Kitorang dah memandu melalui 12 lorong RFID. Cuba teka berapa kali kitorang tersangkut?

(This article is a translation from our sister site, CILISOS)

Mesti korang pernah ada kenangan kad Touch N Go atau SmartTAG tak boleh detect dekat lorong tol kan? Disebabkan tak boleh detect, terpaksalah tebalkan muka undurkan kereta sebab dah kena hon dengan kereta belakang.

Pada tahun 2018, radio-frequency identification atau RFID diperkenalkan di Malaysia sebagai satu langkah besar dalam pembayaran tol tanpa palang. Pelaksanaan RFID secara berperingkat melancarkan perjalanan rakyat Malaysia tanpa menunggu kereta depan ‘tap’ kad TnG. Walaupun RFID adalah teknologi masa depan tapi bagi sesetengah orang ia bagaikan teknologi yang menyusahkan.

Contoh pelekat RFID. Imej paultan.org

Dikatakan punca banyak kereta tersangkut di lorong tol RFID

Walaupun sistem RFID nampak gah tapi menerima kritikan dari pengguna yang pernah tersangkut di lorong tol RFID:

“Negara lain guna RFID (Identifikasi Frekuensi Radio) lancar, kita guna RFID sesak teruk lebih daripada guna duit syiling!” – salah satu pengguna RFID. Dipetik dari getaran.my

Komen netizen.

Kalau korang nak tahu, bukan rakyat je yang mengkritik sistem RFID ni, malah CEO Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca), T. Saravanan juga memberi respons:

“Setakat ini ia hanya sistem Touch ‘n Go yang dinaik taraf cuma ia tidak berpalang atau automatik sepenuhnya seperti sistem di Australia dan Portugal.” – T. Saravanan. Dipetik dari New Straits Times.

Perkara tersebut membuatkan kitorang tertanya-tanya betul ke sistem RFID seperti yang dikatakan orang ramai? Jadi, kitorang minta kerjasama dengan beberapa syarikat konsesi lebuhraya untuk membenarkan duduk di dalam pondok tol serta memerhati beberapa kereta yang akan tersangkut.

Akan tetapi, idea ni kurang menjadi dan kitorang decide untuk memandu sendiri di lorong RFID serta membuat kiraan. Untuk menjayakan experiment ni, benda pertama yang kena ada mestilah pelekat RFID!

Pelekat RFID akan diletakkan sama ada pada cermin depan atau lampu depan.

Cara-cara untuk membeli dan mendaftar RFID

Pada awalnya, kitorang tak tahu ada tempoh pengaktifan 24 jam selepas memasang pelekat sebab tak  dinyatakan dalam laman web RFID Touch n’ Go. Mungkin kesilapan kitorang juga sebab tak baca FAQ dulu (jadikan budaya membaca sebagai amalan harian kita). Jadi, kitorang senaraikan langkah-langkah mendaftar pelekat RFID untuk korang rujuk nanti!

  1. Pertama sekali, akan ada proses pendaftaran untuk korang isi (link disini)
  2. Harga sekeping pelekat RFID – RM 35. Korang boleh beli pelekat dan tampal sendiri atau minta pekerja tampalkan di fitment center tanpa caj tambahan.
  3. Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaa dan akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

Disebabkan dulu pernah ada isu pelekat RFID rosak bila cuba lekatkan sendiri jadi kitorang minta pekerja fitment center untuk tampalkan supaya tak rosak. Selepas itu, kitorang pun balik rumah dan menunggu tempoh pengaktifan 24 jam.

Selepas tempoh 24 jam, kitorang pun bersiap sedia untuk meneruskan experiment ni. Untuk mengukuhkan lagi bukti sistem RFID adalah yang ‘terbaik’, kitorang memasang dashcam untuk merakam sepanjang perjalanan. Nak rakam guna telefon tak boleh sebab membahayakan diri sendiri dan sekeliling (elakkan dari kena saman juga).

Sayangi nyawa dan duit anda. Imej dari imgflip

Seterusnya, berpandukan senarai TNG RFID Enabled Highways, kitorang akan lalu 13 lorong RFID di 7 lebuh raya di Lembah Klang –

  • AKLEH (Ampang-MRR2 Interchange)
  • BESRAYA (Loke Yew Toll Plaza)
  • NPE (Pantai Dalam & PJS 2 Toll Plazas)
  • SPRINT (Damansara & Kerinchi Links)
  • NSE (Kota Damansara, Damansara & Jalan Duta Toll Plazas)
  • MEX (Salak Selatan Toll Plaza)
  • SMART Tunnel

Sepanjang experiment ni, kitorang lalu tol AKLEH dan MEX 2 kali (pergi dan balik). Selain itu, ada satu perkara menarik yang kitorang nak kongsi dengan korang…

Tiga pemandu kereta tersangkut di lorong RFID

Daripada 12 lorong RFID, kitorang menyaksikan pemandu lain tersangkut dan terpaksa undurkan kereta sebanyak 3 kali! Korang mesti boleh agak macam mana perasaan pemandu tersebut yang terpaksa undurkan kereta secara perlahan dan masuk lorong lain.

AKLEH (menghala ke MRR2)

NPE (menghala ke PJ)

NSE (menghala ke Jalan Duta)

Kalau korang nampak situasi macam ni, korang janganlah marah kereta depan sebab kita pun tak tahu kenapa boleh tersangkut. Kadang kala ada hari yang tak bernasib baik. Andai kata diantara korang adalah pemilik kereta dalam video diatas – nak kongsikan pengalaman yang lebih detail atau nak kitorang remove video boleh hantarkan emel kepada [email protected].

Berdasarkan pemerhatian kitorang – bukan semua kereta yang tersangkut, malah ada yang boleh lepas dengan senang (macam kitorang). Ada 4 sebab kenapa kereta boleh tersangkut di lorong tol:

  1. Kredit tak mencukupi dalam e-Wallet Touch n’ Go  dan tak mempunyai tambah nilai automatik.
  2. Pelekat RFID tak berfungsi.
  3. Sensor di lorong tol secara random tak mengesan pelekat di kereta.
  4. Pemilik kereta langsung tak ada pelekat RFID (yang ni tak boleh komen apa-apa hmm)

Kitorang membuat experiment ni pada hujung minggu, jadi ia tak menyebabkan banyak gangguan tapi mungkin pada hari bekerja terutamanya hari Isnin, akan menyebabkan barisan yang panjang di lorong RFID. Tak lama kemudian, apa yang terjadi kepada kereta lain, terjadi pada kitorang.

Kitorang juga hampir tersangkut sekali!

Dari 13 lorong yang kitorang lalu, hanya 12 lorong menaikkan palang tanpa halangan.

Gambaran dari dashcam

Sebenarnya, kitorang hampir ‘tersangkut’ bukan sebab sistem RFID bermasalah tapi disebabkan SMART Tunnel! Sejujurnya, kitorang dah lama tak menggunakan SMART Tunnel ni jadi bila tengok ia disenaraikan dalam laman web “TNG RFID Enabled Highways” — kitorang membuat keputusan yang agak bijak untuk add to route dalam perjalanan seterusnya.

Bila dah hampir sampai di lorong tol SMART Tunnel, kitorang baru perasan rupa-rupanya lorong RFID tak ada!

Mungkin RFID dah boleh buang logo smart tunnel tu. Screenshot dari rfid.touchngo

Boleh nampak dengan jelas kekeliruan kitorang dalam rakaman sampai terpaksa memandu kereta dengan perlahan untuk double check. Ternyata memang betul Taman Desa SMART Tunnel (yang menghala ke Jalan Sultan Ismail atau Jalan Tun Razak) TAK MENAWARKAN RFID sebagai pilihan pembayaran. Nasib baik kitorang ada kad Touch N Go sebagai backup.

Jadi… adakah RFID benar-benar bermasalah?

Semasa merancang experiment tersebut, kitorang membuat anggapan mungkin kereta akan tersangkut dalam 3 atau 4 kali tetapi tak pun. Tambahan pula, boleh dikatakan pengalaman menggunakan RFID agak lancar cuma peristiwa yang hampir ‘tersangkut’ bukan lah disebabkan sistem RFID.

Jadi perkara ni membawa kita kepada 3 kesimpulan yang mungkin:

  1. SOSCILI secara diam-diam dibayar.
  2. Nasib kitorang bertuah.
  3. Tak ramai orang menghebohkan keadaan di mana RFID sebenarnya berfungsi.

Nampaknya yang paling munasabah adalah point ketiga dan mungkin disebabkan oleh sesuatu yang kita panggil negativity bias. Pada mulanya, otak kita ‘dibasuh’ dengan perkara-perkara negatif dan disebabkan perkara tersebut, content creator serta media akan memberi tumpuan kepada negativity di situlah cara diorang naikkan views. Selain itu, akan membawa kepada confirmation bias dan menyokong fakta-fakta yang dikatakan.

Mungkin banyak kereta yang tersangkut boleh jadi kesilapan daripada pengguna sendiri terlupa untuk top-up e-wallets atau pergi pondok tol yang salah yang menyebabkan kereta beratur panjang. Tapi korang jangan salah faham, kitorang tak dibayar untuk memuji sistem RFID ni tau!

forget GIF
Kadang manusia cepat lupa. Gif dari Giphy

Bagi korang teknologi moden macam RFID menyenangkan pengguna atau sebaliknya? Mungkin korang ada pengalaman sendiri untuk dikongsi dengan SOSCILI?