Nak beli sayur kena hati-hati… sebab ada yang gunakan racun yang tak sah!

(This article is translated from the English version, click here to read it!)

Empat bulan lepas, ada satu talk kat TEDx yang megatakan makanan dan air Cameron Highland tercemar. Tapi apa yang membuatkan kitaorang terkujat ialah…ia telah diracuni sendiri oleh petani sendiri! Dr. Lemuel Ng dan Will Chua selaku speaker kat TEDx menyatakan bagaimana sayur-sayuran menggunakan racun perosak yang DIHARAMKAN!

Lemual dan Will ada sorang member kat Cameron Highlands, Datuk Kong yang jugak merupakan seorang petani sayu-sayuran. Tapi dia sendiri tak makan mana-mana sayur kat Cameron sebab racun perosak yang kebanyakan petani gunakan adalah adalah merbahaya:

“Sekarang ni mereka (peladang sayur-sayuran) menggunakan cecair hitam daripada Thailand yang tidak mempunyai nama dan jenama. Malah mereka pun tak tahu apa yang terkandung didalam cecair tersebut. Mereka mengambil satu penutup cecair dan campurkannya dengan 200 gelen air lalu disiramkan di atas tanah. Dalam masa satu atau dua hari, semuanya mati.” – Will Chua ketika bercakap dalam majlis TEDx.

Sebelum baca lebih lanjut, korang boleh check out dulu video ni:

Sahih ke kenyataan dorang ni?

Uish dengar dorang cakap je dah rasa scary gile, hanya dengan satu penutup botol cecair hitam (racun perosak) dan dicampurkan dengan 200 gelen air, semuanya akan mati??

Dorang berdua ni telah pergi kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan serius seperti pasangan yang tak mempunyai anak, kanak-kanak yang mempunyai alahan kulit yang teruk, mereka yang menghidap kanser pada umur 30an dan 20an serta perlu melakukan dialisis akibat kerosakan buah pinggang.

Dan dorang mendapati mereka yang sakit ni adalah dari Johor. Tapi bukan ke Johor jauh dari Cameron Highland? Hmm walaupaun Johor jauh dari Cameron Highlands tapi sebahagian besar sayur-sayuran kat Singapura ni di import dari Cameron Highlands. Untuk sampai ke Singapura, dorang akan melalui Johor, thats why lah sayuran dari Cameron Highlands jugak turut dijual kat Johor.

Tapi… setelah mereka (pesakit) mengamalkan makan sayuran organik dari FOLO Farms, masalah kesihatan serius yang dialami telah beransur pulih – pasangan yang tak boleh pregnant sebelum ni akhirnya dah pregnant, kanak-kanak yang menghadapi masalah kulit pun dah mula sembuh. Walau bagaimanapun, Lemuel tetap tak mempunyai fakta yang cukup menyatakan bahawa sayur-sayuran organik ni merupakan penawar bagi pesakit-pesakit ni, tapi dia ada menyatakan bahawa:

“Anda boleh bandingkan ni (sayuran organik) dengan sayur-sayuran yang telah disembur oleh racun-racun perosak dan sayur-sayuran yang dilindungi oleh plastik. Pada dasarnya ia tak ubah seperti ‘junk food veggies’ . Tapi sekiranya anda inginkan sayur-sayuran yang mempunyai fitonutrien yang padat, maka anda perlulah memilih sayuran organik.” – Dr. Lemuel Ng

Sayuran organik FOLO Farms.

Tapi kan, boleh percaya ke kat dorang ni? Atau ntah-ntah dorang ni saje je nak promote perniagaan semata-mata? Hmm….

Memang ADA laporan pasal racun perosak yang merbahaya kat Cameron

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Daerah Cameron Highlands (REACH), R. Ramakrishnan menunjukkan jenis racun perosak haram yang digunakan kat Cameron Highlands. Imej dari The Star.

Berdasarkan sumber carian encik Google menunjukkan bahawa penggunaan racun perosak kat Cameron Highlands bukanlah sesuatu mitos atau bukan sekadar teknik kepada peladang lain untuk promosikan sayuran organik dorang. Malah perkara ni dah kecoh sejak tahun 2004 (mungkin lebih awal lagi).

