- 858Share sekarang!
- Email24
- Facebook834
- Share
[Update 18/3/2020: Seperti yang korang semua tahu, kita semua di bawah Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan COVID-19. Untuk sama-sama membantu usaha kerajaan membendung penularan virus ni, kawan kitorang kat GSC pun akan menutup premis mereka bermula hari ni. Korang semua pun jaga diri ye!]
Bila keluar je filem best kat wayang, kita semua berebut nak jadi orang pertama yang menontonnya. Tapi alangkah malangnya kalau masa nak tengok tu la orang tendang kerusi la, bercakap dengan kuat la, ada bauan tak menyenangkan, dan sebagainya. Benda-benda ni la yang merencatkan keseronokan untuk tengok wayang, sampai tak boleh chill dah.
Malah kajian kitorang dalam Great Malaysian Movie Survey 2018 dan 2019 menunjukkan macam-macam perangai rakyat Malaysia buat dalam panggung wayang. Soscili kali ni sekali lagi bekerjasama dengan partner kitorang dari Golden Screen Cinemas untuk ambil tahu lebih mendalam, apa benda-benda annoying yang pernah jadi kat korang dalam panggung wayang? Dan nampaknya, boleh tahan ramai juga yang berkongsi dengan kitorang tentang perangai annoying orang lain ni. Jadi, sediakan popcorn korang, untuk baca ENAM kisah paling annoying ni, dan kita mulakan dengan gangguan pertama…
1. Kita semua ada sorang kawan yang bila terkejut… dia melatah
Filem yang ditonton: A Quiet Place, 2018
Hukuman selayaknya: Tak disebut, dan hukumannya… patut dia berehat je, sebab penat sebenarnya melatah ni
“Ada mamat ni dia melatah oii. Tiap ada scene suspen dia melatah. Elok-elok cerita seram, jadi hall cerita komedi pulak orang gelakkan dia. Macam-macam ayat latah dia keluar” – Encik Jupiter
Kalau korang nak tahu, melatah ni adalah penyakit saraf yang boleh menyebabkan seseorang tu buat sesuatu di luar kawalan bila terkejut. Bila disergah, dia akan ikut je perbuatan atau suruhan orang tanpa disedari. Catatan tentang penyakit latah ni juga pernah dicatatkan oleh Frank Swettenham dalam bukunya, Malay Sketches pada 1895 masa dia nampak dua pegawai polis dari Pulau Ambon yang bertugas di Selangor, dijadikan mangsa gurauan disebabkan penyakit latah mereka.
Bagaimanapun, ia sebenarnya pertama kalinya dicatatkan oleh seawal tahun 1849 oleh J. R. Logan dalam jurnalnya apabila dia mengembara ke Melaka sehingga ke Naning. Menurut pemerhatiannya, penyakit ni hanya dihidapi oleh orang Melayu dan Jawa je pada masa tu, dan kajian sekarang menunjukkan yang ia dah jadi penyakit orang Asia Tenggara, dan juga Eskimo!
P/S: Melatah ni sebenarnya penat, jadi janganlah kacau orang melatah ni secara berlebih-lebihan atau masa diorang pegang senjata api/tajam.
2. Ukur baju Spray deodarant dulu di badan sendiri
Filem yang ditonton: Masa tu mungkin 2007, dekat The Curve. Tapi movie tak ingat sebab aku tak fokus langsung pada citer tu dah.
Hukuman selayaknya: Mungkin aku akan cakap, ketibus (ketiak busuk) la kau ni. Atau buat buat beli deodorant as a gift ke. Tapi kalau bau camtu lagi jadi, aku rasa aku rela angkat kaki dari trauma seumur hidup.
“Ade sekali tu, aku pergi tengok movie dengan member lelaki aku ni. Lama tak jumpa dia. Tiba-tiba member tu rupenye beli couple seat. Aku takde lah kesah sangat, tapi sebab couple seat tu, dia acah-acah nak letak tangan dia kat belakang side aku. Bau ketiak tahap lori sampah wei, menusuk2 hidung, nak muntah, nak tegur rasa bersalah. Sepanjang movie tu aku tak leh fokus. Aku nak cakap terus terang, aku tak nak dia malu. Takkan aku nk spray je ketiak dia dengan deodorant? Bau teruk sangat, serious tak tipu. Last last lepas aku 2 kali pergi toilet, aku bersandar kat part hujung sekali seat tu. Jauh dari ketiak dia. Dia hujung, aku hujung. Dia dekat, aku lari.” – Atiqah Abu Bakar
Jadi bagi korang yang nak impress pasangan yang korang baru nak mengorat tu, pleaselah pastikan yang korang kalau tak wangi pun, bersih dan tak berbau ye? Kadang tu kita bukan apa, segan sikit la nak tegur orang takut terluka pula hati. Elok-elok berkawan terus putus di tengah jalan.
3. Sarang tebuan jangan dijolok #CeritaRakyatSabah
Filem yang ditonton: Nak tengok macam mana, kalau dah tak nampak?
Hukuman selayaknya: Tak dicadangkan pun, tapi tak boleh nak salahkan juga sebab… Antara kebanyakan gangguan yang orang komplen kat komen adalah yang kena tendang kerusi, ada bau yang tak menyenangkan, orang berborak kuat masa wayang, dan macam-macam lagi. Tapi kali ni gangguannya LEBIH BESAR dari pandangan mata yang memandang… Gangguan kali ni #bukanbeshebeshe
“Duduk belakang abang pakai helmet… dia blok view… Saya suruh buka, tapi dia cakap tak payah, nanti menyesal.. tapi akhirnya dia buka juga….!!! Betul kita nyesal …bukak je helmet terus tersembul rambut afro dia kembang 2x ganda besar dari helmet dia…? Hee #citeRakyatSabah…” – Mel Abd Halim Sali
Kalau korang pembaca Soscili daripada dulu, korang mesti perasan yang dulu pun kitorang ada sorang penulis yang berambut afro, iaitu Adly Kiddy. Jadi kitorang pun tanya la apa yang dia buat kalau dia pergi tempat awam atau tengok wayang. Katanya, dia tahu yang rambut kembangnya tu akan ganggu pandangan orang, jadi dia akan rendahkan diri kat dalam pawagam supaya tak ganggu orang belakang…
4. Kakimu di kerusiku, jangan sampai kakiku di kepalamu pula
Filem yang ditonton: Tak diberitahu
Hukuman selayaknya: Kalau ada butang eject, saya buat dia terpelanting jauh dan haramkan dia masuk ke semua pawagam. Jadi, Lyn bagitahu kitorang yang dia memang kurang sabar sikit dengan dua jenis habit orang yang – menendang kerusi, dan orang yang letakkan kaki diorang atas kerusi depan. Dan kalau korang nak tahu, masalah ni la yang SERING diadukan. Jadi kalau korang salah seorang diantaranya… BERTAUBATLAH. Disebabkan geram sangat, Lyn juga sempat ambik gambar insiden tersebut:
“Bayangkan je la, kasut tu dah pijak merata tempat, termasuklah bilik air sebelum dia letakkan kakinya di atas kerusi bahagian headrest!” – Lyn
Korang tahukan, yang perbuatan ni sangatlah PENGOTOR, dan sangat pentingkan diri sendiri? Tapi tu la, sesetengah orang ni memang takde sivik, kan? ¯\_(ツ)_/¯ Kalau korang nak tahu, kajian menunjukkan yang kita banyak pijak tahi secara tak sengaja, lebih yang kita tahu. Jadi, bila korang letakkan kaki korang atas headrest orang lain, ia ibarat meletakkan diaper dengan tahi tersembunyi di kepala orang lain, tau! Kalau boleh, jagalah keselesaan orang lain, sama macam mana korang pentingkan keselesaan diri korang sendiri. Ini bermakna, korang elakkan dari tendang kerusi orang, silang kaki supaya tak bersentuhan dengan kaki orang sebelah, dan jangan goyang kaki sampai kerusi orang lain pun rasa macam nak gempa bumi. Annoying, tahu? Lagipun, bukan korang je yang bayar tiket nak tengok movie, ok?
5. Harapkan kawan, kawan makan popcorn
Filem yang ditonton: Dr Sleep, 2019
Hukuman selayaknya: Rampasan popcorn! Tak dinafikan, popcorn adalah kombinasi paling serasi untuk tengok wayang, sama macam nasi lemak yang cuma lengkap bila ada sambal, bilis, kekacang dan telur. Malah dalam kajian kitorang dengan GSC pada 2018 menunjukkan tak kisahlah yang bergaji besar atau kecil, kebanyakan dari kita akan memilih popcorn berbanding nugget, hot dog, dan pelbagai lagi. Tapi kita ni bila dah makan popcorn memang tak boleh berhenti sampai sedar-sedar je dah separuh bekas, padahal movie tak start lagi. Macam kes kawan kita sorang ni yang takde self-control, jadi…
“Saya suruh kawan saya pegang bucket popcorn saya supaya saya dapat kawal diri dari makan popcorn, tapi alih-alih dia pula sambung makan tak ingat dunia!” – Gavin
Haih, harapkan kawan, kawan makan kawan popcorn! Kitorang mungkin ada solusi untuk masalah tak boleh kawal diri ni. Kalau korang nak tahu, Aurum Theatre ada menyediakan tempat makan eksklusif, iaitu Jin Gastrobar. Sementara tunggu tengok wayang tu, boleh la nikmati makanan yang bukan saja nampak mewah, tapi sedapnya tu memang top notch!
Lepas tu kalau rasa macam tak boleh berhenti makan popcorn sebab ada depan mata, korang jangan risau. Kalau korang nak tahu, Aurum Theatre ni dilengkapi dengan butang kat tempat duduk yang membolehkan korang untuk order popcorn korang bila movie dah nak start, takdelah habis dulu sebelum waktunya. Bukan popcorn je tau, kalau korang masih lapar, korang boleh order lagi makanan mewah yang hanya akan disediakan khas untuk korang bila korang order.
6. Biar kaki wayang, asal bukan kaki sembang
Filem yang ditonton: Star Wars: The Rise of Skywalker
Hukuman selayaknya: Letakkan orang ni dalam panggung wayang yang dipenuhi orang yang tak reti duduk diam macam dia, supaya diorang semua tahu macam mana rasanya tak boleh concentrate nak enjoy tengok movie disebabkan orang-orang macam diorang ni. Macam yang kita tahu, rakyat Malaysia ni memang suka membawang. Kat mana-mana pun nak bercakap. Malah kajian kitorang dalam Great Malaysian Movie Survey dua tahun berturut-turut menunjukkan yang bercakap dalam wayang ni adalah salah satu masalah paling annoying dalam panggung wayang. Dan selalunya, yang mengadu masalah ni sebab diganggu orang lain, tapi kali ni…yang mengganggu tu pasangan diorang sendiri!
“Dia asyik bagi komen masa tengok cerita Star Wars, malah buat bermacam bunyi pelik yang saya sendiri pun rasa cringe setiap kali dia buat bunyi tu. Saya dah cuba sebaik mungkin untuk suruh dia diam, sebab saya rasa lelaki yang duduk di sebelah dia hampir hilang sabar!” – Wai Yee
Walaupun movie date tu agak menjengkelkan, tapi Wai Yee kata dia memang cintakan boyfriend dia sampai sekarang. Tapi satu benda je la – “Tiada lagi movie date dengan dia!”
Kalau korang ada kawan macam ni… share je biar diorang sedar diri sikit
Kalau korang ada kawan-kawan yang suka tengok movie dan buat benda-benda tak senonoh macam kat atas ni, korang tag je la diorang, bagi hint sikit. Bukan ni je, banyak lagi benda-benda tak senonoh yang rakyat Malaysia buat dalam wayang, tapi panjang sangat kalau kitorang nak ceritakan kat sini. Tapi, ni antara cerita-cerita yang pembaca kitorang share:
- Mereka yang ‘liar’ di dalam panggung wayang (bukan setakat bercium dan berpegangan tangan, tapi sampai tangan merayap ke seluruh badan)
- Mereka yang mempunyai nafas berbau, dan bernafas dengan kuat (nak bernafas tu tak payah la sampai satu panggung dengar)
- Mereka yang buat bunyi. di. setiap. scene. (tahulah Insidious tu menakutkan, tapi tak payahlah setiap kali pun menjerit, sampai jeritan tu lagi menakutkan daripada cerita hantu)
- Mereka yang menggunakan telefon bimbit setiap masa (sekurang-kurangnya, kurangkan lah sikit kecerahan tu, buta mata orang sebelah oi!)
- Mereka yang suka buka kasut (TOLONG LA BAU KAKI SENDIRI DULU OMGGG)
- Mereka yang selalu masuk lewat dan tak jumpa seat sendiri (ye, aku bayar memang bukan nak tengok wayang, tapi nak tengok kau jalan kesana kemari)
- Mereka yang melepaskan kentut perlahan tapi… BUSUK GILAAA (dah tahu nak kentut tu keluar la dari situ???)
- Mereka yang bawa anak kecil tapi biarkan je anak bermain di tempat tak sepatutnya (GSC dah perkenalkan GSC PlayPlus, jadi sini lebih sesuai untuk kanak-kanak)
- Mereka yang terbatuk-batuk sepanjang masa (batuk memang tak dapat dikawal, tapi elakkan daripada mengganggu orang lain, macam… tengok wayang lepas sembuh ke?)
Apa-apa pun… kalau korang nak rasa pengalaman menonton wayang yang lain daripada yang lain (dengan cara yang senonoh), GSC baru je memperkenalkan Aurum Theatre di The Gardens Mid Valley (KL) dan Mid Valley South Key (JB)! Korang boleh pilih pelbagai cinema hall – malah yang sofa sandar mewah pun ada! Dan kalau korang rasa nak manjakan diri dengan makanan-makanan mewah dan high class pun, ada disediakan oleh Jin Gastrobar.
Korang boleh klik sini untuk tahu lebih lanjut, tapi secara ringkasnya, GSC Aurum Theatre menyediakan:
- Getha Lux Suites – pengalaman menakjubkan dalam pawagam yang selesa, memaparkan sofa mewah dwi-motor.
- Comfort Cabins – pengalaman klasik Gold Class dengan panel privasi, meja sampingan untuk makan di dalam dewan, pengecas nirwayar dan ruang kegunaan peribadi.
- Escape Studios – tiga Escape Studios berbeza yang memberikan korang pilihan Hygge Hall dengan kemasan ala Scandinavia, Diptych Hall yang juga merupakan penghormatan kepada Andy Warhol, dan Tenenbaum Hall yang diilhamkan oleh pembuat filem dan auteur, Wes Anderson
[Update 18/3/2020: Seperti yang korang semua tahu, kita semua di bawah Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan COVID-19. Untuk sama-sama membantu usaha kerajaan membendung penularan virus ni, kawan kitorang kat GSC pun akan menutup premis mereka bermula hari ni. Korang semua pun jaga diri ye!]
Oh, dan kawan kitorang kat GSC sekarang ni tengah bermurah hati, diorang tengah ada promo untuk wanita-wanita di Johor!
Dari sekarang sampai 31 Mac 2020, beli mana-mana pass Aurum dan dapatkan segelas Pineapple Passion mocktail secara percuma di Jin Gastrobar! Juga, ada bonus istimewa pada setiap hari Selasa, di mana korang juga boleh nikmati super Gourmet Popcorn yang memang supersedap, dengan potongan sebanyak 50%. (Promo popcorn terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja). Sah hanya di Aurum Theater di Mid Valley Southkey JB tau!
Untuk info lanjut, klik disini!
Dan disebabkan semua orang bayar mahal sikit untuk pengalaman super duper mewah… kitorang pasti, semua yang ada dalam panggung wayang tu akan jaga kelakuan diorang :D
Search Results
Web result😏
Search Results
Web results😏
- 858Share sekarang!
- Email24
- Facebook834
- Share