ringkasan belanjawan juga, sebab dari situlah kita akan dapat tahu segala info terkini tentang bantuan kewangan daripada kerajaan.

Salah satu jenis bantuan tersebut adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), di mana kerajaan memberi bantuan kewangan tunai kepada golongan B40. Duit bantuan ni akan masuk ke akaun bank mereka yang layak setiap 3 atau 4 bulan. Bagi penerima yang tak ada akaun bank pula, mereka akan terima wang tunai dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.

Kami mengunjungi BSN cawangan Klang semasa STR Fasa 3 yang mula diagihkan pada 26 Jun lepas dan bersembang dengan beberapa penerima STR di sana untuk ketahui apa yang mereka lakukan dengan wang yang mereka terima.

Ramai juga yang datang.

Ramai yang akan guna duit itu untuk keperluan asas, macam bayar bil

Mungkin ada pembaca kami yang akan fikir “Enjoy la bro apa lagi?“. Yang dah keluar dari zaman Maria Mariana pula mungkin akan kata simpan duit tersebut untuk masa depan. Tapi bagi penerima STR yang kami jumpa, duit bantuan ini singgah sekejap di tangan dan terus digunakan untuk keperluan hidup.

Menunggu giliran di kaunter STR.

Puan Rega dari Klang, misalnya, akan menggunakan RM200 yang beliau baru terima kali ini untuk perbelanjaan bagi ahli keluarganya. Sebelum ini, bantuan STR beliau gunakan untuk bayar bil.

“Semuanya digunakan untuk keperluan asas, tak cukup kalau nak simpan. Duit kali ini saya guna untuk keluarga, tapi sebelum ini punya saya guna untuk bayar bil telefon dan elektrik,”

Rega Thampusamy, kepada Soscili.

En Eng Chee Kiong (60) pula menerima RM800 kali ini. Hanya isterinya yang bekerja, dan mereka ada lima orang anak untuk dijaga. Jadi wang STR akan terus digunakan untuk sebahagian perbelanjaan sekolah anak-anak mereka.

“Saya akan bagi duit ni kepada anak-anak. Anak ada lima orang, jadi saya akan bagi untuk mereka beli barang sekolah,”

En Eng Chee Kiong, kepada Soscili.
Bersembang bersama Puan Rega.

STR sedikit sebanyak membantu ringankan beban kos sara hidup yang meningkat

Dengan kos sara hidup yang kian meningkat dan gaji yang tak berubah-ubah, ramai yang rasa tersepit dari segi kewangan. Oleh itu, STR yang diagihkan dengan mengambil kira saiz isi rumah dan pendapatan, sedikit sebanyak dapat menampung sebahagian dari perbelanjaan harian mereka.

Agihan bagi isi rumah. Imej dari Hasil.

Tak kira sama ada mereka pilih untuk belanjakan STR untuk membayar bil atau demi persekolahan anak-anak, mereka yang kami temui bersetuju yang program STR perlu diteruskan selama yang boleh.