- 1.2KShare sekarang!
- Email40
- Facebook1.1K
- Share
(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)
(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)
Kami dah tulis banyak cerita pasal jambatan melibatkan Malaysia, terbaru pasal jambatan Terengganu. Nampaknya, ada satu lagi berita pasal jambatan yang dah keluar, dan kali ni bukan melibatkan negara jiran Singapura. Tapi, ia melibatkan Indonesia!
Menurut laporan Bloomberg, Presiden Indonesia, Joko Widodo merancang nak memperuntukkan lebih kurang $70 billion (RM290 billion atau IDR988 quintillion) untuk menghubungkan pulau-pulau di Indonesia menggunakan lebuh raya bertol.
Hal-hal berkaitan logistik pun banyak terganggu yang menyebabkan kos terlalu tinggi melibatkan barang-barang yang dihantar dan berlaku kesesakan melampau (bottleneck) di lokasi-lokasi tertentu.
Sebahagian dari perancangan jambatan ini adalah untuk memudahkan pengangkutan makanan dan minyak melalui pulau-pulau dan mungkin meningkatkan pendapatan untuk syarikat milik Indonesia. Jadinya, mereka dah memulakan pembinaan Jambatan Suramadu.
Tapi, perancangan diorang paling hebat adalah pembinaan jambatan yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dan Sumatra atau nama penuhnya jambatan Melaka-Dumai – dan ia akan mengambil masa sejam perjalanan dari Melaka ke Indonesia. Tapi satu benda kami nak sembang hari ni, macam mana projek ni dibuang dan dicadangkan semula sejak 25 tahun yang lalu.
Malaysia dan Indonesia era 90-an mempunyai hubungan yang sangat rapat sampai nak bina jambatan cinta
Bukan nak nafikan Malaysia dan Indonesia sekarang tak rapat, tapi pada tahun 1990, Tun Mahathir dan Soeharto dah macam bromance yang serius.
“Saya telah menemuinya beberapa kali, dan kami berbincang banyak perkara seperti kawan,“- Mahathir tersenyum semasa memberitahu CNN Indonesia mengenai hubungannya dengan Soeharto.
Jadi, mungkin kerana hubungan mereka yang bak abang adik ni, idea untuk menghubungkan Malaysia ke Indonesia melalui sebuah jambatan muncul bagi mencipta peluang ekonomi baru (terutamanya perdagangan dan pelancongan) antara dua negara.
Kami tak jumpa sebarang berita mengenai perkembangan cadangan projek ni, tapi kami dapati Krisis Kewangan 1997 yang berlaku dah memberi kesan kepada perancangan ekonomi kedua-dua negara.
Oleh kerana, pelabur-pelabur asing menarik diri sebab hilang kepercayaan kepada ekonomi Asia, ia memberi kesan ke seluruh rantau ni yang menyebabkan Indonesia minta pinjaman IMF dan Malaysia pula menambat ringgit dengan USD (mengawal bekalan wang untuk mengekalkan nilai USD1=RM3.80).
Langkah Indonesia ni menyebabkan mereka terikat dengan syarat-syarat ketat termasuk mengurangkan perbelanjaan awam, ia bermaksud peruntukan projek jambatan akan diketepikan untuk kedua-dua negara masa tu.
10 tahun kemudian, Melaka pula nak balik jambatan tu dan minta China bayar
Hampir sedekad berlalu, projek tu kembali kedengaran apabila Ketua Menteri Melaka waktu tu, Mohd Ali Rustam menghidupkan balik idea ni pada tahun 2006 dan mendakwa proses penyediaan dah bermula. Kajian menunjukkan jambatan tu secara teknikalnya boleh disiapkan dan Export-Import (Exim) Bank of China bersetuju untuk memperuntukkan 85% dari jumlah kos projek bernilai $13 billion.
Tak macam percubaan pada tahun 90-an, kos bukanlah isu kat sini, ia lebih memeningkan daripada tu.
Straits Of Malacca Partners (SOMP) juga cuba mecadangkan idea projek ni pada tahun 2009. Tapi, kedua-dua cadangan ni ditolak, dan projek ni dilaporkan ditentang kerana bilangan kapal yang melalui Selat Melaka (satu daripada laluan perdagangan yang tersibuk di dunia). Kami juga membaca kertas dari Maritime Institute of Malaysia (MIMA), yang membangkitkan beberapa kerisauan yang agak logik kalau kita baca.
- Ketinggian Jambatan – kapal-kapal perlu memperlahankan pergerakan untuk mengelak pelanggaran dengan jambatan. Dan ni akan menambahkan lagi waktu transit yang mana akan memanjangkan lagi masa penghantaran, kesesakan kapal dan kos perkapalan tinggi. Bayangkan juga, kereta-kereta yang kena berhenti setiap kali kapal lalu bawah jambatan. Sekarang bayangkan waktu raya.
- Lanun – Kelajuan kapal yang rendah juga akan mendedahkan kapal-kapal kepada risiko serangan lanun (bukan benda jarang kat selat tu). Dalam buku bertajuk Pirates in Paradise pun ada bagitau yang lanun-lanun akan menggunakan jambatan untuk masuk ke dalam sesebuah kapal kalau diorang tak jumpa jalan lain. Kadang kala, berdasarkan sebuah kajian, pengganas akan merampas kapal dengan cara melanggarkan kapal tu kat sesebuah struktur contohnya jambatan.
- Kerugian perniagaan – Kapal-kapal yang takut dengan sebarang gangguan akan pergi ke selat-selat lain macam Selat Makassar dan Selat Lombok. Selain tu, kos pengangkutan barangan menggunakan jambatan lebih murah dari hantar menggunakan kapal.
- Alam Sekitar – Kalau korang pernah pergi tapak pembinaan, korang akan tau sesuatu barang tu akan jatuh. Dalam kes ni, barang-barang dalam kapal juga boleh jatuh ke dalam laut yang mana hidupan laut akan terkena pencemaran tersebut. Tapak jambatan Melaka adalah berdekatan Padang Kemunting, di mana terletaknya sarang penyu Hawksbill terbesar di Semenanjung Malaysia. Jadi pembinaan jambatan akan membahayakan lagi spesis penyu yang terancam.
Melaka cuba lagi pada tahun 2013, tapi Indonesia mahukan jambatan yang berbeza
Pada tahun 2013, Ketua Menteri Melaka, Idris Haron membangkitkan semula idea ini, mendakwa ia dibincangkan semasa majlis Chief Ministers and Governors’ Forum (CMGF) of the Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) di Koh Samui.
Tapi, macam sebelum ni, ia dilupakan semula. Kali ni, Indonesia nak mengutamakan projek Jambatan Selat Sunda (idea projek presiden sebelum ni, Yudhoyono menghubungkan Sumatera ke Jawa) yang mana sekarang ia tak dibina kerana kos projek ni tak bertepatan dengan visi ekonomi Joko Widodo.
Walaupun Indonesia tak teruskan projek Jambatan Selat Sunda, di sana masih ada juga sebab Indonesia tak meneruskan projek Melaka-Dumai (selain perkapalan dan alam sekitar).
Menurut pengkaji Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Hazmi Rusli, Malaysia mungkin akan mendapat keuntungan ekonomi lebih dari jambatan tu berbanding Indonesia. Ini kerana Melaka dekat dengan KL dan Singapura, tak seperti Dumai yang jauh dari bandar besar Indonesia. Disebabkan ni, Datuk Bandar Dumai, Khairul Anwar menggesa kerajaan Indonesia untuk membina secepat mungkin Jambatan Selat Sunda.
“Kita perlu ada jambatan itu dulu atau sekurang-kurangnya pada masa yang sama dengan Jambatan Melaka. Kalau tak, produk Malaysia akan ada kelebihan dalam rantau ini dan produk-produk mereka akan masuk ke dalam dan mengalahkan kita.”- kata Khairul
Tapi, ia boleh jadi sebaliknya dalam erti kata pengambilan pekerja orang Malaysia. Pengerusi Malacca Chinese Chamber of Commerce & Industry, Tan Poh Seng mengatakan bahawa ramai orang tempatan yang bergaji minima akan berdepan kesukaran dari kemasukan warga asing melalui jambatan tu ke dalam pasaran kerja tempatan yang sangat padat.
“Ia akan jadi lebih mudah bagi orang Indonesia untuk datang ke sini yang mana sesetengah majikan akan lebih memilih mereka bekerja dengan skala gaji rendah.” – kata Tan
Dia juga mengingatkan akan keperluan untuk mengkaji impak jambatan tu kepada komuniti perniagaan tempatan (kerana pelancong tempatan mendapati membayar dengan rupiah lebih murah) dan sempadan keselamatan (kerana ia mudah buat penjenayah tempatan untuk buat jenayah dan melepaskan diri).
Tapi kali ni, Indonesia nampak serius
Sekarang, diorang bagi peluang lain, kerana Indonesia nak memasukkan projek ni dalam perancangannya bagi memperbaiki perhubungan antara pulau-pulau berlainan. Tapi, untuk memastikan Indonesia dan Malaysia tak kecewa dengan projek ni, diorang patut dengar kritikan mengenai perkara-perkara yang perlu dikaji.
Selain daripada kesan ke atas perkapalan, keselamatan, alam sekitar dan perniagaan tempatan, perkara lain macam keuntungan hasil kutipan tol, kebolehan memberi dana, tahap pembangunan Sumatera dan kesanggupan orang memandu sejauh tu perlu diambil kira.
Bercakap pasal pergerakan kenderaan, sebagai salah satu laluan perdagangan terpenting di dunia bagi para pembekal dari Afrika dan Teluk Parsi serta pasaran Asia, Selat Melaka terdedah kepada kemalangan kapal (walaupun tanpa jambatan) kerana merupakan salah satu selat tersempit dunia (1.5 batu nautika).
Jadi, teknik pembinaan termaju diperlukan sama ada untuk menaikkan jalan jambatan 100 meter atas tanah atau membina terowong beberapa kilometer dengan menjangkakan projek ni boleh dilaksanakan dan mempunyai peruntukan.
Untuk peruntukan, dah dimaklumkan jumlah bernilai $70 billion akan disediakan, disebabkan Indonesia tak boleh membayarnya dan perlu minta peruntukan private, ia akan memberi bebanan kepada pihak Malaysia juga.
Walaupun kami dah sembang kencang, projek ni masih lagi dalam perbincangan. Mungkin Malaysia takkan umumkan lagi projek ni dalam masa terdekat, maka, ia akan tetap menjadi kenangan sahaja…
(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)
- 1.2KShare sekarang!
- Email40
- Facebook1.1K
- Share