Ambil roti semasa mengundi akan dipenjara? Ini sebabnya

Pelbagai ragam dan perkara akan berlaku tak lama lagi, yela Pilihan Raya Umum ke-15 menjelma jua. Waktu ni, jangan terkejut kalau buka saja pintu rumah, ada poster, banner, bunting, dan bendera warna-warni berada di setiap sudut luar rumah awak semua.

Muka-muka yang tidak dikenali turut akan datang ketuk pintu rumah awak, tanya khabar serta permintaan diingini. Nanti masa mengundi, ada orang akan datang bagi makanan atau hadiahkan? Kami sekeras-kerasnya ingin menasihati supaya JANGAN AMBIL MAKANAN ATAU SEBARANG HADIAH DARIPADA SESEORANG.

Kepada yang tak tahu lagi DUN mana yang bubar dan tak bubar. Ciapan daripada Sinar Harian.

Ini sebabnya…

Kerana sebungkus roti krim, penjara menanti

“Mungkin nampak kecil, tetapi sebenarnya besar”, itulah apa yang sering berlaku dalam masyarakat kita semasa mengundi.

Perasan tak, sebelum awak mengundi, akan ada seorang lelaki atau wanita ini memberikan sebungkus roti krim bersama air.

Rasuah PRU15
Gambar sekadar hiasan.

Satu lagi, semasa tengah beratur menunggu giliran mengundi, akan ada seorang hamba Allah akan bagi sebungkus roti krim serta minuman, katanya buat hilangkan penat menunggu.

Takpun, lepas saja awak keluar mengundi, tiba-tiba nampak ada orang bagi nasi berlauk serta air kotak atau ada orang menjemput datang ke jamuan makan. Kami sekali lagi, sarankan sekeras-kerasnya, walaupun awak lapar sekalipun, tolong jangan ambil makanan atau apa-apa barang semasa mengundi!

Azmin Ali hadir jamuan raya PAS
Contoh kalau ada calon ahli parlimen buka khemah adakan jamuan (gambar sekadar hiasan). Imej dari Malaysia Dateline.

Boleh jadi, mereka ni salah seorang ‘macai‘ (maaf andai perkataan ini kasar) kepada calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya. Mereka akan gunakan taktik berikan makanan supaya awak semua tertarik untuk mengundi calon mereka.

Tahu tak, andai la awak ambil makanan atau barang daripada macai ni, awak mungkin akan ditangkap, walaupun awak rasa perbuatan itu tak salah.

Dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Bahagian 3 (Perbuatan Rasuah), Seksyen 8 (Penjamuan), sesiapa yang memberi atau menerima sebarang makanan, minuman, dan sebarang atau melakukan atau menerima jemputan jamuan akan didapati bersalah. Ia boleh jatuh perbuatan rasuah tau!

Jadi, apa hukumannya? Dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Bahagian 3 (Perbuatan Rasuah), Seksyen 11 (Hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan rasuah), awak boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan didenda tidak kurang daripada RM1000 dan tidak lebih RM5000.

Macai meme
GIF dari Tenor.

Nampak tak? Benda kecil, tetapi sebenarnya besar. Itulah masyarakat kita terlepas pandang.

Disuap wang undian, merana di dalam penjara

Ini pun memang salah satu perkara paling orang nampak remeh, tapi besar kesalahannya.

Terdapat beberapa situasi yang kami nak huraikan:

Situasi 1:

Seorang “macai” memberikan awak duit sambil memberitahu supaya jangan mengundi ahli parlimen yang lain sebelum mengundi atau menyuruh awak melakukan sesuatu yang jahat semasa mengundi.

Situasi 2:

Seorang “macai” menyogok awak dengan perjanjian, iaitu kalau undi calon ahli parlimennya, awak akan ditawarkan dengan kerja berjawatan tinggi.

Dua situasi di atas ni sebenarnya kesalahan besar yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Mungkin ia tidak diuar-uarkan kerana mulut telah dikunci dengan wang dan harta.

Jika kesalahan-kesalahan ini berlaku, maka ia boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 Bahagian 3 (Perbuatan Rasuah), Seksyen 10 (Penyogokan):

Kesalahan rasuah mengundi
kurungan (a) la yang selalu berlaku. Imej daripada laman web SPR.
Akta Pilihan Raya 1954
Kurungan (d) tu tengok dan fahamkan betul-betul. Imej daripada laman web SPR.
Akta Pilihan Raya 1954
Imej daripada laman web SPR.

Sesiapa yang terlibat dalam isu ini boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Bahagian 3 (Perbuatan Rasuah), Seksyen 11 (Hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan rasuah), iaitu hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan didenda tidak kurang daripada RM1000 dan tidak lebih RM5000.

Duit kopi RM50 khas buat anak-anak muda

PENAFIAN: SOSCILI tidak terikat dengan mana-mana parti politik sama ada yang pernah menjadi kerajaan mahupun pembangkang. Kami hanya menyampaikan informasi saja serta berlandaskan prinsip kewartawanan. Harap awak semua faham.

Baru-baru ini, acara Ceramah Mega Muar telah berlaku satu kekecohan. Semasa Syed Saddiq sedang berucap, datang sekumpulan orang muda membuat bising serta provokasi.

Video dari afiqah.zlkfl.

Situasi menjadi huru-hara sampaikan Syed Saddiq menjerit:

“Kepada anak-anak muda di luar sana jangan jadi pencacai… ini negara kita… bela masa depan ayah makcik pakcik kamu… sampai bila kita nak dibeli.”

Kata Syed Saddiq dalam video yang telah viral.

Seorang pengguna Twitter, Aizat Nordin telah membongkarkan apa yang telah berlaku. Katanya, Sekumpulan orang muda ni telah dibayar RM50 untuk membuat kecoh semasa Syed Saddiq berucap.

Mereka memang tunggu giliran Syed Saddiq berucap sebab semasa Chin Tong dan Mat Sabu berucap mereka tak buat kecoh, yela nanti awal-awal kena halau. Kiranya, mereka ni ada target la.

Menurut sumber sahih, mereka ni tak terikat dengan mana-mana parti politik, memang dibayar untuk buat kecoh saja. Bila Syed Saddiq mula berceramah, mereka mula bising sampaikan penonton naik angin serta halau mereka.

Benda paling kelakar pasal isu ni, ada budak yang kantoi dengan abangnya sendiri dan ada juga yang kena tibai dengan pakcik yang datang ceramah.

Ciapan daripada Aizat Nordin

Isu ini kemungkinan boleh jadi perbuatan rasuah dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 Bahagian 3 (Perbuatan Rasuah), Seksyen 10 (Penyogokan), jika ia bertujuan supaya tidak mengundi Syed Saddiq.

Banyak lagi fakta menarik pasal mengundi ni, anratanya:

Oh, ada satu lagi…