4 benda yang macam tak kena pasal ‘serangan pengganas’ kat Puchong

(This article is translated from the English version at CILISOS, click here to read it!)

Beberapa minggu lepas, kita digemparkan dengan letupan grenade kat sebuah kelab malam Movida di Puchong waktu orang ramai tengah tengok EURO. Tiada kematian yang dilaporkan tapi terdapat 8 orang yang cedera akibat daripada letupan tu.

Mangsa letupan bom. Imej dari Asia One.
Mangsa letupan bom. Imej dari Asia One.

Seminggu lepas kejadian, Ketua Polis Negara telah mengesahkan bahawa serangan tersebut adalah serangan keganasan pertama yang berjaya dilancarkan oleh kumpulan ISIS kat Malaysia!

“… siasatan yang dijalankan mendapati wujud elemen IS dalam serangan. Siasatan awal jugak mendapati mereka memperoleh bom tangan dari negara jiran dan melakukan serangan selepas menerima arahan dari seorang anggota kumpulan pengganas rakyat Malaysia yang berada di Syria, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.” – Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, dipetik dari Utusan.

Oleh kerana berita pasal serangan ISIS tengah banyak kat seluruh dunia, so takdelah terkejut sangat bila ia berlaku di Malaysia, nak lagi bila ISIS memang dah ada gertak kita sebelum ni. Tapi macam mana kalau ia sebenarnya bukan daripada ISIS?

Jadi sewaktu team kami buat research pasal hal ni, nampak gaya macam ada benda yang agak pelik. Pelik macam mana tu? Ada 4 perkara yang buat kami ragu-ragu samada serangan tersebut memag betul-betul serangan pengganas ke tak.

1. Timbalan Ketua Polis negeri Selangor cakap ia bukan serangan pengganas

“ … siasatan menjurus ke arah gengsterisme dan balas dendam… ia tiada kaitan dengan kumpulan militan…” – Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, dipetik dari Utusan.

Menurut beliau, serangan tu hanya menggunakan bom tangan je dan cara ianya dibaling pun takde ciri-ciri macam kerja pengganas atau ciri-ciri untuk merosakkan perniagaan tu. Selain beliau, orang ramai pun ada yang berpendapat kononnya ia berkaitan dengan kumpulan gangster lain.

“Sebelum kita buat apa-apa spekulasi, lebih baik kita tunggu je kenyataan polis. Tapi kemungkinan juga ia berkaitan dengan kumpulan gangster. Saya sendiri pernah tengok kumpulan gangster ni masuk ke dalam premis perniagaan dan meminta wang perlindungan.”
“Kat Puchong banyak kumpulan gangster. Mungkin premis kedai ni tak bayar duit perlindungan”

Dan sebelum ni memang pernah ada kes keganasan yang disebabkan gangster seperti kat sini dan sini. Malah selepas letupan kat Movida tadi, owner dia boleh pulak salahkan sepasang Indian couple ni sebab celebrate mereka punya wedding anniversary (ofkos la pastu pasangan India tadi nak saman owner tu).

“Seorang saksi melihat dua lelaki melemparkan bahan letupan kepada pasangan terbabit. Ini adalah kes terpencil dan tidak dalam tanda-tanda ia adalah serangan agama, kepercayaan atau bangsa sebagai motif” – Pemilik Movida, Roger Hew, dipetik dari Perak Today.

So benda utama kat kepala owner tadi adalah untuk salahkan kejadian tersebut kepada orang tempatan. dia ialah nak letakkan kesalahan tu pada orang tempatan tersebut. And speaking of local…

2. Kenapa Puchong pulak yang jadi sasaran ISIS?

Dari segi populariti, Puchong bukanlah tempat paling happening kat Klang Valley pun. Malah waktu serangan berlaku, cuma ada 20 orang je kat Movida tengah tengok EURO (bukanlah kami nak suggest tempat lagi strategik, cuma nak cakap yang banyak je kelab lain yang lagi meriah kat luar sana.)

Mengikut agensi penguatkuasaan kat EU, serangan ISIS baru-baru ni biasanya menyasarkan tempat yang memang banyak giler orang, sebab tu macam pelik je bila Puchong jadi sasaran.

Kejadian letupan pengebom yang dahsyat kat Iraq. Imej dari newsweek.com

“Dalam membuat sasaran, dorang (IS) akan menunjukkan keupayaannya menyerang sesuka hati, pada bila-bila masa, dan sasarannya hampir kena pada semua sasaran yang dipilih. Dan dorang juga akan menyasarkan kematian secara besar-besaran. “- Laporan perubahan serangan pengganas dalam modus operandi Islamic State, dipetik dari Europol.

Berikut adalah beberapa dakwaan serangan oleh ISIS yang terjadi baru-baru ini, siapa yang menjadi sasaran dorang dan berapa ramai yang telah terbunuh dalam serangan tersebut.

  • Serangan bom kereta di Baghdad, Iraq (seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas).
    Target: kejiranan Syiah (ISIS dikenal pasti sebagai Sunni).
    Jumlah kematian hampir 300.
  • Keadaan tebusan di Dhaka, Bangladesh.
    Sasaran: Mungkin ekspatriat di restoran.
    Jumlah kematian : 20 orang
  • Menembak di sebuah kelab malam di Florida, Amerika Syarikat.
    Sasaran: komuniti LGBT
    Jumlah kematian: 49 orang


Syukurlah tiada yang terkorban kat Puchong, cuma masih pelik kalau ISIS target tempat tu, nak lagi bila takde ramai orang pun.

