4 bandar di Malaysia adalah PALING BAHAYA kat Asia? Kitorang terkejut bila siasat lebih lanjut…

Tak lama dulu pada tahun 2013, keluar artikel yang mengatakan Malaysia adalah antara 10 negara paling bahaya di dunia. Artikel ni tak tau pun entah mana sumbernya, tapi sebab dah viral sangat, PDRM sampai terpaksa keluarkan kenyataaan untuk menafikan cerita ni.

Dan baru-baru ni pulak, sekali lagi Malaysia digemparkan dengan berita daripada laman pelancongan antarabangsa yang mengatakan bahawa 4 bandar di Malaysia tersenarai sebagai 10 BANDAR PALING BAHAYA di Asia termasuklah  KL, PJ, Klang, dan JB.

10 bandar yang berbahaya di Asia
10 bandar yang berbahaya di Asia. Image dari Facebook SAYS.

Dan kitorang pun terhuhu dan terkesima sebab…

Imej dari High Times.
Imej dari High Times.

Biar betul Petaling Jaya lagi bahaya daripada Afghanistan? Hah, mesti ada antara korang yang terbeliak mata bila dengar yang Afghanistan ni tergolong dalam Asia. Kitorang pun. Bila tengok kat Wikipedia, Asia adalah melingkungi Asia Barat termasuklah Afghanistan, Syria, Palestin, dan Arab Saudi.

Ok lah sebenarnya artikel kat WorldAtlas tu ada nyatakan yang senarai tersebut tak termasuk negara-negara yang dilanda perang, tapi sebaliknya mengambil kira jenayah seperti meragut dan mencuri. Macam mana dorang dapat makluma? Senang je. Kat Numbeo, korang boleh isi survey yang bertanyakan soalan-soalan seperti:

  • Macam mana serius tahap jenayah yang korang rasakan?
  • Korang rasa tahap jenayah dah bertukar ke dalam masa tiga tahun?
  • Korang rasa selamat ke jalan tengah-tengah malam?
  • Korang rasa selamat ke siang-siang buta?
  • … dan 8 lagi soalan yang korang boleh baca kat link ni.

Tapi maklumat yang diambil daripada adalah berdasarkan survey ke atas 21 orang je?!!

So kitorang pergi kat laman web Numbeo dan taipkan Klang, dan memang betullah kadar jenayah sangat tinggi:

bandar-paling-bahaya-klang

AKAN TETAPI… kitorang terjumpa satu benda yang pelik sebab kat bahagian bawah skrin ada menyatakan yang jumlah orang yang contribute pada data pasal Klang hanyalah 21 orang sahaja. Biar betul??! (Bagi bandar-bandar lain pulak: KL ada 362 orang, PJ 33 ada orang, dan JB ada 52 orang.)

bandar-paling-bahaya-klang2

Bagi sebuah bandar dengan populasi seramai 276,729 orang, cukup ke 23 orang untuk menggambarkan keadaan jenayah dan keselamatan di Klang? Tambahan lagi, ada banyak bandar-bandar lain yang tak cukup data contohnya Yangon (Burma), Pyongyang (Korea Utara) dan Kabul (Afghanistan).

Jadi, bagi WorldAtlas untuk menamakan bandar-bandar kat Malaysia berdasarkan sumber data yang tak menyeluruh sebenarnya bolehlah dipersoalkan. jadi kitorang cuba cari sumber yang boleh pakai sikit, dan kami dapati…

Berdasarkan sumber yang lebih bertauliah, Malaysia merupakan negara 28 paling aman dalam 162 buah negara (total negara ada lebih kurang 196)

Laman web Vision of Humanity ada memaparkan Indeks Keamanan Dunia melalui bentuk visual, siap dengan peta warana-warni cukup:

Cenonet je Malaysia kat situ.
Cenonet je Malaysia kat situ. Klik kat gambar untuk tengok data penuh.

Dan daripada kajian ini, Malaysia menduduki tangga ke 28 paling aman daripada 128 buah negara di seluruh dunia. Bila kitorang try dengan negara-negara Asia yang lain, banyak yang lagi teruk seperti Indonesia (nombor 46), Thailand (nombor 126), dan Korea Utara (nombor 153). Malay Mail sendiri ada melaporkan yang Malaysia dan Singapura adalah negara paling aman dekat rantau kita ni.

Jadi kalau nak kata sampai tiga bandar dalam negara kita paling bahaya di Asia, macam susah nak percaya je.

(Kajian Indeks Keamanan Negara diatas adalah dibuat oleh Institute of Economics and Peace, dengan mengambil kira 23 indikator kualitatif dan kuantitatif yang tergolong dalam tiga kategori utama iaitu tahap keselamatan dalam masyarakat, jumlah konflik dalaman dan antarabangsa, serta tahap ketenteraan. Korang boleh lihat baca fail PDF ni, pergi ke bahagian apendiks, dan baca macam mana detail team research dorang kumpul data.)

Dan sebenarnya, indeks jenayah negara kita dah menurun akhir-akhir ni

Pihak berkuasa kita sendiri ada buat kenyataan pasal kadar jenayah, dan ini apa yang kami dapat:

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) sendiri ada melaporkan yang jenayah indeks telah berkurangan sebanyak purata 6.6% setahun dari tahun 2009 hingga 2014 (baca laporan penuh dalam PDF).

Klik untuk laporan penuh dalam PDF.
Klik untuk laporan penuh dalam PDF.

Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia tak percaya pasal kenyataan yang diberikan kerajaan. 50% percaya yang ianya lebih teruk, dan 40% fikir ianya tak berubah pun.

Sama ada kadar jenayah negara kita meningkat atau menurun memang banyak diperdebatkan. Tapi berbalik kepada artikel yang mula-mula viral tadi, agak ekstrim lah kalau kita kata bandar macam Petaling Jaya tu antara paling berbahaya di dunia.

Korang rasa camne? Vote pendapat korang dalam poll kat bawah ni:

[socialpoll id=”2350574″ path=”/polls/2350574″ width=”500″]

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)