Ekonomi

Gomen nak pertimbangkan cukai perlancongan, siapa yang akan terkesan nanti?

(This article has been translated. You can read the original article in Cilisos.)

UPDATE 23 Jun 2017: Kerajaan mungkin mempertimbangkan balik supaya cukai pelancongan dikecualikan daripada penduduk tempatan yang menginap di hotel 3 bintang ke bawah selepas digesa pemilik hotel bajet.

_________________________________________________________________________

Macam yang kita semua dah dengar, kerajaan akan melaksanakan Cukai pelancongan di seluruh negara bermula pada 1 Julai 2017.

Screenshot dari news.com.au

Cukai akan dikenakan atas setiap penginapan hotel dengan asrama bergantung pada setiap bilik dan setiap malam. Jadi kalau korang tinggal ramai-ramai dalam satu bilik selama satu malam, korang kena bayar cukai sekali je. Bayaran yang dikenakan juga bergantung kepada rating hotel, contohnya:

  • Non-rated/ Hotel bajet bertaraf Orkid : RM 2.50
  • 1 sampai 3 bintang: RM 5
  • 4 bintang: RM 10
  • 5 bintang: RM 20

Jangan ingat korang je konfius, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan juga Persatuan Pelancongan dan Ejen Pelancongan Malaysia (MATTA), pun tak faham macam mana sistem tu akan beroperasi sebabnya kerajaan tak bagi detail pasal macam mana sistem cukai tu akan dilaksanakan.

Kebanyakan daripada kita rakyat Malaysia mesti la tak puas hati dengan berita ni. Sebabnya, cukai yang akan dikenakan tu adalah kepada SEMUA PELANCONG, jadi maknanya bukan pelancong daripada luar negara je, tapi dalam negara macam kita pun kena! Tak kira la korang daripada Sibu atau Cebu, tinggal kat Kuala Lumpur atau Kuala Gula, kita semua akan bayar cukai yang sama.

Rasanya takde siapa yang suka

Sebelum kita mula bayar duit lebih bila nak pergi Penang atau Melaka untuk cari makan, ini adalah 4 perkara yang kita perlu tahu.

1. Macam mana kerajaan boleh suka hati je nak kenakan cukai macam ni ?!

Terkezut mak. Imej dari noobsonline.com

Sebenarnya, diorang bukan suka hati kenakan cukai macam tu je. Undang-undang pasal cukai ni berkuatkuasa lepas parlimen dah luluskannya masa pertengahan April tahun ni. Malah, sesi perbincangan tu juga direkodkan sebagai yang terpanjang dalam parlimen Malaysia, sebab diorang juga ada berdebat pasal rang undang-undang lain, dan seluruh sesi tu dah makan masa selama 20 jam.

Sebelum ni, ada laporan lain mengatakan yang cukai akan dikenakan pada 1 Ogos, dan pendaftaran akan bermula pada 1 Julai. Tapi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mohamed Nazri Abdul Aziz kemudiannya kata ia akan bermula 1 Julai.


“Parlimen adalah badan tertinggi dalam pembentukan undang-undang. Jadi, sebaik sahaja rang undang-undang telah diluluskan oleh Parlimen, ia akan diwartakan secara automatik selepas 30 hari. “- Mohamed Nazri Abdul Aziz

Eh? Kenapa tak ramai yang bengang pasal cukai ni bila dah diluluskan? Macam takde orang perasan pun?

Rupa-rupanya, maklumat yang didedahkan tu tak banyak dan menyeluruh bila rang undang-undang Cukai Pelancongan ni mula-mula diluluskan oleh parlimen. Contohnya penginapan yang akan terjejas, dan juga kenapa kita rakyat Malaysia sendiri pun kena bayar cukai tu. Malah kalau kita tengok dekat rang tersebut, kadar bayaran yang dikenakan pun sebenarnya tak tetap, terpulang pada menteri pula berapa diorang nak kenakan.

“Menteri boleh, dengan persetujuan menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab untuk pelancongan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan kadar cukai pelancongan yang akan dikenakan dan dilevikan di bawah Akta ini.” – Seksyen 8 (1), Pelancongan Rang Undang-undang Cukai 2017

Baru-baru ni, Jabatan Kastam menyiarkan notis tu dengan perincian sekali (tapi diorang turunkan balik), sebab tu la orang terkejut dan marah kejap je.

