Siapa bayar siapa, banyak mana? Kitorang jelaskan skandal Sarawak Report-PAS dengan mudah!

(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)

Masa keluarnya berita pasal Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Sarawak Report (SR) menyelesaikan tuntutan saman mereka, ramai yang keliru (termasuklah kitorang) pasal jumlah duit yang terlibat. Kejap RM90 juta, kejap RM1.4 juta.

Imej dari Google

Artikel Sarawak Report yang mencetuskan tuntutan mahkamah itu

Artikel Sarawak Report.

Sejak tahun 2008, ada banyak perbincangan pasal BN cuba tarik PAS untuk tinggalkan Pakatan sebagai salah satu strategi untuk memecahkan pakatan tu. Menurut laporan daripada Clare Brown dari Sarawak Report pada 6 Ogos 2016, salah satu caranya adalah dengan mengumpan PAS dengan… RM90 juta.

Dan nampaknya, salah satu benda pelik pasal kes ni ialah banyak sumber media yang mendakwa, saman Mahkamah Tinggi London terhadap PAS ni adalah sebab PAS menerima dana dari UMNO melalui 1MDB. Kaitan terbesar pasal ni pula adalah rakaman audio Nik Abduh yang mendakwa dia dapat RM2 juta dari UMNO. Selain tu juga, seorang lagi bekas pegawai kanan SPRM didakwa memberitahu Rafizi Ramli yang bekas pemimpin PAS Nasharudin Mat Isa juga menerima wang yang berkaitan dengan 1MDB.

Tapi, tuntutan mahkamah sebenarnya tak sebut LANGSUNG pun pasal 1MDB. Sebaliknya, mereka memetik kata-kata Presiden PAS, Hadi Awang …

“… telah menerima secara peribadi, atau mengusahakan atau meluluskan penerimaan oleh PAS, rasuah besar-besaran … dalam pertukaran untuk menjejaskan kebebasan politik PAS”. Dengan itu “memalukan” proses demokrasi “. – The Sun Daily, Nov 2017

Perkara ni sepadan dengan apa yang ditulis Clare dalam artikel dia sebelum ni. Kitorang try la juga check kalau ada mana-mana rekod RM90 juta tu keluar dari akaun 1MDB. Tapi, kitorang tak jumpa la pulak. Nampaknya, bukan semua duit ni datangnya dari 1MDB, ok?

Mengenai RM90 juta tu juga, PAS kata Sarawak Report takde bukti pun pasal kes tu, dan dalam masa yang sama mendakwa yang ia adalah sumbangan daripada ahli PAS yang seramai 1 juta! Dalam masa yang sama, Najib sendiri pun menafikan pemberian RM90 juta tu kepada PAS. 

Tapi tak lama lepas tu, SPRM kemudiannya dapat laporan daripada polis dan membuka siasatan terhadap kes tu. Laporan tu termasuklah senarai barangan mahal milik PAS macam kereta mewah, plat nombor mahal dan hartanah yang didakwa milik PAS. Tapi yang penting sekali, mereka tak menemui apa-apa bukti pun yang RM90 juta tu masuk ke akaun PAS.

Sampai ke hari ni juga, masih takde maklumat disebalik tuntutan Clare tu, kecuali sebuah artikel baru-baru ni yang menyatakan deposit untuk kerusi PAS yang dipertandingkan pada PRU14 tahun lepas sebenarnya dibayar dengan menggunakan sejumlah RM3 juta yang diberikan UMNO, kepada PAS.

Jadi apa kes pulak pasal cek bernilai RM1.4 juta tu? Daripada 1MDB juga ke?

Haiya. Cukupla tentang 1MDB! Not everything is 1MDB k?

Masa PAS memfailkan tuntutan fitnah terhadap SR (Sarawak Report), SR nak kes tu dibuang. Tapi nampaknya Mahkamah Tinggi London tak bagi, malah sebaliknya mengarahkan SR bayar GBP28,900 kepada PAS untuk menampung sebahagian daripada yuran undang-undang PAS. Jumlahnya tu agak kecil kalau nak dibandingkan dengan RM1.4 juta, sebab bayaran ni cuma untuk menampung percubaan SR untuk membuang kes itu, dan bukan untuk kes tu sendiri. #PASvsSR: 1-0

Cayalah bossku!

Ok, sekarang ni kita ke jumlah yang lebih besar daripada 90 juta tadi. Pada Januari 2019, PAS cuba untuk menaikkan jumlah tadi sebanyak RM400,000.

PAS rayu sumbangan biayai kes saman Sarawak Report

Dan nampaknya bulan seterusnya, Anwar yang pecah rahsia bila dia mendakwa PAS bayar RM1.4 juta untuk selesaikan kes luar mahkamah dengan Sarawak Report tu. Tapi kalau nak diikutkan, cek tu ditujukan kepada peguam SR, Americk Sidhu dan kemudian dipindahkan ke akaun Clare. Nampaknya… # PASvsSR1-1

Sementara PAS mengaku yang mereka tarik balik tuntutan mahkamah tu sebab tak mampu nak bayar kos yang mahal – katanya RM268,000 sebulan, PAS juga dalam masa yang sama MENAFIKAN yang mereka bayar Clare dengan apa-apa pun penyelesaian (sebab nanti nampaklah yang ia adalah pengakuan bersalah). Jadi dalam kes ni pulak, nampaknya… #PASvsSR: ?-?

PAS juga nampaknya mendakwa yang akaun (dari mana asalnya RM1.4 juta) tu adalah palsu. PAS mendakwa yang mereka juga dah cuba periksa akaun tu wujud ke tak, dengan memindahkan RM1 dan RM5 ke akaun tu, dan nampaknya, akaun tu tak wujud pun. Dalam masa yang sama juga, PAS berkongsi butiran ‘akaun PAS yang sebenar’, dan menggalakkan ahli lain untuk ‘menguji’ kebenaran akaun tu. Tapi sama ada mereka akan pulangkan duit atau tak, mereka tak bagitahu la pula.

“Cubalah test transfer RM5 atau RM10 ke akaun ni” – kata PAS.

Jadi Rafizi pun cuba uji beberapa akaun tu dengan memindahkan wang…

Cek bernilai RM1.4 juta. Imej dari MalayMail.

Rafizi Ramli rasa benda tu tricky sikit. Jadi dia pun cuba la cari jalan yang lagi baik, macam mana nak check bukan je kewujudan akaun tu, malah pemilik akaun tu. Dengan menggunakan 10 digit nombor akaun bank yang diberikan dalam dokumen undang-undang SR, dia mengenal pasti corak 14 digit cek nombor akaun Bank Islam yang boleh didapati di internet. Dan nampaknya… ada 3 akaun berkaitan (Messrs LC Signature, Messrs Yayasan Taqwa dan Messrs Sabasun) .

Lepas tu, dia cuba uji pula akaun-akaun ni dengan memindahkan RM10 kepada setiap akaun tu, dan berjaya pada percubaan akaun Yayasan Taqwa. Ini membuktikan yang teorinya tentang nombor akaun 14 angka tu betul. Dia kemudiannya cuba pula nombor akaun yang diberikan dalam dokumen tu serta teorinya dan akhirnya, berjaya mencari nama pemilik akaun, iaitu Rameli Musa, pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Jadi pada 5 Mac (awal minggu ni), SPRM menahan Rameli Musa selama 5 jam untuk soal siasat pasal RM1.4 juta, di mana dia kemudiannya membongkarkan…

“Saya memberikan penyiasat sebuah dokumen yang berkaitan dengan cek RM1.4 juta.” – kata Rameli kepada akhbar sebelum meninggalkan premis SPRM.

Rameli Musa, lepas disoal siasat SPRM. Imej dari Utusan

Buat masa ni, Presiden Pas, Hadi Awang masih lagi menafikan bayaran sebanyak RM1.4 juta kepada Clare, manakala Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan pula cuba alih fakta bila Rafizi Ramli dedahkan pertemuan Hadi Awang dan juga Rameli Musa.

“Nampak macam Hadi, tapi belum tentu Hadi” – Takiyuddin Hassan

Jadinya… kita tunggu je la jawapan siasatan nanti ;D

(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)