Asal-usul bendera putih dan perbezaannya dengan inisiatif #BenderaPutih

Kalau tengok filem perang je, korang mesti biasa nampak pasukan yang kalah akan menaikkan bendera putih, kan?

via GIFER

Tapi, korang tahu ke dari mana asal bendera putih ni sebenarnya?

Bendera putih sebagai simbol menyerah kalah dalam peperangan

Macam yang kita tahu, bendera putih ni merupakan simbol menyerah kalah atau gencatan senjata ketika peperangan. Penggunaan bendera putih sebagai lambang serah diri ni dikatakan telah berlaku sejak 25 hingga 220 Masihi atau mungkin lebih awal, contohnya pada:

  1. 109 Masihibendera putih digunakan sebagai lambang serah diri berdasarkan sebuah buku bertajuk Histories, tulisan seorang sejarawan bernama Cornelius Tacitus. Menurutnya, bendera putih yang dipamerkan sebagai simbol penyerahan pasukan Vitellian pada 69 Pertempuran Kedua Kremona.
  2. Tiga Abad Pertama Masihi – Sebelum bendera putih kemudian menjadi terkenal dalam perang Barat, nampaknya bukti menunjukkan bahawa ia juga pernah muncul di China semasa dinasti Han Timur. Warna putih telah lama dikaitkan dengan kematian dan berkabung di China, ada juga yang berkata para askarnya mungkin telah menggunakan bendera putih untuk menunjukkan kesedihan mereka dalam kekalahan.
  3. Selain itu, maksud bendera putih bukan saja melambangkan sifat kekalahan,tapi ia juga digunakan untuk memulakan genjatan senjata. Bendera putih tidak boleh digunakan untuk menipu. Secara umumnya, warna putih menunjukkan seseorang itu dibebaskan dari peperangan dan dijanjikan jalan selamat.
Askar-askar yang kibarkan bendera putih semasa peperangan akan selamat. Imej dari Odisi.

Antara sebab bendera putih digunakan adalah kerana warna putih adalah warna paling senang dilihat dalam medan peperangan. Tapi, berbeza pula dengan apa yang jadi kat Malaysia sekarang ni, di mana bendera putih digunakan sebagai…

Simbolik untuk meminta pertolongan 

Dan nampaknya, itulah yang terjadi buat masa ni, di mana ada kempen kibar #BenderaPutih di luar rumah untuk dapatkan bantuan sewajarnya. Tapi, ini tak bermaksud mereka yang mengibarkannya sekarang ni adalah kalah, tapi lebih kepada ikhtiar untuk meneruskan hidup dalam kesempitan ni.

Mana taknya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dilaksanakan pada Mac tahun lepas, ramai menghadapi masalah seperti dipotong gaji, dibuang kerja, perniagaan tiada sambutan dan sebagainya. Akibatnya, ada sesetengah dari mereka terpaksa mengambil jalan untuk membunuh diri kerana terputus sumber kewangan dan bekalan makanan.

Di negara kita sendiri mencatat peningkatan kes bunuh diri iaitu sebanyak 631 kes pada tahun lepas berbanding 609 kes pada 2019. Manakala pada tahun ni, Pulau Pinang sahaja merekodkan sebanyak 53  kes. Sekurang-kurangnya, 10 orang membunuh diri setiap bulan.

Peningkatan drastik dari tahun 2019 sehingga 2020. Imej dari Astro Awani.

Kalau perasan juga, sejak total lockdown dilaksanakan pada 1 Jun haritu, banyak berita kita nampak pasal sesetengah orang yang terdesak meragut nyawa mereka sendiri.

Jadi, sebab ni jugalah rakyat Malaysia melancarkan kempen #BenderaPutih di media sosial untuk mengelakkan kejadian menyedihkan ni terus berlaku.

Antara poster kempen #BenderaPutih ditularkan di media sosial. Imej dari Twitter.

Matlamat utama kempen ini adalah untuk membantu mereka yang terkesan akibat lockdown dengan barang-barang keperluan asas manakala bagi mereka yang memerlukan pula diminta untuk mengibarkan bendera putih di rumah mereka sebagai isyarat kepada jiran tetangga atau pihak tertentu.

Jadi kalau korang, atau korang tahu sesiapa je yang perlukan bantuan pada masa genting ni,  jangan malu untuk minta bantuan dan cuba elakkan stres. Selain tu, dinasihatkan juga supaya tidak mengambil tindakan sendiri yang membahayakan.

Seperti dalam peperangan juga, mereka yang mengibarkan bendera putih akan dijamin keselamatan mereka. Dan dalam kes ni, kita sama-sama nak bantu korang yang dalam kesusahan.

#BenderaPutih lambang keprihatinan rakyat Malaysia

Kempen #BenderaPutih ni kuat menunjukkan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia yang saling prihatin. Sepanjang lockdown ni, sentiasalah peka dengan kawasan kejiranan masing-masing. Kalau ternampak bendera putih dikibarkan, datanglah hulurkan sedikit keperluan asas kepada mereka.

Kalau korang nampak ada bendera putih dikibarkan, tolonglah mereka. Imej dari Utusan.

Korang yang tengah baca ni, kalau inginkan bantuan, boleh tengok senarai foodbank di bawah, jangan malu atau segan untuk ambil:

Kalau ada sesiapa yang ingin hulurkan bantuan, boleh lihat langkah-langkah di bawah:

Kalau korang atau kenalan korang yang mengalami kemurungan, tertekan dan masalah mental lain, lagi-lagi sepanjang isolasi ni, boleh hubungi hotline:

  1. Mental Health Psychosocial Support Service (MHPSS): 03-29359935 or 014-3223392
  2. Talian Kasih: 15999, or WhatsApp 019-2615999
  3. Jakim’s Family, Social and Community care centre: WhatsApp 0111-9598214
  4. Befrienders Kuala Lumpur: 03-76272929