Tengah tengok wayang, tiba-tiba diserbu Jabatan Agama, apa reaksi korang?

Tekan sini untuk bagitau kita perangai korang dalam panggung wayang!

Dalam beberapa minggu dan bulan yang lalu, peminat-peminat filem dunia dah dihadiahkan dengan pelbagai filem hebat pada era kita ni. Ia termasuklah filem-filem Marvel macam –  Avengers: Endgame dan Captain Marvel; filem terakhir untuk siri How To Train Your Dragon; dan juga filem live action Pokemon PERTAMA – Detective Pikachu!

Malah bukan tu je – pada tahun lepas juga, industri filem tempatan dah berjaya pecah rekod rekod kutipan filem dengan jumlah lebih RM165 JUTA, iaitu jumlah TIGA KALI GANDA berbanding dengan tahun sebelumnya. Antara filem-filem tempatan yang berjaya pecah rekod tu termasuklah Munafik 2, Hantu Kak Limah dan Paskal.

Kalau korang peminat filem-filem tempatan, seronok la korang sepanjang tahun ni. Imej dari Harian Metro.

Jadi, kalau penonton wayang dah dapat macam-macam sepanjang tahun ni, apa lagi diorang boleh harapkan dari panggung-panggung wayang dalam masa akan datang? ?

Sekarang, GSC nak bina Panggung Wayang Masa Depan untuk korang! ??

Untuk kali kedua, kitorang kembali berpakat dengan kawan-kawan kitorang di GSC untuk tahu lebih lagi tentang perangai korang dekat panggung wayang! Tahun lepas, kitorang dapat tahu makanan-makanan apa yang korang pernah seludup masuk dalam panggung, jenis-jenis filem yang korang paling suka (atau paling tak suka) tengok, dan berapa antara korang yang suka post spoiler lepas je habis tengok filem (eee).

Jadi pada tahun ni, kitorang nak tau pula apa yang korang NAK buat dekat panggung wayang dan apa yang korang mungkin tak pernah buat. Lepas tu, apa pula benda yang korang terfikir nak buat tapi tak buat.

Sebabnya, GSC nak bina panggung-panggung wayang dengan kebolehan dan teknologi yang TERBARU untuk membawa para penonton ke masa depan dalam menikmati filem-filem. Ini termasuklah melancarkan pawagam skrin LCD pertama di Malaysia, Onyx, dan menayangkan filem di atas tiga skrin secara SERENTAK untuk bagi pandangan 270-darjah dengan teknologi ScreenX!

Pergh… nanti rasa macam termasuk dalam movie tu sekali la lepas ni. Gambar dari FB GSCinemas.

Oleh itu, kitorang nak korang kongsikan pendapat-pendapat dan pengalaman korang di pawagam supaya kitorang bersama – sama dengan GSC dapat tahu segalanya tentang perangai korang di panggung wayang dengan SURVEY PANGGUNG WAYANG MALAYSIA 2019!

Jadi tunggu apa lagi? Cepat la jawab survey ni sebelum 27 Jun 2019 ni!

Tekan sini untuk ambil Survey Panggung Wayang Malaysia SOSCILI 2019!