Dah berapa kali sebenarnya MP negara kita lompat parti? Jom kita rungkaikan!

(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

2020 dan juga 2021 ni boleh dikatakan antara tahun yang paling memenatkan untuk rakyat Malaysia, bukan penat je, ia juga merugikan sebab hampir semua masa yang ada hanya dibazirkan di rumah je. Semua bermula apabila negara dilanda krisis politik yang sangat serious pada awal tahun 2020 selepas Langkah Sheraton terjadi dan sisanya masih lagi tak habis setakat ni.

Langkah yang merubah lanskap politik negara itu telah menjadikan Mahiaddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baharu selepas dia mendapat sokongan majoriti ahli parlimen (MP). Sabah juga antara yang terlibat dalam kemelut politik, semua menjadi kecoh apabila Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)!

Disebabkan itu, Sabah terpaksa melakukan Pilihan Raya Negeri (PRN) dikala pandemik untuk memilih barisan pemimpin baharu mereka. Sebenarnya punca Langkah Sheraton dan pembubaran DUN Sabah tu adalah disebabkan perangai wakil rakyat yang tak kompeten, selalu mencuba untuk bertukar pihak dengan melompat ke parti yang dominan. Sekarang jom kita kenali ‘katak-katak’ yang melompat ni!

Kita akan tengok tahap ‘katak’ MP kita ni, ada tiga kategori iaitu:

  • Raja Katak – mereka yang melompat 3 kali atau lebih.
  • Katak Intern – mereka yang pernah cuba melompat 2 kali dan ke bawah.
Korang rasa siapa? Imej dari imgflip

Tapi guys, harus diingat ada juga mereka yang keluar daripada parti dan hanya menjadi MP bebas (tanpa parti). Namun, secara teknikalnya mereka masih lagi dalam politik. So, mungkin yang tu kitorang akan kira sebagai separuh markah juga.

Raja Katak, lompatan yang sangat bertenaga tanpa penat lelah!

Mungkin akan ada yang tak percaya, tapi sebenarnya dalam 222 MP, hanya empat daripada mereka yang pernah melompat parti lebih daripada 3 kali. Ia bersamaan dengan hanya 1.8%! Lompatan paling banyak pula adalah lima kali dan ada dua wakil rakyat yang pernah berbuat demikian…

1. Jeffrey Kitingan (5 kali)

No. 1, yeah! Imej dari Nestia

MP daripada Sabah ni boleh dikira raja segala raja dalam aktiviti lompat-melompat ni, semua selepas dia telah berjaya melompat parti sebanyak 5 kali sepanjang karier politiknya. Dia mulakan kerjayanya sebagai ahli politik bersama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1990.

Namun, dia berhenti pada 1994 dari menjadi ahli PBS dan menyertai Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR). Bila dia gagal mendapatkan posisi dalam kepimpinan AKAR, dia kembali menyertai PBS pada 1999. Belum habis lagi tau, dia keluar PBS lagi sekali pada tahun 2000!

Pada masa itu, dia nak try nasib bersama dengan United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO), tapi macam tak berapa jadi masa tu. Dia juga pernah sekejap menjadi ahli UMNO, tapi memang kejap je lah. Kitingan pernah juga hidup tanpa parti buat seketika tapi diselamatkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2006. Mungkin korang rasa itu je kan? Tidak!

Siapa king?! Imej dari imgflip

Dia berhenti dari menjadi ahli PKR dan membuat keputusan untuk menubuhkan parti baru iaitu Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) pada 2016. Jadi tak ada siapa yang mampu mengalahkan Jeffrey Kitingan ni daripada mendapat title Raja Katak! Oh ye, lagi sorang Raja Katak ni duduk tak jauh pun, jiran Jeffrey je…

2. Larry Sng Wei Shien (5 kali)

Muda-muda sudah jadi King! Imej dari The Star

Larry ni dah pun lompat sebanyak 5 kali dalam karier politiknya. Dia memulakan karier bersama dengan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) pada 2001. Pada masa tu dia telah menjadi ahli DUN Pelagus di Sarawak, menggantikan ayahnya yang bernama Sng Chee Hua. Suka untuk diingatkan ayah dia ni jutawan tau! Kira anak orang kaya lah ni.

Pada 2004, dia menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) selepas pembubaran PBDS. Dalam PRS tu pun dia dapat jawatan yang agak tinggi iaitu Penolong Setiausaha Agung tau! Tapi, dia tinggalkan PRS pada 2007 selepas ada sedikit kekacauan dalam parti itu. Selepas itu dia bergerak tanpa parti untuk beberapa tahun sebelum menubuhkan Sarawak Worker’s Party (SWP), itu pun dia tinggalkan juga pada 2016!

Kita pergi pula pada 2018, Larry berjaya memenangi kerusi MP Julau pada Pilihan Raya Utama (PRU) ke-14. Selepas je menang, dia telah menyertai PKR, tak lama pun dia dalam PKR tu. Sebab ni…

Masuk Perikatan Nasional pula dah. Imej dari Facebook

3. Mohd Anuar Mohd Tahir (3 kali)

UMNO > PKR (1999) > PAS (2003) > AMANAH (2015)

4. Kamaruddin Jaafar (3 kali)

UMNO > PAS (1999) > PKR (2015) > BERSATU (2020)

Katak Intern, baru habis belajar dari Universiti Katak agaknya

Kalau salah tolong jolokkan, eh? Imej dari imgflip

Kita sudah pun mengenali Raja Katak kita, sekarang jom kita tengok pula mereka yang berjinak-jinak untuk menjadi katak ni. Kita boleh panggil dorang ni sebagai Katak Intern sebab baru berapa kali je dorang lompat parti ni. Level dorang kira newbie lah dalam dunia katak, mungkin dengan latihan yang lebih, dorang pun boleh duduk sekali dalam kelompok Raja Katak!

Setakat apa kitorang kira, ada 62 MP yang pernah melompat parti at least sekali dalam hidup dorang. Ia merangkumi 27% daripada total MP yang kita ada. Juga, nama yang paling sesuai untuk memulakan kategori intern ni adalah…

5. Azmin Ali (2 kali)

Anda tak happy? Imej dari Malaymail

Siapa je yang tak kenal dengan Azmin Ali ni, nama yang menjadi kegilaan ramai daripada awal kejadian Langkah Sheraton lagi! Kepada orang-orang yang baru kenal politik, Azmin ni dulu pernah berada dalam UMNO tau. Ini betul-betul, bukan tipu!

Dia start karier politik bersama dengan UMNO selepas telah dipilih oleh Tun Mahathir sendiri untuk menjadi Pegawai Khas Anwar Ibahim satu ketika dahulu. Dia juga merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah ditubuhkan pada 1998 selepas Anwar dipenjara disebabkan tuduhan politik.

Semuanya berjalan dengan lancar untuk PKR sebab ramai gila penyokong dorang ni, tapi semua berubah bila terjadinya peristiwa Langkah Sheraton. Bersama dengan 10 orang lagi dari PKR, mereka semua bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai BERSATU sehinggalah tertubuhnya kerajaan Mahiaddin iaitu Perikatan Nasional.

Secara total, dah dua kali lah kiranya Azmin ni lompat parti. Itu menjadikan dia sebagai Katak Intern kita yang pertama!

6. Tun Dr. Mahathir Mohamad (2 kali)

Ini raja politik Malaysia. Imej dari Astro Awani

Kalau nak bercerita berkenaan karier politik Tun ni memang takkan habis, mungkin dalam 10 artikel pun tak cukup! Kitorang pun rasa ramai je dah tahu pasal kisah politik Tun ni kan. Secara ringkasnya, Tun Mahathir menyertai UMNO pada 1946 dan menjadi antara ahli paling signifikan dalam parti itu.

Lepas tu, selepas dia mengumumkan persaraannya dalam dunia politik, dia masih lagi ada menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap performance Perdana Menteri ketika itu iaitu Najib Razak. Disebabkan itu, dia sendiri menggerakkan dan menubuhkan parti baru iaitu BERSATU bersama-sama dengan Mahiaddin Yassin untuk melawan UMNO.

Namun, disebabkan Langkah Sheraton juga, dia antara orang yang telah disingkir daripada BERSATU dan menjadikan dia sebagai MP bebas untuk seketika. Dalam pada itu, dia juga telah berusaha untuk menubuhkan parti baru yang digelar sebagai PEJUANG. Itu semua adalah untuk melawan BERSATU pula!

7. Shafie Apdal (2 kali): United Sabah National Organization (USNO) > UMNO (1995) > Warisan (2016)

8. Tengku Razaleigh Hamzah (2 kali): UMNO > Parti Melayu Semangat 46 (S46) (1988) > UMNO (1998)

9. Christina Liew Chin Jin (2 kali): PBS > Malaysian Chinese Association (MCA) (1995) > PKR (1999)

10. Aaron Ago Dagang (2 kali): PBDS > Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) (2006) > PRS (2011)

11. Saifuddin Abdullah (2 kali): UMNO > PKR (2015) > BERSATU (2020)

12. Tiong King Sing (2 kali) : SNAP > SPDP (2002) > PDP (2017)

13. Mukhriz Mahathir (2 kali): UMNO > BERSATU (2016) > PEJUANG (2021)

14. Baru Bian (2 kali): PBDS > PKR (2008) > United Sarawak Party (PSB) (2020)

15. Syed Saddiq Abdul Rahman (2 kali)

Haa tepok! Imej dari The Star

Bekas Menteri Belia dan Sukan ini antara nama yang dikatakan bakal mengisi kerusi Perdana Menteri pada masa hadapan. Ini kerana layanan Saddiq yang agak istimewa ditunjukkan kepada warga kawasannya di Muar, kira ramai bersetuju yang kita memerlukan orang sepertinya dalam politik. Sama juga seperti Mazslee, dia enggan bersekongkol dengan ‘kerajaan lama’.

Instead of dia join je parti lain, dia telah menubuhkan partinya sendiri iaitu MUDA. Dikatakan parti itu memfokuskan visi dan misi daripada pandangan orang muda dan juga membawa suara belia di peringkat yang lebih tinggi.

16. Ronald Kiandee (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

17. Noor Azmi Ghazali (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2018)

18. Shabudin Yahaya (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

19. Abdul Latiff Ahmad (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

20. Abdul Rahim Bakri (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

21. Azizah Mohd Dun (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

22. Hamzah Zainudin (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

23. Ikmal Hisham Abdul Aziz (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

24. Mas Ermieyati Samsudin (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

25. Rosol Wahid (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

26. Fasiah Fakeh (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

27. Yamani Hafez Musa (1.5): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

28. Zakaria Mohd Idris (1.5): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2019)

29. Shahruddin Md Salleh (1.5 kali): UMNO > BERSATU (2016) > BEBAS (2020)

30. Amiruddin Hamzah (1.5 kali): PAS > BERSATU (2017) > BEBAS (2020)

31. Syed Abu Hussin Hafiz (1.5 kali): UMNO > BEBAS (2018) > BERSATU (2020)

32. Ahmad Faizal Azumu (1 kali): UMNO > BERSATU (2017)

33. Ali Biju (1 kali): PKR > BERSATU (2020)

34. Zuraida Kamaruddin (1 kali): PKR > BERSATU (2020)

35. Mansor Othman (1 kali): PKR > BERSATU (2020)

36. Mohd Rashid Hasnon (1 kali): PKR > BERSATU (2020)

37. Edmund Santhara Kumar (1 kali): PKR > BERSATU (2020)

38. Willie Mongin (1 kali): PKR > BERSATU (2020)

39. Jonathan Yasin (1 kali): PKR > BERSATU (2020)

40. Mustapa Mohamed (1 kali): UMNO > BERSATU (2018)

41. Mohamad Sabu (1 kali): PAS > AMANAH (2015)

42. Darell Leiking (1 kali): PKR > Warisan (2016)

43. Anwar Ibrahim (1 kali)

Hehe. Imej dari Sinar Harian

Satu nama yang besar dalam arena politik negara, Anwar ni boleh dikira orang yang terus menerus mencuba untuk melawan kerajaan. Even lepas kerajaan BN turun pun, dia tetap melawan kerajaan yang baharu iaitu kerajaan PN. Namun, dia ni dulu pernah berkelana di bawah UMNO pimpinan Tun Mahathir.

Cuma cerita dia dengan UMNO ni tak berapa best sikit lepas dia telah disingkirkan daripada parti itu pada 1998 dan dihumban masuk penjara. Dalam pada itu, dia juga antara pengasas PKR dan masih lagi teguh dengan parti itu.

44. Dr. Dzulkefly Ahmad (1 kali): PAS > AMANAH (2015)

45. Hasanuddin Mohd Yunus (1 kali): PAS > AMANAH (2015)

46. Khalid Samad (1 kali): PAS > AMANAH (2015)

47. Mahfuz Omar (1 kali): PAS > AMANAH (2017)

48. Mohamed Hanipa Maidin (1 kali): PAS > AMANAH (2015)

49. Mohd Hatta Ramli (1 kali): PAS > AMANAH (2015)

50. Mujahid Yusof Rawa (1 kali): PAS > AMANAH (2015)

51. Salahuddin Ayub (1 kali): PAS > AMANAH (2015)

52. Mahiaddin Yassin (1 kali)

Ada nampak saya happy? Imej dari twitter

Benda yang sama juga seperti Anwar dan Mahathir, Perdana Menteri kita ni juga pernah menjadi ahli UMNO, dia juga memegang jawatan yang agak tinggi (Naib Presiden) dalam UMNO dulu. Namun, dia telah diturunkan pangkat sebab pernah menggesa supaya pihak berkuasa menyiasat skandal 1MDB pada 2015. Lepas tu, dia join Tun Mahathir untuk bina BERSATU pula.

53. Rina Harun (1 kali): UMNO > BERSATU (2016)

54. Saifuddin Nasution Ismail (1 kali): UMNO > PKR (1999)

55. Tan Yee Kew (1 kali): MCA > PKR (2008)

56. Muslimin Yahya (1 kali): UMNO > BERSATU (2018)

57. Mohammad Ketapi (1 kali): PBS > WARISAN (2018)

58. Masir Kujat (1 kali): PRS > PSB (2019)

59. Isnaraissah Munirah Majilis (1 kali): PKR > WARISAN (2016)

60. Hassan Abdul Karim (1 kali): Malaysian People’s Party (PRM) > WARISAN (2018)

61. Rozman Isli (1 kali): UMNO > WARISAN (2018)

62. Liew Vui Keong (1 kali): Liberal Democratic Party (LDP) > WARISAN (2018)

63. Mazslee Malik (0.5 kali)

Kami pilih kamu. Imej dari Unreserved Media

Sebagai salah seorang individu yang terlibat dengan banyak kontroversi semasa menjadi Menteri Pendidikan dahulu. Boleh dikatakan yang Mazslee ni seorang yang agak setia juga. dia sertai BERSATU pada 2018 dan sentiasa mengikut kata Tun Mahathir. Namun, dia terpaksa duduk di blok bebas kerana tidak mahu bersekongkol dengan ‘kerajaan lama’.

64. Steven Choong Shiau Yoon (0.5 kali): PKR > BEBAS (2021)

Budaya melompat parti yang memang dah lama ada

Nak lompat ke mana tu? Imej dari Malaysia Dateline

Bila kita tengok data yang ada, memang macam tak ramai sangat yang cuba untuk melompat parti ni. Cuma 64 orang je yang pernah cuba untuk melakukannya. Namun, dengan peratusan 28.8% MP kita ni pernah cuba untuk bertukar parti ni amat membimbangkan juga lah. Tapi nak buat macam mana, lompat parti ni pun dah memang budaya lama dalam politik Malaysia.

Tapi suka untuk diingatkan, kita hanya bercerita tentang lompat parti je tau ni. Ni belum masuk tentang bertukar sokongan coalition ke apa, seperti bertukar sokongan daripada PH kepada PN, sebab tu dah masuk cerita lain dah.

Persoalannya, macam mana budaya lompat parti ni boleh ada dalam politik tempataan ni ye? Tak ke ia ibarat menghina pengundi-pengundi kawasan mereka? Tapi wakil rakyat kita ni maybe just fikir kelebihan yang dorang dapat je kot. Tapi, niat tidak menghalalkan cara. Kepada pengundi-pengundi, ingatlah nama-nama mereka yang suka untuk melompat parti ni. Sampai masa, kita tukar!