Politik Antarabangsa

David Marshall: Orang Yahudi Iraq yang minta bantuan Tunku Abdul Rahman

(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, boleh lah subscribe group FB sejarah kami: SALAM SEJARAH-TERA)

Sememangnya, hubungan Malaysia dengan komuniti Yahudi antarabangsa ni merupakan satu perkara yang susah nak dirungkaikan. Walaupan kita ada hubungan perdagangan yang berkembang pesat dengan musuh atas kertas kita, iaitu Israel. Tapi, kita sebenarnya berada di kedudukan yang pertama sebagai negara Asia yang paling anti-Semitik berbanding daripada negara Timur Tengah! 

Diaorang dah sediakan tips siap-siap untuk sesiapa yang nak datang sini. Imej dari Frommers Travel Guide

Dan reputasi ni mungkin tak membantu pemimpin kita untuk bagi komen yang macam ni:

“… orang Yahudi bukan sekadar mempunyai hidung bercangkuk (hook-nosed), tetapi lebih memahami nilaian wang secara nalurinya…” Dr Mahathir, kenyataan dalam bukunya The Malay Dilemma, sumber dari Free Malaysia Today. 

Tapi tu bukanlah bermakna yang Malaysia tak pernah ada penduduk Yahudi yang menetap kat tanah air kita. Contohnya, korang tahu tak yang kat Pulau Pinang pernah adanya rumah kepada komuniti Yahudi dulu? Dan sebenarnya, Jalan Zainal Abidin kat George Town pernah dipanggil sebagai Jalan Yahudi, dan merupakan tanah perkuburan Yahudi yang masih ada sampai sekarang!

Selain tu, korang tahu tak ada seorang bangsa Yahudi yang merupakan ahli politik di Tanah Melayu dan Singapura.

Nak jadi askar tapi kalut. GIF dari Giphy

Dia adalah David Saul Marshall, merupakan Yahudi Ortodoks berketurunan Iraq

Dilahirkan kat Singapura (waktu tu masih lagi merupakan kawasan Malaya British) pada 1908, Marshall merupakan anak lelaki sulung dari Saul Nassim Mashal (kemudiannya ditukar kepada ‘Marshall’), berketurunan Yahudi Sephardi yang telah berhijrah ke negara tu daripada Baghdad. Ibu Marshall, Flora, merupakan orang yang sangat alim dan patuh kat agamanya. Dan dia bawak tradisi Yahudinya yang ketat sekali ke Singapura.

Lepas tu pada tahun 1920-an, peramal ataupun tukang tilik untuk keluarga Marshall ni ada meramalkan yang: satu hari nanti dia akan jadi ‘orang yang paling penting kat Singapura’. 

“Sebagai seorang remaja dalam koloni British pada awal 1920-an, David Marshall tidak teragak-agak ketika tukang tilik ahli keluarganya meramalkan dia akan menjadi ‘orang paling penting di Singapura’.” – Catatan kehidupan David Marshall, sumber dari The Independent. 

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Walau bagaimanapun, dia membesar dengan menghidap penyakit malaria dan tuberkulosis. Walaupun dengan kekurangan yang dihadapinya, dia berjaya menjadi peguam dan menyertai badan perundangan Singapura pada tahun 1937. 

Inilah dia… David Marshall. Imej dari Allen & Gledhill

Waktu Jepun serang Tanah Melayu pada 1942, keluarganya dah larikan diri dari Singapura, tapi Marshall putuskan untuk terus menetap di sana. Dia tinggalkan kerjaya undang-undangnya sementara untuk menentang penjajah yang merupakan sebahagian dari tugasnya di Syarikat Singapore Volunteer Corps ‘B’.

Malangnya, dia kemudiannya jadi tahanan perang (POW). Ia merupakan pengalaman mengerikannya yang digelar sebagai ‘peristiwa yang membentuk kehidupannya’, dan kemudian mempengaruhi pandangan sosialisnya: 

“Tiga tahun setengah sebagai banduan mengajar saya kerendahan hati … saya menyedari yang lelaki boleh melakukan kekejaman. Itu sangat mengejutkan, perasaan bahawa manusia di sini tidak sama seperti saya sama sekali, mereka tidak pun menyerupai manusia dan berhati perut dari sudut pandangan saya.” – David Marshall.

Kem tahanan untuk banduan perang kat Singapura. Imej dari Roots

Lepas Jepun menyerah kalah, Marshall kembali ke Singapura untuk tumpukan perhatian kepada kerjaya undang-undangnya, di mana dia dikenali dengan memenangi kes mahkamah secara dramatik. Dia sangat fasih dalam kemahiran komunikasinya dan jugak bersikap murah hati dengan tak mengenakan sebarang cas tambahan melalui kerjanya.

Patung bukan sebarang patung. Imej dari Wikipedia

Secara ‘tak disengajakan’ dia terus menjadi ahli politik

Dia merupakan peguam bela jenayah yang paling terkenal kat Tanah Malaya waktu tu. Marshall (menghadapi kecaman perkauman sebagai Yahudi Asia) sememangnya tak suka dengan sentimen penjajahan dan diskriminasi kaum, dan ‘secara tak sengaja’ dia bergabung dengan parti politik untuk tujuan tu.

