4 kelonggaran SOP yang mungkin akan diumumkan esok oleh KJ

Seperti kita semua tahu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ada bagitahu di tiktok yang dia akan umumkan sesuatu.

“Minggu depan saya akan umumkan update berkenaan sambutan hari raya, jeng jeng jeng…(bunyi ketukan dram) dan juga beberapa pengumuman lain yang penting. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa, take care!” – Khairy Jamaluddin, ucapannya dalam video di Tiktok.

@khairykj Update terkini berkenaan booster kedua, booster remaja, ubat antiviral dan ujian Covid-19 secara maya. #FYP #kkm ♬ Say So (Instrumental Version) [Originally Performed by Doja Cat] – Elliot Van Coup

KJ juga dijangka akan mengumumkan kelonggaran SOP selepas mesyuarat kabinet esok dan segala perancangan telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Ismail Sabri.

Kita semua mesti dah tak sabar memikirkan apa yang akan diumumkan pada esok hari, dah macam menunggu pengumuman raya pula. Sebelum ini juga, Ismail Sabri ada memberitahu akan mengumumkan tiga kelonggaran SOP utama, iaitu:

  1. Pemakaian pelitup muka di tempat awam.
  2. Mengimbas kod QR MySejahtera.
  3. Keperluan menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang.

Berdasarkan pemerhatian kami, kemungkinan 4 perkara ini akan diberitahu oleh KJ dalam pengumuman, antaranya…

1. Pemakaian pelitup muka di tempat terbuka tidak diwajibkan atau menjadi pilihan

Kemungkinan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka tidak diwajibkan akan diumumkan pada esok hari. Ye, mungkin ini satu kelonggaran yang sangat longgar bagi kita, memandangkan sebelum ini kita diwajibkan memakai pelitup muka tak kisah di mana-mana tempat, sama ada kawasan terbuka atau tertutup. Ditambah lagi, kalau tak pakai, kena saman sampai RM 10,000, sampai orang kita ia menganiaya rakyat.

Kalau sesiapa lupa la. Imej dari Berita Harian.

Kenapa kami cakap pemakaian pelitup muka di tempat muka tak wajib? Hal ini kerana risiko jangkitan COVID-19 di kawasan terbuka sangat rendah berbanding kawasan tertutup seperti bangunan, pusat membeli-belah dan pejabat.

Ia juga telah dibuktikan dengan kajian di mana risiko jangkitan COVID-19 sangat rendah jika kita berada di kawasan luar atau terbuka. Akan tetapi, untuk lebih selamat kita kena mengamalkan penjarakan fizikal memandangkan kita tak pakai pelitup muka.

GIF dari Tenor.

Kelonggaran ini juga telah dilakukan oleh negara jiran kita, Singapura di mana mereka tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan luar bangunan, tapi dalam bangunan wajib kena pakai.

2. Tidak perlu lagi imbas kod MySejahtera jika berada sekejap saja di dalam premis

Bayangkan nak masuk tempat tu sekejap saja, tapi kemalasan untuk mengimbas kod MySejahtera akan mencanak naik, sebaliknya kita akan masuk saja tanpa imbas (tak baik tau, jangan buat macam ni!).

Mungkin esok KJ akan umumkan yang kita tak perlu lagi nak imbas kod MySejahtera kalau masuk premis sekejap saja. Hal ini kerana risiko jangkitan COVID-19 agak rendah jika waktu masuk premis tidak lama, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pensanitasi tangan serta memakai pelitup muka.

GIF dari giphy.

Selain itu, kontak rapat juga mungkin tidak akan berlaku. Hal ini kerana gejala kontak rapat berlaku apabila individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19, sama ada bersemuka lebih dari 15 minit pada jarak kurang 1 meter tanpa memakai pelitup muka atau bersentuhan. Jadi, kalau kita masuk sekejap saja, kemungkinan ia takkan berlaku.

3. Tidak perlu menjalani menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang

Sebelum ini, kerajaan sudah mengumumkan pengembara antarabangsa yang tiba di Malaysia tidak diwajibkan mengambil ujian RTK-Antigen di lapangan terbang. Ia diumumkan kerana kekeliruan mengenai keperluan melakukan ujian tersebut semasa tiba di lapangan terbang.

Hal ini kerana terdapat dakwaan mengatakan pengendali fasiliti kesihatan swasta di lapangan terbang nak kaut untung. Namun, ia telah dinafikan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), iaitu fasiliti tersebut hanya disediakan untuk pengembara yang ingin melakukan ujian dengan segera.

Imej dari Jabatan Penerangan WPKL.

4. Tiada had kapasiti atau kemasukan jika kita beraya rumah orang

Satu berita yang akan membuat kita semua tersenyum lebar di mana mungkin esok KJ akan umumkan tiada had kemasukan jika kita pergi berziarah.

Soalan: Kenapa kami cakap tiada had kemasukan?

Ingat lagi tak dengan pengumuman ‘fasa peralihan endemik yang diumumkan pada 3 Mac lepas? Terdapat beberapa kelonggaran SOP seperti:

  • Solat berjemaah di masjid boleh dan upacara sembahyang di rumah ibadat boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
  • Tiada lagi ada had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai.

Jika kita lihat dua kelonggaran SOP ini, ia mungkin boleh diaplikasikan dalam menziarahi rumah orang tanpa had kemasukan. Apa-apapun, kita tunggu apa yang akan berlaku esok… jeng jeng jeng! (ikut cara KJ).

Memandangkan mood raya kian dirasai, kami tutup artikel ni dengan senarai main lagu-lagu raya lo-fi: