Jadi Maharaja masa umur 2 tahun, ini kisah Maharaja terakhir China

Kalau kita belajar sejarah, kita akan tau yang kita dah buat hubungan diplomatik dengan China sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Dinasti Maharaja kat China jugak diiktiraf sebagai salah satu Dinasti Maharaja terlama di dunia iaitu telah wujud sejak 2000 tahun lalu!

Dinasti Maharaja China mula diasaskan apabila Shi Huang Ti berjaya menyatukan seluruh China pada tahun 221 SM, sekaligus menjadi maharaja yang pertama. Tapi dinasti yang silih berganti ni akhirnya tamat dengan Revolusi 1911 yang telah menjadikan China sebagai sebuah republik seperti yang kita kenal pada hari ini.

Shi Huang Ti adalah pengasas sistem Maharaja,lepas dia berjaya satukan China. Imej dari i-china.org.
Shi Huang Ti adalah pengasas sistem Maharaja,lepas dia berjaya satukan China. Imej dari i-china.org.

Mengikut kepercayaan tradisional masyarakat China, seorang Maharaja dianggap sebagai Putera Syurga yang dapat mandat dari syurga untuk memerintah muka bumi. Oleh itu, kedudukan Maharaja adalah yang tertinggi dalam masyarakat dan berkuasa secara mutlak.

Tapi kalau berlaku sebarang masalah dalam pentadbiran, walaupun bencana alam Maharaja tu akan dipersalahkan dengan tuduhan mandat syurga tu dah ditarik balik.Oleh tu, Maharaja tesebut boleh digulingkan dari takhta.

Jadi, kisah yang kami nak cerita hari ni adalah pasal Maharaja China terakhir iaitu Maharaja Aisin-Gioro Pu Yi atau dikenali dengan nama Henry Pu Yi.

Bendera Dinasti Qing. Imej dari Wikipedia.
Bendera dinasti yang terakhir, Dinasti Qing. Imej dari Wikipedia.

Jadi manusia paling berkuasa di China sewaktu berumur 2 tahun!

Pu Yi bersama ayah (Putera Zaifeng) dan adiknya (Pu Jie). Imej dari Wikipedia.
Pu Yi bersama ayah (Putera Zaifeng) dan adiknya (Pu Jie). Imej dari Wikipedia.

Pui Yi merupakan anak sedara kepada Maharaja China pada waktu tu. Tapi walapun ada Maharaja, banyak urusan negara dan istana diuruskan oleh Maharani Balu Cixi (Empress Dowager Cixi) yang merupakan balu kepada seorang Maharaja yang sebelumnya. Maharani ni boleh dikatakan sebagai pemerintah “di sebalik tabir” China yang sangat berkuasa.

 

Maharani Balu Cixi berkuasa dalam Dinasti Qing selama 47 tahun. Imej dari China Times.
Maharani Balu Cixi berkuasa dalam Dinasti Qing selama 47 tahun. Imej dari Women of China.

Tapi China dibawah Maharani Cixi adalah satu kerajaan yang lemah. Rasuah berleluasa di Kota Larangan (Forbidden City). Sewaktu Maharani Balu Cixi sakit tenat, dia melantik Pu Yi sebagai pewaris takhta. Pu Yi dipisahkan dari ibunya dan dia dibawa masuk ke Istana di Kota Larangan. Tak lama kemudian, Maharaja mangkat dan sehari lepas tu Maharani Cixi pun ikut sama.

Tak lama bila lepas je tempoh berkabung, Pu Yi ditabalkan sebagai Maharaja China yang baru pada Disember 1908. Ayahnya pulak dilantik jadi wakil pemerintahan (regent). Pu Yi  jadi manusia paling berkuasa kat China pada umurnya yang baru je 2 tahun, 10 bulan, 14 hari!

Imej dari Part-time World Traveler & Medical New Today.
Imej dari Part-time World Traveler & Medical New Today.

Tapi apa benda la yang budak 2 tahun tahu pasal pemerintahan kan? Masa Pu Yi ditabalkan jadi Maharaja, Pu Yi tiba-tiba merengek dan menangis:

“Saya nak balik ke rumah, saya tidak mahu tinggal di sini!”

Tindakan Pu Yi yang menangis tu dianggap telah mencemarkan istiadat majlis oleh para pembesar. Ayahnya pulak terpaksa pujuk Pu Yi untuk berenti menangis dengan berkata:

“Jangan menangis, jangan menangis…Ia akan berakhir tidak lama lagi…Ia akan berakhir tidak lama lagi!”

Kata-kata ayah Pu Yi tu dah buat para pembesar dan hulubalang istana terkejut dan menganggap kata-kata tu tak patut diucapkan kerana ia akan bawa bala kepada Dinasti Qing dan Dinasti Maharaja di China.

Nak percaya atau tak, tiga tahun lepas tu pada Dinasti Qing akhirnya runtuh dan Pu Yi digulingkan dalam satu revolusi yang dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen. China yang dah mengamalkan Sistem Beraja lebih 2000 tahun akhirnya diganti dengan sistem republik yang diperintah oleh Presiden.

Pu Yi masa berumur 16 tahun. Imej dari Wikipedia.
Pu Yi masa berumur 16 tahun. Imej dari Wikipedia.

Baru je 3 tahun jadi Maharaja, zaman dinasti China telah digulingkan untuk menjadi Republik

Dengan China yang bergelumang dengan perang dan pemberontakan, Dinasti Qing jadi semakin jatuh dan pada masa yang sama terpaksa bayar pampasan pada negara-negara yang lain. Kira memang nasib tak berapa baiklah Pui Yi ni ambil-alih China waktu negara sangat lemah, dah la dia tu budak lagi, dibantu pulak oleh ayah yang tak berapa berpengalaman dalam pemerintahan.

Pemberontakan Boxer berlaku apabila rakyat China cuba menentang pengaruh orang asing di China. Imej dari Find The Data.
Pemberontakan berlaku apablia rakyat China cuba menentang pengaruh orang asing di China. Imej dari Find The Data.

Golongan terpelajar dari Barat seperti Dr Sun Yat Sen telah memimpin satu gerakan untuk memodenkan China dan membentuk sebuah republik. Dia mendapatkan bantuan daripada seorang jeneral yang mempunyai angkatan tentera terkuat ketika itu. Akhirnya Dinasti Qing digulingkan selepas Pu Yi diturunkan dari takhta pada tahun 1912.

Dr Sun Yat Sen, Presiden pertama dan pengasas Republik China. Imej dari Wikipedia.
Dr Sun Yat Sen, Bapa Revolusi China. Imej dari Wikipedia.

Dr Sun Yat Sen jadi Presiden Pertama Republik China tapi dia letak jawatan sebulan lepas tu. Jawatannya diambil alih oleh jeneral yang tolong dia tadi, malah siap isytihar dirinya sebagai Maharaja tapi tak mendapat sokongan. Jeneral ni meninggal dunia 3 bulan kemudian.

Yuan Shikai pernah isytihar dirinya sebagai Maharaja Hingxian. Imej dari History.com
Jeneral Yuan Shikai pernah isytihar dirinya sebagai seorang Maharaja. Imej dari History.com

Tapi… apa pulak yang jadi pada Pu Yi tadi? Terus senyap ke?

Henry Pu Yi kekal jadi Maharaja, tapi hanyalah raja boneka Jepun

b0f0002f21e2c48c4c9
Pu Yi di istana Kota Larangan. Imej dari World War II Database.

Walaupun Pu Yi dah diturunkan dari takhta, dia masih dibenarkan tinggal dalam istana.Kat istana, ramai sida-sida dan pegawai istana yang mencuri barang istana dan mengkhianati Pu Yi. Akhirnya pada umur 19 tahun Pu Yi dihalau keluar dari Kota Larangan.

Bermula dari sinilah Pu Yi mula berpihak kepada Jepun dengan mengambil perlindungan dekat kedutaan Jepun di Beijing selama satu tahun setengah.

Pada 1 Mac 1932, Pu Yi dilantik jadi Ketua Eksekutif negara Manchukuo atau Manchuria, satu negara boneka yang dicipta oleh Jepun (negara niterletak bersempadan dengan Rusia, Korea Utara dan Mongolia).

Manchukuo atau Negara Manchuria dipisahkan dari China oleh pihak Jepun. Imej dari Wikipedia.
Manchukuo atau Negara Manchuria dipisahkan dari China pada 1930an. Imej dari Wikipedia.

Pada 1934, secara rasmi Pu Yi dilantik sebagai Maharaja Manchukuo. Tapi Pu Yi hanya jadi Maharaja boneka Jepun dan seluruh urusan negara dikawal oleh pihak Jepun. Menteri yang pegang jawatan penting pun terdiri dari orang Jepun.

Pu Yi sebagai Maharaja Manchukuo. Imej dari World War II Database.
Pu Yi sebagai Maharaja Manchukuo. Imej dari World War II Database.

Pu Yi kena sain afadavit yang kalau dia ada anak lelaki, anak tu kena dibesarkan di Jepun. Gerak geri Pu Yi pon dibawah pengawasan pegawai Tentera Imperial Jepun.

Dari Maharaja berkuasa, kejap je jadik manusia biasa yang kena kerja

Akhirnya, pada 1945 Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua dan Pu Yi ditangkap oleh Tentera Soviet masa nak larikan diri ke Jepun.

Pada Ogos 1946, Pu Yi berikan keterangan di Tribunal Tentera Antarabangsa di Tokyo.Dalam keterangan tu Pu Yi bagitau bagaimana Jepun memerintah Manchukuo dan macam mana dia dipaksa jadi Maharaja. Pu Yi kekal dalam tahanan Soviet sampai tahun 1949.

Pu Yi ditahan masa nak lari ke Jepun. Imej dari End of Empire.
Pu Yi ditahan masa nak lari ke Jepun. Imej dari End of Empire.
Pu Yi bagi keterangan di Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa di Tokyo . Imej dari beingbutmen.com
Pu Yi bagi keterangan di Tribunal Tentera Antarabangsa di Tokyo. Imej dari World War II Database.

Kat China pulak berlaku perang saudara antara Komunis yang dipimpin Mao Zedong dan Nasionalis yang dipimpin oleh Chiang Kai Shek. Pihak Komunis menang dalam perang tu dan golongan Nasionalis lari dan bentuk negara sendiri iaitu Taiwan.

Dari kiri: Chiang Kai Shek dan Mao Zedong sebelum perang saudara. Imej dari nybooks.com
Dari kiri: Chiang Kai Shek dan Mao Zedong kerjasama masa melawan Jepun tapi mula berperang lepas Jepun berundur sebab berlainan ideologi. Imej dari nybooks.com

Lepas rundingan antara China dan Soviet Union, Pu Yi dibawa balik ke China. Masa ni dia ditahan pulak kat Penjara Jenayah Perang Fushun dan dia mula dibrainwash untuk jadi manusia biasa dengan fahaman komunis.

Lepas lebih kurang 8 tahun dipenjara, Pu Yi dapat pengampunan dari Mao Zedong (Pengerusi Parti Komunis China) dan dibebaskan. Dia terima ideologi komunis dan jadi pekerja separuh masa di Taman Botanikal Beijing.

Atas dorongan Mao Zedong dan Zhou Enlai (Perdana Menteri Republik Rakyat China), Pu Yi mula menulis biografi dia sendiri: “From Emperor to Citizen, The Autobiography of Aisin-Gioro Pu Yi”.

Pu Yi masa ditahan dalam penjara. Imej dari beingbutmen.blogspot.
Pu Yi masa ditahan dalam penjara. Imej dari beingbutmen.blogspot.

Dengan kuasa rakyat, dinasti beribu tahun pun boleh jatuh!

Adik Pu Yi sepertii Pu Jie, juga telah ditahan di Penjara Jenayah Perang Fushun selama 10 tahun dan meninggal dunia pada 1994. Keluarga terakhir Pu Yi yang dicatatkan adalah adiknya yang keempat  iaitu Pu Ren, yang meninggal dunia pada 2015 ketika berusia 96 tahun.

Pu Yi dan Pu Jie. Imej dari Best China News.
Pu Yi dan Pu Jie ketika di Penjara Jenayah Perang Fushun. Imej dari World War II Database.

Keadaan politik yang tak stabil, rasuah yang berleluasa, cukai yang tinggi dan pencerobohan kuasa asing telah membuatkan rakyat bangkit menuntut keadilan. Pemberontakan yang dilakukan oleh pejuang revolusi akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Maharaja di China yang bertahan lebih beribu tahun.

Akhirnya Pu Yi meninggal dunia pada 17 Oktober 1967, pada umur 61 tahun akibat kanser buah pinggang. Pu Yi mencatat nama sebagai Maharaja China terakhir yang bertakhta ketika berusia 2 tahun dan induvidu iterakhir yang menamatkan Sistem Maharaja itu.

Kad keahlian Pu Yi sebagai Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Parti Komunis China. Imej dari World War II Database.
Kad keahlian Pu Yi sebagai Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Parti Komunis China. Imej dari World War II Database.
Pu Yi, dari Maharaja jadi manusia biasa. Imej dari Channel 14.
Pu Yi, dari Maharaja jadi manusia biasa. Imej dari Channel 14.

About Azar Ishak 276 Articles
Hari-hari Teh O ais, besok kopi plak lah.