Malaysia sudah lama mencipta mikrocip sebelum Yahudi tapi ramai tak tahu?

(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Sembang pasal suntikan vaksin COVID-19 ni, mesti kita akan teringat akan segelintir masyarakat kita yang menolak vaksin atau anti-vaksin. Hal ini kerana mereka menganggap vaksin ini merupakan satu agenda yahudi dan pelbagai spekulasi mengarut dilontarkan seperti vaksin ni ada babi la, vaksin ni sebagai alat menjatuhkan umat Islam dan ia juga dikatakan ada mikrocip di dalamnya.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya mikrocip ni Malaysia pun pernah menciptanya pada tahun 2007. Ia dinamakan sebagai Malaysia Microchip (MM) atau cip MM, dan ia…

Mempunyai saiz yang sangat kecil seperti sebutir gula

Jenis cip MM ialah RFID. Imej dari fdocuments.

Sebenarnya penghasilan cip MM  ini bukanlah sepenuhnya dari Malaysia kerana kita ada membeli hak harta intelek dari syarikat penyelidikan di Jepun, FEC Inc. Pada masa itu, ia dianggap sebagai mikrocip yang paling kecil di dunia serta sebuah teknologi untuk kehidupan seharian kita.

“Kerajaan memperoleh hak milik cip tersebut dan kami memiliki hak milik untuk merancang, menghasilkan dan memasarkan cip tersebut. Kami percaya bahawa kami mendahului yang lain kerana yang lain jauh lebih besar. Kelebihan cip ini adalah penciptaan antenanya, yang dapat digunakan untuk berbagai aplikasi dari kesihatan hingga keselamatan.”- Tun M, dipetik dari The Star.

Cip MM menggunakan jenis cip RFID yang mempunyai saiz sangat kecil iaitu 0.25 mm x 0.25 mm (nipis macam kertas) — digunakan untuk kad keselamatan atau peranti anti-pencuri. Ia juga merupakan mikrocip multiband, boleh digunakan di negara lain dengan pengaturan video berbeza.

Sampai kena tunjuk sebab kecil sangat. Imej dari The Star.

Menjelang 2007, Malaysia juga ada menginovasikan cip MM ni kepada tiga versi iaitu MM1, MM2 dan MM3 serta mempunyai saiz 0.7 mm x 0.7 mm, walaupun ia besar dari yang sebelum ni, tapi ia dianggap masih kecil ketika dilancarkan.

Pada masa itu, mikrocip ini dihasilkan di Jepun, malah proses pengeluarannya akan dipindahkan ke Malaysia di bawah syarikat SilTerra Malaysia Sdn Bhd.

Walaupun mikrocip ini dianggap satu kejayaan tetapi ia…

Tidak digembar-gemburkan dalam laporan atau kertas akademik

Kasi lempang je! Imej dari Meme Creator.

Cip MM merupakan sebuah projek paling besar untuk Malaysia pada masa itu. Banyak perkara yang dirancang bagi menjayakan teknologi cip MM ini seperti alat pengesan dokumen palsu, mengesan barang, dan alat mempertahankan diri kita dari pencuri atau musuh.

Penghasilan cip MM ini memakan duit yang banyak (dalam $50 juta hingga $60 juta), tapi menurut Menteri Dalam Negeri, Dato’ Sri Mohd. Radzi b. Sheikh Ahmad terdapat banyak kegunaan untuk cip itu dan ia boleh dijual di seluruh dunia kerana mempunyai teknologi multiband.

“Anda berfikir tentang aplikasi itu, ia sangat pelik kerana tidak ada batasan untuknya. Kami akan keluar ke peringkat antarabangsa untuk memasarkannya di seluruh dunia.” – Dato’ Sri Mohd. Radzi b. Sheikh Ahmad, dipetik dari Malaysiakini.

Jadi, korang boleh lihat betapa semangatnya kerajaan dalam menjayakan projek cip MM ni. Tapi en, sebenarnya cip MM ni tidak digembar-gemburkan dalam laporan berita atau kertas akademik. Walaupun kita tahu bahawa terdapat banyak aktiviti di kilang microchip di Malaysia tetapi, rujukan kepada cip MM susah untuk dijumpai.

Pulakk!! Imej dari The New York Times.

Berdasarkan buku ekonomi 2012, cip MM dirancang untuk mengesan barang-barang dalam beg bagasi di lapangan terbang Malaysia dan Hong Kong. Ia juga digunakan alat pengesanan CD/DVD, memandangkan pada masa itu kes cetak rompak berleluasa.

Selain bagasi dan DVD, terdapat penggunaan lain yang dirancang untuk cip MM termasuk mengesan barang seperti plat kenderaan, linen tempat tidur di hospital, dan digunakan dalam kad e-wallet Touch n Go. Namun, rancangan untuk plat nombor kereta cip mikro tidak berjaya, dan Touch n Go pula menggunakan mikrocip lain yang dibuat oleh syarikat Belanda.

Perkara paling popular di kepala kita yang boleh menggunakan cip MM adalah MyKads kami, yang dilancarkan tiga tahun selepas cip MM. Walau bagaimanapun, tak banyak info pasal MyKads dan cip MM, jadi kami dapat menganggap bahawa MyKads menggunakan jenis microchip lain untuk fungsi Touch n Go.

Sebenarnya cip MM ini pernah digunakan dalam MyKad tetapi gagal sehingga terpaksa menggunakan cip lain bagi membolehkan penggunaan Touch N Go.

Mana perginya & apa yang berlaku pada cip MM tu sekarang?

Kasi pecah! Imej dari PicsArt.

Pelik juga pasal cip MM ni juga kerana dahulunya digembar-gemburkan sebagai teknologi terhebat di dunia tetapi tak banyak laporan mengenai cip itu. Menurut laporan, ia sepatutnya dilaksanakan oleh sebuah syarikat bernama Senstech Sdn. Bhd., anak syarikat milik Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). Sentech juga dikatakan ada bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan tapi tu la, tak banyak info sangat mengenainya.

SilTerra merupakan sebuah syarikat yang mengambil alih pembuatan cip selepas Jepun tetapi tidak berjaya. Menurut laporan berita, syarikat tempatan tidak terlalu berminat untuk membuat barang RFID dengan mereka. Kiranya cip MM ni dipinggirkan oleh orang ramai la.

Takpela, apa-apapun kami nak cakap anti-vaksin asyik sembang mikrocip tu agenda Yahudi (banyak lagi benda merepek dihujahkan), padahal Malaysia pun pernah menciptanya!