Korang boleh dapat wang tunai PERCUMA hanya dengan mengguna app ni? Ini caranya

Zaman sekarang ni, kitorang ada PELBAGAI JENIS apps untuk fon-fon pintar kita, setiapnya dengan tujuan masing-masing. Selain daripada bermain game dan berborak dengan kawan, ada juga aplikasi-aplikasi untuk tengok wayang, dapatkan rawatan doctor, isi minyak kereta, dan macam-macam lagi! Agaknya lepas ni, nak bersenam pun boleh guna apps je lah terus.

Hngh, ughhh… Hngh, ughhh… GIF dari Gifer.

Jadi, kalau korang pun jenis banyak bergantung kepada aplikasi-aplikasi fon pintar korang untuk buat segala benda, kitorang ada berita baik untuk korang tau iaitu…

Korang boleh dapat RM30 PERCUMA hanya dengan mengguna aplikasi e-dompet BOOST! ??

Alaaa… e-dompet Boost yang ni? Takkan tak kenal kot? GIF dari YouTube Boost.

Kalau korang pembaca-pembaca setia Soscili, korang mesti tau yang kitorang pernah banyak cerita pasal kawan-kawan kitorang dekat Boost. Untuk pengetahuan korang, kini terdapat lebih daripada 5 JUTA pengguna Boost yang dapat menikmati barang dan perkhidmatan lebih 125 RIBU peniaga di seluruh Malaysia. Ini termasuk rakan-rakan Boost dalam kategori hiburan, makanan dan minuman, perkhidmatan, dan lain-lain lagi!

Kali ni pula, Boost nak korang sedia bersambut inisiatif e-Tunai rakyat yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2020. Bawah inisiatif ni, korang akan boleh tuntut RM30 PERCUMA melalui aplikasi Boost korang dari BULAN DEPAN (mak aihhh, 2020 tahun depan dah jadi bulan depan dahhh) hanya dengan mengikuti langkah-langkah mudah ni:

  1. Muat turun aplikasi Boost
  2. Daftar untuk akaun
  3. Naik taraf ke Premium Wallet & Sahkan!
Semudah 1, 2, 3 je! Tangkapan skrin daripada Boost.

Kemudian, korang akan boleh klik inisiatif e-Tunai Rakyat mulai 15 Januari 2020 untuk dapatkan wang tunai RM30 terus ke dalam e-dompet Boost korang! Lagi cepat korang sahkan akaun e-dompet Boost korang ke status “Premium Wallet”, lagi senang korang akan boleh tuntut wang RM30 e-Tunai Rakyat ni sebaik sahaja ia buka kepada pengguna!

Bila dah dapat e-tunai RM30 dekat e-dompet Boost korang tu nanti, korang boleh la gunanya  dekat lebih daripada 125 ribu peniaga-peniaga Boost di seluruh Malaysia, termasuk juga untuk membayar bil, membeli tiket wayang, membayar parking kereta, dan macam-macam lagi! Dengan setiap ringgit yang korang belanja ni pula, korang boleh dapatkan syiling Boost melalui tawaran Boost Up, yang kemudiannya boleh diguna untuk dapatkan rebat tunai, baucer atau juga hadiah besar-besaran!

Fuhhh, sampai menang iPhone pun boleh! GIF dari YouTube Boost.

Namun, bukan ni je kelebihan yang ada kepada pengguna Boost yang menaiktaraf dan mengesahkan akaun diorang ke Premium Wallet. Sebabnya, kalau korang buat ni SEBELUM 31 Disember bulan ni, korang boleh…

Dapat RM5 LAGI hanya dengan membuat transaksi bersama Boost! ?

Hanya untuk tempoh terhad, korang akan layak dapat RM5 rebat tunai PERCUMA kalau korang sahkan akaun e-dompet Boost korang dan membuat transaksi dengan nilai minimum RM10. Dan selain daripada transaksi membeli-belah, korang juga boleh dapatkan RM5 ni dengan membuat Deposit atau mengirimkan wang daripada dompet Boost korang!

Lima ringgit dah boleh bayar parking free dah ni… Tangkapan skrin dari Boost.

Sebaik sahaja korang dah sahkan akaun korang, dan membuat transaksi dengan nilai sekurang-kurangnya RM10 ni dari sekarang sampai 15 Januari, cashback RM5 tadi akan dikreditkan terus ke dalam dompet Boost korang dalam masa 3 hari bekerja. Senang kan?

Jadi, untuk dapatkan kelebihan SEPENUHNYA daripada e-dompet Boost korang sebelum e-Tunai Rakyat RM30 diagihkan nanti, pastikan korang sahkan akaun Boost korang ke “Premium Wallet” dengan menggunakan IC korang! Dan untuk dapatkan kelebihan e-dompet Boost LAGI, sahkan akaun korang SEBELUM 15 Januari untuk dapatkan RM5 rebat tunai dikreditkan ke dalam dompet Boost korang!

Tunggu apa lagi? Jom la sama-sama naik taraf dan sahkan akaun Boost kita, dan bersiap sedia menuju ke arah menjadi masyarakat bebas tunai. ?