“Sebagaimana anda memanggil saya ‘Jowdy Jew, berus kasut saya’, dan seterusnya saya akan pukul hidung kamu…  Saya mahu memacahkan halangan besar terhadap Asia dan terutamanya terhadap orang Yahudi.” – David Marshall

Waktu David Marshall bagi ucapan dia. Imej dari Off The Record

Marshall kemudiannya tinggalkan SPP pada 1952, dan membentuk gabungan Pakatan Buruh dua tahun lepas tu. Marshall telah memimpin gerakan tu untuk kemenangan dalam pilihan raya Dewan Undangan 1955, dan secara ‘tak disengajakan’ David Marshall dilantik menjadi Ketua Menteri pertama kat Singapura. 

Marshall gunakan kedudukan barunya untuk membina identiti Singapura, memperkenalkan banyak dasar baru yang telah membentuk negara Singapura. Ini termasuklah:

Tapi pencapaiannya yang paling membanggakan (berdasarkan pendapatnya sendiri) adalah gerakan pelbagai bahasa 1956 yang dilakukannya, gerakan tu merupakan gerakan yang mencontohi Switzerland dengan ketetapan empat bahasa kebangsaan yang mereka gunakan.

Ia diluluskan sebulat suara dan digunakan sehinggalah ke hari ni, ‘ia adalah sama dengan penghormatan kepada banyak bahasa utama’ ditunjukkan melalui tanda-tanda jalan Singapura dan pengumuman MRT. 

Guna banyak, tapi bukan reti cakap pun. Imej dari mnn

Marshall sentiasa fikirkan tentang kemerdekaan

Berada di kedudukan Ketua Menteri, memberikannya tiket untuk berusaha dalam mencapai matlamatnya bagi memperjuangkan kemerdekaan Singapura dan ke atas pemerintahan sendiri. Dia jugak didakwa menjanjikan untuk meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Singapura kalau dia gagal dalam misinya. 

Setelah memainkan peranan penting dalam rundingan merdeka Tanah Melayu, dan jugak dalam Rundingan Damai Baling, oleh sebab tu Marshall perlukan bantuan Tunku Abdul Rahman untuk realisasikan matlamatnya. Isunya adalah British tak percaya yang Singapura dapat menstabilkan negaranya sendiri sebagai negara yang merdeka, terutamanya dengan ancaman komunis ke atasnya.

Bila Tanah Melayu dah menghampiri kemerdekaannya, Marshall dan Lee Kuan Yew mula paksa penggabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu, sebab ia menjadi tiket untuk Singapura ke arah pentadbirannya sendiri. Oleh itu, Marshall buat pertemuan dengan Tunku untuk membincangkan ‘persoalan hubungan masa depan antara kedua-dua negara’.

David Marshall yang duduk sebelah Tunku sambil hisap cerut tu. Imej dari Laa…Pengajian Malaysia

Sementara kerajaan British menyambut baik idea tu (sebab ia akan mengetatkan pertahanan Singapura terhadap ancaman komunis), mereka tegaskan yang kedua-dua pihak perlu bersepakat untuk bersetuju dengan perjanjian tersebut, dan Tunku pulak tak setuju dengan tu. Sebab Tunku bimbang terhadap struktur demografik kedua-dua negara tu (walaupun kita tahu yang dia ubah fikirannya pada tahun 1960).

Walaupun ada kemungkinan yang macam tu, Marshall tetap dengan keputusannya, dan mengetuai delegasi 13 orang ke perundingan Merdeka 1956 kat London bagi membincangkan syarat-syarat untuk Singapura ke arah pentadbiran sendiri.

Malangnya bagi Marshall, dia gagal meyakinkan British, dan pusingan terakhir rundingan tu berakhir dengan kebuntuan di atas perselisihan dalaman. Disebabkan kegagalannya untuk mencapai tadbir urus sendiri ke atas Singapura, Marshall letak jawatan sebagai Ketua Menteri Singapura seperti yang dia janjikan.

Beliau berkhidmat dengan Parti Pekerja pada tahun 1957, tapi kemudian tinggalkannya dan kembali pada tugas yang lama sebagai peguam jenayah, dan kemudiannya sebagai duta besar Singapura. Tapi walaupun dengan kegagalannya, Lim Yew Hock menggantikannya dan mengetuai dua lagi delegasi ke London yang kedua, yang akhirnya berjaya mencapai impian Marshall terhadap pemerintahan sendiri ke atas Singapura.

Akhirnya, dia meninggal dunia akibat kanser pada tahun 1995 selepas setahun bertarung nyawa dengan penyakit tu pada usia 87 tahun.

Dan dia merupakan orang penting waktu dulu. Imej dari NewspaperSG

Tidak mampu bertahan lama dalam politik Singapura

“… kamu tidak akan jadi orang yang berpengaruh di Singapura dalam tempoh yang lama,” – Catatan kehidupan David Marshall, sumber dari The Independent. 

Chan Heng Chee, saintis politik jugak ada menyatakan yang:

“… David Saul Marshall, seorang Yahudi Sephardi, masuk ke dalam politik Singapura seperti bintang yang begemerlapan, dan memenuhi langit dengan kegemilangan, dan kemudian lenyap.” – Chan Heng Chee, saintis politik Singapura, sumber dari petikan dari bukunya A Sensation of Independence: A Biography Political. 

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend