Ekonomi

SST sepatutnya mengurangkan harga barang, tapi mereka tak ambik kira benda ni!

UPDATE: Lim Guan Eng dalam Parlimen semalam membentangkan audit yang menunjukkan ada kekurangan RM18 bilion dalam tabung bayaran balik GST, dan mendakwa pentadbiran terdahulu menyalahgunakan wang tersebut, iaitu sebanyak 93% pembayaran balik GST.

“Jumlah wang baki yang sedia ada dalam tabung bayaran balik (GST) RM 1,486 juta, saya nak tegaskan ini jumlah wang yang disahkan selepas pemeriksaan dan audit dalaman oleh jabatan kastam, menandakan bahawa kekurangan kira-kira RM 18 bilion,”

“Tunggakan sebesar ini… berlaku bukan saja kerana garis panduan tidak dipatuhi, tetapi ia dianggap… kerajaan dulu untuk menyelewengkan jumlah wang baki yang sedia ada,” – Lim Guan Eng, dipetik dari Malaysia Kini.

LGE juga mendakwa pentadbiran terdahulu memalsukan akaun dan menyalahgunakan dana dalam akaun bayaran balik GST untuk menutup defisit dasar kewangan kerajaan.

Khairy Jamaluddin pada pagi ni mengatakan yang dia akan membuat laporan polis dan SPRM terhadap tuduhan serius tu. 

___________________________________________________________________________

Bila cakap pasal GST je, mesti korang ingat betapa marahnya rakyat marhaen bila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tu mula-mula dilaksanakan pada tahun 2015. Malah disebabkan kenaikan harga barang melalui GST ni jugalah jadi salah satu punca kekalahan kerajaan Barisan Nasional pada PRU-14. Oh, yang ni bukan kitorang yang kata, tapi ahli sains politik USM, Prof Dr Sivamurugan Pandian dan penganalisis yang kata.

Jadi dengan kemenangan Pakatan Harapan, nak tak nak PH kena hapuskan GST sebab ia adalah salah satu janji dalam manifestonya. Perkara ni membuatkan GST 6% jadi 0%. Perkara tu dipersoalkan Bank Dunia pasal macam mana PH nak dapatkan sumber negara tanpa GST? Tapi tak lama lepas tu… PH kata nak buat SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) bagi menggantikan GST pada 1 September ni.

Imej dari Tanah Kubur

Hal ni nampaknya dah bagi peluang untuk pihak pembangkang ‘serang’ PH dengan mengatakan SST akan semakin membebankan rakyat. Jadi, betul ke tak? Terpaksalah kitorang tulis pasal cukai ni walaupun tak minat nombor banyak-banyak ni (kecuali angka dalam slip gaji semakin bertambah *hai boss, ni hint*).

GST vs SST: Sejauh mana pemahaman kita?

Sebelum tu, apa yang korang faham pasal GST dan SST? Kedua-duanya adalah cukai, tapi cara pelaksanaannya berlainan. Jadi, apa yang menyebabkan salah satunya mendatangkan lebih keuntungan kepada rakyat?

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Apa kurangnya saya berbanding dia? Kata GST kepada kerajaan PH. Imej dari imgflip.com

Jadi, kita tanya kawan-kawan kitorang yang ada kat dalam office ni. Kebanyakannya boleh terangkan pasal GST – iaitu pengilang, pemborong, peniaga dan pengguna, diorang semua dikenakan cukai sebanyak 6%. Senang cerita, dari rantaian pengeluar sampailah pengguna dikenakan cukai.

Tapi bila kita tanya pasal SST pula, ramai yang tak boleh jawab. Meh sini nak terangkan.

Meh la duduk sat dan sambung baca. Imej dari me.me

Sebenarnya SST dah terlebih dulu dilaksanakan di Malaysia berbanding GST, iaitu pada tahun 1970-an lagi, dan melalui beberapa penambahbaikan. SST ni cukai satu aras, di mana cukai ni hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut. Cukai ni dianggap sebagai kos kepada perniagaan. Jadi bagi yang tak tahu pasal SST ni, kerajaan PH dah tetapkan 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan,

Jadi, betul ke harga barangan akan turun lepas ni?

Jadi bila kerajaan PH umumkan GST yang sebelum ni 6% jatuh kepada 0% (kenapa tak mansuh terus?), ramai yang  mengharapkan harga barangan akan turun. Tapi nampaknya hanya segelintir je peniaga yang tak kira GST pada pelanggan mereka.

Yang paling tak best mestilah peniaga yang ambik kesempatan dengan menaikkan harga walaupun GST sepatutnya dah tak dikira – satu perkara yang perlu dibendung kerajaan secara serius.

GST dah takde tapi ambil kesempatan naikkan harga barangan. Korang kena laporkan pada pihak berkuasa. Imej dari The Star

Walaupun ada pelbagai penerangan dari pihak kerajaan PH menunjukkan yang SST ni akan lebih menguntungkan para pengguna, tapi kitorang memilih untuk bersifat sedikit skeptik. Ala, dulu Ahmad Maslan pun kata yang GST ni akan menurunkan harga barang. Last-last, harga barang makin naik adalah.

Masihkah kau ingat? Imej dari Twitter

Lagipun GST dicaj 6% je, manakala SST pula 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan, bukan ke sepatutnya lagi mahal? Kalau campurkan tu dah 16%?

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kemudiannya mengatakan kedua-dua cukai jualan dan perkhidmatan tak boleh dikira 16% macam tu,

“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menambah peratusan cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Ia “seperti menyamakan epal dan limau”. – Lim Guan Eng, menjawab tuduhan bekas kerajaan terdahulu.

Antara SST dan GST, mana lebih murah?

Kalau macam tu, meh sini kitorang buat kira-kira. Kita akan terangkan pasal harga cilisos kitorang masa GST dan SST. Ok, katakan kita tengok perbezaan SST dan GST melalui sebotol cilisos (contoh je k). 

Disclaimer: Yang ni cuma contoh kasar pengiraan, mungkin tak tepat.

Komen pedas kalau nak cilisos free dari kitorang. Imej dari soscili.my

Step 1: Pembekal Bahan Mentah

Bahan mentah ni mestilah cili sebab kita nak buat cilisos. Kalau ikan bilis, dia jadi budu. Huhu. Kat sini, cukai SST takkan dikenakan kepada pembekal tu. Maksudnya kalau dia jual cili dengan harga RM10 sekilo (contoh), pembekal akan jual dengan harga sama sebab takde apa apa caj dikenakan.

Tapi kalau GST pula, kalau dia kenakan harga RM10 sekilo untuk cili, diorang kena caj lebih kepada pengilang sebab ada GST 6%. Jadi, RM10 + RM0.60 = RM10.60 untuk setiap kilo.

SST: RM10.00
GST: RM10.60

Step 2: Pengilang

Contohla, kos buat sebotol cilisos adalah RM5, tapi dia pun nak untung jugak, jadi kita katakanlah dia charge singgit extra. Maka, jadilah sebotol cilisos harga RM6.

Boring-boring buat sos, kita tiup sarung tangan sendiri. Jk. Tu memang kerja dorang. Imej dari cilisos

Di sini, proses harga akan dikenakan SST 10% atas RM6 tadi, iaitu 60 sen. Jadi, harga jual sebotol cilisos daripada pengilang ke pemborong adalah RM6 + RM0.60 = RM6.60!

Kita banding pulak proses ni dari segi GST, katakanlah kos adalah sama iaitu RM5, (anggaplah pengilang tak caj lebih untuk walaupun kena bayar GST daripada RM10.60 sekilo), GST 6% akan dikenakan lagi, iaitu 30 sen. Tambah pulak margin keuntungan seperti tadi (RM1), jadilah RM5 + RM0.30 + RM1 = RM6.30!

SST: RM6.60
GST: RM6.30

Aik, kos sebotol cilisos bawah GST lagi murah daripada SST? Ha… kita kena tengok pulak step seterusnya….

Step 3: Pemborong

Dulu masa kecik-kecik selalu pergi makro sebab boleh beli banyak barang secara karton. Biasala, adik-beradik ramai. Imej dari wiki

Kos sebotol cilisos sekarang dah jadi RM6.60 untuk SST. Pemborong pun mesti nak untung, jadi diorang pun letak la RM2.00. Jadi, sebotol cilisos sekarang harganya adalah RM6.60 + RM2.00 = RM8.60 ! Kat sini dah takde cukai yang dikenakan.

Untuk GST pulak, kos dari pengilang adalah RM6.30 – lagi murah daripada harga kena cukai SST. Tapi yang bezanya kat sini, RM6.30 kena tambah lagi GST 6%, iaitu sebanyak RM0.38, di mana SST dah tak dicaj. Tambah pula keuntungan untuk dia macam kat SST tadi, iaitu RM2.00. Jadi, harga bagi sebotol cilisos lepas ada GST dan keuntungan adalah RM6.30 + RM0.38 + RM2.00 = RM8.68!

SST: RM8.60
GST: RM8.68

Wah, kat sini harga GST lepas melalui pemborong dah lebih RM0.08 berbanding SST. Ala, sikit je tu. Kita tengok pula apa jadi kat step lepas tu…

Step 4: Peniaga

Kos sebotol cilisos lepas kena cukai SST jadi RM8.60 kepada peniaga. Peniaga ambik keuntungan, jadi dia pun tambah keuntungan sebanyak RM 2.00. Jadi sekarang, harga sebotol cilisos yang akan dibeli oleh pengguna adalah RM8.60 + RM2.00 = RM10.60.

Manakala untuk GST, kos dari pemborong adalah RM8.68. Kat sini, peniaga dikenakan caj GST 6% sekali lagi daripada kos RM8.68, iaitu RM0.50. dan keuntungan RM2.00. Jadilah RM8.68 + RM0.50 + RM2.00 = RM11.20

Kalau tak nak free, nak beli pun boleh. PM for best price.

SST: RM10.60
GST: RM11.20

Step 5: Pengguna

Kat sini, harga terakhir yang pengguna tanggung lepas SST adalah RM10.60. Final dah tu.

Manakala untuk GST, harga yang ditanggung pengguna dari peniaga adalah RM11.20, dan masa nak beli pun pengguna akan dikenakan GST 6% sekali lagi, iaitu RM0.70. Jadi, harga yang ditanggung pengguna adalah RM11.20 + RM0.70 = RM11.90

Harga cilisos yang dibeli pengguna:

SST 10%: RM10.60
GST: RM11.90

Berdasarkan kiraan ni, nampaknya harga GST lagi mahal berbanding SST. Tapi ni baru satu barang. Korang juga boleh try kira barangan yang lain juga.

Imej dari tenor.com

Disclaimer

Kalau kita nak compare harga antara GST dan SST untuk setiap barangan, korang kena ambik kira juga pasal: 

1. Ni cumalah contoh kiraan GST yang kita buat ni kalau diorang tak buat tuntutan balik kat kastam. Ada sesetengah peniaga sendiri yang tak claim balik GST  sebab proses tu agak rumit dan dokumen yang nak dihantar tu kena lengkap. Kalau tak, akan direject.

Bukan sikit, tapi ada kurang dari RM200 juta dalam bentuk GST special refunds dikembalikan kepada peniaga walaupun peruntukan RM1 billion yang disediakan untuk tujuan tu. Menurut Direktor General Kastam,

“Kami tidak tahu mengapa, mungkin peniaga-peniaga ini tidak berminat untuk membuat claim,”

Special refunds ini adalah untuk syarikat yang berdaftar di bawah GST untuk mengelakkan mereka dicukai sebanyak dua kali.” – Datuk Seri Khazali Ahmad, direktor general kastam, dipetik dari Vocket.

2. Semakin banyak step yang terpaksa dilalui, setiap kali tu la ada penambahan GST. Maksudnya kalau peniaga dapat barangan terus dari pengilang dan bukan melalui pemborong, maknanya harga barangan yang dibeli peniaga akan lebih murah sebab dah lepas satu peringkat.

3. Contoh pengiraan yang kita bagi ni cumalah contoh kasar, dan ia berdasarkan pengiraan daripada Senthuran Elalingam dari Deloitte, petikan dalam akhbar New Straits Times.

Pihak pembangkang mempersoalkan pelaksanaan SST yang dikatakan tak telus berbanding GST

Bila kerajaan PH kata nak tukarkan cara percukaian dari GST ke SST tu, pembangkang pun tak puas hati dan jadikan perkara ni sebagai sebuah isu. Antara yang mempersoalkannya adalah bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang mengatakan SST akan lebih membebankan rakyat berbanding GST.

“Sebenarnya, harga barangan tidak pernah turun, hanya harga barangan keperluan asas yang jatuh, tetapi tidak semua. Ini membawa impak dan kesan kepada manifesto Pakatan Harapan, yang belum tercapai.” – Najib Razak, dipetik dari NST.

Ahmad Maslan, MP Pontian juga tak terlepas dari memberikan pandangannya tentang ni. Dia kemudiannya memetik laporan KPDNKK dengan mengatakan sebanyak 223 harga barang berjaya diturunkan sejak GST dilaksanakan.

Popular dengan nasi goreng tanpa GSTnya. Ikuti twitter Ahmad Maslan untuk resipi-resipi terbaru. Imej dari The Rakyat Post

Dia kemudian menambah, yang SST ni tak telus kalau nak dibandingkan dengan GST yang diperkenalkan kerajaan sebelum ni. Katanya, “Rakyat kena bayar, tapi takde dalam resit, dan tak telus”.

Lim Guan Eng kemudiannya menjawab persoalan tu. Kalau nak dinilaikan dari dasar ketelusan antara kedua-dua buah cukai SST dan GST,  Lim Guan Eng sendiri mengakui yang pelaksanaan GST memang lebih telus berbanding SST. Dan disebabkan ketelusan ni jugalah kerajaan sebelum ni (Barisan Nasional) berjaya mengutip hasil yang lebih banyak dan lebih meluas. Perkara ni juga yang bagi impak dan tekanan meluas kepada setiap lapisan masyarakat, terutama kepada pengguna akhir.

Jawab pun like a boss. Gif dari giphy

“Sedangkan SST, sungguhpun tidak setelus atau tidak efisyen seperti GST, kesannya kepada rakyat khususnya pengguna akhir, yang mana kita beri tumpuan dan keprihatinan, kurang beri impak kepada rakyat,”
“Kita tidak nafikan, kita bukan macam Barisan Nasional (BN) yang menyatakan bahawa GST akan menyebabkan harga barang turun, tidak. Kita tidak akan nafikan hakikat sebenarnya yang berlaku.” – Lim Guan Eng, dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Lim Guan Eng kata yang SST mampu untuk ‘memulangkan’ duit rakyat

Tapi Lim Guan Eng kata SST takkan membebankan rakyat berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) memandangkan kerajaan hanya akan mengutip RM21 bilion setahun dan “memulangkan” perbezaan RM23 bilion kepada mereka. 

Nah ambil balik duit korang. Gif dari giphy

Lim Guan Eng dalam masa yang sama menekankan yang impak SST sebenarnya lebih kepada perniagaan berbanding pengguna. 

“Bagaimanapun, apa yang penting ialah impak kepada SST adalah kurang daripada GST. Kerana, GST mengutip RM44 bilion sementara SST hanya RM21 bilion, iaitu pengurangan RM23 bilion.” – Lim Guan Eng, dipetik dari Astro Awani.

Walaupun Lim Guan Eng tak menafi yang harga barang mungkin akan naik macam masa zaman GST dulu, tapi dia juga kata yang kerajaan akan mengambil kira dari pelbagai sudut supaya takkan ada yang ambil kesempatan secara berlebihan. Jadi sama ada harga barangan lepas pelaksanaan SST akan mengalami kenaikan atau penurunan, yang tu kita kena tunggu.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend