Kenapa kerajaan bagi GST 0%? Tak boleh ke mansuh terus?

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

GST…GST…tiga huruf yang menjadi isu popular rakyat sejak ia dilaksanakan pada April Fool’s Day 2015. Kalau ada yang tak biasa dengan sebutan GST, cuba beritahu diorang – cukai Ahmad Maslan, mesti diorang akan faham punya. Kalau korang perasan isu cukai Goods and Services Tax (GST) ni jadi bahan kempen utama Pakatan Harapan masa nak PRU14 dulu.

Punyalah gempak janji Pakatan Harapan ni, diorang nak mansuhkan GST dalam masa 100 hari. Nampaknya diorang tak adalah sekadar sembang kosong – GST akan bertukar pada 6% kepada 0%. Mesti ramai yang tertanya-tanya – kenapa nak bagi kosong? Kenapa tak mansuh terus GST yang pernah buat orang berdemonstrasi ramai-ramai ni?

GST, kami dah tak tahan! Imej dari Giphy

Kalau korang tengah pening dengan apa maksud kadar GST diturunkan ke 0%, korang kena baca artikel ni supaya bolehlah korang cakap macam level professor nanti. Tapi sorrylah, korang dah tak boleh masuk Majlis Professor Negara, sebab dah bubar! Haha

GST 0% maksudnya GST masih ada kat Malaysia, tapi korang tak perlu bayar

Korang kena faham dulu – kalau GST ni dihapuskan maksudnya cukai tu akan hilang untuk selama-selamanya, kecuali kerajaan tak boleh nak move on dan laksanakan GST semula. Macam kalau korang dah putuskan pasangan korang, tapi tak dapat nak move on. Untuk cukai GST 0% pulak, akta GST akan tetap ada, tapi kadarnya kosong peratus (tak perlu bayar apa-apa).

Ni contoh kalau korang beli karipap. Imej dari CILISOS

Tapi perkara penting yang korang perlu tahu, lepas ni kerajaan boleh memutuskan untuk menukar kadar dari 0% kepada 1%, perkenalkan semula kadar 6% ni, atau ikut suka hati dioranglah nak perkenalkan berapa peratus GST, sebab GST tak dihapuskan. Tapi buat masa ni, korang bolehlah tarik nafas lega sebab cukai GST ni dah boleh kira takde – ada pun atas kertas je.

“Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sebelum ini adalah pada kadar enam peratus dikurangkan sehingga kadar sifar (0%) bermula 1 Jun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.” – Dipetik dari AWANI

Pada masa hadapan korang boleh download pizza, tapi mungkin masa tu GST dah tak 0% dah. Imej dari Giphy

Cukai GST 0% ni ada kesan tak kat negara kita yang ada hutang banyak ni?

Mari kita tengok apa kesan-kesan yang mungkin akan berlaku bila GST kita dah 0% – kami bukan setakat sembang gebang eh, macam biasa kami akan tanya pakar ekonomi. Kali ini kami tanya Lee Heng Guie, pakar ekonomi dari Socio-Economic Research Centre (SERC). Kami tahu kebanyakan korang pun pakar ekonomikan? Pakar ekonomi kat Facebook atau Twitter untuk level biasa-biasa, kalau dah power jadi pakar kat WeChat.

Banyaknya pakar ekonomi kat sini! Imej dari Giphy
Cukai GST 0% ni untuk pengguna yang kurang berkemampuan

Bahasa mudahnya senang je, korang dah tak perlu bayar cukai 6% ni. Bolehlah korang bergembira sebab tak perlu dah bayar cukai ni. Menurut Heng Guie – pelaksanaan kadar sifar GST ni akan memberi keuntungan kepada pengguna. Maksudnya, lepas ni pengguna akan berbelanja dengan banyak lagi. Ada jugak pakar yang kata harga barang tentunya akan turun – tapi masih terlalu awal nak kata macam tu, kita tengoklah nanti macam mana.

“Kelompok berpendapatan rendah akan mendapat manfaat daripadanya. Tetapi jika SST dilaksanakan semula maka rakyat tidak akan dapat penjimatan yang banyak. Rakyat mungkin akan mengambil kesempatan pada masa di antara kadar sifar GST dan pelaksanaa SST semula.”- Heng Guie ketika dihubungi CILISOS

Bila kau tengok harga makanan kat restoran mahal gila. Imej dari Giphy

Kalau korang tak faham ayat Heng Guie tu, maksudnya sementara kita menunggu cukai SST dilaksanakan semula, kita tengah dalam fasa takde cukai. Barang akan bebas cukailah bahasa mudahnya. Ada pihak yang dakwa harga kereta akan turun, tapi takdelah turun gila babs. Takdelah harga turun sampai 6%, sebab pengeluar kereta kena bayar cukai jugak pada peringkat pembuatan.

Kerajaan guna kaedah GST sifar ni untuk ringankan beban rakyat yang tak berkemampuan. Diorang sengaja gunakan kadar sifar GST pada barangan keperluan harian.

Hahhh…ini antara barang-barang yang akan terima kadar sifar GST. Kalau nak tengok list, klik gambar ni.
Peniaga tak perlu bazir duit untuk hantar pekerja pergi kursus GST

Untuk para peniaga pulak – sistem GST ni masih ada, dan diorang masih akan memiliki nombor pendaftaran cukai GST. Diorang tetap wajib kemukakan invois dan isi borang GST setiap bulan. Tujuan diorang buat dua benda ni adalah untuk rekod kerajaan, sebab macam yang kami dah kata – GST tak kena bunuh lagi, dia masih ada tapi zero-rated!

Masa GST 6% dulu, syarikat-syarikat boleh buat claim untuk GST. Sekarang ni, diorang masih kena buat claim, tapi memang dah takde apalah yang diorang boleh claim memandangkan GST dah 0%. Maksudnya diorang mungkin akan kehilangan claim kat beberapa tempat.

Macam mana borang cukai korang tiap bulan? Imej dari Giphy

Presiden pertubuhan SME Datuk Michael Kang kata, pelaksanaan kadar sifar GST ni akan beri keuntungan pada perniagaan kecil dan sederhana sebab diorang tak perlu habiskan duit untuk hantar pekerja diorang ke kursus yang melibatkan borang-borang GST yang berlambak.

“Kos menjalankan perniagaan akan turun. Pada masa ini kos pelaksanaan GST adalah tinggi kerana peniaga perlu melibatkan ramai perunding dan kakitangan kerana kesilapan dalam pemfailan GST boleh dikenakan denda yang mahal. “- Datuk Michael Kang, dipetik dari The Edge Markets

Ekonomi berkembang sebab orang akan keluar berbelanja

Menurut Heng Guie masa kami borak dengan dia – keadaan ekonomi kita sepatutnya bertambah baik memandangkan para pengguna akan mula berbelanja dengan lebih banyak. Menurut Pusat Kajian Pelaburan Maybank, pada tahun ni kutipan GST dijangka berjumlah RM43.8 billion. Pada tahun 2017, negara kita mengutip RM44 billion. Untuk cukai SST pulak – kita cuma kutip RM14 billion pada tahun 2014.

Maksudnya, negara kita akan alami penurunan pendapatan sebab cukai GST dah jadi kosong peratus. Kementerian Kewangan kita dah janji nak pastikan kehilangan wang dari cukai ni akan didapatkan semula – bukan setakat harap SST, tapi diorang juga akan lakukan penjimatan dan elakkan pembaziran. Membazirkan amalan syaitan!

Jangan membazir, duit tu boleh jadi bahan bakar untuk masak tom yam. Imej dari Giphy

Diorang jugak cukup yakin yang harga minyak yang naik boleh tolong Malaysia tambah pendapatan dan cover kutipan duit GST ni. Korang rasa macam mana? dapat tak kerajaan kita cover balik duit-duit yang akan hilang apabila GST ni jadi 0%?

Sebenarnya GST menyumbang banyak pada pendapatan negara…

Kalau korang nak tahu, GST sebenarnya menyumbang kepada 18% hasil pendapatan negara. Macam mana duit tu digunakan oleh kerajaan, itu benda lainlah. Menurut seorang penyelidik, GST ni kira pendapatan negara yang stabil dan mudah untuk diuruskan.

“Jika kita melihat aliran pendapatan GST secara sendiri dan bandingkan dengan hasil komoditi, jelas GST lebih mantap dan stabil. Lebih mudah kerajaan merancang, apabila mereka mempunyai aliran pendapatan yang lebih stabil.”- Edward Lee, Ketua Penyelidikan SEA, dipetik dari Bernama

Kalau GST dah stabil, internet kita bila nak stabil? Imej dari Giphy

Salah satu kelebihan GST lagi – cukai ni lebih telus dan boleh elakkan cukai-cukai tersembunyi yang lain. Peniaga akan tunjukkan korang nilai sebenar cukai yang korang akan bayar melalui invois atau resit. Cuma kebanyakan rakyat akan lihat GST ni akan menaikkan harga barang gila babs. Ceh, dah macam macai pulak lah kami. Tapi sebenarnya kadar inflasi berada pada kadar terendah sejak Julai 2016 untuk makanan dan minuman tak beralkohol.

Mungkin kerajaan sekarang ni boleh perkenalkan GST, tapi kena mulakan dengan kadar yang rendah dulu. Contohnya – mulakan dengan kadar 1 atau 2 peratus. Ni buat tinggi-tinggi nak pergi mana? Mestilah rakyat akan terkejut dengan kadar 6% tu. Contohnya jiran kita, Singapura. Diorang mula dengan 1% ke 3% dan sekarang dah jadi 7%.

Harap harga barang turunlah, duit dah makin nipis…

Dengan pelaksanaan cukai GST 0% peratus ni, kita harap barang-barang asas yang sebelum ni mahal dapatlah turun harga. Sebenarnya kami sehingga hari ni masih cuba nak faham teori Ahmad Maslan yang kata barang akan turun kalau guna cukai GST. Tapi tak apelah, dia dah tak jadi Timbalan Menteri dah, mesti dah tak jumpa dah lawak-lawak dia.

“GST sifar peratus adalah untuk bantu pengguna. Kerajaan bermatlamat meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memikirkan kesejahteraan rakyat lebih penting daripada tambahan hasil negara.” – Prof Dr Barjoyai Bardai, dipetik dari Berita Harian

Bermula 1 Jun ni, bolehlah korang mula semak harga-harga barang kat kedai, kalau harga barang tak berubah atau makin naik – bolehlah korang mula tanya balik kerajaan. Setakat ni kerajaan Pakatan Harapan ni mendengar suara rakyat – macam kes Tun Mahathir nak jadi Menteri Pendidikan tapi ramai rakyat tak setuju sebab bercanggah dengan manifesto PH. Akhirnya dia bagi orang lain jawatan tu.

 

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka