Macam mana tentera malaysia diiktiraf dunia, walaupun dengan jumlah yang sikit dan aset tak secanggih amerika

Pada 2 Oktober 2017, Malaysia telah menyambut Hari Pahlawan 2017 yang dijalankan seca­ra penuh istiadat di Dataran Pah­lawan Negara. Tujuan Hari Pahlawan ni diadakan adalah sebagai tanda keprihatinan bagi mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.

“Adalah wajib bagi kita untuk sentiasa mengiktiraf dan mengenang jasa pengorbanan pahlawan kerana tanpa mereka, tidak mungkin keamanan dan keselamatan dapat kita nikmati kini.” – Najib Razak. Dipetik dari Utusan.

Oh ye, sebenarnya Hari Pahlawan ni biasanya menjadi acara tahunan kat Malaysia pada 31 Julai sempena tamatnya darurat menentang komunis pada tahun 1960.

Najib Razak melakukan pemeriksaan barisan pada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2017. Imej dari Utusan.

Tapi korang tahu tak anggota tentera kita ni sebenarnya dah dapat banyak pencapaian yang boleh dibanggakan tau, antaranya

Amerika pun minta tolong kat tentera kita

“Kita melalui antaranya perang dunia kedua, konfrontasi, darurat serta merasai bahang peperangan Vietnam serta kejatuhan Kemboja.  Testimoni terakhir kejayaan tentera darat adalah pencerobohan di Lahad Datu.”- Jeneral Datuk Raja Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat (PTD). Dipetik dari Sinar Harian.

Imej dari Eyeem.

Selain itu, tentera kita jugak banyak terbabit dalam misi-misi pengaman Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) disebabkan banyak negara seperti Somalia, Bosnia dan Lubnan yang terlibat dalam perangan saudara.

“Di dalam misi pengaman bangsa-bangsa bersatu inilah, kita diberi pengiktirafan tertinggi.” – Jeneral Datuk Raja Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat (PTD). Dipetik dari Sinar Harian.

Malah, Malaysia merupakan antara negara dalam PBB yang sangat aktif dalam menyumbang kepada misi pengaman di banyak negara kat seluruh dunia.

Misi bantuan khas Kemanusiaan dan Bencana (HADR) oleh ATM ke Marawi dengan menggunakan pesawat A400M milik TUDM. Imej dari Airforce.

Tak cukup dengan tu, tentera kita jugak pernah menggerakkan satu kumpulan tentera yang terdiri daripada anggota-anggota perubatan ke Afghanistan untuk memberikan bantuan kat sana dan turut memperoleh pengiktirafan.

“Kita sebenarnya sudah meninggalkan kesan atau nama di Afrika, Asia Selatan, Asia Tenggara termasuk Eropah.”- Jeneral Datuk Raja Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat (PTD). Dipetik dari Sinar Harian.

Malaysia menerima Sijil Pengiktirafan Keupayaan Latihan Penuh daripada Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly.

Untuk pengetahuan korang lagi, negara kita merupakan satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila. Malah, masa pengganas dari Sulu cuba menceroboh pesisir pantai Lahad Datu pun tak mampu nak melumpuhkan pertahanan negara kita walaupun pengganas Sulu tu mempunyai pengalaman dalam taktik gerila.

“Keampuhan taktik gerila pengganas (dari Sulu) menceroboh negara, tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini.”- Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim,Panglima Medan Tentera Darat. Dipetik dari Free Malaysia Today.

Perkara itu turut diakui oleh Ketua Polis Negara apabila tahap keselamatan di pantai timur Sabah dapat dipulihkan kepada tahap normal, hanya dalam tempoh dua minggu Operasi Daulat dijalankan.

Inilah komando tentera Malaysia. Ada anggota tentera beritahu, dorang guna syiling 50sen sebagai sasaran semasa latihan. Power tu! Imej dari Friends Of BN.

Apa yang lebih membanggakan ialah anggota tentera Malaysia telah bertarung nyawa untuk menyelamatkan sekumpulan renjer Amerika Syarikat yang terperangkap kat Mogadishu, Somalia. Insiden itu telah dirakamkan dalam filem Hollywood, Black Hawk Down. Tapi apa yang sedihnya, kat dalam filem tu, sumbangan tentera Malaysia telah dinafikan.

Pasukan tentera Malaysia yang lengkap dengan kereta perisai anggota dan senjata bergadai nyawa membantu misi tentera Amerika untuk mengeluarkan 70 renjer negara itu yang terperangkap. – Dipetik dari Awani.

Imej dari Awani.

Memang tak dinafikan unit tentera kita ni boleh tahan jugak gempaknya. Tapi bukan senang tau nak dapat pengiktirafan macam ni.

Negara maju turut memuji prestasi Angkatan Tentera Malaysia

Mesti ada antara korang tertanya-tanya, macam mana tentera kita boleh diangkat tinggi di peringkat antarabangsa sedangkan kalau nak dibandingkan jumlah kekuatan serta kecanggihan aset keselamatan yang dimiliki Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom dan sebagainya, kita masih ketinggalan.

Tapi apa yang menarikya, laporan yang sering dimainkan oleh media ni bukan je dalam kalangan media tempatan tetapi turut meliputi maklum balas daripada negara-negara luar.

“Bagaimanapun, kejayaan sesebuah angkatan ketenteraan tidak sekadar terletak kepada kekuatan anggota serta aset mereka, ia lebih daripada itu.” – Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Panglima Angkatan Bersama. Dipetik dari Utusan.

Anggota tentera sentiasa bersiap sedia! Imej dari Friends of BN.

Malah menurut beliau lagi, terdapat beberapa faktor yang menjadi pendorong kepada kejayaan ATM sehingga mampu membina imej terpuji ketika menyertai misi di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah, proses pemilihan anggota yang ketat serta teliti bagi menentukan anggota dihantar benar-benar layak berdasarkan ciri-ciri yang telah digariskan oleh ATM.

Dorang turut membuat persiapan yang mantap selama tiga bulan daripada aspek latihan anggota pada peringkat individu, berkumpulan serta berpasukan.

“Aspek kepimpinan juga diberikan perhatian. Oleh itu, pegawai yang telah dipilih sebagai komander bagi mengetuai setiap misi perlu mempunyai pengalaman serta ciri kepimpinan berwibawa.” – Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Panglima Angkatan Bersama. Dipetik dari Utusan.

Anggota komando mempamerkan kemahiran menembak dengan gaya tersendiri. Imej dari defense.blogspot

Dorang dilatih untuk berenang dengan kaki dan tangan diikat

Ni merupakan latihan di paya oleh unit komando. Imej dari Syahril Kadir.

Haa nak tahu gempak tak gempak dorang punya latihan ni, korang boleh tengok beberapa contoh yang kitorang bagi ni. Oh ye, mengenai latihan ni, kitorang ada rujuk kat sorang tentera airforce yang tak nak dikenali (dia tak gila glamour punya orang, tapi dia memang orang lama dalam dunia airforce).

Menurut beliau, antara latihan yang gempak ialah HALO, korang kena terjun dari aras yang terlalu tinggi. Dimana korang kena naik kapal terbang tinggi gila sampaikan kena pakai tangki oksigen pastu bila dah terjun, korang kena buka payung terjun ‘last minute kaw-kaw’ punya, dimana bila dah nak sampai tanah baru buka. Reason dorang buat macam ni adalah untuk mengelak diri dikesan oleh musuh. Tapi yang ni untuk training advance.

Ok sebenarnya kitorang cuba cari latihan HALO tentera Malaysia tapi takde, so kitorang letak video ni yang hampir sama dengan HALO.

Ini pulak latihan ‘Eagle swift’. Latihan ni pun dah mencabar jugak sebenarnya dimana dorang bukan je perlu terjun pada waktu malam yang gelap tak nampak keadaan sekeliling, malah dorang juga kena menggunakan teknik jatuh bebas – kawal sendiri pembukaan payung terjun. Itu belum lagi kalau tiba-tiba payung terjun utama tu tak berfungsi.

Kat bawah ni merupakan latihan dan ujian renang Pasukan Khas Laut TLDM (PASKAL) yang dikenali sebagai teknik drown proofing dimana dorang perlu berenang kat dalam laut dengan kedua-dua kaki dan tangan diikat.

“Hanya mereka yang mempunyai daya fikir yang tajam, kekuatan fizikal yang mantap dan daya ketahanan mental yang tinggi boleh memakai beret Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).” -L aksamana Madya Datuk Seri Ahmad Ramli Mohd Noor, Bekas Panglima TLDM. Dipetik dari Utusan.

Dorang ni jugak perlu berenang 6.4 km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120 minit dan melakukan selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7meter. Selain tu, dorang jugak kena berenang di kolam renang sejauh 1.5 km dengan masa tidak lebih dari 25 minit. 

Antara latihan oleh anggota PASKAL.Imej dari Kami Sokong Angkatan Tentera Malaysia.

Selain tu ialah latihan Close Quarters Battle (CQB) atau Close Quarter Combat (CQC) – pertempuran jarak dekat. Tapi menurut tentera airforce yang kitorang rujuk ni, dia kata kedua-dua ni sama je sebenarnya. Kalau nak tengok contoh video, korang boleh klik kat sini.

Screenshot dari Youtube.

Sebenarnya latihan dorang ni memang banyak gila kalau nak senaraikan semua. Malah sampai ada yang meninggal tau menjalani latihan ketenteraan ni.

Kalau korang nak tengok macam mana latihan komando kat Malaysia ni, korang boleh tengok video kat bawah ni. Fuh, siapa yang dah berjaya bergelar komando tu, memang salute lah!

https://youtu.be/5mfNYrKjiS8?t=1m1s

Tapi macam mana pulak dengan kes kematian dua orang anggota TLDM baru-baru ni? Adakah sebab latihan yang dijalani tu terlalu diluar batasan mereka?

Tapi polis kata ada isu dera betul ke?

Isteri kepada tentera Allahyarham Nik Mohd Baihaqy Nik Mat yang bertugas sebagai jururawat berkata, bahawa suaminya seorang yang sihat dan tidak menghidapi apa-apa penyakit.

“Sebagai jururawat, saya tahu keadaan kesihatan manusia. Maklumat awal mengenai kematian suami, saya tidak boleh terima.” – Noor Bazlin, balu kepada Allahyarham Nik Mohd Baihaqy Nik Mat. Dipetik dari Berita Harian.

Menurut Noor Bazlin lagi, suaminya ditahan atas kesalahan lewat hadir ke tempat kerja buat kali kedua. Apa yang lebih terkilan ialah suaminya tu meninggal tak sampai tiga hari ditahan.

Imej dari Berita Harian

Namun pihak polis telah mengklasifikasikan kematian tu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi di Ipoh dipercayai didera.”-Datuk Gan Tian Kee, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak. Dipetik dari Malaysia Kini.

Bedah siasat ke atas kedua-duanya mendapati kematiannya disebabkan oleh pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

Imej dari Syahril Kadir

Susulan daripada kejadian tu, polis telah menangkap tiga lelaki berumur 29 hingga 44 tahun bagi membantu siasatan. Polis jugak turut merakam percakapan lapan tahanan yang ada di lokasi dan 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas di tempat kejadian.

“Selain itu, polis turut merampas set CCTV, tujuh T baton, sebuah buku log bertugas, buku log SOP (perintah tetap bilik tahanan Unit Sungai Wangi) dan beberapa telefon bimbit pelbagai jenama.” -Datuk Gan Tian Kee, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak. Dipetik dari Malaysia Kini.

Tapi kalau korang perasan, isu seperti ni bukan pertama kali pun berlaku kat Malaysia ni.

Dera dan buli ni jadi trend ke dalam dunia ketenteraan?

Imej dari melvister

Kalau korang ingat lagi, pada Disember 2013, seorang anggota TLDM, Asruf Raidin pun turut mati dipukul oleh beberapa anggota TLDM yang lain kat Stesen Uniform, Terumbu Ubi dekat Laut China Selatan.

Namun berita awal menyatakan bahawa Asruf ni meninggal akibat lemas ketika menjalani latihan.

Imej dari Facebook TLDM

Tak lama lepas tu, tiga anggota TLDM kemudiannya ditahan dan didapati bersalah diatas kematiannya itu.

Menurut rakan mangsa yang merupakan saksi kejadian, mangsa telah dibawa berenang di laut oleh tiga tertuduh (anggota TLDM) dan kepalanya telah dipasakkan ke dalam air.

“Dia (rakan mangsa) cakap dia nampak dengan mata dia sendiri mereka (tertuduh) menekan arwah adik dalam air. Mereka pasakkannya sampai arwah adik menjerit ‘Allahu Akbar. Tolong tuan, tolong tuan. Saya tidak tahan’.

Dia (rakan mangsa) cakap mereka ketawa lagi.” – Abang mangsa. Dipetik dari Berita Harian.

Kini mereka bertiga (tertuduh) telah digantung kerja dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dan dijatuhi hukuman maksimum 30 tahun penjara mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang menyebabkan kematian.

Bekas anggota tentera yang dijatuhi hukuman maksimum 30 tahun penjara. Imej dari Sayang Sabah

Bukan je ketika didalam tugasan tentera, malah kes sebegini pun turut dihadapi oleh Pegawai Kadet Laut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain di UPNM.

Mangsa berusia 21 tahun merupakan pegawai kadet laut tahun tiga. Apa yang menyedihkan ialah, terdapat kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki mangsa akibat ditekap dengan seterika wap.

Malah menurut Menteri Pertahanan Malaysia, takde siapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah dalam kes seperti ini.

Imej dari MalaysiaKini

Ini pula kisah Prebet Adam yang pernah mengamuk di Chow Kit, diceritakan oleh wartawan Syahril A.Kadir :

“Semasa dalam kem, budaya sepak terajang ni dah jadi semacam ‘rutin’, denda lain tu tak payah cakaplah. Kata penyelia aku yang berpangkat Koperal, lepas ni bila kau jadi senior, kau pula yang akan buat benda yang sama pada junior yang lain.” -Prebet Adam. Dipetik dari Facebook Syahril A.Kadir.

Menurut Prebet Adam, dia menjadi semakin tertekan dengan penderaan fizikal dan mental yang dilakukan oleh anggota-anggota senior ni yang makin lama makin melampau. Tambah Prebet Adam lagi, boleh dikatakan dia didera hampir 24 jam! Hanya kalau ada latihan saja, dia akan berasa ‘selamat’. Layanan yang diterima tak ubah seperti haiwan.

Keratan akhbar mengenai amukan Prebet Adam. Imej dari blogammar
Prebet Adam ketika ditahan. Imej dari Syahril A.Kadir

“Tangan aku ni, pernah melecur dicucuh dengan rokok yang menyala. Aku dipaksa menjilat tapak selipar seperti seekor anjing dan dipaksa minum air yang dicampur kicap, cuka, belacan, kuah kari dan gula. Sampai sakit perut dan pening kepala aku dibuatnya.

Paling memalukan, dorang suruh aku sapu kemaluan sendiri dengan kiwi hitam sampai habis satu tin! Masa tu kemaluanku melecet dan sakit, ibarat disapu dengan tanah kering. Masa nak buang air kecil, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Kemuncak pada penderaan ini, aku disuruh menghisap zakar seorang anggota berketurunan India.”-Prebet Adam. Dipetik dari Facebook Syahril A. Kadir.

Gambar terkini Prebet Adam. Imej dari Syahril A.Kadir

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

ATM sering dipandang tinggi oleh masyarakat. Tapi dengan adanya kes seperti ini, secara tak langsung ia boleh membuatkan imej ATM tercemar.

Bukan ATM ni tau! ATM yang kitorang maksudkan ialah Angkatan Tentera Malaysia. Imej dari tulisanita.

“Keadilan perlu ditegakkan dan saya akan pastikan anggota yang bersalah dikenakan tindakan undang-undang kerana ia menjejaskan imej, kebajikan dan integriti perkhidmatan.”-Tan Sri Kamarulzaman Badaruddin, Panglima Tentera Laut. Dipetik dari Awani.

Dalam tentera, lambat datang kerja dan tak hadir tugas tanpa cuti adalah satu kesalahan serius. Tetapi itu tak bermakna, pesalah boleh diseksa dan diperlakukan sesuka hati sampai meninggal dunia.

Ini bukan dera tau. Ini latihan asas komando. Imej dari Syahril Kadir.

Walau bagaimanapun, kitorang tetap menyanjung dan berterima kasih kat semua unit ATM yang telah banyak berjasa menjaga keselamatan negara. Dikesempatan ni juga SOSCILI ingin mengucapkan Selamat Hari Pahlawan buat perajurit-perajurit negara!

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)