Penulis novel World War Z ni buat komik zombie bertemakan suasana Malaysia?

*Artikel ni pada asalnya disiarkan pada 7 Jun 2018

Kalau korang ni peminat komik, ada sebuah komik oleh Max Brooks dan Raulo Caceres, yang menceritakan pasal zombie yang menyerang dunia. Apa yang menarik lagi kalau korang tengok watak-watak sama ada hero, zombie dan juga latar belakang yang ada dalam komik ni.

Apa kata korang tengok dan teka kalau korang boleh cam beberapa benda. Tengok betul-betul, ok?

Ada cam apa-apa yang menarik?
Masih tak cam apa-apa lagi kat sini?

Ok, last chance. Korang kena tengok apa yang sangat relatable kat sini.

Kalau korang zoom in betul-betul, korang boleh nampak payung rainbow besar macam kat pasar malam tu, dan papan tanda… PETALING STREET!

Ha, mesti korang scroll balik naik atas, kan?

“Aku dah agak dah! Patutlah ada antara zombie-zombie tu pakai tudung bawal, kat Malaysia rupanya!” – semua orang.

Dan betulkan kitorang kalau salah, sebab yang baju hitam yang dipakai tu pula adalah baju gaung, seluar souva milik Kadazandusun, kan?

Cantik bah orang Sabah. Imej dari mysabah.com

The Extinction Parade yang berlatar belakangkan Kuala Lumpur

Komik yang bertajuk The Extinction Parade ni adalah sebuah karya Max Brooks, merupakan  seorang penulis Amerika, dan bukan rakyat Malaysia tau! Jangan tak tahu pulak, Max Brooks ni juga adalah pengarang asal untuk World War Z (yang kemudiannya difilemkan, dan dilakonkan oleh Brad Pitt pada 2013).

Minat betul dia dengan cerita-cerita pasal zombie, ni ye. Imej dari netsidebar.com

The Extinction Parade ni menceritakan tentang dua orang vampire yang berpindah ke Malaysia untuk sumber makanan diorang – bukan kuih seri muka, apam balik atau teh tarik – tapi darah segar manusia. Masa diorang tinggal kat Malaysia, ada satu wabak telah tersebar – iaitu virus zombie yang kemudiannya menular.

Ada orang pakai baju Melayu dalam ni: Sama ada scene ni orang tengah beraya, atau orang berebut beli baju raya kat bazar. Eleh, macam tak biasa tengok orang gaduh rebut parking kat bazar.

Ingatkan bila zombie ni makin banyak, lagi la senang diorang nak buat kerja membunuh dan hisap darah. Keadaan berlaku sebaliknya sebab semakin banyak manusia yang dijangkiti virus zombie, maksudnya semakin kuranglah sumber makanan buat diorang. Nak makan zombie? Ewww, what is zombie?

Mak kata tak elok makan makanan tak segar, nanti sakit perut. Gif dari giphy

Jadi nak tak nak diorang pun terpaksalah bertarung dengan zombie-zombie ni semua.

Dan ada KLCC,

KLCC pernah lesap beberapa bulan yang lepas kat Malaysia, sampailah kerajaan baru muncul. Hewhewhew

Pahlawan dari Sabah dan Sarawak pun muncul, dan tak lupa, mak cik bertudung.

Respek betul sebab dia masukkan sekali orang-orang yang nampak macam pahlawan Melayu lama, dan juga pahlawan dari Sabah dan Sarawak.
Ketenteraan Malaysia pun ada, Yang takde: Ayahanda Rani Kulup dan geng PPIM.

Tapi, kenapa Malaysia dipilih dalam komik ni?

Ha, kitorang semua tertanya-tanya jugaklah, Brooks dengan Raulo Caceres (pelukis komik ni) pernah tinggal kat KL ke, sebab lukisan tu agak terperinci.

“Bila saya tulis novel, saya boleh google dan tulis saja nama tempatnya, Tapi bila nak lukis komik, kita kena tengok banyak benda. Sebab tu la saya muat turun peta satelit 3D untuk Kuala Lumpur dan berikannya kepada artis kami, Raulo Caceres”, – Max Brooks,  dipetik dari bloody-disgusting.com

Tapi, macam mana nampak real sangat macam kat Malaysia ni sebenarnya? Bukan tempat semata-mata, tapi juga pakaian, cara hidup, dan benda-benda kecil macam IC pun ada? Max kemudian sambung lagi dengan mengatakan yang dia juga buat kajian dan meneliti seni bina moden, fesyen, kenderaan dan sebagainya.

Contohnya dalam satu scene ni, seorang pegawai FRU jumpa Vampire untuk tunjukkan MyKad diorang (MyKad, really?)

Orang Terengganu rupanya dia ni. Tapi dia lahir tahun 2010, atau 1910?  Imej dari komik

Google maps adalah salah satu benda yang dia selalu guna supaya dia boleh bagitahu kat pelukis, contohnya kalau watak-watak berdiri di sudut jalan ni di Kuala Lumpur, kena lihat ke arah ini. Jadi sebab tu la ada beberapa lukisan tu kelihatan macam latar langit. Wah, betul-betul kemas dia buat research ni. Malah, kemas sampai orang tak boleh pertikaikan.

“Disebabkan latar belakangnya Malaysia, saya  takut nanti ada sesiapa dari Kuala Lumpur akan berkata ‘Apa bendalah yang kamu buat ni? Weh, bagi Max Books satu tiket ke Malaysia!”, – Max Brooks, dipetik dari bloody-disgusting.com

Seriously gaiss, kita kena ajak Max Brooks datang Malaysia dan rasa makanan Malaysia pula sebelum zombie menyerang. Imej dari nytimes

____________________________________________________________

UPDATE 12 OGOS 2021:

Walaupun kes Covid-19 di Malaysia naik mendadak sampai lebih dari 20,000 kes sehari, tapi nampaknya golongan anti-vaksin ni tak anggap benda tu serius. Malah, memandai-mandai keluarkan teori pasal kesan sampingan vaksin yang mungkin boleh jadikan kita zombie.

Artikel zombie kitorang ni pun tak terkecuali bila ada yang dah kaitkan komik ni dengan ‘ramalan’ Malaysia beberapa tahun akan datang. Yang tokok tambah pasal movie Train to Busan pun ada.

Kitorang tak nak la korang pun turut terpengaruh dengan segala dakyah dan agenda aluminium yang memandai-mandai ni semua. Bukti keberkesanan vaksinasi dah ada. Malah, hukum vaksin pun dah jadi harus disebabkan boleh membawa kemudaratan ke atas orang lain.

Jadi, make sure kita semua ambik vaksin untuk capai imuniti kelompok bersama, ok, guys?