- 619Share sekarang!
- Email13
- Facebook606
- Share
Pernah tak kena macam ni? Korang eksiden, tiba-tiba datang sorang brader ni tolong dan dia cakap boleh uruskan kereta korang.
Kadang-kadang, diorang akan bagi satu dokumen untuk sign. Lepas korang sign, dia akan panggil trak tunda untuk angkut kereta korang ke balai dan terus ke bengkel. Tapi, ada juga yang tak bagi apa-apa dokumen, dan terus call trak tunda untuk tarik kereta korang.
Mungkin korang tertanya-tanya, SIAPA MEREKA NI SEBENARNYA?!!
Memandangkan ia satu situasi yang selalu berlaku kepada rakyat Malaysia, kawan kami dari Allianz Malaysia minta kami untuk huraikan siapakah penolong misteri ni, dan apa kerja mereka.
Sebenarnya, mereka digelar sebagai callman & longkai
Apa kerja mereka sebenarnya? Callman ni ialah salesman atau orang tengah yang bekerjasama dengan bengkel-bengkel tertentu. Dia antara orang terawal yang tiba di lokasi kemalangan dan bagi bantuan kepada mangsa. Pada masa yang sama, dia akan memperkenalkan diri serta perkhidmatan yang ditawarkan.
Callman ni akan bagitahu yang dia boleh uruskan kereta korang. Waktu ni korang tak perlu panik, dengar dulu apa dia cakap sampai habis. Lepas tu, terpulang kepada korang nak terima atau tak perkhidmatan yang ditawarkan. Kalau nak, nanti dia akan bagi 1 surat pengesahan untuk ditandatangani.
Surat pengesahan tu sebenarnya sebagai kebenaran untuk mereka uruskan kereta korang. Kemudian, callman akan panggil longkai (pemandu trak tunda) untuk angkut kereta korang ke balai dan bengkel. Selain menunda kereta, longkai ni juga akan meronda di sekitar kawasan yang banyak kemalangan.
Namun, sebab nila setitik rosak susu sebelanga, kerana…
Ada juga callman & longkai tak sah cuba nak tipu korang!
Baik, kami nak ceritakan sebuah kisah benar daripada member staf SOSCILI sendiri. Mungkin memberi kesedaran kepada korang semua. Kisah ni dikongsikan oleh seorang longkai bernama Hamid (bukan nama sebenar). Kata Hamid, dia akan gunakan taktik licik untuk mendapatkan mangsa.
Hamid dan kawannya, Ahmad (pun bukan nama sebenar) akan pergi ke satu jalan yang line clear. Lepas tu, mereka akan meletakkan paku dan minyak hitam di tengah jalan.
Si Hamid ni akan pergi ke tempat lain, manakala Ahmad tu pula akan cuba bersembunyi di sekitar kawasan itu sambil melihat jerat yang dipasangkan. Jerat mereka ni sangat bahaya, kerana kereta boleh tergelincir sehingga boleh menyebabkan kemalangan kritikal.
Jika ada yang termakan jerat, si Ahmad akan cepat-cepat pergi ke situ sebab takut ada callman lain ambil mangsa mereka pula. Ahmad akan bagitahu kepada mangsa yang dia boleh uruskan kerosakan kereta, dan kalau mangsa setuju, dia cepat-cepat call Hamid untuk datang tunda kereta.
Kereta mangsa akan dibawa ke bengkel mereka sendiri, lepas tu Ahmad ni akan cuba bagitahu bahawa kereta mangsa akan dibaiki sepenuhnya. Tapi… apa yang mangsa tak tahu ialah mereka sebenarnya menipu. Komponen mahal yang sepatutnya ditukar, mereka baiki saja. Benda tak perlu ditukar, mereka akan tukar. Kos harganya jangan cerita la, memang tak masuk akal.
Lepas kereta siap dibaiki, Ahmad akan panggil mangsa untuk ambil keretanya. Mereka akan cuba menipu kalau mangsa mempersoalkan mereka. Mangsa pun terpaksa la bayar kos yang tak masuk akal tu kalau nak dapatkan kenderaan mereka semula.
Selain taktik yang diceritakan oleh Hamid, ada juga taktik-taktik kotor lain yang digunakan oleh “callman” dan “longkai” yang tidak sah. Antaranya…
Sebenarnya, tindakan “longkai” dan “callman” yang tak sah ni la yang merosakkan nama callman dan pemandu trak tunda yang sah. Korang jangan salah faham, mereka yang sah ni antara orang terawal tolong mangsa jika terlibat dalam kemalangan. Tapi, disebabkan tindakan sesetengah pihak yang nak kaut untung, ramai yang ragu dengan “callman” sebab tak tahu sama ada mereka ni ikhlas, atau cuma nak scam orang.
Kalau tak pasti, jangan terima servis mereka
Waktu tengah kecemasan, mungkin kita pun mudah je nak terima pertolongan siapa-siapa sebab tengah panik. Tapi, kita kena ingat yang kita ada hak untuk tolak servis mereka, terutamanya bila tak pasti sama ada mereka sah atau tidak. Lebih baik berhati-hati, kalau tak kena scam nanti.
Kawan kami dari Allianz Malaysia juga nak pesan yang korang patut semak polisi insurans kenderaan korang, sebab sesetengah insurans memang menyediakan servis trak tunda. Ada yang berbayar, tapi ada juga yang percuma macam servis yang disediakan oleh Allianz Road Rangers.
Allianz Road Rangers ni adalah perkhidmatan bantuan tepi jalan PERCUMA bagi semua pelanggan insurans Allianz Motor Comprehensive (Private Car) dan Allianz Motorcycle Plus (Comprehensive). Kalau kereta korang eksiden, atau motor korang rosak di tepi jalan, jangan risau sebab Allianz Road Rangers sentiasa bersedia untuk tolong korang.
Untuk pemilik kereta, kalau korang kemalangan dan perlukan bantuan, korang cuma perlu call 1-800 22 5542. Lepas call, pasukan Allianz Bike Brigade akan datang bagi bantuan termasuk pertolongan cemas (kalau perlu la). Trak tunda Allianz pun akan datang tunda kereta korang ke balai untuk buat laporan dan terus ke Panel Pembaik Sah Allianz (atau bengkel francais).
Waktu di balai polis pula, mereka akan bantu korang untuk buat tuntutan dan laporan polis. Mereka juga akan bagi baucar e-hailing, supaya korang boleh balik ke rumah sementara kereta dibaiki.
Pasal claim, Allianz boleh proses claim korang sepantas 10 minit je untuk Tuntutan Kerosakan Sendiri (TKS). Lepas kereta dah siap dibaiki, korang takyah pergi bengkel sebab mereka sendiri hantar sampai ke rumah.
Siapa yang naik motor tu, kalau motor rosak, dah tak payah panggil member dah, call je mereka. Nanti, Allianz Bike Brigade datang membantu apa yang perlu untuk motor korang. Allianz Malaysia juga ada bagitau kitorang yang kebiasaannya, pelanggan motosikal akan call diorang sebab minyak habis, jadi diorang pun akan datang hantar minyak.
Semua perkhidmatan Allianz Road Rangers adalah percuma, tapi kos petrol atau sparepart tu korang kena top-up la. Korang boleh baca terma & syarat di sini.
Jadi kalau korang adalah pelanggan Allianz Motor Comprehensive (Private Car) atau Allianz Motorcycle Plus (Comprehensive), korang boleh terus reject servis “callman” sebab semuanya dari A – Z memang dah termasuk dalam insurans korang tau. Cakap je, “takpe bang, saya dah call insurans saya. Diorang on the way“. Kan senang!
Kalau korang nak tahu apa lagi servis yang Allianz Road Rangers sediakan, boleh klik sini untuk maklumat lanjut atau pendaftaran!
- 619Share sekarang!
- Email13
- Facebook606
- Share