Macam mana kompeni Malaysia ni tolong buat game paling femes di dunia

(This article is translated and modified from the English version on CILISOS, click here to read it!)

UPDATE: Haritu pada 29/11/2016 Square Enix telah melancarkan game terbaru mereka yang bertajuk Final Fantasy XV Kingsgalave, dalam masa sehari sebanyak 5 juta unit telah terjual menjadikan ia antara game paling laku. Apa yang menarik adalah salah sorang yang bertanggungjawab untuk game tu adalah orang Malaysia!

Wan Hazmer merupakan seorang pereka yang bekerja dengan Square Enix telah diberi jawatan sebagai ‘Ketua Budaya’. Dia bertanggungjawab untuk reka budaya yang terdapat kat dalam game tu, dan Wan telah gunakan peluang ni untuk masukkan unsur Malaysia. Benda yang korang boleh perasan adalah roti canai, satay, teh tarik dan sebuah hotel dimana rekaan dalamannya menyerupai sebuah hotel kat Taiping, Perak.

Mungkin industri filem atau sukan negara kita adalah antara produk yang kita rasa macam kelakar dan sedih untuk kita support (bukan semua yeee) tapi lain pula dalam cerita industri gaming kita.

Antara individu atau produk Malaysia yang kita boleh banggakan di peringkat antarabangsa adalah Nicol David dan Lee Chong Wei. Dalam industri perfileman pulak, team Malaysia pernah terlibat dalam membuat visual effect yang menyumbang kepada kemenangan Oscar bagi filem Life of Pi. Selain tu, kita ada beberapa filem yang disiarkan di festival filem antarabangsa.

Tapi selain daripada sukan dan filem, korang tau tak yang sejak kebelakangan ni, kompeni Malaysia sendiri banyak terlibat dengan industri gaming? Gaming ni merupakan antara industri terbesar kat dunia sekarang ni, dan sebenarnya kita sekali turut terkena tempiasnya, kerana…

Kompeni Malaysia terlibat dalam pembikinan game popular ni semua!

uncharted 4
Ni lah poster game Uncharted 4. Gambar dari Uncharted Game.

Kalau korang jenis kaki game, korang mesti dah dengar hype pasal Uncharted 4 yang dinobatkan sebagai “game terbaik yang pernah dibuat”. Kompeni Malaysia yang terlibat dalam pembikinan game ni adalah Streamline Studios, yang hari tu kami dah interview pasal penglibatan mereka dalam Street Fighter 5.

Salah satu game buatan LemonSky. Gambar dari happywithgame.com

Selain tu, sebuah kompeni dengan nama LemonSky pulak dapat contract dari USA untuk untuk buat CGI game-game termasuklah Dark Souls II, Dead Rising 3, Bloodborne, NBA 2014, dan juga FIFA 2014. (Dark Souls kot! Teruja hati para gamers kat SOSCILI dan CILISOS.)

Sedutan dari game Dark Souls III. Gambar dari PC World.

Macam kat Passion Republic pula (sebuah lagi syarikat tempatan) dorang buat modeling, animation, dan juga cinematic untuk game. Jadi, untuk design rupa bentuk watak dan cara dorang bergerak company ni reti nak buat macam mana. Nak tau client dorang siapa? Activison, Sony, Sega, Square Enix, dan juga Warner Bros. Jangan main-main eyh, dorang punya client tu semua world class tau. Passion Republic ni juga terlibat dalam game Gears of War, Batman Arkham Knight, dan juga Dark Souls III.

Metaal Gear Solid V : Ground Zeroes. Gambar dari megagames.com

Pastu kita juga ada Flystudio dan kat company ni dorang banyak amek game dari Jepun, macam game Metal Gear Solid V: Ground Zero, Metal Gear Rising, Yakuza Restoration, dan juga Yakuza 5. Tapi bukan game je dorang buat movie pun ada juga, salah satu movie famous yang dorang buat adalah Biohazard Damnation (of course dari Jepun juga).

Gambar dari headlines-news.com

Dan untuk game Final Fantasy XV, ketua pereka game tu adalah orang Malaysia (Update – bukan ketua pereka game tapi Lead Designer, terima kasih kepada FB Hidir Kumo sebab betulkan). Kalau korang nak tau, game-game yang dibuat ni bukannya murah tau malah dalam industri game kat luar sana bajet dorang sama macam movie Hollywood. Jangan terperanjat kalau nak siapkan satu game tu boleh cecah jutaan ringgit dan tak mustahil kalau pulangan sampai berbillion ringgit.

Ingat Malaysia tak mampu ke?

Sebelum kita berangan nak berjaya di peringkat dunia, kita kenalah lengkapkan segala jenis ilmu dan peralatan, lagi-lagi kalau hasil pulangan adalah billion ringgit. Walaupun ada game yang boleh direka oleh sorang je, kebanyakan game memerlukan team yang besar dan ramai. Nak buat game ni bukan main-main tau, tapi serious bisnes.

Jadi sehebat mana industri game kita ni sampaikan syarikat luar upah orang kita untuk buat?

1. Pendidikan pasal industri gaming kat Malaysia ni boleh tahan hebat

Sesi Global Game Jam 2016. Gambar dari IGDN Malaysia.

Sebelum ni kalau orang nak buat game, biasanya dorang akan belajar sendiri tak pun main tembak je. Tapi harini, ada banyak  jurusan kolej dan juga universiti kat Malaysia yang menawarkan pengajian kat dalam bidang game ni.

Kita amek contoh KDU (tak, kami tak dibayar untuk buat artikel ni) menawarkan 3 jurusan dalam bidang design, seni, dan programming. Student yang join pula boleh pilih secara terperinci apa yang dorang nak belajar dan kalau korang pernah pergi ke student punya showcase korang mesti tak terperanjat kenapa dorang di upah oleh syarikat antarabangsa, serious power gila. Selain dari KDU, kolej macam Lim Kok Wing dan juga MMU menawarkan jurusan yang sama.

Mungkin ada setengah ibubapa macam tak yakin dengan jurusan ni dan soalan macam “Senang ke nak dapat kerja?”, “ada masa depan ke kalau belajar ni?”, usah khuatir sebab…

Apa yang budak-budak ni belajar adalah satu benda yang universal. Contohnya, sorang game artist boleh convert jadi conceptual artist, sorang animator boleh jadi pereka grafik, ataupun sorang game programmer boleh jadi app developer. Dan skill-skill dorang belajar time jadi game designer ni boleh di-apply kat bidang lain sebab dorang juga belajar skill creative writing dan juga pengurusan projek. So bila dah grad, seluruh industri IT dorang boleh masuk.

2.  Syarikat luar suka outsource dan Malaysia adalah salah satu destinasi kegemaran dorang

Kelihatan gegurl Streamline Studio tengah design watak. Gambar dari Facebook Streamline Studio.

Mat salleh dari Amerika Syarikat ni suka outsource dorang punya sumber tau contohnya kat dalam industri IT, dorang akan upah orang dari India untuk handle dorang punya call centre. Sama juga macam kat industri gaming, orang Amerika Syarikat ni akan letak Malaysia ni kat dalam top list dorang. Kalau korang sedar, kat list atas tadi game Dark Soul II dan Dark Soul III dibuat oleh syarikat yang berbeza tapi dua-dua tempatan punya.

Berdasarkan laporan dari Southeast Asian Gaming Industry Initiative Report terbitan MDEC kemahiran kita untuk bersembang dalam bahasa Inggeris, penggunaan internet yang tinggi, dan juga kesenangan kita dalam buat bisnes (ranking Malaysia adalah top 20 di dunia) membuatkan orang luar tertarik untuk melabur kat kita. Selain company dari Amerika Syarikat, Bandai Namco dari Jepun juga akan buka office dorang kat sini dan kalau korang taktau, pangkat Bandai Namco ni sama macam Toyota dalam dunia kereta.

Tapi kalau korang taknak buat game untuk orang lain, buatlah untuk diri sendiri.

3. Bukan takat design game je, kat sini kita ada syarikat yang 100% boleh buat game dari ‘A’ sampai ‘Z’.

Tapi bukan semua syarikat kat sini buat game untuk orang luar, ada syarikat tempatan yang buat game untuk dorang sendiri. Macam contoh kita amek syarikat Appxplore, antara game laku dorang adalah Alien Hive dimana game tu telah di download sebanyak 2 juta kali!

Kalau korang nak buat game bertemakan Malaysia, takyah pergi ke tempat lain sebab kat sini dah ada syarikat yang mampu untuk buat game-game lokal dan korang mungkin terperanjat yang game-game bertemakan permainan traditional melayu ni sebenarnya boleh tahan agak laku tau. Syarikat Mediasoft Entertainment ni salah satu syarikat tempatan yang specialize dalam bab-bab game traditional macam badminton dan juga sepak takraw.

Game juga bukan sekadar nak isi masa lapang je, Sekolah Antarabangsa Sri Emas telah buat satu game ni untuk ajar budak-budak pasal kimia. Konsepnya nak menggalakan pelajar untuk belajar sambil main game.

Projek ni bermula dengan kumpul dana dari Kickstarter di mana dorang telah berjaya kaut sebanyak RM204 425 dan telah mendapat banyak perhatian media, tak cukup dengan tu dorang juga telah diiktiraf oleh Google I/O

Sumber yang banyak dan minat punca kita hebat dalam industri game

Kalau kita tengok balik, industri gaming kita sebenarnya boleh tahan power juga tau. Pereka game, pemain, dan peminat kat Malaysia ni ada komuniti yang aktif dan salah satu persatuan yang banyak membantu dorang ni adalah IGDA Malaysia. Antara inisiatif IGDA adalah Game Dev Hangout KL di mana semua peminat tegar dan pereka game dapat berkumpul, tukar pendapat, dan juga buat networking.

Kelihatan pengunjung Game Dev Meetup tengah try game baru. Gambar dari Facebook IGDA Malaysia.

MDEC juga merupakan salah satu organisasi yang rajin dalam memajukan industri game lokal ni, dan usaha titik peluh dorang dah mula nampak sebab sekarang ni dah makin banyak grant (macam duit modal) diberi kepada orang ramai untuk menggalakan orang hantar game/idea dorang. MDEC juga telah berganding bahu dengan persatuan antarabangsa untuk menghasilkan Indie Pitch Arena di mana kat situ korang boleh propose untuk minta modal besar bagi memajukan bisnes game korang.

Baru-baru ni sebuah syarikat dari Malaysia telah sapu anugerah Casual Connect Asia 2016 dan dapat grant sebanyak RM50 000 dari IPCC. Syarikat game yang menang ni telah ditubuhkan oleh Shawn Beck dan juga kawannya JT. Game pertama dorang yang berjudul Super SteamPuff telah tersenarai dalam website Touch Arcade (salah satu website game mobile terbesar di dunia).

Sikit je lagi!

Ye kejayaan kita adalah sesuatu benda yang kita patut rasa bangga tapi tak semestinya kita kena slow down lepas tu, bak kata orang ‘perlahan-lahan kayuh’. Memandangkan peluang masa depan industri game di Malaysia dan dunia ni nampak cerah korang taknak try? Mana lah tau lepas ni hujan emas kat negeri kita pula.

 

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance