Kenapa ketua BERSIH ditahan tanpa sebarang perbicaraan?

(Click here to read this article in English.)

Bersih 5 baru je habis, dan yang turun berhimpun boleh tahan banyak jugak la. MalaysiaKini kata 40 ribu, Channel News Asia kata 15 ribu, Utusan Online tak sebut berapa ramai. Entah mana satu yang betul.

Sehari sebelum perhimpunan BERSIH 5 berlangsung, polis dah tahan pengerusi dia Maria Chin Abdullah! Menurut Berita Harian, Maria ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), di mana peguam-peguam dia sendiri pun tak dibenarkan berjumpa Maria, tak macam prosedur penangkapan polis yang biasa.

Bukan Maria Chin sorang je yang kena tahan sebelum bermulanya BERSIH 5. Ramai orang dari organisasi yang berbeza-beza pun kena cekup atas pelbagai kesalahan. Sampaikan aktivis dari UM, Anis Syafiqah pun kena tahan dekat rumah sewa dia.

bersih-5-arrests
Senarai nama orang yang ditahan SEBELUM BERSIH 5. Imej dari The Malay Mail Online.

Apa yang buat orang terkejut adalah undang-undang yang digunakan untuk menahan Maria. Mula-mula akhbar melaporkan yang dia ditahan atas aktiviti yang boleh mengancam demokrasi (yang boleh membawa kepada hukuman penjara sebanyak 15 tahun), tapi kemudiannya, salah seorang peguam Maria kata dia sebenarnya ditahan di bawah satu undang-undang yang lebih menakutkan iaitu SOSMA.

Pasal apa undang-undang ni menakutkan? Ok bila Maria mula-mula kena tahan, satu hari tu takde sapa pun dapat contact dia. Takde siapa tahu Maria kat mana, dan dia takde peguam di sisi. Dan semua ini adalah sah mengikut SOSMA! Lepas tu bila akhirnya dorang berjaya contact Maria, dia sedang ditahan dalam lokap tanpa tingkap, katil, cuma mentol lampu yang terpasang 24 jam. Boleh bawak trauma weh. SOSMA ni memang gerun jugak la.

Apa tu SOSMA? Ada kaitan dengan SOSCILI ke?

Tak, undang-undang ni takde kaitan dengan SOSCILI, dan mintak dijauhkan. SOSMA adalah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), sebuah undang-undang yang diluluskan pada tahun 2012. Korang boleh baca pasal detail dia kat sini.

Bila mula diperkenalkan, katanya SOSMA bertujuan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, atau lebih dikenali (digeruni?) dengan nama ISA. Waktu tu pun orang tertanya-tanya samada SOSMA dengan ISA ni sebenarnya dua kali lima je.

SOSMA juga tiada kaitan dengan sos Aminah Hassan.
SOSMA juga tiada kaitan dengan sos Aminah Hassan.

Artikel ni ada menerangkan akan perbezaan antara SOSMA dan ISA. Antara kebaikan SOSMA berbanding ISA adalah polis hanya boleh menahan seseorang individu selama 28 hari berbanding 60 hari. Kerajaan jugak dah tak boleh meletakkan individu tersebut di bawah tahanan tanpa perbicaraan selama dua tahun (yang boleh diulang sampai bila-bila).

Tapi artikel yang sama mengatakan yang walaupun SOSMA ni lebih ‘jinak’, ia masih tak memastikan hak perlembagaan rakyat. Contohnya, individu tersebut masih boleh ditahan tanpa diberi hak perbicaraan.

Malah SOSMA sama macam ISA di mana apa-apa pun boleh diambil kira sebagai kesalahan. Contohnya pakai t-shirt Che Guevara pun boleh dikira mengancam keamanan negara sebab menyokong idea komunis.

Jadi siapa lagi yang pernah dianggap sebagai ‘bahaya’ di bawah SOSMA, selain daripada Maria Chin Abdullah?

Sebelum Maria Chin, ini antara individu-individu lain yang kami berjaya jumpa:

sosma-people
Dari kiri: Matthias Chiang, Khairuddin Abu Hassan, Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim. Imej dari The Malay Mail Online & The Star.

Jadi… Maria Chin telah dimasukkan sekali dalam kumpulan individu yang dilabelkan sebagai pengganas, militan, dan orang yang cuba ‘menjatuhkan kerajaan’. Bukan kami je yang kata definisi SOSMA ni agak kabur. Malah Timbalan Menteri Dalam Negeri sendiri, Nur Jazlan Mohammad kata SOSMA boleh digunakan untuk apa-apa aktiviti yang dianggap sebagai ancaman kepada keamanan negara. Dan gomen kata Maria Chin ditahan di bawah SOSMA bukan sebab BERSIH, tapi sebab laporan polis telah dibuat terhadapnya.

“Akta itu sebenarnya akta pemboleh kepada Kanun Tatacara Jenayah… beliau didakwa mengikut Kanun Tatacara Jenayah tetapi menggunakan SOSMA sebagai pemboleh untuk membantu polis dalam siasatan terhadap beliau,” – Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timabalan Menteri Dalam Negeri, dipetik oleh berita.mediacorp.sg.

Tapi buat setakat ni, gomen pun tak dapat jelaskan kenapa SOSMA digunakan untk menahan Maria. TPM Zahid kata dia tak nak ulas, suruh tanya  IGP Khalid atau AG Apandi (tapi ada yang kata Zahid adalah orang yang terbaik untuk menjelaskannya). IGP Khalid pula kata suruh tanya Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa berkenaan dengan dakwaan yang Maria ada hubungan dengan CIA. Letih la nak tanya sapa pulak lepas ni… Qu Puteh pulak ke.

Walau bagaimanapun, IGP ada menyatakan yang tahanan di bawah SOSMA kerana dokumen yang dijumpa kat pejabat Maria. Tapi buat masa ni, kita masih tak tau lagi apa sebenarnya yang ada dalam dokumen tu.

Dalam kata lain, nampak gayanya Maria mungkin akan ditahan dalam lokap selama 28 hari supaya polis boleh menyiasat samada Maria boleh akan kekal kat situ ataupun tak. Atau lebih teruk…

Hukuman maksimum di bawah SOSMA adalah hukuman maut

Ataupun penjara seumur hidup. Tapi setakat ni takde lagilah yang pernah diberi hukuman maut. Setakat apa yang kami jumpa:

  • Dua orang yang disyaki terlibat dengan Al-Qaeda tadi dihukum 7 tahun penjara (atau kurang), awal tahun ni.
  • 9 orang yang terlibat dengan insiden Lahad Datu dikatakan akan dikenakan hukuman maut. Tapi oleh kerana takde lagi bukti pasal penglibatan mereka secara langsung, hukuman maut digantikan dengan penjara seumur hidup.
  • Buat Khairuddin dan Matthias Chang yang membuat laporan pasal 1MDB, kes mereka masih lagi disiasat.

Jadi nampaknya hukuman maut hanya diberikan bagi kes yang betul-betul teruk. Buat Maria Chin pulak, setakat ni masih ada harapan lagi, sebab gomen kata dia hanya ditahan untuk ‘membantu’ siasatan polis. Nak lagi bila…

Ramai yang memberi sokongan kepada Maria Chin… termasuklah daripada BN!

Antara yang menyatakan sokongan mereka kepada Maria termasuklah:

Dan juga 800 lagi rakyat yang berkumpul untuk menyokong Maria Chin di Dataran Merdeka baru-baru ni.

maria-vigil
Image from The Malay Mail Online.

Malah, sebelum ni pun dah ada bantahan terhadap undang-undang SOSMA. Tahun lepas, beberapa orang daripada BN sendiri kawtim dengan Tun M untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk penggunaan SOSMA terhadap dua individu yang membuat laporan polis pasal 1MDB tadi. Organisasi lain yang turut membantah SOSMA termasuklah SUARAM, Lawyers for Liberty, dan juga Amnesty International.