Kisah bapa Tan Sri Muhyiddin yang menjadi ulama tersohor di Malaysia

Kami rasa korang pun dah kenal siapa Perdana Menteri kita yang sekarang kan, ye Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selepas Langkah Sheraton dan dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau la yang mentadbir negara kita sekarang ni.

Ye kami tahu, ada pihak yang menyokong dan ada yang marah dengan Muhyiddin ni, tapi semua benda tu tolak tepi dulu la. Nak tahu kenapa? Kami sebenarnya nak korek sikit latar belakang mengenai bapanya, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad. Korang tahu tak bapanya merupakan ulama tersohor yang sama level dengan Tok Kenali dan Tok Selehong?

Apa yang menarik pasal bapa Muhyiddin ni? Haa…

Beliau antara ulama yang mengajar ilmu agama seawal usia 21 tahun

Inilah beliau. Imej dari LIBUR.

Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Haji Muhammad merupakan anak kelahiran Tanjung Bidara, Melaka (tarikh lahir: 1899). Sebenarnya sebelum tinggal di Melaka, keluarganya pernah bermastautin di Sumatera tapi disebabkan ingin penindasan Belanda di Indonesia, mereka berhijrah.

Beliau mempunyai empat orang isteri antaranya:

  1. Hajjah Maznah binti Daud (isteri pertama).
  2. Hajjah Khadijah binti Kassim (isteri kedua).
  3. Hajjah Sapiah binti Abdullah (isteri ketiga).
  4. Hajjah Kintan binti Ibrahim (isteri keempat).

Apa yang menarik pasal Tuan Guru Haji Yassin ni, beliau mempunyai 47 orang anak dan salah satunya daripadanya ialah Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin (atau nama panggilan manjanya, abah).

Cer tekan mana Muhyiddin. Imej dari Geni.

Semasa zaman kanak-kanak dan remaja, beliau memenuhi masanya dengan mengikuti bapanya pergi ceramah-ceramah agama di masjid. Boleh dikatakan banyak gak masjid beliau pergi termasuk la Bandar Hilir, Kampung Hulu (Melaka) dan Muar (Johor).

Nama pun ulama, mestilah beliau ni hebat dalam menguasai ilmu agama. Beliau dianggap sebagai seorang remaja yang bijak dan rajin berusaha dalam pelajaran sehingga meminta izin daripada Qadi Haji Abu Bakar untuk belajar di luar negara. Namun, permintaannya ditolak dan menyuruh beliau sambung belajar di dalam negara saja.

Usahanya dan didikan guru, beliau telah berjaya menguasai pelbagai ilmu dan banyak buku yang dibaca seperti:

  • Aqidah al-Naajiin.
  • Dar al-Thamin/al-Hukkam.
  • Minhaj al-Abidin.
  • Maniyyat al-Musollin.
  • Miftah al-Abidin.
  • Matan Ajurrumiyyah.
  • Ihya Ulum al-Din.

Semangat dalam menyulusuri bidang agama dan hormat terhadap guru, beliau diberikan kepercayaan untuk mengajar di masjid-masjid seawal 21 tahun. Beliau juga dikatakan berjaya menjadi seorang guru yang hebat dari kalangan orang mengenalinya.

Kalau guru Qadi Haji Abu Bakar takde, beliau la yang menggantikan tempat gurunya berceramah. Perkara ini dilakukan hingga gurunya meninggal dunia pada tahun 1938.

Kami pun terkejut! Imej dari Imgflip.

Oleh kerana cinta sejati terhadap ilmu agama, beliau telah merantau ke Banten, Indonesia dan pernah berguru dengan ramai ulama termasuk Kiyai Hadi Fadhil al-Bentani. Walaupun tidak mendapat pendidikan secara formal, tetapi pendidikan agama yang diperoleh daripada guru-guru beliau telah menjadikan ulama ini seorang yang berilmu tinggi dan dihormati.

Dalam mendalami ilmu agama, beliau sempat berguru dengan tokoh-tokoh ulama hebat seperti Tuan Haji Fadhil Banten, Haji Abd. Rahman al-Hafiz, Imam Masjid Abu Bakar dan beberapa tokoh yang lain. Ilmu agama yang dipelajari lebih menjurus kepada bidang Tasawwuf dan Tauhid yang mana beliau juga menjadi tempat rujukan ulama lain di sekitar Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Melihat dari susah payah beliau dalam menimba ilmu, ia telah…

Menyumbangkan pelbagai jasa dalam ilmu agama di Malaysia

Hebat tau sebab tersenarai dalam ulama-ulama tersohor. Imej dari CARI Infonet.

Bukan saja menjadi guru, Tuan Guru Haji Yassin pernah menyebarkan ilmu agamanya melalui pembinaan Madrasah As-Sa’adiah (1963) di Wangsa Maju dan Sekolah Menengah Mohd. Yassin (1965) di Muar. Usaha yang dilakukan telah mengubah pemikiran orang Melayu agar celik agama dan tidak mundur dalam pendidikan. Penubuhan sekolah ini juga sangat bagus kerana mengimbangkan ilmu pengetahuan agama dan sekular.

Pembinaan dua buah sekolah tersebut telah meningkatkan kemajuan dan pembangunan masyarakat Melayu, dari sinilah kita boleh nampak daya kepemimpinan beliau.

Pembinaan dua buah sekolah tersebut telah meningkatkan kemajuan dan pembangunan masyarakat Melayu, dari sinilah kita boleh nampak daya kepemimpinan Tuan Guru Haji Mohd Yassin. Hal ini kerana, penubuhan dan proses untuk mentadbir sekolah memerlukan semangat yang tinggi, keazaman dan kemahiran kepimpinan.

Sekolah Menengah Mod Yassin. Imej dari akaun Flickr baharuddinyassin.

Sifat kepemimpinan beliau ni terserlah dengan kewibawaan ramai anak dan cucu beliau dalam bidang ini antaranya yang paling menonjol ialah Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (kot).

Tidak lupa juga dengan jasa beliau menjalankan kegiatan dakwah dalam kalangan masyarakat Melayu. Beliau menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat tempatan di masjid-masjid, berpandukan Al-Quran dan Hadith serta fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Info tambahan, ulama juga menjadi sebahagian daripada kalangan pemimpin masyarakat pada ketika itu. Hebatnya kepimpinan ramai ulama kita dalam berdakwah, ramai masyarakat tempatan mudah menerima dan mendalami ilmu agama.

Selain itu, beliau juga turut terlibat dalam pembangunan perancangan dakwah di Muar bersama gurunya iaitu Qadi Haji Abu Bakar. Ia telah menyumbang dalam membangunkan semula pelan pembinaan Masjid Jamek yang mula dibina pada 1925.

Penubuhan Madrasah al-Saadiah (Sekolah Arab) dilihat sebagai usaha Tuan Guru Haji Mohd Yassin dalam memartabatkan bahasa Arab. Beliau juga la yang memberikan penekanan bahawa bahasa ini merupakan bahasa ilmu selain untuk mengimbangi pendidikan sekular dan aliran Inggeris yang mendapat bantuan penuh daripada kerajaan.

Kepimpinan beliau telah…

Memberi transformasi dalam pelbagai aspek terhadap masyarakat Melayu Islam

Pernah mendapat gelaran Tokoh Ilmuwan Cemerlang. Imej dari ITBM.

Ilmu dan kepimpinan Tuan Guru Haji Mohd Yassin telah memberi transformasi dalam pelbagai aspek terhadap masyarakat Melayu Islam di Muar. Walaupun beliau telah tiada sudah lamanya, tapi jasa beliau yang berharga masih kekal dan bermanfaat kepada masyarakat setempat dan anak Melayu.

Legasi yang telah diwarisi dari generasi ke generasi dibangunkan berasaskan panduan al-Quran dan Sunnah. Panduan yang ditinggalkan ulama seharusnya menjadi aspek utama dalam pembentukan masyarakat Melayu Islam pada masa kini dan akan datang.

Akhir sekali, korang boleh dengar lagu ni: