Jenayah & Undang-undang

Isteri presiden dipenjara sebab cemburu? Ini 4 kes melibatkan isteri presiden dunia

Sekarang ni kita tengok banyak jenayah yang berlaku sama ada kat dalam negara sendiri ataupun kat seluruh dunia. Jenayah yang berlaku tu bukan je dilakukan oleh penjenayah biasa, malah ada jugak yang berlaku dalam kalangan orang kenamaan dan terkenal jugak.

Walaupun kesalahan kecik yang diaorang buat, semuanya tertakluk pada undang-undang dan perlembagaan negara masing-masing. Tapi selalunya kita dengar ramai dalam kalangan orang yang ada nama ni selalu terlepas daripada hukuman tertentu sebabnya dia ada kuasa autonomi sendiri.

Dan baru-baru ni, PM Israel tuduh Iran ada rancang nak serang negara tu. Dan sekarang ni dia tengah try hard untuk selamatkan hayat politik dia disebabkan skandal-skandal rasuah dan jenayah yang dia hadapi. Jadi, dia buat kenyataan tu untuk menaruh keyakinan rakyat pada dia semula lah. Tapi isteri dia pun sama naik jugak dengan jenayah yang dia buat.

Jadi, kali ni SOSCILI nak cerita sikitlah pasal isteri-isteri PM yang kena hukum walaupun diaorang buat kesalahan kecik.

1. Sara Netanyahu – guna duit rakyat untuk buat katering

Sebelum ni tengah kecoh pasal kes PM Israel, Benjamin Netanyahu yang dah terlibat dengan macam-macam skandal rasuah dan kes-kes yang melibatkan nama negara. Dan disebabkan tu, seluruh penduduk kat sana tak puas hati dengan dia dan nak mintak dia letak jawatan sebab dah banyak sangat skandal yang menjejaskan ekonomi negara diaorang.

Ada yang sebut nama saya ke? Imej dari The Times

Tapi belum settle lagi kes dia, timbul pulak kes lain yang melibatkan isteri dia. Dua-dua ada banyak skandal. Tapi isteri dia, Sara Netanyahu ni macam lebih sudu dari kuah lah (macam tipikal isteri menteri kot). Dari awal lagi dia dah terlibat dengan macam-macam kontroversi. Antaranya campur tangan dalam pentadbiran negara dan mempengaruhi suami dia, layanan buruk kat kakitangan dan terlibat dengan kontroversi pemilihan pakaian jugak. 

Tapi baru-baru ni, ada satu lagi kes timbul yang dah disabitkan kesalahan kat dia disebabkan dia guna duit rakyat untuk tempah katering jamuan kat rumah rasmi Perdana Menteri. Mahkamah Israel mengarahkan dia untuk bayar denda berdasarkan kesalahan yang dia buat tu.

Sara Netanyahu dengan suami dia, presiden Israel benjamin Netanyahu. Imej dari The Independent

Berdasarkan laporan mahkamah, dia dah belanjakan sebanyak AS$99,300 (RM413,832) untuk bayar katering dari luar untuk tujuan jamuan orang kenamaan. Dikatakan waktu tu kat rumah dia takde tukang masak khas dan dia guna duit rakyat untuk bayar tempahan katering yang ditempah dari restoran luar. Tapi agak-agak, dia makan apa lah kan sampai mahal macam tu?

“Buat kali pertama dalam sejarah, denda dikenakan terhadap isteri seorang pemimpin atas sebab mee dan makanan yang dibawa pulang.” – Peguam Sara Netanyahu, sumber dari South China Morning Post. 

Rasa terliur tak? GIF dari Giphy

Lepas disabitkan kesalahan daripada pertuduhan tu, dia pun buat rayuan lah. Dan dalam perjanjian rayuan tu, dia diarahkan untuk bayar semula AS$12,490 (RM52,052) dan denda sebanyak AS$2,777 (RM11,573). Tapi dia mintak untuk bayar denda tu secara ansuran dalam tempoh sehingga sembilan bulan. 

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Dalam undang-undang Israel, ia tak dibenarkan dan menyalahi undang-undang kalau tempah makanan dari luar bila dah disediakan tukang masak sendiri – yang dibayar dengan duit orang pembayar cukai (khas untuk para pemerintah dan PM). Disebabkan dia menafikan perkara tu, mungkin dia akan dikenakan lima tahun penjara di samping diwajibkan untuk membayar denda yang dah ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Dan sebelum ni, dia dah banyak terlibat dengan kontroversi lain yang mengatakan dia sebenarnya ‘tak sihat’ dan akan buat keputusan dalam segala urusan politik suami dia. 

2. Dewi Sukarno – kena penjara sebab pukul anak presiden Filipina dengan botol arak

Bila sebut je pasal Presiden Soekarno, rakyat Malaysia mesti kenal dengan ‘penglibatannya’ dalam konfrontasi Malaysia-Indonesia satu ketika dulu.

Nota: Kalau korang nak dapat ilmu lebih sikit pasal konfrontasi tu, korang boleh klik sini sebab kitaorang pernah tulis pasal hal tu dulu. 

Isteri Presiden Soekarno ni bukanlah isteri pertama dia, malah dia merupakan isteri kelimanya (ada yang kata isteri ketiga dan keenam) yang merupakan warga Jepun. Nama asalnya adalah Naoko Nemoto dan diberi nama sebagai Ratna Sari Dewi Sukarno setelah masuk Islam dan selepas mengahwini Presiden Soekarno. Nama tu dalam istilah jawa sanskrit bermaksud “dewi permata” dan dia berkahwin waktu umur dia 19 tahun dan Presiden Soekarno berumur 57 tahun. Dan digelar Madame Dewi.

Cantik kan? Imej dari Liputan 6

Dia dikenali sebagai Dewi Fujin kat Jepun dan Dewi Soekarno secara menyeluruh oleh ramai orang. Hasil perkahwinannya dengan Presiden Soekarno merapatkan lagi hubungan diplomatik antara Jepun dengan Indonesia yang dilihat menguntungkan kedua-dua buah negara tu. Daripada perkahwinan tu jugak, banyak projek mega berjaya diperolehi oleh kedua-dua buah negara. Dan dia sinonim dengan gelaran sebagai pelobi bisnes kat Jepun untuk mendapatkan projek-projek kat Indonesia untuk keuntungan Jepun.

Di sebalik kejelitaan, populariti Dewi Sukarno sebagai penghibur, selebriti dan ahli perniagaan, sebenarnya ada udang di sebalik batu daripada hubungan diaorang yang dah dirancang tu. Dia ni dikatakan jadi gunting dalam lipatan untuk perusahaan kat Jepun dan syarikat-syarikat mega Jepun yang secara tak langsung melibatkannya dalam dunia politik dan perniagaan Indonesia disebabkan dia merupakan isteri presiden waktu tu.

Apa yang mengantuk sangat tu Pak? Imej dari Tribun Medan.com

Jepun dapat keuntungan sumber minyak daripada laluan laut Indonesia dan dapat lebih daripada setengah sumber gas asli dan bahan mentah lain daripada kepulauan tropika melalui Indonesia. Pada masa yang sama, Indonesia jugak banyak bergantung kat Jepun dalam dunia pelaburan dan teknologi. 

Indonesia berjaya dapat banyak pelaburan secara terus melalui Jepun daripada negara-negara Asia lain. Menurut Eksport-Import Bank of Japan, dari 1951 hingga ke 1990, kira-kira 1600 syarikat Jepun dah melaburkan sejumlah amaun yang banyak kat Indonesia berbanding negara-negara Asia lain.

Disebabkan dia ni dikira macam orang penting dan popular kat kedua-dua buah negara dengan hubungan diplomatik yang terjalin melaluinya, dah tentu dia nak jaga reputasinya dan ada lah jugak perasaan iri hati kat orang lain. Dia dah dipenjara disebabkan sikap cemburu dia yang dah membawa kepada tindakan jenayah.

Walaupun sekarang ni umur dia dah 80an, dia tetap cantik dan selalu jadi juri pertandingan ratu cantik. Imej dari GoAceh.co

Jenayah yang dilakukan tu bukanlah melibatkan duit macam orang kenamaan lain selalu buat, tapi dalam satu parti mewah kat New York pada 1992, dia dah pukul anak (ada yang kata cucu) Presiden Filipina, Minnie Osmeña dengan botol arak sampai kena 37 jahitan kat muka dia. Dia bertindak macam tu sebab Minnie menggelarnya pelacur yang sebelum ni dia pernah terlibat dalam kontroversi yang mengatakan dia pernah kerja sebagai geisha ataupun pelayan. Tapi sebelum tu dia pun ada ketawakan Minnie bila Minnie bercadang untuk calonkan dirinya sebagai presiden.

Rupa-rupanya dia memang dari awal lagi dah cemburu dengan Minnie sebab dia anggap Minnie macam ancaman pada kedudukannya sebagai selebriti terkenal Asia. Dan dia jugak mempunyai sentimen anti-Filipina ekoran daripada hal ni. Disebabkan kecederaan yang dia dah buat tu, Minnie bawa kes ke mahkamah dan saman Dewi serta menyebabkan dia disabit kesalahan. Dia juga dipenjarakan selama 60 hari kat penjara California.

Dan sebenarnya, dia banyak jugak terlibat dengan kontroversi lain yang mungkin nampak macam mencurigakan… ?

Ni apa yang jadi kat Minnie Osmena lepas kena pukul dengan Dewi. Imej dari Pinterest

3. Imelda Marcos – dalam masa 90 hari belanja US$7 juta duit rakyat untuk shopping

Bila sebut pasal Filipina, mesti orang akan ingat cerita isteri presiden yang ada banyak koleksi kasut tu kan. Dan tahun lepas mahkamah Filipina ada keluarkan kenyataan supaya Imelda Marcos ni ditahan sebab disabitkan kesalahan dalam tuduhan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan sendiri. Dalam kenyataan tu, mahkamah dah arahkan Imelda supaya ditahan dan dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya enam tahun atau 11 tahun bagi setiap kesalahan yang disabitkan.

Setelah hampir 27 tahun kes sabitan, dia takde apa-apa khabar berita, mahkamah pun dah keluarkan waran dan sabitkan kesalahan dalam setiap tujuh pertuduhan yang disabitkan. Secara keseluruhan, dia akan dipenjarakan selama 42 tahun. Tapi, mungkin dia tak dipenjarakan disebabkan rayuan yang dia buat dan faktor umur dia yang dah 89 tahun tu akan buat dia terlepas daripada hukuman.

Daripada sini kita boleh cakap yang mungkin setiap orang ada obses masing-masing. Imej Town and Country Mag

Walaupun rayuan dah dibuat, mungkin dia akan dihukum dengan hukuman yang lain. Sebenarnya, Imelda Marcos ni memang dibesarkan dalam kehidupan yang serba mewah. Dia membesar dalam keluarga ahli politik. Dan waktu dia lahir, ayah dia siap sediakan dua orang doktor dengan upah yang mahal untuk menjaganya.

Suaminya yang merupakan Presiden Filipina dah memerintah selama 20 tahun sampai membuatkan negara tu jadi miskin sebab Ferdinand Marcos ni guna duit rakyat dan negara untuk kepentingan sendiri. (Boleh klik sini untuk baca pasal Ferdinand Marcos ni). Imelda yang merupakan bekas ratu cantik dan model ni sentiasa nak kelihatan cantik je depan orang ramai dan memiliki semua koleksi barangan perhiasan dan aksesori mewah daripada duit rakyat dan negara.

Perhiasan mewah kat rumah dia. Imej dari The Reporter

“Saya perlu nampak cantik agar rakyat miskin melihat saya sebagai bintang mereka,” – Imelda Marcos, bekas First Lady Filipina, sumber dari Astro Awani.

Sikapnya yang suka berfoya-foya dilantik sebagai Gabenor Metro Manila dan Menteri Penempatan Masyarakat atas sebab kroni yang hanya gunakan kuasa untuk kepentingannya. Dalam masa 90 hari dia membelanjakan sebanyak US$7 juta kat New York dengan beli barang-barang peribadi dia. Dia jugak ada kumpul 3000 koleksi kasut, 1500 koleksi beg tangan, 1200 koleksi gaun dan barang peribadi mewah lain.

Tengoklah koleksi kasut-kasut dia. Mungkin dalam sehari boleh tukar-tukar sampai 5 kali? Imej dari The Reporter

Dia juga didapati bersalah dengan pertuduhan rasuah dengan buat tujuh pemindahan duit berjumlah $200 juta ke akaun bank Switzerland waktu dia jadi Gabenor Manila. Dan daripada tu, semua koleksi aksesori dia disita dan dijadikan pameran kat muzium. Tapi sebenarnya ada barang lain lagi yang bernilai ratusan dolar yang tak berjaya dijumpai sampai sekarang. Agaknya siapa yang jumpa tu mesti ingat tu harta karun kan?

Mungkin sama tapi bukan dia… Imej dari Today Online

4. Rosa Elena Bonilla – guna dana orang miskin untuk bayar yuran anak

Kerja-kerja rasuah, penyelewengan, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa ni memang selalu berlaku dalam kalangan orang yang berkuasa dan kenamaan. Jadi, sama jugaklah yang terjadi kat isteri bekas PM Honduras ni di mana kesalahannya dah disabitkan kat mahkamah dan hukuman pun dah ditetapkan.

Rosa Elena Bonilla de Lobo merupakan isteri bekas Presiden Honduras, Porfirio Lobo dah dijatuhkan hukuman penjara sehingga 87 tahun atas kesalahan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan sendiri dalam bentuk penipuan dan pengubahan wang haram. 

Lihatlah duniaa… Imej dari Politicoscope

Dia yang pernah berkerja sebagai setiausaha kat pejabat Porfirio Lobo sebelum berkahwin dengannya pada tahun 1992. Lepas tu dia dah dilantik sebagai pengarah kat Honduran Forest Development Corporation (COHDEFOR) bila dia dah jadi isteri PM. Disebabkan kuasa yang dia ada, dia selalu seleweng duit negara untuk beli aksesori dan emas. 

Sejak Februari 2018 lagi dia dah di bawah pemerhatian dan tahanan oleh pihak berkuasa disebabkan pertuduhan menggelapkan jutaan dolar dana rakyat Honduras. Dan baru-baru ni kes tu dah disabitkan kat dia, dan hukuman penjara akan dikenakan tak lama lagi. Hasil siasatan, dia disabitkan dengan pertuduhan menggelapkan sejumlah AS$500,000 (RM1.96 juta) yang disalurkan dalam akaun peribadinya enam hari sebelum suaminya letak jawatan sebagai presiden.

Tidakkkk… Imej dari HonduNews

Menurut peguam negara dan unit Pertubuhan Negara Amerika, dia dah gunakan dana berjumlah AS$779,000 (RM3.3juta) antara tahun 2010 dan 2014 yang sepatutnya duit tu semua digunakan untuk membiayai program sosial kat negara tu. Dia gunakan duit tu untuk pembiayaan perubatan peribadi, beli barang kemas dan bayar yuran anak dia. 

Kebanyakan duit yang dia dah seleweng tu adalah duit yang dah diperuntukan untuk kegiatan sosial dan aktiviti amal. Termasuklah bajet yang dah diperuntukan untuk kegunaan kanak-kanak miskin kat Honduras tu. Daripada rayuan yang dia buat, mahkamah jatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun baginya.

Kat Amerika Latin, dia dikenali sebagi Lady’s Little Cash Box. Imej dari telesurenglish

Walaupun kesalahan kecil, hukuman tetap dikenakan

Dalam setiap negara, ada hukuman dan undang-undang yang dah ditetapkan sendiri. Kita boleh tengok contoh orang-orang kenamaan sendiri pun tak terlepas daripada hukuman yang berat. Macam kat negara kita sekarang ni, tengah kecoh pasal kes penyelewengan wang kat satu yayasan yang diasaskan, iaitu Yayasan Akalbudi. IDikatakan dana dalam tu tak digunakan langsung untuk orang miskin seperti yang sepatutnya.

Dan sekarang ni, perbicaraan kesnya dijalankan oleh pihak berkuasa atas 47 dakwaan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. Boleh klik sini untuk artikel yang kitaorang pernah tulis pasal dia. Kalau diperhatikan, kes-kes jenayah ni memang diambil serius kat seluruh negara walaupun cuma kesalahan kecil yang dibuat. Tak kira siapa pun, pangkat dan darjat, hukuman tetap dikenakan.

Tapi kitaorang tertanyalah, bila agaknya kes Rosmah tu nak settle ye? ?

Oppss. Imej dari MalaysiaKini

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend