Filem Mr Os yang mana korang paling suka?

Tanggal 8 April 2016 jam 2.50 petang, pelakon dan pelawak Mr Os disahkan meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Berita sedih ni disahkan oleh anak-anak allahyarham sendiri di laman Facebook.

Ucapan takziah datang mencurah-curah daripada netizen atas pemergian beliau:

Gambar dari Era FM.
Screenshot dari Facebook Era FM.
Komen daripada FB Francissca Peter.
Komen daripada FB Francissca Peter.

Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Abdul Hamid memang sinonim dangan filem-filem komedi tahun 90-an. Walaupun ramai antara kita yang tak pergi tengok wayang, filem-filem Mr. Os selalu disiarkan kat TV kabel seperti TV3, sebab tu lah Mr. Os familiar sangat di hati segenap lapisan masyarakat.

Mengenang jasa seniman komedi Malaysia ni, jom kita throwback 10 momen paling faveret kita tentang Mr. Os:

1. Balik Kampung (1986)

https://youtu.be/_p3qgcnQXds?t=53m6s

Di sinilah bermulanya karier Mr. Os sebagai pelakon dan pelawak. Beliau membintangi filem sebagai pelakon pembantu pada 1986 sewaktu berumur 35 tahun, dan dia mula femes dan dikenali ramai.

2. Mr. Os (1987)

Disebabkan perwatakan beliau yang memang meninggalkan kesan dalam hati peminat, tak lama pun Mr. Os perlu tunggu untk menjadi pelakon utama. Pada 1987, Mr. Os membintangi filem yang dinamakan dengan nama wataknya sendiri dibawah arahan seorang lagi pelawak terkenal, A.R. Badul. Arwah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik 1987 (FFM) menerusi filem ini.

3. Bisikan Arwah (1988)

Lakonan beliau bukan je dekat Malaysia, malah turut memikat hati pengarah dari Indonesia. Beliau telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah, di mana beliau memegang watak sebagai Parta, seorang pemuda kampung yang telah dibunuh beramai-ramai dan kemudianya kembali menjelma untuk membalas dendam. Versatile jugak la Mr. Os kan.

4. Kembar Siam (1988)

Mr. Os sekali lagi membintangi sebuah filem arahan A.R. Badul dalam Kembar Siam. Filem ini menceritakan seorang pemuda kampung Os yang terserempak dengan Os superstar di KL, kemudiannya dorang pun tukar identiti dan dari situlah berlakunya pelbagai kekeliruan.

Seingat kami, ini adalah antara satu-satunya filem kita yang menggunakan seorang pelakon untuk berlakon dua watak (double role), kiranya macam Shah Rukh Khan dalam cerita Duplicate atau Van Damme dalam Double Impact la. Kiranya kita ni dah lama advance ok.

5. Awang Spanar (1989)

Filem gandingan beliau dan seorang lagi pelawak terekenal, Salleh Yaacob yang menampilkan antara dialog paling femes Mr. Os: “Ini cucu Shashi Kapoor, kalau kena sampai Singaporrrr.”

6. Adik (1990)

Okay cerita ni memang tangkap sebak. Kalau Hollywood ada filem Rain Man yang mengisahkan jejaka hensem Trom Cruise dengan abangnya yang autistik, Adik mengisahkan jejaka hensem Mustapha Kamal dengan adiknya yang autistik.

Filem ini juga membuktikan yang Mr. Os bukanlah mampu berlakon lawak semata-mata, tapi boleh jugak memainkan watak dramatis, sehinggakan beliau dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9 .

7. Filem O.K (Orang Kampung Otak Kimia) (1990)

Dalam O.K., Os adalah seorang pemuda yang sering dicemuh keluarganya dan orang kampung setelah gagal dalam peperiksaan. Tapi sebenarnya dia ni merupakan orang yang pintar dalam bidang kimia dan biologi dan kerana itulah dia telah berjaya mencipta satu formula ramuan yang membolehkan orang bisu dan juga binatang bercakap.

Kadang-kadang bila tengok filem lama, kagum jugak dengan macam-macam jenis tema dan tajuk yang dorang buat kan, takdelah asyik-asyik cerita rempit dan ustaz je memanjang.

9. Boss (1991)

Filem ni sekali lagi menggandingkan Os dengan Salih Yaacob, serta dua seniwati jelita kita iaitu Raja Ema dan Jasmin Hamid. Antara quote yang femes adalah “Penyakit senyum semulajadiii…” yang buat kita tak habis-habis tersenyum sama.

8. Filem Ghazal untuk Rabiah (1997)

Filem ini merupakan antara filem terakhir yang dibintangi oleh Mr. Os sebelum berehat sebentar daripada dunia seni, dan beliau sekali lagi membuktukan yang beliau masih menyengat sehingga memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem malaysia pada tahun 1997.

 10. Maharaja Lawak Mega (2011)

Melalui program Maharaja Lawak Mega yang banyak menampilkan pelawak-pelawak veteran tanah air, Mr Os pun berganding bersama Abon bagi membentuk OSBON. Punyalah power gabungan dorang berdua sampaikan dorang menjadi juara sulung bagi Maharaja Lawak Mega! Otai tak pernah hilang power okay.

Mr. Os akan sentiasa diingati bukan sahaja sebagai seniman, tapi sebagai manusia yang penuh rasa rendah diri

Mr Os bersama teksinya. Image Utusan
Sape yang tanak naik kalau nampak senyuman macam ni kan? Gambar dari Utusan.

Setelah menyepi daripada dunia seni, Mr. Os memulakan pekerjaan sebagai pemandu teksi serta membuka sebuah chalet di Perak. Tapi walaupun setelah memenangi wang hadiah hasil daripada Maharaja Lawak Mega, Mr Os masih meneruskan pekerjaannya sebagai pemandu teksi.

“Macam biasa saya akan terus membawa teksi saya. Cuma dengan duit kemenangan itu, saya bercadang mahu menambahbaik teksi saya itu supaya ia lebih solid demi memberi keselesaan kepada para penumpang saya kelak.” – Mr Os, dipetik oleh Myartis.com

Beliau kembali membuat beberapa penampilan di TV semenjak tahun 2011 termasuklah sebagai cameo dalam Senario The Movie Ops Pocot. Dalam tahun-tahun akhirnya, Mr. Os dilaporkan lebih tenang meneruskan hari-hari sebagai pemandu teksi di samping menumpukan usahanya ke atas kerja-kerja dakwah.

Bagi yang Muslim, bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah; dan pada yang bukan Muslim, marilah kita hantarkan fikiran-fikiran baik dan memperingati beliau sebagai antara insan teristimewa buat kita.

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)