Betul ke peratusan wanita di dalam Menteri Kabinet PH je yang paling tinggi dalam sejarah?

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

Amerika Syarikat pada hujung 2018  dah cipta sejarah dengan dua wanita Muslim menjadi ahli kongres, Malaysia juga tidak ketinggalan melakar sejarah dengan mempunyai Menteri Kabinet Wanita yang terbanyak untuk pertama kalinya. Tapi confirm ke?

Rashida Tlaib dan Ilhan Omar. Imej dari aljazeera

Bersempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac, kitaorang discover something cun pasal wanita dan politik pentadbiran negara kita. FYI Hari Wanita Sedunia ni diasaskan oleh International Socialist Women’s Conferences untuk menentang peperangan dan juga keadilan pekerja buruh wanita.

Menariknya juga Hari Wanita Sedunia ni, mulai disambut oleh PBB pada tahun 1975 di Amerika Syarikat. Well, kita pun ada Hari Wanita Kebangsaan juga. Bila tu? Siapa yang terfikir tentang idea tu? Ha jom sama-sama, kita cikidout~~

Berapa ramai ye Menteri dan Timbalan Menteri Wanita dari tahun 1969 – 2018?

Disebabkan nak throwback sejarah perkembangan perwakilan wanita dalam menteri kabinet kita, jom semak pada tahun 1959 sampailah 2018 lepas. Kami pilih 1959 sebab PRU tahun tu merupakan pilihan raya umum pertama kita selepas merdeka.

Jumlah bilangan menteri-menteri kabinet di bar chart tu kitaorang dapat dari Wikipedia. So, Menteri Wanita pertama dalam kabinet kita dilantik tahun 1969 iaitu Allayarhamah Tun Fatimah Hashim sebagai Menteri Kebajikan Am. Kalau tengok gap berapai ramai lelaki dan perempuan besar juga kan? Kita pergi pula ke jumlah wanita yang jadi timbalan menteri.

Bar chart untuk jumlah dua gender yang jadi Timbalan Menteri ni, kalau tengok dekat tahun 1977 jumlah timbalan menteri lelaki tak ada. Buttime tulah the first ever wanita dilantik jadi timbalan menteri. Datuk Seri Rafidah Aziz adalah Timbalan Menteri yang pertama untuk jawatan Timbalan Menteri Kewangan.

Sebab mengapa bilangan untuk kedua-dua jawatan ni sikit, adalah kerana mostly Menteri Wanita or Timbalan Menteri berulang dengan jawatan dan muka yang sama, pada tampuk pimpinan UMNO/Barisan Nasional dari 1969-2015. Tahun 2018 bawah pentadbiran Pakatan Harapan ada muka dan portfolio yang baru seramai 5 orang Menteri Wanita dan 4 Timbalan Menteri telah diketengahkan.

Menteri Kabinet Wanita pertama yang dilantik ke kabinet.

Dah tahu berapa ramai Menteri dan Timbalan Menteri Wanita kita ada, so kita nak kenallah jugakan siapa wanita Malaysia, yang lucky menjadi Menteri Wanita pertama kitakan?

Imej dari UKM

Once upon the time, masa pembentukan Malayan Union dan di rejected oleh kaum Melayu dalam tahun 1946- 1948, ada  yang kool bernama Pergerakan Kaum Ibu. Terbentuk melalui serpihan Pergerakan Melayu Semenanjung di bawah pimpinan Allahyarham Onn Jaafar. Allahyarhamah masa tu semangat dah berkobar-kobar nak menuntut kemerdekaan, so time beliau 21 tahun terus join the club Pergerakan Melayu Semenanjung dan next masuk UMNO.

Pergerakan Kaum Ibu ini adalah salah satu organisasi terpenting seiring dengan Angkatan Wanita Sedar, AWAS (1945) yang dibentuk oleh Aishah Ghani, diteruskan oleh Shamsiah Fakeh yang merupakan seorang feminist dan juga nasionalis. Moto mereka adalah memperjuangkan hak keadilan wanita dan juga pembebasan Malaya dari British.

Tun Fatimah Hashim bukan jadi AJK semata-mata tau, beliau jadi Penolong Setiausaha UMNO Cawangan Johor Bahru, Naib Ketua Kaum Ibu UMNO Kota Tinggi, Setiausaha Kaum Ibu Johor dan Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO dari tahun 1963-1967.

Allahyarhamah Tun Fatimah Hashim (tengah) dan Allahyarhamah Datuk Paduka Aishah Ghani bergambar bersama, Kaum Ibu UMNO Selangor. Imej dari Arkib

‘Kalau dah sanggup jadi Ketua Kaum Ibu mestilah sanggup meninggalkan rumah tangga.’– Tun Tan Sri (Dr) Fatimah Hashim, dipetik dari Wanita UMNO 

Pilihan raya umum pada tahun 1959, kemasukan pertama Allahyarhamah telah meraih kemenangan untuk UMNO. Next, Allahyarhamah telah tiga kali berturut-turut menang di kawasan Parlimen Jitra, Kedah. Rakyat dah confident dengan Tun Sri Fatimah, jadinya pimpinan kerajaan telah menawarkan beliau menjadi Menteri Kebajikan Am Malaysia pada 20 Mei 1969 sehingga 1973. Officially menjadi Menteri Wanita pertama Malaysia dilantik ke dalam kabinet.

Allahyarhamah Tun (Dr) Tan Sri Fatimah Hashim menetapkan 28 Oktober adalah Hari Wanita Kebangsaan di kalendar negara!

Allahyarhamah Tun Tan Sri (Dr) Fatimah Hashim (5 dari kiri) berarak di perarakan Hari Wanita Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan 1973. Imej dari Merdekaaward

Kita ada Menteri dan Timbalan Wanita Malaysia dalam kepimpinan PM yang berbeza

1) Timbalan Menteri Wanita masa Tun Hussein Onn dan Menteri pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohammad

Imej dari Nasionalis

YB Tan Sri Rafidah Aziz dahulunya menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merupakan wanita Melayu pertama yang menerima biasiswa Bank Negara untuk melanjutkan pelajaran di UM.

2) Menteri Wanita time pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak.

Ng Yen Yen adalah Menteri Kabinet Wanita berbangsa Cina yang pertama  dilantik pada tahun 2008.

Imej dari Wikipedia

3) Menteri dan Timbalan Menteri Wanita time PH

YB Teresa Kok antara pengasas ASEAN Parliamentaries for Human Rights dan pejuang nasib kaum Rohingya.

Imej dari The Edge

YB Teo Ching pernah menjadi pustakawan selepas habis belajar UK sambil mengembara dan juga pernah menjadi pensyarah di Universiti Malaya.

Imej dari The Star

YB Yeo Bee Yin mendapat anugerah Nature’s 10 oleh Nature jurnal di ranking yang ke-7! Anugerah ini adalah untuk sesiapa sahaja yang memberikan impak besar serta sumbangan dalam bidang sains.

Imej dari theedgemarket

Hebat bukan menteri-menteri wanita kita ni!. Semuanya tak beli pun sijil belajar. Eh? Jom kita sama-sama kaji Malaysia Baru ni, capai ke tak 30 peratus wanita dalam menteri kabinet.

Jom kita lihat peratusan menteri kabinet wanita negara lain dengan Malaysia sekarang

Ha kalau korang dah lihat timeline dekat point nombor satu tadi senarai Menteri Kabinet Wanita kita berapa ramai dari tahun 1969 hinggalah sekarang, memang tak disangkal lagi pentadbiran Malaysia sekarang ini antara yang teramai walau tak mencapai 30 peratus.

Kalau dibaca daripada Buku Harapan untuk manifesto PRU-14 hari tu, ada terdapat Iltizam Khas Untuk Wanita yang mana, di Iltizam 5, nombor 2 menyentuh :-

“Memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pembuat dasar di setiap peringkat adalah wanita”–  dipetik dari Manifesto PH, Iltizam Khas Untuk Wanita, Iltizam 5.

Lepas awal kemenangan, pembentukkan kabinet masih lagi mengambil masa untuk menyenaraikan nama-nama dan bilangan menteri. Apabila keluarkan senarainya, senarai ahli kabinet wanita tidak mencapai 30 peratus. Antara alasan yang diberi apabila dipersoalkan gagal untuk melaksanakan manifesto tersebut :-

‘Kurang penglibatan wanita dalam barisan hadapan politik mungkin sebab utama kita (PH) tidak akan capai matlamat 30 peratus calon wanita.’ – Dipetik dari Astroawani.com

Imej dari toodia

Valid juga apa YB Syefura cakap tu. Sebab melalui kenyataan media kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat masa pencalonan wakil-wakil parti politik PRU14, pencalonan untuk kerusi Parlimen hanyalah 10.48% pada 2018. Namun kalau dibandingkan dengan pilihan raya umum tahun 2013 pula 8.8%. Boleh baca sepenuhnya laporan prestasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat 29 April 2018

Kita dah masuk pilihan raya umum yang ke-14 dah wei. Jadinya, nak juga kitaorang tahu sejauh mana ranking peratusan wanita ada job dalam Menteri Kabinet negara kita ni. Lagi-lagilah dalam kerajaan kita yang baru ni. Leggo tengok dekat zon Asia Tenggara je cukuplah untuk tahun 2018 lepas. Dan keputusannya~~~

Ini kategori jumlah peratusan wanita dalam menteri kabinet. Imej dari World Economic Forum

Jiran kita si Nopal dari Indonesia di ranking top 30 duh dengan Filipina sekali. Timor Leste yang tak sampai 2 juta penduduk boleh ranking ke-75 wei. Cambodia yang fully berkerajaan tahun  1993 tu pun ranking 119. Tapi at least bolehlah happy sikit sebab kawan Singapura dekat sebelah tu, ranking ke 134.

Itu baru zon Asia Tenggara. Bila semak ranking dunia, pergh terkejut mak nak. Mana taknya, Rwanda dari negara Afrika , antara negara yang top 7 mempunyai perwakilan wanita dalam Menteri Kabinet!

Peratusan wanita negara Rwanda dalam menteri kabinet di peringkat dunia. Imej dari World Economic Forum

So….ada ke tak sebenarnya cara nak capai dan gapai 30 peratus wanita dalam menteri kabinet ni?

30% boleh dicapai dengan cara….

1) Beri masa dan ruang. Ini kerana melalui pendapat yang diutarakan oleh YB Zuraidah Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dengan beri masa dalam 4-5 tahun lagi  :

‘Ini permulaan baik yang mana kita boleh memfokuskan mungkin dalam masa lima tahun lagi Malaysia sekurang-kurangnya mencapai sasaran ( 30 peratus wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan)’ – dipetik dari Astro Awani

Imej dari The Star

2) Wanita sendiri harus bergiat aktif dalam bidang politik. Disebabkan kurangnya penglibatan wanita di dalam Pilihan Raya Umum 14 lalu, mungkin sebab itulah manifesto Pakatan Harapan tidak boleh dicapai. Okay apa peratusan calon wanita kita untuk PRU14 tahun lepas. Tak adalah makin berkurang atau langsung tak ada kan? Cara yang terakhir adalah dengan….

3) Menetapkan kuota 30% wanita wajib di dalam pilihan raya. Kalau dengar macam kena paksa kan?. Actually, cara ini adalah dengan memastikan setiap parti politik masa pilihanraya menghantar calon/wakil wanita sekurang-kurangnya mencapai 30% wanita dalam Menteri Kabinet. Gitchewww~~ Ha bawah ini ada petikan teks :

‘Ahli jawatankuasa CEDAW di Geneva pada Februari 2018 lalu menekankan bahawa prestasi jumlah calon wanita PRU14 perlu dikaji dan besar kemungkinan memerlukan penetapan kuota sekurang-kurangnya 30% wanita

sebagai calon pilihan raya bagi setiap parti di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. ‘ – dipetik dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 29 April 2018.

So, berjaya atau tidak manifesto PH untuk 30 peratus wanita dalam menteri kabinet mahupun kehendak feminist/feminazi Malaysia sekalipun, sebagai netizen yang bertamadun marilah bersama-sama kongsi buah fikiran dan cari jalan untuk memastikan 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar dalam kerajaan mahupun sektor apa sekalipun terjadi kays~

Sekali lagi, Selamat Hari Wanita Sedunia dari Team Soscili !

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

About Rie Rzmn 5 Articles
Cita-cita macam lukisan, Ayahku dan Angkasawan (Ibrahim Husin) | Menulis kalau boleh nak macam, Puisi Songsang (Latiff Mohiddin) | Mencipta pula nak seakan arca, Puncak Purnama (Syed Ahmad Jamal) | Merakam imej cun macam filem, Bunohan (Dain Said) | Bersederhana dan bercinta macam lagu, Gurindam Jiwa (Rafeah Buang & R. Ismail)|