- 707Share sekarang!
- Email17
- Facebook690
- Share
“No woman, no cry. No, woman, no cry!”
Mesti korang tengah nyanyi acah-acah high dengan tergerak-gerak kepala ikut lenggok reggae, Bob Marley, kan?
Dan bila bercakap pasal Bob Marley pulak, mesti korang teringat rambut dreadlock dia, dan tiga warna yang melambangkan agama Rastafari.
Rastafari ni sebenarnya lebih kurang kultus di mana mereka menjadikan ganja dalam ibadah, dan melarang pengguntingan rambut. Tapi, apa yang menarik tentang agama yang dipuja-puja oleh Raja Reggae ni?
Lagu-lagu Bob Marley yang banyak promote Haile Selassie, ‘Tuhan’ Rastafari
Pengikut, atau penyembah Raja Ras Tafari ni sebenarnya lebih mahu dikenali sebagai sebuah gerakan bagi penganutnya. ‘Agama’ ni juga adalah pecahan dari Kristian di mana mereka percaya yang Maharaja Ethiopia, Haile Selassie adalah tuhan mereka yang tersendiri.
Bob Marley yang terikut dengan kepercayaan ni menganut Rastafari pada awal 1960-an, yang dirasakan lebih sesuai dengan jiwanya yang lebih bebas dan tenang. Ketika ditanya pasal agamanya, dia jawab,
“Aku lihat di Ethiopia ada seorang lelaki dengan nama-nama itu, Maharaja Haile Selassie, yang digelar sebagai King of kings, Lord of lords, Conquering Lion of Judah, yang berketurunan King Solomon dan King David seperti yang ditulis dalam Injil…” – Bob Marley ketika ditemuramah dalam rancangan ‘Like It Is’ di US.
Bob Marley kalau nak diikutkan memang ‘orang alim’ la dalam agamanya tu sampai terbawa-bawa dengan kerjaya seninya, dengan menghasilkan banyak lagu yang membawa mesej Rastafarianism. Disebabkan tu jugala dia jadi duta tak rasmi bagi Rastafari ni.
Antara lagu-lagu yang memuji tuhannya seperti Jah Live, Selassie is the Chapel, Is This Love, Jammin dan banyak lagi. Bila korang ada dengar lagu-lagu Bob Marley yang cakap pasal “Jah” tu maknanya dia puji tuhan dialah sebab Jah tu adalah nama lain untuk Tuhan dalam King James Bible.
Kalau Haile Selassie ‘Tuhan’ Rastafarian, Marcus Garvey pula dikatakan salah seorang ‘nabi’ bagi agama tersebut
Kalau ada Tuhan, mesti la ada malaikat dan nabi-nabinya, kan? Kalau korang nak tahu, penganut Rastafari ni juga bukan muncul tiba-tiba je. Sebab satu dekad sebelum dia ditabalkan sebagai raja, dah ada ura-ura mengenai kedatangan ‘Tuhan’ ni.
Sebelum kepercayaan Rastafarian muncul, Marcus Garvey yang terlebih dahulu membuat ramalan seawal tahun 1920. Aktivis yang memperjuangkan hidup rakyat kulit hitam di Amerika ni pada satu hari mengatakan,
“Lihatlah di Afrika. Bila ada seorang raja kulit hitam dinobatkan, maknanya hari pembebasan sudah dekat” – ramal Marcus Garvey, dipetik dari BBC.
Satu dekad selepas tu, ‘ramalan’ Marcus nampaknya jadi benar, di mana Ras Tafari Makonnen ditabalkan sebagai Haile Selassie I, maharaja kulit hitam di Ethiopia. Penganut Rastafarian kemudiannya menganggap ramalan tu benar dan mengangkat Haile Selassie I sebagai Tuhan mereka. Selepas pertabalan Selassie, barulah gerakan Rastafarian secara rasmi bermula.
Safe to say yang falsafah Marcus Garvey ni adalah salah satu sebab macam mana ‘agama’ Rastafarians ni boleh mula wujud di Afrika. Malah, Marcus ni juga dianggap sebagai salah seorang ‘nabi’ kepada agama tu disebabkan ideologinya. Tapi yang peliknya, dia tak follow atau percaya pun pasal agama Rastafari ni.
Maharaja yang lahir dari keturunan Nabi Sulaiman?
Korang mesti pernah dengar pasal negara Habsyah masa belajar agama dulu, kan? Kalau nak tahu, Habsyah yang kita selalu dengar dalam kisah nabi dulu tu adalah Ethiopia sekarang. Dan Haile Selassie I, atau dikenali sebagai Ras Tafari Makonnen adalah pemangku raja Habsyah 1916-1930 dan menjadi Maharaja Ethiopia dari tahun 1930 hingga 1974.
Dari namanya, Ras Tafari Makonnen tu la ‘agama’ tu dapat nama. Ras diterjemahkan sebagai “kepala”, dan merupakan pangkat bangsawan yang setara dengan Duke.
Maharaja Haile ni juga bukan calang-calang keturunan, sebab dia dikatakan berasal dari keturunan Dinasti Sulaiman, atau Solomon, yang juga kita kenali sebagai Nabi Sulaiman, iaitu dipercayai antara manusia paling kaya dalam dunia.
Pertabalannya sebagai raja juga dilakukan secara berperingkat. Pada tahun 1916, Empress Zewditu I, iaitu permaisuri melantiknya untuk kedudukan Balemulu Silt’an Enderase (Raja Sepenuhnya) sebab nak lelaki yang memerintah negara tu. Kemudiannya pada tahun 1928, dia memberikannya takhta Shewa (moyangnya), dan mengangkat gelarannya kepada Negus atau “Raja”.
Satu-satunya orang yang mandapat tunduk hormat daripada Queen Elizabeth
Mungkin dengar macam kitorang berlebih-lebihan pula puji maharaja ni, nak-nak pula dengan perkara ghaib yang tak semua pun boleh percaya.
Tapi kita semua kena setuju satu perkara, di mana kita tak pernah nampak Queen Elizabeth II dan Putera Philip (datuk dan nenek kepada Putera Harry dan Putera William) memberi tunduk hormat kepada sesiapa.
Tapi lain pula dengan Maharaja Haile Selassie dari Ethiopia ni, mereka adalah antara yang mendapat tunduk hormat daripada Ratu Elizabeth dan Putera Philip.
Kalau keluarga Diraja Britain ada sebuah kerajaan, manakala Maharaja Ethiopia ni pula ada sebuah empayar yang lebih besar daripada kerajaan Britain.
Mampu bawa permodenan ke negaranya
Disebalik imejnya sebagai ‘Tuhan Rastafarian’, dia menjalankan tugasnya sebagai pemerintah Ethiopia macam biasa. Salah satunya dengan membawa permodenan ke Ethiopia sejak dia mula memerintah.
Dialah yang memperkenalkan eletrik di negaranya yang bermula dari istananya, dan kemudian disalurkan pada bangunan-bangunan negara tersebut.
Haile Selassie juga melaksanakan fungsi hakim tertinggi di sebuah bangunan yang dibina khas di sebelah istana utama. Berdiri di atas platform, Yang Mulia akan mendengar kes itu kerana ia dibentangkan oleh peguam dan menyatakan keputusannya. Ini adalah mengikut prosedur yang ditetapkan 3000 tahun yang lalu, macam apa yang dilakukan dinasti Sulaiman.
Malah, dia juga sangat sukakan keamanan, dan menentang keras peggunaan senjata nuklear. Dia juga menyatakan kebimbangannya yang mendalam kepada Soviet Union tentang niat mereka untuk menguji bom 50 megaton. Ini menyebabkan Nnamdi Azikiwe, gabenor Jeneral Nigeria mendesak Presiden Kennedy untuk “melipatgandakan usaha” untuk mencegah perang nuklear.
Malah pada tahun 1942, Maharaja Haile Selassie memansuhkan perhambaan di negaranya sebelum dia menjadi raja. Dia juga berjaya memimpin negaranya untuk kemenangan dalam perang melawan Mussolini dan tentera fasisnya pada tahun 1935-36.
Dia memimpin selama beberapa dekad. Tapi, pada Perang Dunia Kedua selepas mengetuai perlawanan terhadap pencerobohan Itali, ekonomi jatuh sampai membuatkan rakyatnya kebuluran dan juga paksaan dari pembangkang politik akhirnya membuatkan dia diturunkan takhta pada 1974.
Penganutnya semakin percaya bila Rita Marley mengaku dia nampak kesan paku pada tangan Maharaja tersebut
Maharaja Ethiopia ni bukan saja dipercayai sebagai Tuhan Rastafarian dalam kalangan bangsanya. Malah, dia juga mendapat sambutan hangat ‘penganutnya’, bila kira-kira 100,000 orang Rastafarians berhimpun masa dia ke Jamaica.
Penganut Rastafarian di Jamaica percaya yang Selassie adalah messiah (pemimpin), dan juga penjelmaan semula Jesus Christ (Nabi Isa); iaitu anak Tuhan yang kembali ke Bumi (dalam kepercayaan Kristian).
Apa yang membuatkan orang lain bertambah percaya adalah apabila Rita Marley, iaitu isteri kepada Bob Marley mengaku yang dia ternampak kesan paku di tangan maharaja tu. Kesan paku tu melambangkan Jesus yang dipaku di kedua-dua belah tangannya untuk disalib (maybe korang tahu macam mana rupanya).
Tapi, Haile Selassie/ Ras Tafari Makonnen/ Raja Ethiopia ni tak pernah mengaku yang dia ni Tuhan
Kalau orang lain bangga dan boleh mengaku Tuhan lepas kena puji melambung sebab boleh ambik kesempatan atas kepercayaan yang diberi, lain pula dengan raja Ethiopia tu. Nampaknya, dia bukannya jenis mudah termakan dengan puji dan kehormatan yang dia percaya dia tak sepatutnya dapat.
Tapi dalam upacara umum untuk menghormatinya dalam lawatan yang sama, raja Ethiopia tu sendiri dalam menekankan yang dia bukanlah seorang Tuhan, malah dia sendiri seorang Kristian, seorang penyembah Tuhan, di mana dia adalah ketua salah satu gereja Kristian tertua, iaitu Gereja Ortodoks Ethiopia.
“Jangan sembah saya, saya bukan Tuhan. Saya hanya seorang lelaki. Saya menyembah Jesus Kristus” – Haile Selassie
Tapi malangnya pengikut agama Rastafarian mengisytiharkan Haile Selassie yang dibawa ke Jamaica tu adalah Haile yang salah (dan bukan nak mengaku fahaman mereka yang salah).
Walaupun mewarisi kekayaan yang sangat banyak dan dalam masa yang sama dianggap sebagai tuhan oleh agama Rastafari, dan bukan Tuhan bagi bangsa kulit hitam. Dia sendiri sebagai raja menafikan perkara ni,
“Aku pernah dengar idea tu. Aku juga pernah jumpa beberapa Rastafarians. Aku beritahu mereka dengan jelas bahawa aku adalah manusia, aku akan mati, dan akan digantikan oleh generasi akan datang,
dan mereka tak sepatutnya membuat kesalahan dengan menyangka atau berpura-pura kononnya seorang manusia mempunyai sifat ketuhanan.” – Haile Selassies, dipetik dari africaspeaks.com
- 707Share sekarang!
- Email17
- Facebook690
- Share