2. Jadi perkhidmatan dalam talian macam Airbnb pun kena cukai juga ke?

Cukai Airbnb. Imej dari Amazon.com

Benda ni mesti bermain dalam fikiran korang, traveller yang selalu guna apps ni kan? Persatuan Hotel Malaysia (MAH) risau sebab dah la business hotel diorang dah jadi makin perlahan sebab ramai pelancong tak book hotel dah. Diorang juga risau yang nasib akan lebih menyebelahi pembekal perkhidmatan hospitaliti lain macam penginapan Airbnb, rumah tumpangan dan homestay ni.

“… jika anda pergi ke agoda.com, terdapat lebih daripada 8,500 premis yang tersedia untuk tempahan pada satu-satu masa. Ini tidak kira lagi 5,000 penginapan yang disenaraikan di Airbnb, “- kata Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Samuel Cheah Swee Hee

Presiden MAH kata kerajaan akan mengenakan cukai terhadap Airbnb dan hotel tak berlesen, tapi kerajaan tak bagitau lebih lanjut macam mana diorang nak buat tu. Lepas tu, cuma Airbnb je yang disebutkan oleh Presiden MAH, macam mana pula dengan servis yang lain? Tak pasti pula, tapi kalau kita rujuk balik dalam dalam rang undang-undang, dia kata:

“… adalah menjadi kewajipan bagi tiap-tiap pengendali yang menyediakan penginapan kepada pelancong di premis penginapan untuk mengumpulkan cukai pelancongan dari pelancong.” – Seksyen 7 (1), Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017

Penginapan tak komersil macam homestay dengan kampungstay yang didaftarkan bawah kementerian, sekolah berasrama pendidikan dan keagamaan, dan sesetengah tempat lain akan dikecualikan daripada cukai bergantung kepada Menteri Kewangan.

3. Berapa banyak duit lagi yang diperlukan oleh pelancongan Malaysia ni?

Cuti-cuti Malayyyysi- GO AWAY, SONG. Image from klccconventioncentre.com

Tourism Malaysia dah jadi JURUCAKAP untuk Pelancongan Malaysia sebelum penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan lagi. Sebut je Tourism Malaysia, lagu “Cuti-Cuti Malaysiaaaaaa” mesti bermain dalam fikiran korang kan? Nazri Aziz kata, walaupun dana untuk pelancongan dah dikurangkan tahun ni, ianya masih menjadi keutamaan untuk kerajaan.
 
Tujuan cukai 
ni adalah untuk membangunkan industri pelancongan, untuk peningkatan infrastruktur dan kemudahan pelancongan, serta kegiatan promosi dan promosi untuk negara. Buat masa ni, kita mempunyai kapasiti 11 juta bilik penginapan daripada 4799 hotel. Kerajaan menjangkakan untuk kumpul sehingga RM654.2 juta daripada cukai, kalau kita boleh capai 60% kadar penghunian. Kalau boleh naik sampai 80%, jadi ianya akan meningkat kepada RM872.82 juta !!

Imej dari travelandtourworld.com

Tapi, industri hotel rasa kerajaan ni konfiden terlebih la pulak. Sebabnya, Presiden MAH kata purata orang book hotel ni cumalah 35% hingga 40% je. Tourism Malaysia dah belanjakan sebanyak  RM683 juta masa 2014. Daripada jumlah tu, RM488.38 juta dibelanjakan untuk tujuan promosi, dan agensi sebenarnya dah rugi sebanyak RM103.36 juta.

Screenshot dari Tourism Malaysia financial statement 2014.

Sebilangan besar duit tu juga sebenarnya dibelanjakan untuk mempromosikan MyFEST 2015, yang menyebabkan perbezaan yang sangat besar dalam kerugian antara tahun 2013 dan 2014. Kita sendiri pun tak pasti jumlah sebenar yang dibelanjakan antara promosi dan pembangunan pelancongan. Susah nak cakap sama ada jumlah duit yang dibelanjakan untuk aktiviti promosi tu terlalu banyak atau terlalu sikit sebab takde perincian langsung.
Bilangan pelancong yang melawat negara kita semakin meningkat setiap tahun, malah menjana sehingga RM82.1 bilion. Tapi ada ke had untuk belanjakan duit pada kempen? Dan macam mana pulak kita nak tahu kalau ianya dibelanjakan secara betul?
Tourism Malaysia pun sebenarnya takde reputasi baik. Pengarah semasanya, Datuk Mirza Mohammad Taiyab dah disiasat atas pelbagai dakwaan rasuah, dan SPRM pun tengah meneliti agensi tu sebab pecah amanah.

4. Hal ni akan menyebabkan pelancong di Malaysia semakin berkurang?

Idea cukai pelancongan ni bukanlah sesuatu yang baru. Sepanyol pun baru je memperkenalkan cukai pelancongan dengan sistem yang sama di Kepulauan Balearic tahun lepas. Perancis dan Switzerland, dua destinasi pelancongan yang sangat terkenal di seluruh dunia juga memang dah ada sistem cukai pelancong sejak tahun 1994/1995. Malah korang juga kena bayar cukai pelancong (€ 0.83) di Paris walaupun korang tempah bilik melalui Airbnb. Bukan tu je, korang juga akan dikenakan caj setiap orang, setiap malam.

Sesetengah tempat macam Austria tak kenakan caj kepada yang berumur kurang daripada 15 tahun, dan ada juga pengecualian yang dibuat untuk pekerja dan sesiapa yang datang untuk tujuan perubatan. Kebanyakan negara juga ada buat penyesuaian untuk sistem percukaian diorang, tapi takdela sampai bagi kesan dekat populariti dia. Perancis masih lagi jadi negara yang paling banyak orang travel, walaupun bila diorang kenakan cukai pelancong selama bertahun-tahun. Tambahan lagi dengan kadar pertukaran semasa, kebanyakan negara lain mungkin tak kisah pun dengan penambahan RM5 di hotel bintang 3.

Bagi kita sebagai penduduk tempatan, kalau kita takde duit lebih, kita kena kurangkan sikit la bajet kita macam daripada 3 hari kepada 1 hari, atau tinggal kat hotel kelas sederhana atau rumah tumpangan? Lagipun, dengan adanya GST dan kadang-kadang tu cukai warisan, cukai-cukai tu je pun dah buatkan kita berfikir dua, tiga kali bila nak travel ke luar negara.

Ramai yang tak pasti pasal cukai ni, jadi kita nak kerajaan lebih spesifik bila buat keputusan

Memang la tak banyak lagi orang kritik pasal cukai pelancongan ni, tapi ramai yang tak puas hati dengan cara kerajaan memperkenalkan rang undang-undang, terutamanya dari Persatuan Hotel Malaysia dan kerajaan dari Sabah dan Sarawak. Macam yang kita cakap sebelum ni, bukan setakat kekurangan maklumat dan butiran je, tapi pengendali hotel juga bimbang dengan kos yang kena tanggung untuk menaik taraf sistem hotel diorang.

“Cukai itu ditolak tanpa perundingan yang sewajarnya,” – kata Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Samuel Cheah Swee Hee

Bagi Sabah dan Sarawak, walaupun dijanjikan bahagian yang sama daripada cukai yang dikutip dengan semenanjung, diorang cakap yang pengenalan cukai pelancongan ni adalah pelanggaran terhadap perlembagaan, dan pihak kerajaan sepatutnya minta kelulusan mereka juga. Isu ni juga dah mencetuskan perbalahan antara Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Kalau kau nak tunjuk samseng, kami samseng lagi besar,” Nazri Aziz bagitau Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Sebagai tindak balas terhadap Nazri Aziz, Sarawak menarik diri dari lembaga pelancongan Malaysia, dan diorang cakap biar diorang sendiri yang putuskan sama ada diorang nak kenakan cukai ke tak. Nazri Aziz bagaimanapun cakap yang diorang akan mempromosikan negeri tersebut dengan atau tanpa kerajaan Sarawak.

“Perkara ini adalah lagi penting untuk kementerian saya kendalikan sebab pelancongan adalah mengenai hak negari.” – kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Bagi Semenanjung Malaysia, tak lama lagi kita akan tengok macam mana cukai ni diperkenalkan, iaitu mungkin  pada 1 Julai sebab menteri pelancongan nak bagi pihak hotel lebih banyak masa untuk bersedia. Jadi, kita tunggu dan lihat je la macam mana sambutannya.

Popular

To Top

Send this to a friend