Berdasarkan laporan, jenis-jenis racun perosak yang ditemui adalah Dichlorodiphenyltrichloroethane (DDT), Lindane (gamma hexachlorocyclohexane atau HCH), endosulfan II, endrine ketone, aldrin dan DDE.

Bahan-bahan ni mempunyai kandungan toksik yang tinggi dan ianya adalah HARAM mengikut Akta Racun Makhluk Perosak di Malaysia dan Antarabangsa. Malah ia menjadi satu kesalahan memiliki atau menggunakan racun perosak yang telah didaftar dibawah Akta Racun Makhluk Perosak. Jika disabit kesalahan ia boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara setahun.

Tapi korang pernah terpikir tak kenapa pekebun-pekebun ni masih berdegil nak gunakan bahan-bahan terlarang? Hmm kitaorang difahamkan bahawa racun perosak yang legal ni tak dapat nak menghapuskan pepijat dan serangga perosak yang terdapat kat Cameron Highlands sebab tu lah dorang menggunakan cecair hitam dari Thailand (haram) tersebut kerana ia lebih berkesan untuk mematikan serangga perosak dan pepijat.

Dalam undang-undang antarabangsa pulak, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan menerbitkan garis panduan dalam penggunaan racun perosak. Selain tu, PBB jugak ada menandatangani Konvensyen Stockholm Mengenai Pencemar Organik Berterusan oleh 152 negara termasuk Malaysia. Walau bagaimanapun, Malaysia tak meratifikasikan (menandatangani hanya bermaksud kita bersetuju dengannya dan tak mempunyai niat untuk mengikutinya).

Konvesyen Stockholm mempunyai senarai bahan-bahan yang boleh ‘menyekat’ beberapa jenis racun perosak yang terdapat kat Cameron Highlands seperti aldrin yang telah diharamkan sebagai racun perosak kat beberapa negara sejak tahun 1970-an. Tapi kini apa yang buatkan kami terkujat ialah…

Air paip terawat kat Cameron Highlands pulak didapati telah tercemar oleh aldrin dengan kadar purata 0,071 mikrogram per liter, jauh melebihi had WHO iaitu 0.03 mikrogram per liter!

Ada racun perosak kat dalam air paip??? Tapi bukan ke dorang menggunakan racun perosak tu hanya pada sayur-sayuran je? So kenapa ada dekat air paip pulak? Ok ini terjadi kerana… selepas dorang sembur racun perosak kat tumbuhan, ia akan serap ke dalam tanah, kemudian ianya akan dibasuh kat dalam sungai serta anak sungai dan akhirnya ia akan mencemari air paip. Malah ia jugak boleh disebarkan ke kawasan lain melalui angin dan ada jugak sesetengah racun perosak ni dapat bertahan di persekitaran selama bertahun-tahun.

Kesan racun perosak ni telah ditemui oleh pakar penganalisis dan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) selepas dorang mengambil enam sampel di lima kawasan kajian di Sungai Terla, Sungai Bertam dan air paip di Brinchang.

“Ini adalah sangat menakutkan. Saya tak faham macam mana perkara ni boleh dibiarkan. Kesannya adalah pada generasi akan datang yang menyebabkan kecacatan kelahiran dan kemandulan.” – Prof. Dr. Md Pauzi Abdullah, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, UKM. Dipetik dari Malay Mail.

Betul weh! Racun perosak haram ni boleh menyebabkan kemandulan dan masalah kesihatan yang lain

Keracunan yang berpunca dari racun perosak ni berleluasa di India. Imej dari newsable.asianetnews.tv

Bila korang dah sembur Ridsect ke dalam secawan air, korang akan minum tak? Opkos lah tak kan? Tapi… untuk pengetahuan korang toksik yang terdapat kat Ridsect tu hanya kategori Kelas IV je tau…sekarang ni cuba korang bayangkan memakan Endosulfan yang memang Kelas I dan II (Kelas I mempunyai toksik yang tinggi serta berbahaya dan Kelas IV adalah selamat. Rujuk jadual di bawah)

Toksik di Ridsect hanya Kelas IV. Imej dari animhosnan.blogspot.my

Jika korang buat search dari Pak Google, korang akan jumpa banyak kajian kes keracunan yang berpunca dari racun perosak, tapi apa kata kita tumpu kat India je dulu dimana negara tersebut  merupakan salah satu pengguna terbesar racun perosak di Asia dan juga pengeluar terbesar. Dorang telah menggunakan Endosulfan sejak 20 tahun yang lalu sehingga ianya telah masuk ke dalam rantaian makanan harian – sarapan pagi, lunch dan makan malam.

Kajian telah dijalankan kat daerah Warangal di Andhra Pradesh, India Selatan dimana ia telah merekodkan sebanyak 1,000 kes keracunan racun perosak sehingga menyebabkan beratus-ratus kematian pada setiap tahun. Malah mengikut data, seramai 8040 orang pesakit telah admit kat hospital kerajaan akibat keracunan racun perosak dengan nisbah kematian 22.6% dari tahun 1997-2002. Derita yang ditanggung dorang jugak tak sama (kecacatan kelahiran, autisme dan kelewatan dalam kematangan seksual dalam kalangan kanak-kanak lelaki) dan ia biasanya menyerang kanak-kanak :

“Mereka ni berusia 4.5 tahun, malah semasa dilahirkan mereka berada dalam keadaan baik je. Tapi lepas 2 hari diserang sakit, mereka menghidapi sawan dan badannya menjadi kebiru-biruan.” – Rajbir Singh, ayah kepada dua orang anak lelaki kembar di Punjab, India.

Kesan daripada keracunan Endosulfan. Imej dari keralabhumi.blogspot.my dan newamericamedia.org

Kini masyarakat India telah mula memprotes penggunaan Endosulfan. So macam mana pulak dengan Malaysia?

Masalah kat Cameron Highlands ni dah diketengahkan oleh pihak media dan para penyelidik pun dan menemui kesan racun perosak kat dalam sampel air, tapi kenapa pihak berkuasa masih tak mengambil tindakan yang keras terhadap peladang ni? Malah masalah ni masih berterusan sehingga ke hari ini!

So… apa tindakan pihak berkuasa untuk mengatasinya?

Peladang melihat kerosakan yang disebabkan oleh pihak berkuasa semasa Ops Gading. Imej dari Yeo Kai Wen dalam The Star.

Sebuah pertubuhan NGO yang memperjuangkan isu alam sekitar di Cameron Highlands iaitu Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH) berasa bimbang dengan persekitaran di tanah tinggi dan mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas serta memberitahu kepada orang ramai mengenai perkara ini.

“Penguatkuasaan dalam pengharaman racun perosak kurang berkesan.” – Ramakrishnan Ramasamy, REACH President, The Rakyat Post

Selain daripada menangkap peladang yang menggunakan racun perosak haram, REACH juga menggesa pihak berkuasa untuk mengawal dan menyekat pertanian yang kini tak terkawal kerana ia jugak merupakan salah satu masalah yang dihadapi kat Cameron Highlands. Seperti nasib yang ditimpa oleh rainforests kat Sabah, Sarawak, Kelantan dan Pahang, ia telah dibersihkan semata untuk membina ladang kelapa sawit dan kawasan tanah tinggi ni turut diterokai kerana nak bina lebih banyak ladang! Secara tak langsung ia telah menyumbang kepada berlakunya banjir lumpur yang dahsyat sehingga mengorbankan enam orang mangsa pada bulan November 2014.

(Kiri) Aktiviti pertanian haram telah telah menghapuskan hutan di Cameron Highlands. Imej dari Malay Mail. (Kanan) Kejadian banjir lumpur 2014 yang mengorbankan 6 orang. Imej dari Sun Daily.

Sebenarnya pada tahun 2015, gomen ada melancarkan Ops Gading dimana mereka telah bertindak keras terhadap perladang dan penceroboh tanah haram ni. Tapi malangnya, selepas hampir setahun, dorang kembali aktif semula.

Kita harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan keras yang berkesan terhadap para peladang yang melanggar undang-undang. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga boleh meningkatkan kesedaran, supaya rakyat Malaysia akan menjadi pengguna yang berhemah apabila membeli sayur-sayuran. Adalah baik kalau korang tahu dari mana sumber makanan yang korang makan tu.

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)