3. ISIS biasanya tak buat serangan stail ‘drive-by’

Serangan IS ni biasanya bertujuan untuk menyebarkan rasa takut. Jadi kalau mereka betul-betul nak menghantar sebarang mesej, biasanya serangan mereka adalah lebih… extravaganza.

Macam serangan-serangan yang telah diakui oleh ISIS sebelum ni, biasanya pengganas ni akan buat habis-habisan, dengan senjata masing-masing, dan akhirnya mati. Tapi kat Puchong, hanya sekadar baling grenade je, tak tumpah macam serangan stail drive-by.

Kalau korang perasan, ISIS bukan jenis yang menyerang secara melulu, malah dorang hanya menyerang bila mempunyai sasaran yang tertentu je. Sebagai contoh:

Berlainan pula dengan apa yang berlaku kat Puchong kerana ia tak mempunyai apa-apa senjata api dan sasaran sebenarnya jugak tak begitu jelas. Macam pakai hantam je.

4. ISIS sendiri dakwa yang tu bukan dorang!

Ketua Polis Negara cakap yang serangan tu datang dari ISIS, malah dua orang yang terlibat tu pun telah berjaya ditangkap. Dan kemudian kitaorang semua pun difahamkan kononnya dua orang tersebut telah menerima arahan daripada seorang rakyat Malaysia di Syria.

“Kita dapati bahawa mereka ini menerima arahan daripada seorang rakyat Malaysia bernama Muhammad Wanndy Mohamad Jedi yang berada di Syria supaya melancarkan serangan-serangan di Malaysia. Pemimpin kanan kerajaan termasuk perdana menteri, pemimpin kanan PDRM dan hakim-hakim kerana menghalang kegiatan IS,”- Ketua polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dipetik dari Sinar Harian.

Muhammad Wanndy Mohamed Jedi bersama keluarganya. Imej dari Sydney Morning Herald

Kami akui kat sini ada dua cerita berbeza. Pertama, Wanndy mengatakan IS yang mengarahkan serangan tersebut dan mereka akan buat lebih banyak serangan lain lepas ni. Wanndy sebelum ni pernah muncul dalam rakaman video kat akaun Facebook Abu Hamzah Al-Fateh pada tahun lepas di mana seorang rakyat Syria disembelih kat kem tahanan Raqqa.

Tapi ada satu kenyataan lain di mana Wanndy kata ISIS bukan dalang disebalik serangan bom kat pusat hiburan Movida di Puchong tu.

“Ini adalah satu tuduhan berat bertujuan untuk menjadikan mereka yang tertangkap sebagai kambing hitam. Mereka (polis) mereka-reka cerita semata-mata untuk memusing fakta penangkapan dan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu semasa Malaysia yang semakin parah” – Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, dipetik dari Free Malaysia Today.

Jelas Wanndy lagi, mereka yang kena tahan polis tu semuanya adalah penyokong IS je tapi dorang tak terima apa-apa arahan pun dari dia.

Bagaimanapun, Wanndy telah berikrar akan membalas dendam dengan melancarkan serangan lebih besar kat Malaysia jika mereka yang ditahan itu ‘dihukum’ atas kesalahan yang mereka tak lakukan.

Malangnya kami tak dapat nak mengesahkan pihak mana yang benar sebab kedua-dua akaun Facebooknya seolah-olah telah digantung.

Betul ke ISIS benar-benar mengancam Malaysia?

Dengan apa yang telah ISIS lakukan kat seluruh dunia dan dengan terdapatnya beberapa video ISIS yang mengisytiharkan perang ke atas Malaysia, so sukar untuk mengatakan bahawa ISIS ni bukan masalah besar kat Malaysia.

Tapi dalam masa yang sama, dengan beberapa perkara yang telah kiteorang nyatakan kat atas tu, berkemungkinan juga ISIS tak terlibat dalam serangan bom tangan kat Puchong. Dan jika benar ia bukan angkara ISIS, kenapa Ketua Polis Negara telah buat kesimpulan bahawa itu adalah kerja ISIS?

Mungkin ada satu lagi sebab iaitu untuk memberi PM kuasa yang cukup besar.

Klik pada gambar untuk baca artikel berkaitan apa tu kuasa-kuasa besar

Korang pernah dengar tak tentang Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN)? Ok secara ringkasnya, ia memberikan kuasa yang besar kat PM seperti mengisytiharkan darurat kat mana-mana kawasan pada bila-bila masa je yang dia nak. Time RUU ni mula-mula lulus, Najib kata ia akan bantu mencegah serangan pengganas.

Lawyers for Liberty dan Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik RUU tersebut sebab kita dah punyai undang-undang sedia ada yang mampu menangani ancaman pengganas, dan mengatakan yang PM Najib hanya menggunakan ‘ancaman pengganas’ sebagai alasan.

“Terdapat hanya sedikit hubung-kait antara aktiviti pengganas dan kuasa yang diberikan dalam rang undang-undang MKN yang bertujuan memberi tumpuan kuasa yang luar biasa di tangan perdana menteri dan MKN.”- bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, dipetik dari Malaysiakini.

Sebab tu la macam pelik je bila Ketua Polis Negara kita umumkan serangan Puchong ini sebagai ‘serangan pengganas, nak lagi bila baru sebulan Akta MKN tadi diluluskan sebagai undang-undang di Malaysia.

 

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)