Ramai netizen kesian dengan jurubahasa bahasa isyarat Sidang Parlimen

Jadi…..macam mana Sidang Parlimen semalam? Pelbagai ragam, isu, dan perkara yang hangat berlaku serta diperbincangkan dalam sidang kali ni. Pertama, pihak pembakang serta netizen menyoalkan Ordinan Darurat telah dibatalkan secara serta merta pada 21 Julai tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Namun, apa yang menarik perhatian kami ialah kata-kata dari Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong mengenai isu Ordinan Darurat ini, iaitu:

“Kalau lah pengumuman Perdana Menteri kita masuk hospital kerana cirit-birit boleh diumumkan melalui kenyataan media, takkan benda seperti gini (ordinan darurat)…tak boleh diumumkan kpd rakyat” – Sim Chee Keong, petikan dari Parlimen Malaysia.

Ramai juga yang kagum dengan hujah-hujah yang diberikan oleh DS Anwar Ibrahim, Syed Saddiq, Mat Sabu dan Nurul Izzah. Mereka ni dikatakan mempunyai hujah yang ada point-point penting serta boleh membangkitkan semangat.

Sebenarnya, kalau kami nak explain seluruh perkara yang berlaku dalam Sidang Parlimen ni, dah tak jadi artikel, jadi buku terus. Jadi, kami selitkan rajutan di Twitter mengenai kronologi Sidang Parlimen:

Akan tetapi, disebalik huru-hara dan riuhnya sidang parlimen, netizen juga…

Turut simpati dengan jurubahasa bahasa isyarat Sidang Parlimen

Merujuk kepada apa yang berlaku dalam Sidang Parlimen sesi pagi, suasana mula menjadi huru-hara dan riuh apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato’ Seri Haji Ismail bangun memberikan hujah. Awalnya, semua chill je takde apa pun.

Lepastu, pihak pembakang dari Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang, mula mempersoalkan kenapa Timbalan Menteri yang jawab kenapa bukan menteri. Satu lagi, Dato’ Seri Haji Ismail merupakan Ahli Eksekutif. Jadi, ia diibaratkan bertentangan dengan Parlimen.

Suasana huru-hara ni berhenti selepas Speaker Dewan Rakyat Azhar bin Azizan Harun (Art Harun) bertegas dengan semua Ahli Parlimen:

“Peraturan mesyuarat kata bila saya berucap yang berhormat diam.” – Azhar bin Azizan Harun, dipetik dari Parlimen Malaysia.

Semasa ramai netizen rancak membahaskan betapa huru-haranya Sidang Parlimen sesi pegi ni, ada juga netizen yang turun bersimpati dengan jurubahasa bahasa isyarat yang menterjemahkan Sidang Parlimen. Hmmm…mungkin kalau korang tengok dekat saluran YouTube Parlimen Malaysia & RTM Klik, korang boleh nampak. Jap kitaorang letak gambar:

Haaa…tu yang kami bulatkan. Imej dari Parlimen Malaysia.

Nah, korang boleh tengok tweet-tweet dari netizen mengenai jurubahasa bahasa isyarat:

Kalau korang perasan, dalam durasi 1.12.36 Sidang Parlimen, korang boleh nampak yang jurubahasa bahasa isyarat tu digantikan oleh orang lain. Ada netizen rasa kesian kerana punya la huru-hara Sidang Parlimen sampai kena tukar jurubahasa bahasa isyarat (boleh tengok di sini).

Ada juga…

Yang membuat meme dengan gambar jurubahasa bahasa isyarat itu

Tak payah sebut panjang lagi la pasal betapa kreatifnya orang Malaysia ni dalam membuat meme di media sosial. Terdapat ramai netizen menggunakan gambar atau rujukan dari jurubahasa bahasa isyarat sebagai meme. Boleh tengok di bawah:

Kalau nak cerita pasal huru-hara dan gegak gempitanya Sidang Parlimen ni, sebenarnya dari dulu lagi dah berlaku. Mungkin lepas ni kita mengharapkan situasi normal berlaku di Sidang Parlimen. Hmm….agaknya apa la yang berlaku lagi dalam Sidang Parlimen seterusnya?