Macam mana hebatnya gol Malaysia ni berbanding gol pilihan FIFA yang lepas?

(Click here to read this article in English.)

Ingat tak lagi Februari lepas, ada sorang player dari Malaysia ni menjaringkan gol yang sungguh tak tercapai akalmu sampai viral satu dunia? Sampaikan Sports Illustrated pun ada cover cerita ni. Jom kita tengok balik video ni:

Pemain ini adalah Faiz Subri dari kumpulan Pulau Pinang. Malam tu dia skor lagi satu gol (yang tak kurang hebat jugak la) yang menyumbang kepada kemenangan 4-1 menentang Pahang dalam Super League. Dan video ni bukannya ditonton oleh rakyat Malaysia je…

“The goal has captured the world’s imagination with Subri trending on Twitter.” The Sydney Morning Herald

“Outrageous free-kick scored in Malaysian Super League an immediate contender for 2016 Puskas Award” – Independent UK

“If you managed to catch the home side’s 4-1 win, you were fortunate to have witnessed one of the best free-kicks you’ll see this year” – The Bleacher Report

“Puskas Award winner 2016? Watch the Malaysian free-kick so bendy it defies laws of physics” – Mirror UK

Macam yang korang boleh baca kat atas, hampir semua sebut pasal Puskás Award. Bagi yang otai bola sepak kat sini memang tau la pasal anugerah berprestij ni, tapi bagi para noob (termasuklah penulis), meh sini kami nak terangkan…

Apa ke jadahnya Puskás Award ni?

Sekali dengar macam anugerah tempatan pun ada, sebab bunyi macam PUSPAKOM. Tapi sebenarnya Puskás Award adalah anugerah yang diberikan oleh persatuan antarabangsa FIFA bagi gol yang terbaik bagi setuap tahun. Anugerah ni dinamakan sempena pemain bolasepak dari Hungary iaitu Ferenc Puskás.

Ferenc Puskas, the Hungarian soccer champion, has been killed in Budapest on Oct. 27, 1956 while fighting with the rebels against the Soviet troops. This photo is from 1956. (AP Photo)
Ferenc Puskás.

Anugerah ni pernah dimenangi Cristiano Ronaldo dan Neymar. Pergh… player first-class dunia kot. Jadi ada harapan ke anak watan kita bertanding dengan player antarabangsa? Sebenarnya memang boleh, sebab anugerah ni diberi kepada gol terbaik dalam apa-apa kejohanan, oleh sesiapapun, dari mana-mana negara sekalipun.

Sewaktu anugerah ni baru diperkenalkan pada tahun 2009, FIFA menyenarikan checklist macam mana nak tentukan pemenang, termasuklah berapa besar match tu, adakah gol tersebut jadi secara tak sengaja, dan apa ntah lagi.

Tapi dalam 2 tahun sebelum ni, keperluan ini semua telah dilonggarkan. Contohnya pemenang tahun lepas adalah sebuah gol yang dijaringkan dalam liga negeri, bukan peringkat negara pun!

Gambar dari Flickr.
Gambar dari Flickr.

Tapi apa yang penting sekarang… gol Faiz Subri memang telah dicalonkan! So tunggu apa lagi, pergi la undi kat sini. PM Najib sendiri pun sempat meluangkan masa dari jadualnya yang sangat sibuk, korang bila lagi.

Kat page mengundi tu korang boleh tengok satu-satu gol yang telah dicalonkan, dan bandingkan samada gol kita boleh menang tak dengan gol-gol dari pasukan dan negara lain (of course la tak tengok pun korang dah tau siapa nak undi ye tak).

Tapi apa yang kami nak tunjukkan dalam artikel ni adalah… macam mana power gol Faiz Subri nak dibandingkan dengan pemenang-pemenang tahun lepas?

Jom tengok samada gol dari Malaysia ni boleh celen tak pemenang-pemenang yang lepas

Gol yang dijaringkan oleh Faiz Subri memang buat kami teruja dan terkesima, tapi macam mana pulak jika ia dibandingkan dengan gol-gol dari pasukan bertaraf dunia? Oleh kerana kriteria pengadilan adalah sangat subjektif (FIFA yang kata), memang susah kami nak kata.

Tapi sekurang-kurangnya kita boleh tengok gol-gol kat bawah ni dan agak-agak la samada gol kita dari Malaysia setaraf tak, atau lagi power. Jom!

 

Juara 2009: Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo merupakan player pertama yang memenangi Puskás Award sewaktu anugerah ini baru diperkenalkan. Dia menjaringkan gol ni pada suku-terakhir UEFA Champions League pada tahun 2008-2009. So bukan je gol ni kemas habis, tapi memang penting la.

Juara 2011: Neymar

https://www.youtube.com/watch?v=93Va6TZhmDQ

Neymar menjaringkan gol ni dalam liga Brazil. Sekali tengok macam DoTA pun ada, mencelah kiri kanan lepas tu kena ownedddd.

dota owned
Gif from dev.dota2.com

2013 winner: Zlatan Ibrahimović

(FIFA dah block video ni daripada dimainkan pada website lain, tapi korang boleh klik ‘Watch on YouTube’ untuk tonton di YouTube.)

Maih aih dia punya pusing… kalah Shaolin Soccer.

shaolin-soccer-goal
Shaolin Soccer guna kungfu so tak layak Puskás Award.

 

2015 winner: Wendell Lira

(FIFA dah block video ni daripada dimainkan pada website lain, tapi korang boleh klik ‘Watch on YouTube’ untuk tonton di YouTube.)

Gol ni dijaringkan oleh Wendell Lira dalam sebuah perlawanan peringkat negeri. Lipat dia sikit punya mengancam, ni mesti biasa jadi tekong dalam sepak takraw.

Dah tu tunggu apa lagi, pergilah undi Faiz Subri

Ok bila dah tengok gol-gol kat atas ni, agak-agak boleh tak Faiz Subri menang? Ahh tak payah banyak cakap, klik sini untuk bukak website FIFA dan start mengundi! SEKARANGGGGG!!!

faiz-subri
Klik untuk undi!