- 128Share sekarang!
- Email2
- Facebook126
- Share
Kedatangan British di Tanah Melayu telah mencetuskan pelbagai peristiwa. Mereka datang ke negara kita dengan cara yang licik dan kejam, habis semua sumber hasil bumi kita mereka ambil. Tengok saja filem Mat Kilau, walaupun ada mengatakan ia bukan 100% kisah benar, tapi boleh lihat betapa kejamnya British menyeksa orang kita.
Dalam kekejaman British di Tanah Melayu, kami ada terjumpa satu kisah menarik, di mana ada seorang brader British ni lain sikit ceritanya. Dia dikatakan mengkaji perumpamaan orang Melayu pada zaman British menjajah. Dia adalah…
Richard Olaf Winstedt: Pegawai British yang mengkaji budaya Melayu
Richard Olaf Winstedt boleh dikatakan budak pandai juga la, sebab dia merupakan lulusan New College (cabang kolej dari Universiti Oxford). Lepas habis belajar, dia menyertai Perkhidmatan Tanah Jajahan dan meminta untuk dihantar ke Perak (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) pada akhir 1902.
Richard ni pelik sikit, tak macam orang British yang lain. Masa tahun 1903, dia menjadi pemangku penolong inspektor sekolah di Perak. Dia ni jarang bergaul dengan orang putih sebab kerjanya memang selalu jumpa orang kampung. Asyik borak dengan orang Melayu saja, lama-lama dia faham dan belajar bahasa Melayu.
Lepas tu, si Richard ni dapat jawatan jadi pegawai daerah Kuala Pilah pada tahun 1913. Jadi, memang banyak la majlis-majlis kampung dia pergi, yang membuatkan dia lagi dekat dengan budaya Melayu.
Sebab dah belajar pasal adat dan bahasa orang tempatan, sekolah-sekolah Melayu di Negeri-negeri selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah melantik Richard menjadi penolong pengarah pendidikan. Tambahan pula, masa penubuhan Kolej Latihan Sultan Idris (sekarang dipanggil UPSI), Richard la yang membantu mengatasi kekurangan tenaga pengajar Melayu. Oh ye, dia ni juga merupakan presiden pertama Kolej Raffles (dari 1921 hingga 1931).
Richard ni banyak juga tulis buku-buku tentang budaya Melayu, dan antara buku yang menarik kami jumpa ialah…
Malay Proverbs: Menghimpunkan 259 perumpamaan Melayu yang unik
Dalam buku ini, Richard ada menceritakan tentang pelbagai fakta menarik mengenai perumpamaan. Antaranya, perumpaan-perumpaan ini turut digunakan di luar di Tanah Melayu.
Menurut buku ini, ada satu perumpamaan Bahasa Hindustan yang berbunyi “jika saya memberitahu, abang saya akan dipukul; jika saya tidak, ayah saya akan makan daging anjing” sama dengan perumpaan Melayu, “ditelan mati emak, diluah mati bapa”.
Kata si Richard lagi, ada juga perumpamaan Bahasa Hindustan yang telah diubah menjadi perumpamaan Melayu oleh Munshi Abdullah. Masa tu, Munshi ni bekerja sebagai guru penulis di Kolej Raffles, jadi dia banyak menyumbang dalam kesusasteraan terjemahan bahasa Melayu.
Banyak juga perumpamaan luar yang Munshi Abdullah tukar menjadi perumpamaan yang sesuai dengan masyarakat Melayu antaranya ‘berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut (Melayu), telah diambil dari perumpamaan Sepanyol, iaitu ‘potong kot (coat) mengikut kesesuian kain kita.’
Ada satu perumpamaan India Muslim iaitu “menarik rambut dalam susu” pula telah ditukar kepada “menarik rambut dalam tepung” dalam bahasa Melayu.
Ada juga perumpaan dalam Bahasa Arab iaitu “tiada siapa boleh tampal di atas sinaran matahari” sama maksudnya dengan satu perumpaan Melayu iaitu “matahari itu bolehkah ditutup dengan nyiru”.
Banyak lagi perumpaan-perumpaan Melayu yang boleh didapati dalam buk ini seperti…
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah
Maksud: Sesuatu perbuatan yang tak sempurna.
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih
Maksud: Semuanya terserah pada nasib.
Pipit tuli makan berhujan, tak dihalau padi habis, hendak dihalau kain basah
Maksud: Serba salah dalam melakukan tugas, kalau buat,mengundang bahaya.
Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya
Maksud: Minat orang semua tak sama.
Anak kunci jahat, peti derhaka
Maksud: Kalau suami jahat isterinya pun sama.
Nak baca senarai perumpamaan Melayu dalam buku Malay Proverbs ni? Tekan di sini.
Banyak lagi buku pasal budaya Melayu yang Richard tulis
Richard ni senang cerita, otaknya telah dilimpahi dengan kekayaan budaya, bahasa serta adat Melayu.
Sebenarnya, bukan setakat buku Malay Proverbs saja, ada juga banyak buku lain yang Richard ni tulis berkaitan budaya Melayu, seperti:
- A History of Malaya (1935).
- A History of Perak (1934).
- The Malays: A Cultural History (1947).
- A Malay Reader (1917).
- Dictionary of Colloquial Malay: (Malay-English & English-Malay) (1927).
Jika anda suka artikel ini, anda mungkin berminat untuk baca:
- 128Share sekarang!
- Email2
- Facebook126
- Share