Sejarah & Politik

Sebuah plot PEMBUNUHAN di Perak dulu secara tak sengaja menemukan kita dengan lagu Negaraku?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe lah group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

Kalau korang dapat C dan ke atas dalam subjek Sejarah, mesti korang pernah dengar nama J.W.W. Birch. Dia merupakan Residen British yang pertama di Perak, tapi tak disukai oleh orang Perak sehingga membawa kepada pembunuhannya. Tapi, ada satu sisi lain yang tak diceritakan buku sejarah (mungkin sebab banyak benda lain yang nak ditulis).

Terdapat satu kisah menarik yang diceritakan oleh seseorang yang mengaku sebagai seorang sejarawan yang bernama Sabri Zain. Penulisannya ni adalah merupakan ringkasan daripada penulisan Residen British kedua di Perak, Frank Swettenham, dari buku penulisannya, Malay Sketches yang mana mempunyai beberapa fakta yang kontroversi disebaliknya. Ini termasuklah SIAPA yang mengarahkan supaya J.W.W Birch dibunuh.

Buku Swettenham diterbitkan pada tahun 1895. Imej dari lwcurrey.com

Tapi sebelum teman kita terus ke bahagian pembunuhan misteri tersebut, kome sume korang kena tahu yang…

‘Orang putih’ pertama di Perak ni tak popular pun sebenarnya

J.W.W. Birch. Imej dari Wikipedia

Pada tahun 1874, Sultan Perak dan pembesar Melayu menerima Perjanjian Pangkor di mana terdapat penubuhan kuasa British di negeri-negeri Melayu (panjang cerita, kita cerita lain kali, ok?). Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kebencian terhadap penjajah, yang mana membawa kepada… sebuah dendam.

James Wheeler Woodford Birch dilantik sebagai Residen British pertama Perak selepas Perjanjian Pangkor. Masalah pertamanya adalah bila dia tak dapat berbahasa Melayu langsung. Sebelumnya, dia pernah tinggal di Ceylon (atau Sri Lanka), jadi dia juga tak faham dengan adat dan tradisi di sini pada masa tu. Jadinya, dia tak faham langsung dan ia membuatkan dia tak ada simpati terhadap mereka.

Disebabkan sikapnya yang tak cuba untuk memahami rakyat tempatan, dia juga cuba untuk membuat perubahan di seluruh Perak secepatnya, supaya jadi lebih ‘British’, macam apa yang mereka selalu buat bila datang menjajah.

“Ia membimbangkan kami sedikit sebanyak tentang adat lama di negara ini, dan saya tidak fikir mereka layak apa-apa pertimbangan.” – J.W.W. Birch

Birch yang dikatakan angkuh di hadapan pembesar Melayu Perak. Imej dari smgr1991.blogspot

Kitorang rasa cara dia cakap ni agak bebey bongkak lah juga, patutlah kenapa pembesar Melayu Perak memang nak singkirkan dia. Sebabnya, dia bukan saja tak jaga budi bahasa dan fahami budaya kita, malah dengan selamba je merampas hak pembesar Melayu Perak dengan mentekedaghoh mengutip cukai.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Malah, J.W.W Birch juga membantu hamba-hamba melarikan diri dari tuan mereka (tapi ni sebenarnya satu benda betul yang dia buat) sebab dia tak faham kenapa budaya lama ni masih wujud masa tu. 

Jadinya pada bulan Ramadhan zaman tu, ada perbincangan luar biasa yang diadakan antara pembesar Melayu dan Sultan Abdullah dari Perak sebab mereka dah angat pijo tak tahan lagi dengan Birch.

Jangan saman kitorang, ni hasil carian yang kitorang jumpa masa Google “mamak funny”

Jadi, mereka pun bersetuju yang Residen British ni memang ‘kena ajar sikit’, dan salah seorang pembesar Melayu Perak masa tu, Maharaja Lela akan ambil tindakan bila Birch datang lawat mereka di kemudian hari.

Imej asal dari imgflip

Tapi apa yang buatkan kitorang garu kepala adalah… kat mana mereka bunuh J.W.W Birch.

Birch ditikam masa tengah…mandi?

Kesabaran mereka nampaknya dah tak dapat dibendung apabila British nakkan perisytiharan pasal pemindahan kuasa sehingga ke sepanjang Sungai Perak. Sultan Abdullah berjumpa dengan pembesar Melayu Perak untuk berkongsi dengan mereka tentang ‘permintaan’ perisytiharan tu, yang terang-terang tak dipersetujui mereka.

Maharaja Lela kemudiannya bagitahu Sultan yang dia takkan benarkan mana-mana ‘orang putih’ tu untuk menyiarkan pengisytiharan di kampungnya, Pasir Salak. Dan kalau mereka berkeras juga, akan berlakulah pertumpahan darah.

Screenshot dari sabrizain.org

Jadi, selepas pertemuan dengan Sultan, Maharaja Lela kemudiannya kembali ke kampungnya dan memberitahu mereka yang Birch akan sampai beberapa hari lagi, dan kalau dia cuba untuk meletakkan apa-apa perisytiharan, Sultan dan pembesar Melayu lain memerintahkan untuk membunuhnya.

Dan nampaknya pada Hari Raya Kedua pada tahun 1875, Birch dan beberapa pegawainya datang ke Pasir Salak untuk membuat proklamasi (pengumuman rasmi). Berita tentang ketibaan Birch di Pasir Salak tersebar macam api yang marak, dan tak semena-mena, beberapa lelaki bersenjatakan keris dan tombak muncul di sepanjang tepi sungai di mana orang putih berlabuh.

Masa tu, Birch masih lagi sombong, manakala pengikut dia pula merasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Lebih kurang pada pukul 10 pagi, Birch kemudiannya pergi mandi di sebuah rumah mandi berdekatan dengan sungai selepas bagi arahan kepada para pegawainya untuk meletakkan deklarasi di seluruh kampung.

Sebuah model kit tentang pembunuhan J.W.W Birch yang boleh ditemui di Kompleks Bersejarah Pasir Salak. Imej dari The Star.

Pengikut Maharaja Lela kemudiannya bercadang untuk mengambil kesempatan bagi ‘selesaikan’ Birch memandangkan dia tak dikawal rapi pegawainya. Jadi, mereka pun melompat masuk ke dalam rumah mandi tersebut dan bergelut. Mereka kemudiannya menikam Birch menggunakan tombak ke dinding, di mana salah seorang daripada mereka kemudiannya menetak kepala Birch menggunakan pedang, menyebabkan Birch ngelewor.

Dah tentulah ia jadi kes besar, di mana kemudiannya, terdapat perbalahan besar antara pengikut Birch dan juga pengikut pembesar Melayu Perak dan Maharaja Lela mengelak daripada memaklumkan kepada Sultan yang dia dah bunuh Birch. Misi tercapai, tapi tak lama lepas tu, ada kesan terhadap perbuatan membunuh penjajah tu.

Ramai yang digantung, manakala Sultan dibuang dari negeri sendiri

Diorama (binaan 3D) yang menggambarkan pelaksanaan hukuman gantung terhadap Maharaja Lela dan mereka yang terlibat dalam pembunuhan Birch. Imej dari The Star

Selepas siasatan dilakukan, Maharaja Lela dan beberapa pengikutnya diarahkan supaya digantung sebab terlibat dalam pembunuhan Birch. Beberapa pembesar Melayu Perak yang terlibat juga diarahkan supaya dibuang negeri bersama-sama Sultan ke Seychelles. Setelah Sultan Abdullah dibuang negeri ke Pulau Seychelles, British melantik Raja Yusuf sebagai Sultan Perak sebagai pengganti.

Berbalik kepada kisah Sultan Abdullah di Seychelles, Sultan sebenarnya menjalani kehidupan yang baik, malah menyertai Kelab Kriket Victoria dengan pegawai British yang berada di sana. Dia mengumpul tongkat, bermain bola sepak dan juga memasuki pertandingan layang-layang.

Belum lagi sebut pasal macam mana dia memperkenalkan dan menanam beberapa buah-buahan Malaysia yang merupakan makanan yang dimakan rakyat semasa dalam peperangan dunia. Sayangnya pada akhir 1890-an, salah seorang isteri Sultan Abdullah meninggal dunia dan disebabkan mereka masih di dalam buangan, dia dikebumikan di Seychelles.

Keluarga diraja Perak di Seychelles semasa dalam buangan. Imej dari sembangkuala.wordpress

Kalau nak cerita pasal legasi, ada kisah menarik Sultan semasa dalam buangan di Seychelles. Pada suatu hari, dia terdengar sebuah lagu Perancis yang dinamakan La Rosalie. Dia sangat sukakan lagu tersebut sampaikan ia kemudiannya dijadikan lagu negeri Perak hinggalah sekarang. Bagi korang yang tak tahu lagu Perak macam mana, cuba korang dengar kalau-kalau bunyinya macam biasa didengari.

Pada masa kemerdekaan, negara memerlukan lagu kebangsaan, jadi sebuah jawatankuasa telah dibentuk dan mereka tertarik dengan lagu negeri Perak yang kedengaran agak menarik. Mereka kemudiannya menetapkan lagu Negaraku bakal mempunyai melodi yang sama sebagai lagu negara sebab ia mempunyai “citarasa tradisional”.

Jadi nampaknya… lagu Negaraku yang kita kenali sekarang mungkin takkan wujud kalau orang putih bernama Birch tadi tak terbunuh. 

Tapi, kita tak habis lagi cakap pasal Birch…

Anak lelaki Birch merupakan Residen British Perak yang ke-8

Semasa Sultan Abdullah masih hidup dalam buangan, anak lelaki J.W.W Birch kemudiannya dilantik sebagai pemangku Residen yang kemudiannya sebagai Residen. Mengkome korang bayangkan je la, ambil alih peranan ayah korang yang dibunuh?

Tapi, nasib baiklah Ernest Birch belajar dari kesilapan ayahnya. Semasa dia dilantik sebagai Pemangku Residen Perak, dia sendiri menyuarakan isu tu – dengan mengadakan mesyuarat majlis negeri pertama kalinya pada 2 November 1895, tepat 20 tahun pada hari ayahnya dibunuh. Dia mengingatkan Sultan dan pembesar Melayu Perak semasa mesyuarat tentang apa yang berlaku pada hari tu.

Nampak macam ayah dia ke tak? Imej dari Wikipedia

Birch yang kedua ni nampaknya mempunyai nasib yang lebih baik berbanding ayahnya sebab dia berjaya menyusun semula pentadbiran di Perak dan memperkenalkan perubahan lain, setelah menjadi Residen pada tahun 1904, tanpa sebarang masalah. Dia pandai mengambil hati penduduk tempatan, memahami masalah mereka sebelum melakukan apa-apa.

Dia juga akhirnya menerima kesatria dari Ratu Victoria untuk sumbangannya, dan meninggal dunia di Battle (Battle nama tempat, bukan pertempuran).

(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend