- 93Share sekarang!
- Email2
- Facebook91
- Share
Mesti ramai yang pernah dengar nama Mahatma Gandhi kan? Kepada yang taktau, dia adalah seorang legend dalam sejarah India dan juga dunia. Ramai telah menjadikan dia sebagai idola termasuklah Martin Luther King Jr, Nelson Mandela, dan ramai lagi.
Tapi Gandhi sendiri tak pernah menyangka yang satu hari nanti dia akan bertanggungjawab dalam memerdekakan India.
Gandhi atau nama sebenarnya Mohandas Karamchad Gandhi lahir pada tahun 1869 dan merupakan anak kepada seorang Ketua Menteri di Porbandar, India. Kiranya dia dibesarkan dalam keluarga yang elit jugak la, hidup memang selesa, makan pakai semua cukup.
So macam mana pulak perjalanan hidup membawa dia menjadi seorang aktivis yang memperjuangkan hak rakyat? Jom kita story-mori….
Lahir dalam keluarga berada, Gandhi ni agak manja sebenarnya
Ibu Gandhi merupakan seorang yang sangat alim, selalu pergi ke kuil dan juga berpuasa. Jadi Gandhi pun membesar dengan nilai-nilai Hindu termasuklah gaya hidup yang ringkas, tak makan daging, toleransi agama, dan menolak keganasan.
Waktu muda, Gandhi ni biasa-biasa je, tidur pun bukak lampu lagi. Waktu umur 13 tahun, dia dikahwinkan dengan anak seorang pedagang. Oleh kerana darah tengah remaja lagi, Gandhi selalu rebel dengan merokok, makan daging, dan mencuri (tapi curik syiling daripada orang gaji je kot). Tapi dalam masa yang sama, Gandhi sangat berminat dengan self-improvement.
Gandhi mula-mula niat nak jadi doktor, tapi terpaksa abaikan cita-cita tersebut sebab bapa dia nak Gandhi jadi seorang pentadbir. Lepas anak pertama Gandhi lahir, dia sambung belajar di London dalam bidang undang-undang. Kat sana Gandhi join Persatuan Vegetarian London, dan makin mendalami pembacaannya dalam bidang agama.
Bila balik ke India, Gandhi struggle jugak la sebagai seorang peguam. Ada sekali tu kat dalam mahkamah Gandhi punya la nervous nak persoalkan seorang saksi sampai dia terus lari keluar dari mahkamah! Lepas lama cuba cari kerja kat India, Gandhi dapat offer untuk bekerja kat Afrika Selatan pada April 1893, dan di situlah semangat aktivis dia bermula…
Sampai kat Afrika Selatan, Gandhi terkejut dengan layanan rasis British
Masa Gandhi first sampai kat Afrika Selatan, dia agak terperanjat dengan diskriminasi oleh penjajah British, terutama sekali kepada imigran berbangsa India. Gandhi lahir dalam kasta yang tinggi dan mempunyai background yang power, so bila dia kena layan dengan teruk Gandhi pun terasa lebih la.
Sewaktu dia jadi peguam kat sana, mahkamah telah mengarahkan Gandhi untuk buka serban. Bagi orang India, arahan untuk buka serban (atau sebarang pakaian kat kepala) adalah satu tindakan kurang ajar. Jadi Gandhi sekali lagi keluar tapi kali ni dengan perasaan marah.
Lagi satu peristiwa adalah sewaktu Gandhi naik kereta api. Dia duduk kat bahagian first class dengan tiket yang dia bayar guna duit sendiri. Tapi ada sorang berkulit putih tak suka Gandhi duduk deengan dorang, jadi Gandhi telah dihalau ke belakang. Gandhi yang bengang telah ambil keputusan untuk tidak berganjak dan akhirnya dipaksa keluar kat salah satu perhentian kereta api tu.
Last sekali apa yang betul-betul membuatkan Gandhi berubah dari seorang peguam menjadi aktivis adalah ketika satu malam ni, kerajaan Afrika Selatan telah mengumumkan cadangan undang-undang baru untuk menghalang rakyat berbangsa India dari mengundi. Mendengar berita tersebut semangat Gandhi terbakar untuk menjadi pejuang rakyat.
Gandhi kemudiannya telah membuat satu petisyen sebagai tanda bantahan dimana seramai 10,000 orang telah sain. Tindakan tu telah menarik perhatian ramai orang termasuk juga Setiausaha Koloni, Lord Ripon. Yang sedihnya undang-undang tu tetap diluluskan, keputusan tu telah menyebabkan jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk petisyen tu bertukar menjadi sebuah parti politik dengan nama Natal Indian Congress.
Gandhi dan parti tu menggunakan pendekatan Satyagraha dimana mereka mengutamakan kebenaran melalui keamanan. Jadi apa yang diperjuangkan secara aman ni tak mengutamakan kesalahan dilakukan oleh penjajah tapi lebih kepada meminta penjajah untuk terima realiti bahawa terdapat rakyat yang ditindas kat situ.
Perjuangan Gandhi bukan saje ketika waktu aman, malah juga sewaktu perang.
Menjadi ahli paramedik sewaktu perang Anglo-Boer di Afrika Selatan
Awal abad ke-20, perang meletus di Afrika Selatan antara penjajah British dan rakyat Afrika Selatan berketurunan Belanda. Gandhi bersama beberapa ratus orang berbangsa India telah menadi sukarelawan untuk Kor Ambulan. Katanya, rakyat berbangsa India kena tunjuk kesetiaan kepada negara baru boleh tuntun hak-hak lain, so disebabkan tu Kor tersebut telah membesar jadi 1,100 orang.
Masa perang pulak Gandhi tak duduk kasi arahan je. Ada sekali tu mereka diarah oleh tentera untuk travel ke satu tempat ni di mana kereta kuda ambulan tak boleh lalu. So Gandhi dan geng telah berjalan kaki lebih kurang 40km dan kemudian angkut orang sakit menggunakan pengusung. Fuh penat siut.
Tak cukup dengan tu, masa Gandhi dan Kor Ambulan dia masuk askar, mereka tak diberikan latihan ketenteraan sebab pasukan ni tak dijangka untuk ke medan perang cuma rawat orang kat belakang tabir je.
Tapi pada tahun akhir peperangan tu Kor tersebut terpaksa ke barisan hadapan sekali dengan askar lain dan walaupun tak terlibat dengan tembak-menembak masih agak bahaya juga la kalau dah kat medan peperangan.
Lepas perang, Gandhi dan Kor Ambulan telah mendapat pingat perang dari England hasil dari usaha mereka dalam peperangan Anglo-Boer. Beberapa tahun kemudian, Gandhi sekali lagi menghulurkan bantuan ketika bandar Johannesburg sedang mengalami wabak ‘Bubonic‘.
Usaha Gandhi di Afrika Selatan akhirnya membawa hasil apabila Black Act (undang-undang tindas bangsa India) telah ditarik balik. Tapi tu pun makan masa tujuh tahun juga la, Gandhi kemudiannya telah pulang ke tanah kelahirannya India.
Berjalan sejauh 386 kilometer untuk membantah cukai garam
Masa Gandhi mula-mula balik India, dia tak berapa aktif dalam dunia politik tapi lebih fokus dalam kerja aktivis seperti menentang racism. Tapi apabila terdengar khabar tentang undang-undang baru mengenai cukai garam pada tahun 1930, dia terus pakai cermin mata bulat dia dan bangun semula untuk menegakkan hak rakyat.
Undang-undang baru tu telah mengharamkan rakyat India dari menjual/mengutip garam. Tak cukup dengan tu, sebarang penjualan garam dari pihak kerajaan telah dikenakan cukai yang tinggi dan semua garam kena beli dari kerajaan.
Rakyat miskin antara yang paling terasa la dengan undang-undang baru ni, nak minta untuk elak makan garam pun tak boleh juga sebab ia merupakan bahan wajib untuk makanan orang sana. So nak tak nak memang kena bayar cukai tinggi tu.
Dengan trademark demonstrasi aman dia, Gandhi bersama rakan-rakan seperjuangnya telah mengiytiharkan Satygraha kedua yang digelar sebagai Salt March. Demonstrasi ni merangkumi perjalanan sejauh 386 kilometer dari bandar ke persisiran pantai yang bertujuan membantah undang-undang garam tu.
