Macam mana Jabatan Perangkaan kira bilangan orang miskin kat M’sia? Kitorang tanya

Bulan lepas kita digemparkan dengan berita tentang kadar kemiskinan di Malaysia, di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cakap kadar kemiskinan di Malaysia jauh lebih teruk daripada apa yang kerajaan kita cakap. Hal ini menjadi buah mulut orang Malaysia kerana berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar kemiskinan negara kita menurun.

Untuk menentukan rumah tersebut dalam kategori miskin atau tidak, kerajaan akan menggunakan PLI (Poverty Line Income) ataupun kadar pendapatan garis kemiskinan, di mana pendapatan bulanan rumah tersebut mesti dibawah RM980Namun, menurut kajian yang dijalankan oleh wakil PBB itu, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang teguh jadi, ukuran PLI kita sepatutnya 3 KALI GANDA RM980 tu (sekitar RM2,550 bagi empat orang sekeluarga).

TunM suruh kaji balik woi! Imej dari Suarapakatandaily.

Jadi, adakah PLI yang digunakan oleh kita sekarang dah tak relevan? Dan macam mana proses untuk kitorang kira kadar kemiskinan dekat negara kita sendiri? Sebenarnya, kerja untuk buat penilaian ni adalah kerja Jabatan Perangkaan. Tapi, apa fungsi jabatan ni dan macam mana diorang buat kerja diorang tu? Kali ni, Soscili akan terangkan benda ni bersama dengan intern baru kitorang yang merupakan bekas pembanci Jabatan Perangkaan, bermula dengan…

1. Ramai yang tak kenal Jabatan PERANGkaan ni siapa

Ada perkataan “perang” dalam tu, maksudnya Jabatan PERANGkaan ni kerja dengan askar ke?

Askar PERANGkaan kan, imej dari Imgflip

Sebenarnya, mesti ada antara korang yang pernah dengar kerja banci membanci ni yang dijalankan oleh kerajaan. Hasilnya, untuk kerajaan buat perancangan pembangunan dan pentadbiran negara, kajian atau bancian mestilah dijalankan terlebih dahulu. Ye lah, takkan diorang nak buat apa-apa dasar atau keputusan tanpa memahami siapa yang akan dikesan terlebih dahulu.

Jadi pendek kata, Jabatan Perangkaan ni lah yang bertanggungjawab untuk kumpul maklumat yang bersesuian dengan masa untuk pantau pencapaian ekonomi dan pembangunan sosial negara.

Geng perangkaan buat meeting(selfie) sebelum keluar membanci

Kalau korang nak tau, siasatan pendapatan isi rumah dan kemudahan asas ni hanyalah dijalankan dua kali setiap lima tahun, itulah sebab ramai yang tak tahu tentang bancian ini. Tambahan lagi, segelintir masyarakat masih kurang beri kerjasama terhadap kerja bancian yang dijalankan oleh pihak kerajaan ni, walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak media untuk minta penduduk beri kerjasama penuh.

Dalam masa yang sama, Jabatan Perangkaan Malaysia Perak pernah bagi borang soal selidik dekat syarikat dan pertubuhan di negeri itu, dan hanya 45 peratus je yang kembalikan borang soal selidik tu balik. Jadi, mereka sendiri kena jumpa pemilik syarikat tu untuk dapatkan maklumat. Oleh itu, antara usaha yang dijalankan oleh JPM untuk buat bancian ni ialah dengan buat banci percubaan, dimana ia bertujuan untuk bagi pemahaman dekat orang awam tentang struktur soal selidik dan mod pembancian yang akan dijalankan.

Muka penghuni yang taknak buka pintu, Imej dari Giphy

Selain itu, Jabatan Perangkaan ni bukan sahaja membanci survey pendapatan & perbelanjaan isi rumah je. Maklumat lain yang diorang kumpul juga termasuk kadar pengganguran, jumlah penduduk, dan jumlah pendatang asing yang tinggal kat negara ni, jadi jangan buat muka tak tau bila orang tanya Jabatan Perangkaan ni buat apa.

Dengan itu, banyak lah maklumat pasal Malaysia yang Jabatan Perangkaan ni ada. Tapi, dalam mendapatkan maklumat, lagi-lagi bancian pendapatan yang melibatkan penyiasatan dari rumah ke rumah, dah tentu ada cerita disebaliknya yang kitorang kat Soscili nak kongsikan.

2. Rumah macam mana yang susah nak banci?

Oleh kerana diorang ni (pembantu perangkaan) kena pergi bermacam-macam jenis saiz rumah (flat, banglo, kondo, rumah kedai), pastinya responden pun berbeza juga, erti kata lain berbeza kerumitannya.

Rakyat Malaysia bila mula nampak pegawai Jabatan Perangkaan datang rumah. Imej dari Giphy

Tambahan, responden yang rumah BESAR ni susah nak ada kat rumah, maklumlah rumah pun bukan satu je. Jadi mod bancian lain akan digunakan oleh pegawai bertugas. Ada juga kes sebelum ni dimana anjing sengaja dilepaskan untuk halau pembanci daripada mendekati dan juga di mana pegawai diugut oleh tuan rumah atas sebab salah faham.

Pernah dikejar responden dengann parang… kebetulan responden kelmarin baru kena tipu penjual kepala paip gas masakan. Salah faham.” – Asam Payak, di petik dari Facebook

Pernah kami pergi ke kawasan perumahan “elit” ni, memang responden “segan” nak beritahu gaji dan perbelanjaan mereka berapa (kalau rumah dah ada heli pad ataupun satu bangunan khas untuk parking, ternganga lah juga). Dalam situasi macam ni, pembantu perangkaan akan menghubungi pegawai ataupun penyelia untuk membantu siasatan. Jadi, pegawai atasan yang kena datang untuk bantu siasatan yang dijalankan.

Pegawai/Penyelia ke lokasi siasatan, Imej dari Aview Studio

Hal ini kerana, sesetengah penduduk enggan menjawab soalan pegawai-pegawai ni sebab takut maklumat mereka disebar ke pihak lain. Tapi sebenarnya, tak macam tu pun. Kerana, mengikut Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989), Jabatan Perangkaan memang tak boleh berkongsi data individu kepada orang lain. Selain itu, mengikut akta tersebut, denda memang boleh dikenakan kepada individu yang enggan beri maklumat, tetapi mereka ni mengamalkan kaedah mesra responden, pasal mereka percaya maklumat yang tepat datang dengan sukarela.

“Jika merasa ragu dengan pegawai banci yang datang, kita boleh minta kad kuasanya dan hubungi segera jabatan kami untuk pengesahan”  Shafizaermawaty Shafie, pengarah DOSM Negeri – dipetik dari Utusan

Responden yang beri kerjasama sepanjang proses bancian biasanya mereka yang faham tentang kepentingan kajian dan data ni untuk membantu kerajaan lebih faham tentang kondisi perbelanjaan dan kos harian mereka. Dengan itu, jika anda dilawati pekerja bancian ni, pentinglah untuk beri kerjasama dan berkongsi maklumat bersama mereka. Jadi, untuk masa akan datang, sebagai satu langkah penyelesaian dan selaras dengan perkembangan teknologi, bancian Penduduk & Perumahan Malaysia 2020 akan di lakukan secara atas talian menerusi laman web dan aplikasi mudah alih.

Bercerita tentang rumah-rumah yang dibanci oleh Jabatan Perangkaan ni, memang ada kelainannya, memandangkan rumah pun boleh berbeza-beza apatah lagi perangai orang kan. Jadi, apa lagi yang berbeza ialah prosedur waktu bekerja pembantu perangkaan ni dengan pekerjaan lain?

3. Eee tengok tu! Orang kerja kerajaan ni awal-awal dah boleh balik dari ofis

Jangan dengar apa orang cakap, kita buat je kerja kita. imej dari Giphy

Waktu jalan sesak orang pergi ke kerja lah, pembantu perangkaan ni akan pergi ke rumah korang untuk buat bancian. Sebab tu suri rumah yang banyak buka pintu, dan diorang ni lah yang lebih arif dalam bab perbelanjaan rumah mereka sendiri. Jadi, jangan bersangka buruk kalau pagi-pagi ada orang dah keluar office panaskan enjin motor.

Tetapi, bagi yang kerja sampai lewat malam, pembantu perangkaan ni kena juga ambil inisiatif lain, macam lawat mereka pada waktu malam. Pernah juga pihak perangkaan dengan bantuan polis, buat bancian pada waktu malam untuk kesan penduduk yang tidak ada rumah. Dahsyat.

Tapi kalau pakai seluar hijau, baju putih dengan lencana  merayau-rayau, tu maknanya ponteng sekolah ok. Imej dari Giphy

Bayangkan setiap 10 tahun, Jabatan Perangkaan kena buat bancian perumahan dan penduduk, dimana diorang kena temu ramah kesemua warga yang ada kat dalam negara ni termasuk askar, orang asli, banduan dan juga gelandangan di Malaysia tanpa meninggalkan satu pun. Jadi, memang orang selalu salah faham tentang kerja halal ini, antara punca utamanya ialah kerana soalan yang bakal ditanya dalam penyiasatan.

Tapi sebut pasal soalan yang biasa ditanya…

4. Apa soalan-soalan pelik yang pembanci-pembanci ni kena tau?

Bagi memastikan maklumat yang diperolehi telus dan tulus, soalan yang perlu ditanya pun harus spesifik untuk memenuhi kriteria yang tetapkan. Jadi, semestinya ada soalan-soalan yang perlu ditujukan jugak kepada respoden, antaranya ialah:

Hari tu pergi pasar beli barang dapur apa ya?

Biasanya makan nasi putih, beras merah (brown rice) atau quinoa?

Biasanya topup sebulan berapa ringgit?

Suami ada beli hadiah atau barang kemas?

Ayah ada beli mainan masa hari jadi hari tu?  GIF dari Giphy.com

Betul, memang nampak remeh bila ditanya berapa kotak rokok beli dalam seminggu, ataupun tanya kos beli tuala wanita dalam keluarga… jadi ramai orang menjadi curiga kerana soalan mereka mengalahkan LHDN dan polis. Tetapi, penting semua ni bila dihitung dan dijumlahkan. Oleh itu, selesai tanya semua soalan ni, Pembantu Perangkaan ni kena kira kesemua perbelanjaan responden, pasal itu syarat lantikan kerja ni matematik kena dapat C masa SPM.

Full suit nk buat banciaan , imej dari Aview Studio

Psst…tapi, kalau orang yang ketuk pintu tiba-tiba dah mula bagi ceramah ataupun tawar produk jualan mereka, confirm bukan dari Jabatan Perangkaan lah. Pasal memang ada kes orang menyamar jadi pegawai perangkaan semata-mata nak masuk rumah nak tawar produk jualan diorang, ataupun kes samun dimana mereka kata nak buat bancian. Oleh itu, pembanci memang diminta untuk menunjukkan segala dokumen yang diorang ada dengan etika pemakaian yang betul.

Jadi, bekerja sebagai pembantu perangkaan tidaklah semudah yang disangkakan, kerana pelbagai aspek kena dipertimbangkan untuk setiap responden, tetapi dalam pekerjaan, pastinya ada pengalaman dan ilmu dipelajari. Tapi kalau asyik kena kejar anjing, diugut dengan parang, dipaksa bekerja dalam cuaca panas… apa kelebihan kerja sebagai pembanci Jabatan Perangkaan pun?

5. Cabaran yang datang dengan pengalaman

Kerja seperti ini takdelah nak kena yakinkan orang untuk beli produk ke apa, tapi untuk terlibat dengan kajian yang dijalankan. Jadi, antara perkara yang pembantu perangkaan ni akan cekap ialah kebolehan untuk menilai pendapatan dan perbelanjaan isi rumah dengan keadaan sebenar sesebuah isi rumah. Selain itu, orang yang pergi buat bancian ni keluar berkumpulan (awal-awal ada yang jenis malu-malu nk cakap mesti nak berteman), jadi jangan terkejut lah kalau ada 2 ke 3 orang depan rumah tanya macam-macam.

Dengar betul-betul, aku tak nak ulang 2 kali, Imej dari JobsMalaysia Center Johor

Sememangnya kerja ni sesuai la untuk korang semua yang nak cari kerja part time dan nak asah skill berkomunikasi kerana korang akan berjumpa dengan bermacam ragam manusia, dan dalam masa yang sama dapat duit, bak kata pepatah Melayu “serampang dua mata” dalam membuat sesuatu.

Oleh itu, dijangkakan seramai 70,000 petugas banci sambilan akan dilantik untuk melaksanakan bancian penduduk dan perumahan Malaysia pada tahun 2020 mengikut keperluan setiap negeri. Jadi, jika ada yang berminat nak tahu bagaimana proses bancian pendapatan dan isi rumah ni dengan lebih lanjut, boleh klik video ni.

“Itulah perjuangan namanya… tetapi hakikatnya peranan pembantu perangkaan amat penting dalam menghasilkan maklumat yang berorientasikan pengguna.” – Kamarul AriffinPekerja di Jabatan Perangkaan

Sudah tiba masanya kita iktiraf sumbangan tentera kecil ni kepada negara kita

Tabik spring lah abang-abang dan akak-akak Jabatan Perangkaan lepas ni. Imej ori dari Sabah News Today.

Dengan itu, inilah sekilas pengalaman bekerja di Jabatan Perangkaan Malaysia yang penulis nak berkongsi bersama. Walaupun pegawai Jabatan Perangkaan ni bukanlah tentera yang bertanggungjawab mempertahankan negara, diorang tetap merupakan pasukan yang penting kepada pembangunan negara. Oleh itu, korang janganlah halau diorang ni kalau diorang datang rumah untuk buat kerja, kerana berdasarkan Akta Banci 1960 semua orang awam diwajibkan untuk mengambil bahagian dan menjawab semua soalan banci.

Di negara maju, statistik yang diperoleh itu adalah sumber utama dalam pembangunan negara untuk jangka panjang.” – Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Negara, dipetik dari Mynewshub

Dengan pengemaskinian data yang lebih teratur dan efektif, Malaysia boleh kenal pasti cara yang lebih strategik untuk mencapai matlamat menjadi negara yang maju contohnya, dengan memberi bantuan kepada golongan yang sepatutnya selaras dengan isu kadar kemiskinan yang sedang hangat dibincangkan.

Dengan itu, kalau korang nak dapatkan maklumat, korang bolehlah buka portal rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, tertakluk kepada ketersediaan atau kerahsian data yang korang nak tengok. Dan akhir sekali, bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang pekerjaan Pembantu Perangkaan ni boleh layari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.