Frank Swettenham pernah menulis buku pasal orang Melayu melatah

Siapa masih ingat lagi dengan Frank Swettenham? Alaaa…time sekolah dulu pernah belajar pasal dia ni, dalam subjek sejarah (tingkatan 2 rasanya) takkan dah lupa…

Bila ditanya macam ni, mesti korang teringat zaman sekolah dulu. Imej dari Imgflip.

Kalau lupa takpe, biar kami ceritakan siapakah dia. Sir Frank Athelstane Swettenham ialah Gabenor Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang pertama dari 1 Julai 1896 hingga 1901. Dikatakan Sir Frank ni telah menyatupadukan semua sultan-sultan Melayu di bawah satu sistem.

Pernah dengar tak British Malaya? Haa…kalau nak tahu dia lah yang menubuhkan negeri ini serta mengeksploitasi bahan mentah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Frank Swettenham. Imej dari SAVE.

Ini apa yang diceritakan semasa zaman sekolah dulu. Akan tetapi, nak tahu tak ada satu cerita lain yang tiada dalam buku teks sejarah kita.

Frank Swettenham pernah tulis buku pasal suasana di Tanah Melayu

Selalunya kita didendangkan oleh cikgu kita time sekolah dulu dengan Frank Swettenham sebagai Gabenor Jeneral NNMB, tapi sebenarnya semasa beliau berada di Tanah Melayu, terdapat satu aktiviti yang dia lakukan iaitu menulis buku.

Kenapa kami kata Frank Swettenham menulis buku? Kerana dia pernah menulis sebuah buku yang bertajuk “Malay Sketches“. Dengar nama pun, mesti korang ingat ia mesti arkib simpanan lukisan dia, tapi sebenarnya tidak.

Kulit buku Malay Sketches. Imej dari New York Society Library.

Buku Malay Sketches ini menceritakan tentang gambaran atau situasi-situasi menarik berdasarkan pengamatan Frank Swettenham sendiri di Tanah Melayu. Ia bukan saja mengandungi suasana di Tanah Melayu, malah budaya, rutin harian dan adat orang-orang kita ada diceritakan.

Menariknya lagi pasla buku ni — tiada sejarah membosankan, tiada graf, tiada unsur politik, tiada unsur agama dan tiada fakta palsu. Apa yang ada hanyalah catatan menarik tentang seluruh isi dan maklumat tentang Tanah Melayu yang boleh menarik minat ramai orang untuk mengetahuinya.

GIF dari giphy.

Oh lupa nak bagitahu, buku ini dterbitkan pada tahun 1895 dan Perpustakaan Universiti California turut membantu dalam penulisan buku ini.

Baiklah, mukadimah tentang buku ni kami dah cerita. Sekarang ni, mari kita bedah isi bukunya pula, tapi kita ambil topik-topik menarik dalam buku ni jela sebab topik dalam buku ni banyak, silap2 jadi thesis pula artikel ni (gurau je jangan marah).

Buku Malay Sketches menceritakan tentang penyakit melatah dalam masyarakat Melayu

Dalam tajuk artikel ni kami ada tulis pasal melatah kan, sebenarnya ia memang betul. Dalam buku Malays Sketches ni ada menceritakan tentang perihal tersebut.

Menurut Frank dalam buku ini, dia menceritakan terdapat satu penyakit yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu melatah. Ia selalu berlaku di beberapa tempat di kawasan Tanah Melayu. Diceritakan terdapat beberapa orang mengalami latah di sebuah kampung yang terletak di Kerian, Kedah.

Dia kata dekat penyelidikan Inggeris takde langsung melatah ni, betul ke? GIF dari Imgflip.

Frank juga ada memberitahu bahawa penyakit latah selalunya wujud dalam kalangan masyarakat di Kepulauan Ambonia (di bawah jajahan Hindia Timur Belanda), Jawa, Sumatra dan Tanah Melayu.

Kalau nak tahu, penyakit latah ini tiada muncul dalam mana-mana penyelidikan dari pihak Inggeris dan hanya berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Frank saja.

Oh ada satu cerita lagi pasal pengalaman Frank dengan latah ni, tapi jap kita bagi lalu video melatah ni dulu, manalah tahu ada orang yang tak tahu lagi melatah tu macam mana:

Baiklah, kita sambung. Semasa Frank berada di Bandar Termasa (atau nama lain Bandar Langat), dia menetap di benteng berhampiran dengan Sungai Langat bersama dengan 25 angkatan polis Melayu dari Melaka. Antara 25 angkatan polis tersebut, terdapat dua orang lelaki bernama Kasim, satu Kasim Besar dan satu lagi Kasim Kechil.

