Lagu Rasa Sayang pernah dipopularkan semasa zaman sebelum kemerdekaan?

Zaman tadika dulu, kita disajikan dengan lagu-lagu rakyat seperti Tepuk Amai-Amai, Papaku Pulang Dari Kota, Chan Mali Chan, Lompat Si Katak Lompat, Enjit-enjit Semut dan Rasa Sayang. Memandangkan kami menyebut lagu Rasa Sayang, kami nak huraikan sikit kisah-kisah menarik disebaliknya.

Siapa je tak kenal lagu ni, tak payah tengok lirik pun kita dah boleh menyanyikan lagu Rasa Sayang. Kalau ada yang tak tahu lagi, lagu Rasa Sayang ni, boleh checkout video di bawah:

Takde la gurau je, versi sebenarnya yang ni:

Lagu ni kita diperkenalkan sebagai lagu rakyat bagi masyarakat Malaysia, tetapi ada juga yang claim ia berasal dari negara tu (jap lagi kami explain di akhir artikel). Namun, tahukah korang lagi ni sebenarnya sejak sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Ia bukan saja dalam bahasa Melayu, malah ada juga versi lain seperti…

1. Bahasa Jepun: Lagu Rasa Sayang dalam filem lama Jepun

Cuba korang tengok dulu video ni:

Perasan tak apa yang berbeza? Ye betul lagu ini dalam bahasa Jepun. Kalau nak tahu ini merupakan salah satu babak dari filem Marai No Tora (1943), di mana mereka sedang lepak depan unggun api lepastu campak bendera Britain sambil menyanyikan lagu Rasa Sayang dengan penuh gembira.

Haa…Marai No Tora ni sebenarnya mengisahkan seorang pemuda Jepun bernama Tani Yutaka (dilahirkan pada 1910) yang hidup bermasyarakat di Tanah Melayu sejak umurnya belum cukup setahun lagi. Bapanya membuka kedai gunting rambut di Terengganu.

Poster filem Marai No Tora. Imej dari IMDb.

Walaupun berbangsa Jepun, tapi Tani memang suka memakai baju Melayu dan sangat fasih berbahasa Melayu. Dia juga menjaga hubungan dengan penduduk-penduduk Tanah Melayu.

Menurut beberapa kajian, dia dikatakan telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Muhammad Ali bin Abdullah.

Tani Yutaka ni lebih kurang macam Yakuza juga la kerana dia telah menubuhkan sebuah kumpulan kongsi gelap selepas Insiden Mukden yang menyebabkan premis perniagaannya dibakar serta adiknya dirogol lalu dipancung kepalanya.

Belah kiri sekali tu Tani Yutaka. Imej dari Malaya Black and White.

Nama kumpulan kongsi gelap Tani Yutaka ialah Harimau Malaya dan dia sering mengenakan baju Melayu seragam semasa melakukan misi.

Filem Marai No Tora merupakan sebuah adaptasi kisah hidup Tani Yutaka. Kalau nak info lebih lanjut mengenai Tani Yutaka ni, boleh baca artikel kami (tekan di sini).

Daripada Jepun kita pergi ke Belanda pula…

2. Lagu Rasa Sayang versi Belanda semasa Indonesia dijajah

Bukan sahaja pernah dipopularkan oleh orang Jepun, malah ia juga pernah dipopularkan oleh orang Belanda sebelum tercetusnya zaman Perang Dunia Kedua.

Lagu Rasa Sayang pernah dimasukkan dalam filem Belanda bertajuk Insulinde zooals het leeft en werkt (1941). Kerajaan Hindia Timur Belanda telah mengeluarkan filem yang diarahkan oleh Willy Mullens di bawah syarikat produksi Haghe Film.

Insulinde zooals het leeft en werkt merupakan sebuah filem yang mengandungi kompilasi klip-klip suasana dan budaya di Sumatera dan Jawa semasa pemerintahan Kerajaan Hindia Timur Belanda, seperti:

  • Suasana kereta api di Parahyangan.
  • Istana Yogyarkata (Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat).
  • Perladangan.
  • Penghasilan tembakau dan getah.

Mereka memasukkan lagu Rasa Sayang dalam filem ini. Korang boleh tengok video di bawah dan cuba dengar muziknya nanti korang akan perasan:

Dengar kan? Alunan muziknya seperti lagu Rasa Sayang. Tadi, kita dengar kisah Kerajaan Hindia Timur Belanda di Indonesia kan? Takpe, kali ni masih dalam Indonesia lagi kerana…

3. Ada lagu Rasa Sayang versi Maluku, Indonesia

Oh ye, ada juga versi dari Maluku Indonesia tapi tajuknya lain sikit — Rasa Sayange. Ia dikatakan lagu Rakyat yang berasal dari daerah Maluku, Indonesia tetapi liriknya berbeza dari lagu Rasa Sayang.

Sebenarnya ada banyak versi dari daerah Maluku dan kami pun tak tahu mana yang legit, jadi kami semua versi tu di sini letak jela:

GIF dari imgflip.

Versi 1

Rasa sayange.. rasa sayang sayange..
Lihat nona dari jauh rasa sayang sayange
Disana gunung disini gunung
Tengah tengah bunga melati
Disana bingung disini bingung
Dua dua teman sejati
(2X)

Rasa sayange.. rasa sayang sayange..
Lihat nona dari jauh rasa sayang sayange
Rasa sayange.. rasa sayang sayange..
Lihat nona dari jauh rasa sayang sayange

Jalan jalan ke Surabaya
Jangan lupa membeli pita
Jangan suka memandang saya
Nanti bisa sakit mata
(2x)

Rasa sayange.. rasa sayang sayange..
Lihat nona dari jauh rasa sayang sayange
Rasa sayange.. rasa sayang sayange..
Lihat nona dari jauh rasa sayang sayange

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umurku panjang
Boleh kita berjumpa lagi
(2X)

Rasa sayange.. rasa sayang sayange..
Lihat nona dari jauh rasa sayang sayange
Rasa sayange.. rasa sayang sayange..
Lihat nona dari jauh rasa sayang sayange
Rasa sayange.. rasa sayang sayange..
Lihat nona dari jauh rasa sayang sayange

Versi 2

Rasa sayange… rasa sayang sayange…
Kulihat dari jauh rasa sayang sayange
Rasa sayange… rasa sayang sayange…
Kulihat dari jauh rasa sayang sayange

Jalan jalan kekota paris
Lihat gedung berbaris baris
Anak manis jangan menangis
Kalau menangis malah meringis

Rasa sayange… rasa sayang sayange…
Kulihat dari jauh rasa sayang sayange
Rasa sayange… rasa sayang sayange…
Kulihat dari jauh rasa sayang sayange

Sana belang disini belang
Anak kucingku yang manis
Sana senang disini senang
Ayo kita menyanyi lagi

Rasa sayange… rasa sayang sayange…
Kulihat dari jauh rasa sayang sayange
Rasa sayange… rasa sayang sayange…
Kulihat dari jauh rasa sayang sayange

Eh jap-jap, belum habis lagi, kerana lagu Rasa Sayang juga…

4. Ada versi Bahasa Hindi dalam filem tamil lama

Apa korang ingat lagu ni ada dalam bahasa Jepun dan Indonesia je ke? Ada juga tau dalam Bahasa Hindi. Ia pernah dinyanyikan oleh pelakon veteran Mohammed Rafi dan Lata Mangeshkar dalam filem Hai Pyar Ka Hi Naam Ra Sa.

Filem Hai Pyar Ka Hi Naam Ra Sa dirakamkan di Singapura (masa tu ia sebahagian dari Tanah Melayu) pada tahun 1959. Dibintangi oleh pelakon veteran Mohammed Rafi, Lata Mangeshkar, Maria Menado dan Shammi Kapoor.

Boleh tengok dan dengar lagu Rasa Sayang versi Hindi di bawah:

Konflik lagu Rasa Sayang antara Malaysia & Indonesia

Dulu pernah tau berlaku satu konflik di mana antara Malaysia dan Indonesia mengenai keaslian lagu Rasa Sayang ni. Malaysia dulu pernah claim lagu ini sebagai lagu rakyat bagi masyarakat orang Malaysia, tetapi orang Indonesia menafikannya.

masing2 bergaduh keaslian lagu Rasa Sayang. Imej dari imgflip.

Menurut seorang Gabenor dari daerah Maluku, Karel Albert Ralahalu, beliau menghujahkan bahawa lagu Rasa Sayang berasal dari Indonesia kerana ia telah menjadi lagu rakyat sejak dulu lagi. Beliau juga mengatakan orang Malaysia menokok tambah cerita.

Walau bagaimanapun, kata sepakat sudah dibuat bahawa lagu Rasa Sayang ni milik Kepulauan Nusantara (maksudnya milik Malaysia dan Indonesia la). Pihak dari Malaysia telah sebulat suara mengatakan ia lagu dari bangsa Melayu, Malaysia dan Indonesia.

Oleh itu, pengajarannya di sini ialah betapa indahnya kalau kita bersatu-padu. Tamat!