Gandhi dan rakan seperjuangan dia mula menapak dari Ashram (tempat keagamaan Hindu) dan sepanjang perjalanan tu, mereka berjaya menarik ramai pengikut termasuk juga sebilangan wartawan yang akhirnya mempunyai ribuan orang.
Sampai je kat pantai tu, Gandhi tunduk untuk mengambil segenggam garam mentah dan berkata:
“Dengan ini saya telah menggegarkan Empayar British”
Ucapan tu telah disaksikan oleh berpuluh-puluh wartawan manakala tindakannya tu telah menjadi ikutan satu negara, malah berjuta-juta orang mula ke pantai dan kutip garam sendiri.
Seramai 60,000 orang ditangkap kerana ‘melanggar’ undang-undang dan ada sampai yang kena bantai dengan pihak polis. Tindakan ganas tu telah dirakam oleh seorang wartawan Amerika Syarikat dimana berita tersebut tersebar di dunia barat dan telah memburukkan nama kerajaan British.
Time ni ramai orang kat India dah mula sembang pasal kemerdekaan India dari British, tapi takat tu jela dan takde tindakan yang lebih serius.
Kemerdekaan India-Pakistan hasil pegangan prinsip Gandhi
Lepas demonstrasi aman Salt March tu, Gandhi dah tak buat hal sangat sebab dia fokus untuk tolong orang fakir miskin dan menaikkan taraf pendidikan dia India. Kerja dia tu tak tahan lama sebab pada tahun 1939, Menteri British untuk India, Lord Linlithgow mengisytiharkan India akan join perang dunia kedua tanpa berbincang dengan orang India sendiri.
Bengang dengan keputusaan Lord Linlithgow, Gandhi and the gang telah menggunakan signature move mereka, Satygraha, tapi kali ni untuk menuntut kemerdekaan pula. Disebabkan British dah join perang dunia kedua dorang terus tak layan permintaan orang India dan sebab tak nak banyak songeh, British telah penjarakan Gandhi dan juga geng dia yang lain.
Perjuangan kemerdekaan India ni terbantut jap tapi tak lama sebab pada tahun 1945 kerajaan British telah mendapat pemimpin baru dan membebaskan Gandhi and the gang. Tanpa melengahkan masa mereka terus menuntut kemerdekaan.
Tapi perjuangan mereka tak semudah tu, banyak pergaduhan dan rusuhan terjadi sebab time ni orang India beragama Islam nak negara dia sendiri tapi Gandhi pula nak sebuah negara India yang majmuk.
Tindakan Gandhi yang nak campurkan orang Islam dan Hindu ni telah mendatangkan kemarahan sesetengah orang Hindu yang lain, siap ada yang kata Gandhi ni pengkhianat agama. Dia ada cuba nak redakan rusuhan dan pergaduhan tu tapi last-last Gandhi terpaksa akur dan bersetuju untuk pisahkan orang Hindu dan Islam, dan dari situ terlahirlah Pakistan.
Kedua-dua buah negara mendapat kemerdekaan pada tahun yang sama iaitu 14 Ogos 1947 untuk Pakistan dan 15 Ogos 1947 untuk India.
Gandhi menjadi idola untuk pejuang rakyat di serata dunia
Gandhi meninggal dunia pada tahun 1949 selepas dibunuh oleh seorang pejuang radikal Hindu. Pemergian dia tak disia-siakan sebab sampai ke harini ramai orang telah jadikan Gandhi sebagai idola seperti Malcolm X, Barrack Obama, Marthin Luther King Jr, Nelson Mendela, dan ramai lagi.
Harini beberapa negara terutama sekali di India dan Afrika Selatan telah menaikkan tugu peringatan Gandhi sebagai tanda terima kasih kepada perjuangan dia melawan penjajah dan membantu golongan susah.
Walaupun Gandhi ni famous dalam dunia politik, sebenarnya dia tak berapa aktif sangat pun. Malah masa India merdeka pun, dia tak terlintas untuk jadi Perdana Menteri dan kebanyakan masa Gandhi habis kat kerja-kerja amal je. Mungkin sebab tu ramai telah jadikan dia idola, bukan kerana harta yang banyak atau rupawan tapi sebab hati dia yang ikhlas untuk membina sebuah masyarakat yang aman dan maju.
- 93Share sekarang!
- Email2
- Facebook91
- Share