Jenayah & Undang-undang

Kena pukul di khalayak ramai? Ini apa yang korang boleh buat dari segi undang-undang

Baru-baru ni, kecoh sekejap pasal kes sorang Datuk Seri yang pukul bukan sorang, tapi TIGA orang anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA) kat sebuah tokong di Jalan Ampang. Puncanya sebab anggota RELA ni suruh alihkan Vellfire dia yang menghalang lalu lintas je. Tak pasal-pasal pulak diorang dicederakan semasa menjalankan tugas.

Tu tak masuk lagi pasal kes perempuan yang mengacukan kunci stereng kat anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Tapi, masa tu dia tak cederakan anggota MPSJ pun.

Tapi semalam, masa prosiding kes dia tengah berlangsung, dia tak puas hati dan menjerit kat Majistret dalam mahkamah! Dia terus mengamuk, jadi ada sorang anggota polis perempuan datang dan tenangkan dia. Tapi dia yang masih tak boleh kawal emosi, terus gigit tangan polis tu sampai luka!

Ish ish, ganas sangat ke orang kita ni sampai benda kecil pun nak mengamuk, pukul, dan gigit orang? Diorang tahu tak yang pukul orang – walaupun hanya lempang je, boleh dikenakan hukuman? Disebabkan banyak sangat kes macam ni berlaku, so kitorang nak bagitau apa yang korang boleh buat kalau perkara ni terjadi kat korang, in case korang jadi mangsa.

Yang paling penting, jangan lawan balik

Eh, siapa tak bengang kalau kena pukul kan? Confirm la rasa nak balas balik dengan apa yang kita kena. Tapi, sabar jap. Kalau korang balas balik, korang pun sebenarnya dua kali lima je. Maksudnya, korang dah tak diterima pakai sebagai mangsa. Last-last, korang pulak yang kena masuk lokap sekali atas tuduhan bergaduh.

Sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa di sisi, walaupun time korang tengah meroyan. Imej dari hxsm

Jadinya, apa yang korang boleh buat masa ni adalah:

  1. Menjauhkan diri dari si pemukul.
  2. Bertindak untuk mempertahankan diri
  3. Hanya menolak si pemukul itu
  4. Meminta bantuan dari pihak penguasa terdekat


Bila korang buat macam ni, korang bukan saja tak perbesarkan masalah yang ada, tapi korang juga terlepas dengan tindakan undang-undang sebab tak cederakan orang yang dah pukul korang.

Disebabkan korang tak pukul balik juga la korang boleh buat laporan polis untuk balas balik perbuatan diorang. Maksudnya, siapa yang mula pukul, dia yang kena. Tu pun selagi korang tak balas balik pukulan tu.

Buatlah laporan polis untuk keselamatan

Nak komplen ayam goreng spicy tak cukup. Imej dari memegenerator.net

Lepas kena pukul, korang dinasihatkan untuk buat laporan polis terus.

“Seseorang tu boleh didakwa di bawah Seksyen 322 Kanun Keseksaan sebab menyakiti/melukai orang lain dengan sengaja di mana akan dikenakan hukuman (Seksyen 323) penjara selama satu tahun maksimum dan/atau didenda RM2,000 jika didapati bersalah”

Bukan sikit-sikit tau denda yang dikenakan. Korang kalau pukul orang tak kisah la lempang ke, tumbuk ke, berdarah atau tak, korang hadap la penjara yang maksimum sampai setahun. Sanggup ke?

Lagi satu, korang kena tahu yang bukan setakat pukul je boleh didakwa. Kalau buat serangan yang takde sentuhan – naik tangan tapi tak sempat pukul pun boleh dilaporkan sebab dah dikira sebagai ugutan untuk menakut-nakutkan orang.

Seksyen 351 Kanun Keseksaan – Serangan:

“..serangan tidak memerlukan apa-apa sentuhan, tetapi memadai tindakan penyerang, sama ada melalui apa-apa isyarat atau persiapan yang menimbulkan kebimbangan kepada mangsa yang merasa dirinya akan dikenakan kekerasan jenayah.”

Jadi dengan laporan yang ada, korang boleh tunggu tindakan selanjutnya iaitu tuntutan mahkamah.

Tunggu mahkamah panggil dan kenakan tindakan

Kalau korang nak saman seseorang tu, sebenarnya ada dua benda yang korang boleh pertimbangkan.

1. Keluarkan saman masa siasatan polis sedang berjalan, atau ‘back up’ kalau takde apa-apa dakwaan yang dibuat

Tapi, make sure korang bincang dan dapatkan khidmat nasihat peguam korang dulu kalau nak buat tuntutan mahkamah. Sebabnya, kos tuntutan mahkamah ni mahal dan mengambil masa. Lepas tu, korang juga kena gunakan khidmat peguam dan kena datang untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah.

2. Permohonan maaf secara terbuka

Kalau rasa macam complicated sangat, korang juga boleh minta orang yang cederakan korang tu untuk meminta maaf secara terbuka terutama sekali bila korang dimalukan di khalayak ramai.

Tapi kalau benda tu dah jadi beberapa hari lepas, takkan nak kumpulkan semua orang yang ada kat situ, kan? Jadi, si pelaku tu boleh buat permohonan maaf di laman sosial macam Facebook, Twitter, Instagram, atau apa-apa je. Tapi kalau nak jadi lebih dramatik, korang suruh la pelaku tu minta maaf kat dalam surat khabar.

Saksi sangat penting untuk mengesahkan laporan

Masa korang kena pukul tu, antara benda yang penting adalah saksi di tempat kejadian yang nampak macam mana pergaduhan tu boleh berlaku. Perkara ni penting sebab mana la tahu, orang yang pukul korang tu boleh je buat kenyataan palsu untuk lepaskan diri.

Kalau korang perasan, sekarang ni ramai je yang ada dashcam camera, atau kamera yang ada dalam kereta, nak rakam kemalangan atau jenayah jalanraya. Kamera yang merakam ni pun boleh dijadikan bahan bukti juga tau! Jadi, dah boleh dah tu kalau korang nak install kalau apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku.

Nah, bukti!

Tak pastilah sama ada undang-undang mencederakan orang lain ni tak cukup ketat bagi sesetengah orang yang rasa diorang ni kebal sangat, atau pun orang tak tahu dengan hukuman yang dikenakan. Tapi, tak salah kalau korang tahu undang-undang supaya korang takkan diperkotak-katikkan sesuka hati.

To Top

Send this to a friend