Tertubuhnya MATRIKULASI KPM: Cetusan idea Najib Razak pada tahun 1998

[Artikel ini asalnya ditulis pada Jun 2019, dan telah disunting untuk menggambarkan isu semasa.]

[KEMASKINI 2 JULAI 2024: Kementerian Pendidikan telah memberi jaminan bahawa pelajar yang memperoleh 10A dan ke atas dalam SPM akan mendapat tempat dalam pengambilan matrikulasi 2025 di institusi pengajian tinggi awam tempatan, tanpa mengira kaum atau lokasi.

“Keputusan ini bertujuan memastikan bahawa pelajar SPM yang cemerlang, termasuk mereka dari golongan B40, mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran. Pada masa yang sama, sistem kuota Bumiputera yang sedia ada untuk program matrikulasi masih kekal tidak berubah dan tidak terjejas,”

– kenyataan dari Kementerian Pendidikan Tinggi, diterjemah dari Malay Mail.

KEMASKINI TAMAT]

Isu matrikulasi nampaknya kembali hangat diperkatakan. Sekitar 2019, Tun Mahathir ada mengatakan bahawa matrikulasi ni adalah pintu belakang untuk orang Melayu masuk ke universiti. Menurutnya lagi, orang Melayu tak minat nak ambil STPM, jadi matrikulasi diperkenalkan. Kenyataan ni menyebabkan banyak kritikan yang diterima.

Nama matrikulasi naik lagi ketika tu apabila Presiden GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau mengkritik tindakan kerajaan tidak menyelesaikan masalah dan tidak adil bagi kaum bukan bumiputera. Desakan dari kumpulan tertentu supaya kuota matrikulasi dihapuskan ni dah mendapat respon Dr. Maszlee Malik.

“Kalau kini kita nak ubah, kalau kita kata Malaysia baru kita tak perlu kuota dan sebagainya, begitu juga kita kena pastikan bahawa peluang pekerjaan kepada Bumiputera tidak dinafikan,”- Dr Maszlee Malik, petikan dari FMT

Menteri Pendidikan semasa isu naik dahulu. Imej dari The Star

Kenyataan ni dah menyebabkan satu petisyen oleh “No Hope Malaysia” disebarkan agar Tun Mahathir meletakkan jawatan Dr. Maszlee sebagai Menteri Pendidikan. Disebalik berita kecoh pasal matrikulasi ni, kami dari SOSCILI tertarik nak tau sejarah sebenar matrikulasi ni. Kita mulakan dengan…

Matrikulasi cetusan idea Najib Razak sewaktu menjadi Menteri Pendidikan

Kalau korang nak tahu, program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ni diwujudkan pada tahun 1998 atas cetusan idea DS Najib Razak yang ketika itu Menteri Pendidikan. Ia adalah satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah muda di IPT dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas.

Program ini adalah berdasarkan keperluan semasa bagi menampung jumlah pertambahan pelajar cemerlang. Hasil daripada Mesyuarat Jemaah Menteri 10 Mac 1999 program matrikulasi pun dimulakan.

Menteri Pendidikan kita dulu. Imej dari Twitter Najib Razak

Apa yang menarik, kumpulan pertama atau perintis program ni pada tahun 1998 adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Diorang ni dipilih masuk berdasarkan keputusan SPM mereka. Dah nama pun perintis, mestilah mencabar kan.

Diorang pada mulanya ditempatkan secara sementara di Kolej Yayasan Pendidikan MARA, Bangi sebab masa tu belum ada bangunan Kolej Matrikulasi yang dah siap. Pada tahun 1999, Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) menjadi dua kolej pertama yang siap. Pengambilan pertama bagi pelajar dah dilakukan untuk jurusan Sains dan Perakaunan bagi tempoh pengajian 1 tahun 6 bulan atau 3 semester.

Pada tahun 2000, 3 buah kolej matrikulasi lagi beroperasi di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perlis. Beberapa kolej baru mulai beroperasi pada tahun 2000, 2003 dan 2010 termasuk Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan Kolej Matrikulasi Selangor (KMS).

Gaya budak matrik. Imej dari Malaysianstudent

Bermula tahun 2002 juga, program ni melakukan perubahan tempoh masa pengajian dari 1 tahun 6 bulan kepada 1 tahun (Program Matrikulasi Satu Tahun-PST). Pada tahun 2008, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) bagi jurusan Sains dah diperkenalkan khas kepada pelajar Bumiputera.

Dan pada tahun 2009, jurusan Sains Aliran Teknikal pula diperkenalkan. Maka, tertubuhlah kolej matrikulasi teknikal termasuk Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK), Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) dan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ).

Tahun demi tahun, bilangan kolej semakin bertambah yang memberi peluang lebih ramai pelajar cemerlang SPM untuk ditempatkan bagi program ini. Sehingga pada tahun 2013, seramai 30,000 tempat dah disediakan bagi pelajar PST dan PDT. Manakala, 15 kolej matrikulasi dah beroperasi secara sepenuh masa.

Program matrikulasi selari dengan taraf hidup dan sosio-ekonomi Melayu/Bumiputera

Menurut Tun Daim, program matrikulasi dah tak relevan sebab dah capai tujuan asal penubuhan untuk mengimbangi agihan kaum di universiti. Namun, kita semak balik apa tujuan asalnya.

Kalau korang nak tahu, visi program ni adalah penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang 2020.

Manakala, misinya adalah membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan pra-universiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Imej dari World of Buzz

Pada mulanya ia bertujuan khas untuk Bumiputera sahaja, kemudian ia diubah sedikit. Bermula sesi 2003/2004, program ni dah buka kuota sebanyak 10% kepada pelajar bukan Bumiputera. Apabila ditanya kenapa kuotanya macam tu? Ini kerana program matrikulasi dilakukan selari dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai sebahagian daripada hak istimewa orang Melayu/Bumiputera.

Selain tu juga, kuota ni juga selaras dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara inklusif serta saksama yang mana semua rakyat Malaysia ada peluang nak tingkatkan taraf hidup dan sosioekonomi.

Universiti nombor satu di dunia turut mengiktiraf Program Matrikulasi Malaysia

Untuk pengetahuan semua, program dan sijil matrikulasinya bukan sahaja diiktiraf oleh semua Universiti Awam (UA) dan turut diiktiraf universiti luar negara yang terkemuka. Korang mesti terkejut sebab salah satu universiti yang diiktiraf adalah Universiti Harvard. Jangan main-main. Bukan calang-calang tahap program ni.

Imej dari MOE

Dan banyak lagi…

Imej dari MOE

Selain tu, program matrikulasi ni menawarkan bukan sahaja pendidikan akademik, malah pembangunan kemahiran insaniah. Jadi, pelajar program matrikulasi berpeluang nak sertai aktiviti sampai peringkat kebangsaan. Apa yang lagi menggembirakan, bermula 1 Januari 2017, penerima sijil matrikulasi boleh memohon untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan.

Kelebihan yang pasti menjadi pilihan adalah kos pengajian dan penginapan memang dah ditanggung oleh kerajaan. Dan semua pelajar matrikulasi hanya perlu membayar yuran pendaftaran je.

Matrikulasi dah buat sejarah baru, bilangan pelajar ditambah lebih banyak

Sekalipun, banyak kritikan terhadap matrikulasi termasuk dari Perdana Menteri sendiri, sedar atau tak, pada 24 April 2019, Mesyuarat Jemaah Menteri dah pun bersetuju untuk menambah bilangan kemasukan pelajar daripada 25,000 sebelum ni kepada 40,000 orang.

Dibuka untuk 40 ribu orang ye

Selain tu juga, kuota 90 peratus untuk Bumiputera dan 10 peratus untuk bukan Bumiputera akan terus dikekalkan. Sebab ni selaras dengan visi asal program tersebut yang nak galakkan pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi waktu tu, Azmin Ali mengatakan bahawa kerajaan memang komited nak bantu golongan B40 untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Sama ada melalui matrikulasi dan program-program lain.

“Cuma jangan kita hanya tumpu kepada soal matrikulasi, terdapat banyak skim dan program bagi memastikan golongan berpendapatan rendah (B40) mendapat akses pendidikan yang berkualiti.”- Azmin Ali, petikan dari MalaysiaKini

Bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi senyum. Imej dari Selangor Journal

Bercakap pasal golongan B40, sebenarnya, majoriti golongan B40 adalah Melayu dan Bumiputera. Jadinya, kuota matrikulasi perlu dikekalkan kerana ia juga selaras dengan faktor sosio-ekonomi yang mana Melayu dan Bumiputera masih ketinggalan jauh dari segi pendapatan.

Isu matrikulasi dah selesai, cuma serang menyerang antara ahli politik yang mengelirukan

Isu kuota matrikulasi dah pun diputuskan kabinet masa artikel ni diterbitkan. Cuma berlaku sedikit kekeliruan apabila ada ahli politik dalam kalangan kerajaan sendiri yang saling serang menyerang pada masa tu. Perkara ini turut disebut oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang mengkritik sikap para pemimpin kerajaan lalu dalam isu ni,

Isu ini sudah dimuktamadkan melalui keputusan konsensus dalam jemaah menteri dan ini merupakan keputusan bersama dan kalau DAPSY (Sosialis Muda DAP) tidak setuju, mereka boleh tanya menteri mereka dalam jemaah menteri.”- Syed Saddiq, petikan dari Astro Awani

Engkau tembak aku, aku tembak hengkauu

Menurutnya lagi, perkara macam ni patutnya bincang dalam kabinet sebab sekarang dah jadi kerajaan dan bukan lagi pembangkang serta tembak menembak ni tak patut berlaku lagi. Apa yang penting, harapnya semua keputusan kerajaan dapat membela nasib anak-anak muda dalam golongan B40.

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT