Krisis Rusia dan Ukraine boleh menjadi sebab Perang Dunia Ketiga atau sekadar provokasi?

Minggu ni kita digemparkan dengan berita Rusia tengah bersedia untuk menyerang Ukraine. Kalau korang nak tahu, dalam akhbar Jerman Der Spiegel, Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, CIA dan pentagon menerima maklumat pasal pencerobohan besar-besaran di Ukraine.

Disebabkan krisis Rusia dan Ukraine dah capai fasa kritikal, Amerika Syarikat dah beri amaran yang Presiden Rusia, Vladimir V. Putin boleh melancarkan serangan ke atas Ukraine pada bila-bila masa.

Vladimir V. Putin. Imej dari imgflip

Akan tetapi, apa puncanya sampai nak berperang bagai ni? Mungkin salah satunya puncanya adalah…

Disebabkan NATO atau NORTH ATLANTIC TREATY ORGANIZATION

NATO adalah pakatan politik-ketenteraan yang diwujudkan semasa Perang Dingin pada tahun 1949. Perjanjian ni berdasarkan sokongan ketenteraan bersama kepada negara-negara yang terlibat sekiranya berlaku pencerobohan oleh pihak ketiga. Perjanjian NATO diasaskan oleh Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya.

North Atlantic Treaty Organization (NATO) - WorldAtlas
NATO dan bendera-bendera negara yang terlibat. Imej dari worldatlas

Objektif perjanjian untuk mewujudkan hubungan antara Eropah dan Amerika Syarikat demi menjamin kebebasan dan keselamatan negara-negara melalui sistem politik dan ketenteraan. Antara negara yang terlibat dengan NATO:

  • Belgium.
  • Kanada.
  • Denmark.
  • Perancis.
  • Iceland.
  • Itali.
  • Luxembourg.
  • Belanda.
  • Norway.
  • Portugal.
  • Amerika Syarikat.
  • United Kingdom.

Walaupun hampir tujuh dekad NATO ditubuhkan, ada juga beberapa negara lain yang menyertai pertubuhan tersebut.

Tambahan pula, NATO ditubuhkan untuk mengatasi ancaman dari Kesatuan Soviet atau USSR (United Socialist Soviet Republic). Kesatuan Soviet adalah persekutuan negara-negara komunis yang menggabungkan Rusia, Ukraine, Belarus, Georgia, Kazakhstan dan 10 buah negara yang lain.

Begitu NATO menjaga negara-negara dibawahnya. Imej dari imgflip

Fungsi NATO adalah mencegah penyebaran Komunisme yang dibawa oleh Kesatuan Soviet. Pada waktu yang sama, fungsi seterusnya untuk menimbulkan rasa takut pada fikiran Kesatuan Soviet. Andai kata satu hari nanti USSR nak serang mana-mana negara di Eropah, Amerika Syarikat akan menjadi pelindung negara.

Untuk membalas balik NATO, Kesatuan Soviet pun menubuhkan pakatan Warsaw Pact yang dianggotai negara komunis Eropah Timur seperti Czechoslovakia, Poland, Romania dan Hungary. Dari situ wujudnya satu “buffer zone” antara NATO dan USSR yang menjamin keselamatan USSR. Apa maksud “buffer zone” ni? Ia adalah satu kawasan tanah di antara dua angkatan tentera yang tak boleh serang satu sama lain.

Logo The Warsaw Pact.jpg
Logo Warsaw Pact. Imej dari wikipedia

Kalau lah tiba-tiba NATO nak serang USSR, negara-negara ni yang akan kena dulu. USSR ada ruang dan masa untuk bersiap sedia membalas. Malangnya, USSR terpaksa dibubarkan sebab…

Mengalami kejatuhan teruk disebabkan kedudukan politik dan pelbagai masalah ekonomi

Pada 25 Disember 1991, satu dunia menjadi saksi sebuah negara komunis yang paling berkuasa dalam sejarah akhirnya runtuh dan dibubarkan. Negara-negara yang dibawah USSR — Rusia, Ukraine, Georgia dan lain-lain menjadi negara yang merdeka. Walaubagaimanapun, Rusia menjadi sasaran NATO.

Kalau NATO tu manusia mesti dia macam “aku perhati je dia ni”. Imej dari imgflip

Walaupun USSR dah dibubarkan, NATO masih kukuh dan berkuasa macam biasa. Bukan tu je, Amerika Syarikat membuat keputusan untuk memasukkan bekas ahli Warsaw Pact dan juga bekas negara USSR seperti Estonia, Latvia dan Lithuania ke dalam NATO.

Kalau korang nak tahu, Rusia pernah diserang oleh Poland-Lithuania pada tahun 1609. Peperangan tersebut merupakan tanda besar pertama persaingan dan hubungan yang tak tenteram antara Poland dan Rusia yang berlarutan sehingga sekarang. Kesan yang berpanjangan kepada masyarakat Rusia, mewujudkan stereotaip negatif Poland di Rusia.

Selain itu, Perang Napoleon pada tahun 1812 adalah satu peristiwa penting dalam sejarah pembangunan seluruh benua Eropah. Rusia juga sebahagian daripada Perang Napoleon, mengambil bahagian dalam kempen-kempen ketenteraan Ketiga, Keempat dan Kelima gabungan anti-Perancis di Prussia dan negara-negara Baltik. Tambahan pula, menjadi negara pertama yang dapat melawan tentera musuh yang kuat serta menjadi tentera jeneral Rusia yang genius.

Napoleon in Russia, 1812 - Not Even Past
Gambaran Napoleon di Rusia, 1812. Imej dari notevenpast.org

Dulu berperang dengan Poland-Lithuania kan? Tapi pada tahun 1920, konflik ketenteraan antara Rusia Soviet dan Poland, yang berusaha merebut Ukraine mengakibatkan terbentuknya batasan Russo-Poland hingga tahun 1939.

Seterusnya, Perang Jerman (1941) dari barat. Adolf Hitler melancarkan Operasi Barbarossa serangan ke atas Rusia Soviet yang merupakan impian besar Hitler dalam menjatuhkan negara ‘Yahudi-Komunis’. Hampir 4 juta tentera menyerang sempadan Soviet Union sepanjang 2,900 km, menjadikan serangan terbesar dalam sejarah!

Georgia | Map, People, Language, Religion, Culture, & History | Britannica
Korang boleh nampak dimana terletaknya negara Georgia. Imej dari britannica.com

Serangan dari 1609 hingga 1941 cukup pahit dalam memori orang Rusia. Disebabkan NATO semakin membesar, negara Georgia yang pernah berada dibawah Kesatuan Soviet membuat keputusan untuk join NATO. Berasap telinga Vladimir V. Putin bila dengar pasal ni, namun dia melawan dengan caranya.

Melancarkan perang besar-besaran selama 8 hari antara Rusia dan Georgia

Perang Ossetia Selatan 2008 merupakan perang darat, udara dan laut yang melibatkan negara Georgia, Persekutuan Rusia, republik Ossetia Selatan serta Abkhazia. Akan tetapi, perang tersebut tak lama sebab Rusia cuma bagi amaran dan jaga kawasan separatis pro-Russia (Abkhazia dan Ossetia Selatan)

Sampai sekarang negara Georgia tak masuk NATO lagi. Bukan sebab negara Georgia takut tapi kuasa besar NATO yang tak berani. Lebih-lebih lagi, Jerman bergantung kepada bekalan gas Russia jadi tak mustahil Vladimir V. Putin boleh potong bekalan gas. Selepas negara Georgia, negara Ukraine pula nak join NATO. Pada tahun 2014, geng pro-NATO di Ukraine menjatuhkan kerajaan Yanukovych yang pro-Rusia.

Vladimir Putin: Want acceptance by Europe? — Try acting more European!
Vladimir V. Putin dan Viktor Yanukovych. Imej dari eurasianet.org

Berbanding Georgia, Ukraine lagi berisiko kepada Rusia sebab Crimea di selatan Ukraine adalah tempat terletaknya pengkalan tentera lautnya. Masa zaman USSR, Rusia boleh letak tentera dan kapal kat situ anytime.. anywhere. Akan tetapi, selepas Ukraine merdeka daripada USSR, Rusia kena bayar sewa kepada Ukraine untuk akses Crimea.

Crimea | History, Map, Geography, & People | Britannica
Crimea tempat letak kapal dan tentera. Imej dari britannica.com

Bayangkan kalau Ukraine masuk NATO, Rusia dah tak boleh pakai Crimea lagi dan kapal perang Amerika Syarikat boleh memasuki Laut Hitam serta menyekat laluan Rusia. Ini boleh menyebabkan Kapal Russia susah untuk keluar, namun Presiden Rusia tak berdiam diri.  Selepas Yanukovych dijatuhkan, Vladimir V. Putin terus mengambil alih Crimea dan sampai sekarang, Crimea jadi milik Rusia.

Selepas Volodymyr Zelensky menjadi Presiden Ukraine pada tahun 2019, ketegangan Russia dan Ukraine reda sikit sebab Volodymyr Zelensky bukan dari blok pro-NATO macam presiden yang sebelum ni. Dia juga bukan pro-Rusia macam Yanukovych yang menolak perjanjian dengan Kesatuan Eropah. Akhir kata, dalam isu NATO, Volodymyr Zelensky menjadi 50/50.

 volodymyr zelensky pres zelensky GIF
Volodymyr Zelensky, Presiden Ukraine. Gif dari Giphy

Vladimir V. Putin tak nak keputusan 50/50, dia nak Ukraine bagi jaminan tak akan masuk NATO, baru Rusia boleh berdamai dengan Ukraine. Jadi, Rusia menghantar tentera ke sempadan Ukraine untuk menakutkan Presiden negara tu.

Presiden Rusia akan memberi arahan kepada 100,000 tenteranya untuk menceroboh Ukraine

Kalau betul Rusia betul-betul nak serang Ukraine kali ni, hanya Vladimir V. Putin yang tahu. Mungkin cara yang dilakukan nampak menakutkan tapi tak bermaksud apa-apa. Akan tetapi, serangan terhadap Ukraine tak mendatangkan untung kepada Rusia sebab objektif Rusia hanya memastikan Ukraine tak masuk NATO.

Russia's Putin and Ukraine's Zelensky agree to ceasefire. But who won at their first meeting? | South China Morning Post
Pertemuan pertama dua presiden. Imej dari scmp

“Tapi serangan terhadap Ukraine tidak menguntungkan Russia sebenarnya. Sebab long-term objective Russia adalah untuk memastikan Ukraine tak masuk NATO. Kalau serang, itu akan menguatkan hujah pro-NATO bahawa Ukraine memerlukan NATO untuk melindungi diri daripada Russia” – Ayman Rashdan Wong

“Penaklukan seluruh Ukraine juga tidak menepati kepentingan Russia sebab itu akan membuat Russia bersambung secara langsung dengan sempadan NATO. Padahal Russia nak elak NATO.” tambah Ayman Rashdan Wong lagi.

Serious Wait What GIF
Jadi perang atau tak sebenarnya? Gif dari Giphy

Kalau betul Vladimir V. Putin nak mulakan peperangan dengan Ukraine, korang rasa boleh jadi World War III ke?