Helaian muka surat topik Latah dalam buku Malay Sketches. Imej dari buku Malay Sketches.

Dikatakan Kasim Kechil ini mempunyai penyakit latah. Ini apa yang diceritakan oleh Frank sendiri:

“…Saya sering berada jauh di pantai dan di atas sungai, dan sekembalinya saya dari salah satu ekspedisi ini, saya perhatikan lelaki itu mengusik Kasim Kechil, dan segera melihat bahawa dia ada penyakit latah. Saya menyoal inspektor, dan dia memberitahu saya bahawa semasa ketiadaan saya, dia telah pergi bertugas selama beberapa jam, dan apabila dia kembali, kira-kira jam 4 petang, dia melihat Kasim Minor memanjat pokok kelapa di luar benteng.

___

Ketika bertanya kepadanya apa yang dia lakukan di sana, dia menjawab dia tidak boleh turun kerana ada seekor ular di bahagian bawah pokok itu. Pada hakikatnya terdapat sedikit rotan yang diikat di sekeliling pokok itu, dan, setelah dikeluarkan, Kasim jatuh.” – Frank Swettenham, dipetik dari buku Malay Sketches.

Frank ni juga dikatakan telah membuat pengamatan tentang keanehan Kasim Kechil ni kerana dia selalu bersama dengan Kasim Kechil. Pada masa yang sama, dia pun mendapati bahawa Kasim Besar juga mengalami penyakit melatah.

Oh ye, Frank juga mendefinisikan latah berdasarkan apa yang dilihat:

“…Lelaki atau wanita latah itu biasanya bertemu, jika tiba-tiba terkejut, dengan sentuhan, bunyi, atau melihat sesuatu yang tidak dijangka, bukan sahaja akan menunjukkan semua tanda-tanda orang yang sangat gugup tetapi hampir selalu akan melancarkan ekspresi yang lebih banyak. atau kurang lucah, tidak merujuk sama sekali kepada keadaan yang tiba-tiba membangkitkan perhatian.” – Frank Swettenham, dipetik dari buku Malay Sketches.

Kontroversi pembunuhan J.W.W. Birch dalam buku Malay Sketches

Sebenarnya ada banyak lagi perkara menarik dalam buku ni seperti amuk, menggeluncur, harimau, berkelah sambil memancing dan banyak lagi.

Akan tetapi, walaupun ia catatan atau gambaran oleh Frank Swettenham berdasarkan apa yang dialami semasa berada di Tanah Melayu, terdapat satu kontroversi dalam buku ni. Ia termasuklah pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak. Kami ceritakan sikit bagaimana pembunuhan itu berlaku.

J.W.W. Birch. Imej dari Malaysia Traveller.

Pada tahun 1874, Sultan Perak dan pembesar Melayu menerima Perjanjian Pangkor di mana terdapat penubuhan kuasa British di negeri-negeri Melayu.

J.W.W. Birch dilantik sebagai Residen British pertama Perak selepas Perjanjian Pangkor. Akan tetapi, dia ni tak tahu langsung budaya, adat dan bahasa Melayu.

Dia juga cuba untuk membuat perubahan di seluruh Perak secepatnya, kiranya dia nak buat revolusi atau perubahan (ini apa yang berlaku apabila dia datang menajah). Pada masa yang sama, dia juga merampas hak Pembesar Melayu Perak untuk mengutip cukai.

Memang waktu tu ramai la tak puas hati dengan tindakan si Birch ni. Pada bulan Ramadhan zaman tu, ada perbincangan luar biasa yang diadakan antara pembesar Melayu dan Sultan Abdullah dari Perak sebab dah tak tahan dengan si Birch ni. Masa tu, mereka bersetuju untuk bagi tunjuk ajar sikit siapa mereka dengan si Birch ni.

Perkara yang paling takleh bla, British nak sangat  perisytiharan pasal pemindahan kuasa sehingga ke sepanjang Sungai Perak. Sultan Abdullah berjumpa dengan pembesar Melayu Perak untuk berkongsi dengan mereka tentang ‘permintaan’ perisytiharan tu, tapi memang jawapannya tidak la.

Maharaja Lela kemudiannya bagitahu Sultan yang dia takkan benarkan mana-mana ‘orang putih’ tu untuk menyiarkan pengisytiharan di kampungnya, Pasir Salak. Kalau degil juga akan berlaku pertumpahan darah.

Dato Maharaja Lela. Imej dari Wikipedia.

Nak tahu apa yang berlaku selepas itu? Korang boleh baca artikel kami di sini. Dalam artikel ni, ada cerita penuh bagaimana J.W.W Birch dibunuh.