Jenayah & Undang-undang

Cubaan bunuh bekas perisik Rusia. Bermula semula Perang Dingin?

Sejak beberapa hari ni, mungkin kita ada dengar pasal tindakan banyak negara yang halau diplomat Rusia. Britain jadi negara pertama yang buat benda ni dan diikuti Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara sekutu Barat lain. Semua ni terjadi bila adanya cubaan bunuh terhadap seorang bekas perisik Rusia – Sergei Skripal dan anak perempuannya.

Skripal dan anaknya dah dijumpai dalam keadaan tak sedarkan diri kat sebuah pusat beli belah di Salisbury, England. Apa yang mengejutkan, cubaan bunuh tu dibuat dengan cara meracun menggunakan agen saraf yang dikenali sebagai Novichok. Walaupun cubaan bunuh ni gagal, Skripal dan anaknya sampai sekarang masih dalam ICU.

Skripal & anaknya. Imej dari nsn.fm

Sementara tu, dalam ketegangan hubungan antara Barat dan Rusia ni, kita juga dapat berita yang Vladimir Putin dah menang Pilihan Raya Presiden untuk penggalnya yang ke-4. Maknanya, Putin sekali lagi akan memerintah Rusia sampai tahun 2024.

Jadinya, kali ni kita nak bincang sama-sama pasal cubaan bunuh bekas perisik ni, sebabnya…

Cara pembunuhan ni agak sama dengan cara pembunuhan Kim Jong Nam

Sebenarnya Skripal ni adalah bekas perisik Rusia yang pernah jadi double agent untuk Britain pada tahun 1990-an sampailah awal tahun 2000. Akhirnya, pada tahun 2006, dia dah ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun.

Tapi empat tahun lepas tu, Skripal dan tiga tahanan lain dah dibebaskan, dalam satu perjanjian pertukaran dengan 10 perisik Rusia yang ditahan Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Lepas tu, Skripal tak duduk kat Rusia lagi, tapi mulakan hidup baru kat Britain – sebagai seorang perisik pencen.

Anna Chapman perisik Rusia yang ditangkap kat AS. Dia terlibat dalam perjanjian pertukaran tu. Imej dari BBC.

Tapi disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, seperti mana diceritakan tadi – Skripal dan anaknya dah koma sebab diracun dengan satu jenis agen saraf. Apa yang lebih menakutkan, cubaan bunuh ni dibuat kat tempat awam.

Britain dan Kesatuan Eropah (EU) dalam reaksinya, terus salahkan Rusia dalam hal ni. Perdana Menteri Britain, Theresa May pulak kata – tak ada negara lain yang bertanggungjawab melainkan Rusia.

Kalau korang nak tahu, agen saraf ni selalunya digunakan untuk bunuh orang-orang berprofil tinggi atau para perisik masa zaman perang dunia dan perang dingin dulu. Agen saraf ni ada toksik kimia yang tinggi, yang boleh halang sistem saraf berfungsi dan seterusnya membawa maut. Ia juga ada dalam pelbagai bentuk, macam – serbuk atau gas. Tapi yang selalu digunakan adalah cecair yang boleh meresap dalam kulit.

Kes yang jadi ni bukan kali pertama, sebab Alexander Litvinenko – bekas perisik Rusia pun pernah diracun dengan Polonium-210 pada tahun 2006 dekat London. Imej dari International Business Times.

Bila Britain kata nama agen saraf ni Novichok, ramai yang kata ia merujuk kepada agen saraf yang dibangunkan Soviet Union pada tahun 1970-an dan 1980-an dulu.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

“Agen saraf ini mengganggu perjalanan biasa dari saraf ke otot. Ini menyebabkan otot lumpuh dan boleh mengakibatkan kehilangan banyak fungsi badan. Ejen akan bertindak dalam masa beberapa saat atau minit jika dihidu dan lebih perlahan jika terkena kulit.” – Dipetik dari BBC.

Kesannya kepada tubuh. Imej dari BBC.

Apa yang pasti, cubaan bunuh dengan agen saraf ni sebenarnya agak sama dengan cara pembunuhan Kim Jong Nam (abang Kim Jong Un) kat Malaysia tahun lepas. Cumannya, Kim Jong Nam tak dapat diselamatkan dan agen saraf yang digunakan tu dikenali sebagai agen saraf VX. Walaupun macam tu, ada yang kata Novichok ni lapan kali lebih bahaya dari VX.

Britain dan Rusia saling tuduh menuduh – siapa yang bertanggungjawab

Seperti yang diceritakan tadi, Britain dan sekutunya dah tuduh Rusia sebagai negara yang bertanggungjawab – pasal Novichok tu Soviet Union yang buat. Tapi dah sah-sahlah Rusia tak mengaku dan nafikan yang diorang terlibat. Sebaliknya, duta Rusia ke Eropah pulak ada kata yang agen saraf tu mungkin British sendiri yang buat.

“Seperti mana kita semua tahu, makmal Porton Down iaitu fasiliti ketenteraan terbesar di United Kingdom dan berurusan dengan kajian senjata kimia. Ia juga sebenarnya cuma lapan batu dari Salisbury (tempat cubaan bunuh).” – Vladimir Chizhov, Duta Rusia ke Eropah. Katanya kepada BBC.

Makmal Porton Down. Imej dari The Telegraph.

Sebenarnya ada benda menarik yang boleh kita sembangkan kat sini. Sebabnya, walaupun banyak sekutu Britain (Barat) secara terus menyalahkan Rusia, tapi masih ada pihak yang salahkan Britain. Hal ni dah pasti dikaitkan dengan makmal Porton Down, yang terletak cuma 8 batu (19.13km) dari tempat Skripal dan anaknya cuba dibunuh.

Apa yang lagi menarik, seorang ahli biologi Soviet – Vladimir Pasechnik yang berpaling tadah ke Britain, pernah bekerja kat makmal ni. Malah dikatakan – semua kajian yang dia buat masa kat makmal ni dirahsiakan sampai sekarang. Pada tahun 2000, dia keluar dari makmal ni dan buka syarikat sendiri. Setahun lepas tu, dia meninggal dunia sebab strok.

Lepas apa yang jadi kat Skripal, anak Pasechnik minta kematian bapanya dulu disiasat. Imej dari The Times.

Walaupun UK kata diorang dah berhenti secara rasmi dari buat aktiviti berkaitan dengan agen saraf ni sejak tahun 1989, tapi masih ada skandal yang dilaporkan pasal apa yang makmal ni pernah buat dulu. Malah pada tahun 2010, Daily Mail ada keluarkan cerita pasal kematian misteri seorang pembangun agen saraf kat UK.

Monyet-monyet yang digunakan sebagai bahan uji kaji kat Porton Down zaman dulu. Imej dari South Front.

Seorang penganalisis diplomatik, Alex Gorka ada mempersoalkan kenapa UK tak nak bagi sampel kimia tu pada Rusia. Dia juga kata, mungkin UK takut kalau agen saraf tu sebenarnya bukan Novichok, tapi agen saraf lain yang dibuat kat Porton Down.

Lagipun, Skripal dan anak perempuannya dapat bantuan perubatan kecemasan dengan cepat. Ia tiba beberapa ketika lepas kejadian. Jabatan risikan?… Seseorang telah tahu dahulu yang mereka ni akan perlukan bantuan. Ini satu fakta yang tak boleh dinafikan. Satu lagi kebetulan?” – Alex Gorka, Penganalisis Pertahanan dan Diplomatik. Dipetik dari Global Research.

Tapi ada juga dakwaan yang kata Skripal pernah bagi surat kepada Putin

Menurut seorang penganalisis politik kat Moscow – satu benda yang tak masuk akal untuk pihak risikan atau Putin arahkan bekas perisik diorang dibunuh kat tempat awam dengan gunakan bahan kimia yang sangat bahaya. Jadinya, dia kata ada kemungkinan ini cuma rancangan jahat Britain dan Amerika Syarikat untuk burukkan Rusia.

Siapa fitnah, dia masuk neraka. Imen dari imgflip.com

Seorang lagi penganalisis politik ada kata yang kerajaan Britain gunakan isu ni untuk alih perhatian masyarakat negara tu terhadap masalah dalaman yang diorang dapat sebab Brexit.

“Novichok dihasilkan di Uzbekistan ketika zaman Soviet dan selepas kejatuhan Soviet Union, seperti mana yang kita tahu, perisikan Amerika mempunyai akses ke kilang itu. Perisikan Amerika dan British ada kerjasama yang sangat kuat dan saya 100 peratus yakin British dapat Novichok ini dari mereka untuk timbulkan provokasi ini.” – Sergei Markov, Institut Pengajian Politik Moscow. Dipetik dari Al-Jazeera.

Bagaimanapun, ada juga laporan yang kata Skripal sebelum ni pernah beberapa kali buat permohonan untuk dibenarkan masuk ke Rusia. Dia buat macam tu sebab nak jumpa dengan sedara mara dia kat negara tu. Malah dikatakan – Skripal ada tulis surat terus kat Putin dengan kata dia bukan ‘pengkhianat’ dan minta supaya dia diampunkan. Tapi Rusia nafikan dakwaan ni.

Pegawai atasan punya surat pun kena koyak, ini kan pulak… Imej dari Giphy.

Apa yang pasti, perkara yang jadi ni adalah salah satu isu yang akan melingkari perjalanan politik Putin. Walaupun macam tu, nampaknya Putin tetap berjaya kekalkan kuasa bila dia menang dalam Pilihan Raya Presiden. Tapi hubungan negara tu dengan Barat nampaknya tak berapa baik dan juga semakin tegang.

Ada yang kata, mungkin Perang Dingin akan jadi sekali lagi

Ada pihak yang nampak kemenangan Putin dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ni sebagai satu lagi masalah untuk Barat. Masa pilihan raya tu tengah berlangsung, negara-negara Barat dah menghalau diplomat-diplomat Rusia sebab kes cubaan bunuh bekas perisik tu. Jadinya, ada yang berpendapat peristiwa-peristiwa ni boleh dianggap sebagai hubungan paling buruk antara Rusia dan Barat lepas tamatnya Perang Dingin pada tahun 1991.

Hal ni ditambah lagi dengan krisis kat Syria dan Ukraine yang Rusia terlibat secara langsung dalamnya. Kesan pemberontakan rakyat di Syria, kehadiran pejuang-pejuang Kurdish (yang nak buat negara sendiri) dan ditambah lagi dengan kedatangan Daesh dah membuatkan kerajaan Syria mintak bantuan Rusia. Bila Rusia dah masuk, AS pun tak duduk diam dan bantu kumpulan pemberontak. Maka jadilah Syria tempat pertempuran dua kuasa dunia.

Sebuah lagi negara Islam hancur dalam peperangan. Imej dari Sky News.

Apa yang jadi kat Ukraine pulak adalah bila AS sokong parti pro-Barat yang nak jadikan negara tu sebahagian dari Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Atlantik Utara (NATO). Rusia nampak usaha ni sebagai ancaman, lebih-lebih lagi bila Ukraine ni jiran dekat dan selama ni berada kat bawah pengaruh Rusia (sejak zaman Soviet Union lagi). Jadinya, Rusia hantar tentera ke Ukraine dan tolong gerakan pemisah kat sana.

Masa zaman Perang Dingin, Barat mempromosikan Free World iaitu merujuk kepada negara yang amalkan demokrasi berparlimen, hak asasi manusia dan sistem ekonomi terbuka. Musuh utama Free World mestilah komunisme yang dilihat sebagai tak demokratik, pemerintahan satu parti, diktator, ekonomi tertutup dan sebagainya.

Runtuhnya Tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur pada Nov 1989. Imej dari Bloomberg.

Tapi sejak kejatuhan Soviet dan kebanyakan negara komunis pun ikut jatuh – agenda Free World nampaknya macam berjaya. China juga akhirnya pilih kapitalisme dalam ekonomi diorang. Tapi, masalah tetap ada bila kebanyakan negara yang dikatakan Free World ni, akhirnya cuma jadi negara bawah kekuasaan AS.

“Maknanya Perang Dingin dahulu bukan disebabkan komunisme atau sistem Soviet tetapi adalah kerana soal geopolitik Rusia. Tanpa komunisme pun, Barat masih mahu melemahkan Rusia, dan sebaliknya Moscow juga mahu memperagakan kekuatannya di muka bumi.” – Zin Mahmud, dipetik dari Utusan Malaysia.

Barat tetap risau kalau-kalau Rusia boleh kuasai mereka

Satu lagi masalah adalah bila Rusia juga didakwa terlibat dalam campur tangan pilihan raya AS. Sebenarnya benda ni satu cabaran besar untuk Barat, sebabnya selama ni diorang sifatkan yang sistem demokrasi Rusia palsu dan ekonomi negara tu dikuasai mafia.

Sebab itulah, tak ramai pemimpin dunia (khususnya Barat) ucapkan tahniah kat Putin bila dia menang pilihan raya. Tapi apa yang menariknya, Trump tak macam tu dan dia tetap ucapkan tahniah walaupun dihalang oleh para penasihatnya. Apalah nasib tuan penasihat~~~

“Bagaimana pemimpin de facto free world boleh mengalu-alukan kemenangan seorang presiden yang pilihan rayanya dianggap sebagai wayang? Bagi dunia Barat, kepimpinan Trump tidak meyakinkan untuk menghadapi Putin. Bagi Putin pula Barat mempunyai agenda jelas untuk melemahkan dan menguasai Rusia.” – Zin Mahmud, dipetik dari Utusan Malaysia.

Imej dari gifgifs.com

Menurut Zin Mahmud lagi, Rusia sebenarya bukanlah kuat sangat, sebab angkatan tentera negara tu pun tak dapat peruntukan yang cukup. Walaupun macam tu, Barat tetap curiga dan terus risau kalau-kalau Rusia boleh kuasai diorang.

Dengan apa yang jadi kat Britain sekarang ni, ia menambahkan lagi ketegangan hubungan antara Rusia dan Barat. Persaingan kuasa akan tetap berlaku antara dua blok ini. Tapi bagaimana perjalanannya nanti? Adakah kita akan menyaksikan Perang Dingin sekali lagi?

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend